90 minit yang dinantikan

Tahniah Pasukan Bolasepak DUN Kota Siputeh dalam perlawanan Separuh Akhir pagi tadi dengan menewaskan DUN Sungai Tiang 3 - 1. Tepat Jam 3.45 petang ini di Kompleks Hijau Kuning KRFC akan menentang Bukit Selambau. Pastikan janji temu kita di sana petang ini. Sama-sama kita berikan sokangan kepada pasukan bolasepak kita yang mengharungi cabaran ini setalah hampir 3 bulan dibentuk. Sokongan moral semua kita akan membakar lagi semangat pemain, pegawai, pengurus serta yang terlibat secara langsung dan tidak langsung.
Perlawanan petang ini amat penting bagi mencari tempat ke perlawanan akhir Piala MB Kedah yang bakal berlangsung pada 10 Julai nanti di Stadium Darulaman. InsyaAllah... sekiranya semangat berpasukan yang ditunjukkan selama ini KRFC bakal melakar satu lagi sejarah kemenangan dengan rekod pertandingan yang cukup konsisten.

Separuh Akhir Sabtu ini

Datanglah beramai-ramai menyaksikan perlawan Separuh Akhir di antara
KUBANG ROTAN
Vs
BUKIT SELAMBAU
03 Julai 2010 Jam 3.3o ptg, Sabtu
di Kompleks Hijau Kuning, Alor Setar, Kedah
bagi merebut tempat ke perlawanan akhir Piala Menteri Besar Kedah.
Kepada peminat sukan tanahair, ayuhhh kita ke Kompleks Hijau Kuning Sabtu ini