Penjelasan YB Nasir.flv





Isu kuasa Sultan: DUN Kedah 'panas'

Isu kuasa Sultan: DUN Kedah 'panas'
Apr 26, 10 4:45pm
Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah hari ini "panas" apabila berlaku pertikaman lidah antara anggota parti pemerintah dan wakil Barisan Nasional (BN) berhubung bidang kuasa Sultan Kedah sebagai ketua Agama Islam negeri.

Kekecohan tercetus selepas ketua pembangkang Datuk Seri Mahdzir Khalid (BN-Pedu) bangun meminta soalan bertulis ketiga (a dan b) Mohd Nasir Mustafa (PAS-Kubang Rotan) ditarik balik.

Soalan (a) ialah Sejauh manakah bidang kuasa KDYMM Tuanku Sultan sebagai Ketua Agama Islam Negeri ini dihormati oleh Kerajaan Pusat dan (b): Setakat manakah tahap tidak boleh campurtangan Kerajaan Negeri Kedah dalam pentadbiran hal ehwal agama Islam, nyatakan perkara tidak boleh tersebut.

Mahdzir berkata semasa BN mentadbir kerajaan negeri Kedah, soalan yang menyentuh bidang kuasa Sultan tidak pernah dibangkitkan di DUN dan kuasa baginda juga tidak pernah dipertikaikan.

Penerangan Mahdzir itu bagaimanapun mendapat bantahan anggota penyokong kerajaan negeri yang membawa kepada pertikaman lidah antara kedua-dua belah pihak sehingga ada yang meninggikan suara.

Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak (PAS-Sungai Limau) berkata soalan itu diajukan bagi mendapatkan penjelasan terperinci mengenai bidang kuasa Sultan Kedah berkaitan hal ehwal agama Islam.

Suraya Yaacob (BN-Sungai Tiang) kemudiannnya bangun mempertikaikan kedua-dua soalan itu dengan menjelaskan bidang kuasa Sultan telah termaktub dalam undang-undang tubuh kerajaan negeri.

Speaker Datuk Abdul Isa Ismail akhirnya membuat keputusan supaya kedua-dua soalan bertulis itu ditarik balik.

Abdul Isa mengakui beliau mungkin terlepas pandang perkara tersebut.

Terdahulu, Ahmad Izzat Shauki (PAS-Bukit Lada) dipilih sebagai timbalan Speaker selepas namanya dicadangkan oleh Azizan dan disokong Datuk Phahrolrazi Zawawi (PAS-Pengkalan Kundor).

- Bernama

Penamaan calon PRK Hulu Selangor

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Kubang Rotan menang 2-1




Alhamdulillah... Petang tadi (15 April 2010) satu lagi perlawanan persahabatan berjaya diatur oleh Pengurus dan Pegawai Team DUN Kubang Rotan yang diadakan di Stadium Suka Menanti. Perlawanan petang tadi menentang Pasukan Pilihan TUDM Kepala Batas berkesudahan DUN Kubang Rotan menang dengan jaringan 2 - 1.
Kesebelasan Utama pasukan kita mampu mengekang kemaraan TUDM malah menguasai permainan pada separuh masa pertama dan banyak peluang keemasan gagal dimanfaatkan dengan baik. Walau bagaimanapun pasukan TUDM menghadiahkan gol sendiri membawa kedudukan 1-0 di separuh masa.
Babak kedua TUDM menyamakan kedudukan menjadikan 1-1. namun kedudukan ini hanya seketika setelah Kubang Rotan menjaringkan gol kemenangan pada minit-minit terakhir perlawanan menerusi penyerang berbisa kita, Mohd Rafie menjadikan kedudukan 2-1 hingga tamat perlawanan.
Kemenangan ini merupakan satu semangat baru yang menyuntik kepada semua pemain dan pegawai serta Jurulatih dalam memperkemaskan lagi pasukan kita.
Walaupun team baru yang dibentuk selepas pemilihan pada 3 April lalu, sudah 2 perlawanan persahabatan telah diadakan. Perlawanan pertama bertemu pasukan Anak Nelayan Kuala Kedah berkeputusan DUN Kubang Rotan menang tipis 1 - 0.
Menurut Pengurus Pasukan, Sdr Mazhar Yusof banyak jemputan yang diterima oleh beliau untuk perlawanan persahabatan dengan pasukan-pasukan di kawasan sekitar daerah ini namun apa yang lebih penting ialah semangat berpasukan, skill, taktikal yang bakal dibentuk dalam dream team ini ialah ke arah untuk mencapai kemenangan sebenar di mana persaingan Liga MB Kedah akan bermula pada 8 Mei depan.
Beliau cukup optimis dengan Jurulatih Mohamad bin Ramlee, Shakri bin Mat, Razali bin Majid serta beberapa orang pembantu pasukan ini dapat bersaing ke peringkat seterusnya.
YB Mohd Nasir yang turut bersama menyaksikan perlawanan petang tadi turut melahirkan kesyukuran apabila melihat komitmen yang ditunjukkan oleh pemain dan Jurulatih pasukan. Beliau turut yakin dengan kemampuan jurulatih dan pemain-pemain mampu menggalas cabaran ini pada persaingan sebenar di Liga MB Kedah nanti.
Beliau berharap kekuatan mental dan fizikal dapat dimantapkan lagi pada perlawanan persahabatan dengan DUN Ayer Hitam yang bakal diadakan di Stadium Mini Jitra 18 April ini jam 5.00 petang.
Kepada penyokong DUN Kubang Rotan beramai-ramai kita ke Stadium Mini Jitra nanti bagi memberi sokongan padu kepada pasukan kita.

Perlawanan Persahabatan


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada semua pengunjung blog ini. Semoga sihat dan selamat menjalankan tugas masing-masing.

Kepada Peminat Bolasepak tanahair amnya dan di DUN Kubang Rotan Khasnya. Jangan lupa petang ini satu lagi perlawanan persahabatan Skuad DUN Kubang Rotan menentang Pasukan pilihan TUDM.

Semua peminat diminta hadir memberi sokongan padu kepada Skuad kita pada jam 5.30 ptg 15 April 2010 di Stadium Sultan Abdul Halim, Suka Menanti.

Jadual Perlawanan Liga Piala MB Kedah


Logo KRFC akan dilancar


Logo ini akan digunaka di semua cetakan yang melibatkan Kubang Rotan Fooball Club (KRFC)


YB Nasir sedang menyampaikan pesanan, semangat kepada pemain.


Jurulatih, Mohamad Ramlee turut memberikan komitmen terbaik bagi membentuk kesebelasan utama team kita.
Jadi kepada semua peminat, jangan lupa petang ini janji temu kita di Mini Stadium Peremba jam 5.15 petang.

Latihan Bermula.......

Shakri ketika memberi taklimat kepada pemain yang layak ke sesi latihan seterusnya.
30 orang layak ke saringan seterusnya.

Wakil tunggal Kaum Thionghua, Ah Seng (baju Jalur) turut hadir latihan
pada hari kedua. Walaubagaimanapun beliau terpaksa akur dengan keputusan
jurulatih kita Mohamad Ramlee dan Shakri apabila digugurkan pada hari
ketiga latihan. Skill, fitness, teamwork segalanya diambilkira.

Kehangatan Liga Bolasepak Piala MB Kedah semakin terasa. Pemilihan terbuka dibuat pada Sabtu 04 April lalu menarik ramai penyertaan di kalangan anak-anak muda di sekitar DUN Kubang Rotan. Hampir 80 penyertaan diterima pada hari tersebut.
Jurulatih DUN, Mohamad Ramlee dan Shakri optimis skuad yang bakal dibentuk ini mampu menggalas cabaran di peringkat kumpulan nanti. DUN Kubang Rotan di dalam kumpulan 3 bersama DUN Bakar Bata, Anak Bukit, Pengkalan Kundor, Kota Darul Aman. Perlawanan ini dijadualkan berlangsung pada 08 Mei 2010 di Stadium Suka Menanti.
Kepada peminat, penyokong setia pasukan DUN Kubang Rotan marilah kita beri sokongan padu kepada skuad kita di sana nanti.
Latihan kini dibuat pada jam 5.15 ptg di Stadium Mini Peremba. Hari ini Khamis adalah hari keempat latihan. Jadi pakat-pakatlah kita mai jengok adik-adik kita di sana.
YB Nasir turut meminta semua pemain supaya memberi fokus kepada latihan dan mengambil berat soal disiplin. Kerana ini dapat memberi jaminan kepada kejayaan. InsyaAllah kita akan dapat beraksi di Final nanti.

Mangsa Ribut di Bantu.






Walaupun hanya beberapa minit, ribut yang melanda di Kg. Kuala sungai, Kbg bongor dan Kg. kubang Jambu telah mengakibatkan 5 buah rumah rosak teruk sementara 13 lagi turut mengalami kerosakan ringan. Pihak saya bersama Penghulu mukim berkenaan En. Zubir telah turun menghulurkan sumbangan untuk membantu mereka yang terlibat.`Ya Allah berilah apa yang baik dari angin dan air yang Engkau turunkan dan jauhkanlah dari keburukan yang ada di dalamnya......'

Gotong Royong untuk sama-sama menjaga persekitaran kita penting








Gambar di atas dirakamkan semasa gotong royang yang dianjurkan pihak MKK Taman Merpati. Saya lihat walaupun gotong royong yang dijalankan di pagi jumaat yang lalu, ianya telah dapat menyelesaikan masalah longkang tersumat yang dialami sebelum ini. Saya seru kepada kita semua untuk kita tingkatkan rasa kebersamaan semua untuk menjaga kebersihan dan persekitaran kita. andaikan setiap tahun diadakan gotong royong seperti ini, rasanya masalah lonkang sumbat, pembiakan ades dan lain-lain insyallah aklan selesai. Kita juga dapat merapatkan lagi hubungan kejiranan setempat.


















JAMUAN MENCARI DANA MEMBIAYAI PERBICARAAN 72 ORANG MANGSA KEZALIMAN BN


Jawatankuasa Mobilisasi Demokrasi PAS Pusat akan menganjurkan Majlis Makan Malam bersama Hj Mohammad Sabu, En. Lim Guan Eng dan Sdr Hanifa Maidin pada hari Isnin, 17 Mei 2010, jam 8.00 malam bertempat di Kelab Cinta Sayang, Sungai Petani, Kedah.


Kepada seluruh simpatisan tolonglah menyebarkan iklankan ini, tujuan Majlis Jamuan ini diadakan adalah untuk membiayai 3 perbicaraan yang telah beberapa kali berlangsung melibat 72 orang mangsa kerakusan BN. Mereka telah terlibat dalam Demonstrasi Bersih Pilihanraya, Protes Kenaikan Minyakdan Tangkapan Rombongan Pengantin di Tol Tambun sedang didakwa di Mahkamah Jalan Duta dan Mahkahmah Jawi.


Kopun dijual dengan harga RM50.00 dan RM100.00 seorang atau RM500 semeja dan RM1,000.00 semeja.


Sila dapatkan kopun melalui Setiausaha PAS Kawasan di kawasan masing-masing atau berhubung terus dengan YB. Mohd Nasir Mustafa, Pengarah Program atau mereka yang tertera nama di contoh kad di atas.


Selamat menderma dan hadir bersama dalam program yang diadakan.


Sekian, terima kasih.


ARIS AWANG.

Jawatankuasa Mobilisasi DemokrasiPAS Pusat.

Syabas! Team piala MB Kedah DUN Kbg Rotan mula latihan.

Hari pertama latihan team bolasepak DUN Kbg Rotan , anak buah Mohamad Ramli ini terpaksa mengharungi latihan dalam hujan. Kepada yang berminat untuk mengikuti sesi latihan ini, setiap hari pada jam 5 petang di stadium mini peremba.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.