Bekas naib presiden MIC serta PKR - Malaysiakini

Shared via AddThis

Utusan Malaysia Online - Dalam Negeri:


KUALA LUMPUR 21 Julai - Berkuat kuasa serta-merta, semua pegawai agensi dan jabatan di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani dilarang menghadiri sebarang mesyuarat atau kursus anjuran kerajaan negeri yang dikuasai pembangkang.
Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Noh Omar berkata, arahan itu dikeluarkan ekoran kegagalan kerajaan negeri menyumbang dana atau bantuan kepada jabatan dan agensi di bawah kementerian itu.
Beliau menegaskan, kehadiran pegawai di bawah kementeriannya ke mesyuarat atau kursus di negeri-negeri yang dikuasai pembangkang hanya membuang masa tanpa ada sebarang usaha boleh dilakukan demi kebaikan rakyat.
"Di dalam mesyuarat pembangunan negeri atau daerah, perkara dibincang biasanya berkisar mengenai projek serta aktiviti yang mahu dijalankan oleh sesebuah agensi dan jabatan.
"Masalah di negeri-negeri ini, mereka hanya pandai mengarah tetapi tiada dana diberikan. Alih-alih, Kerajaan Pusat juga yang beri dana dan mereka yang dapat nama," katanya.
Beliau bercakap kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) 2008 di Hotel Grand Seasons di sini hari ini.
Turut hadir Pengerusi LKIM, Datuk Abdul Rahim Ismail dan Ketua Pengarahnya, Datuk Mustafa Ahmad.
Pada majlis itu, Noh menyampaikan anugerah tersebut kepada 120 orang kakitangan pelbagai jawatan.
Mustafa turut menerima Anugerah Emas LKIM di atas khidmatnya selama 30 tahun bersama LKIM.
Ditanya mengenai tindakan terhadap pegawai yang mengingkari arahan itu, beliau menegaskan tindakan tatatertib akan diambil terhadap mereka.
"Anda bekerja, pergi mesyuarat kononnya, tetapi tiada apa boleh dilakukan untuk rakyat.
"Disebabkan ia jelas tidak membawa kebaikan, tindakan tatatertib akan diambil terhadap mereka yang melanggar arahan ini," tegasnya.
Sementara itu, beliau memberitahu, elaun sara hidup sebanyak RM200 yang dinikmati seramai 55,000 nelayan kecil kini, tidak lagi akan dimasukkan ke akaun bank penerima.
Sebaliknya beliau berkata, nelayan terlibat perlu hadir sendiri ke pejabat LKIM untuk mendapatkan wang tersebut dan mereka akan dikumpulkan di dalam sebuah majlis.
Menurut beliau, ia bagi membolehkan pihak LKIM bertemu dengan nelayan kecil tersebut bagi mendekati serta memotivasikan mereka agar berubah menjadi lebih baik.
"Ia akan dilaksanakan secara berperingkat bermula di kawasan saya (Tanjung Karang) mulai 10 September depan. Kalau boleh, nelayan-nelayan kecil ini mahu dimotivasikan dan dibantu menjadi nelayan lautan dalam," katanya.

Sik - Daerah Pertama Anjur Kempen Bulan Sembahyang

MUHAMMAD SANUSI MD NOR - SETPOL





Meninjau keadaan peparitan di Taman Sri Manis





























Taniah kepada Pej. Agama Daerah Kota Setar
































10 Ribu Iringi Pengkebumian Teoh

Chua Jui Meng umum sertai PKR - Malaysiakini

Shared via AddThis

jemput datang beramai-ramai















SPRM dan pimpinan BN wajib jawab kes kematian Teo

Polis bertindak ganas ketika meleraikan 500 orang yang berhimpun di luar bangunan Plaza Massalam mendesak supaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) disiasat ekoran kematian pembantu exco kerajaan ngeri Selangor, Teo Beng Hock.

Perhimpunan itu dimulakan dengan ucapan daripada Adun Sekinchan (DAP), Eng Suee Lim yang menegaskan himpunan itu bertujuan menyatakan bantahan terhadap SPRM kerana secara terang-terangan telah menyebabkan kematian pembantu (PA) exco Selangor.
Menurut beliau, kematian itu bukan saja merupakan satu penghinaan tetapi telah mencabar kerajaan Pakatan Rakyat malahan pegawai yang bekerja dengan Pakatan Rakyat.
Dalam masa tiga minit beliau berucap Polis datang dengan keras mengatakan; "Ini perhimpunan haram...", suasana bising berlaku apabila peserta perhimpunan membalas mengatakan; "Ini bukan satu perhimpunan haram, ini perhimpunan aman..."
Serentak itu kedengaran laungan,"'We want justice, we want justice...., Adakah kita buat kacau bilau, kita tuntut keadilan..."
Turut berada dalam perhimpunan antaranya Adun Teratai, Rawang, exco kerajaan Ngeri, Teresa Kok; Ketua Angkatan Muda KeADILan, Shamsul Iskandar Mohd Akin; Tian Chua yang masing-masing membawa bunga kekwa putih serta kain rentang yang bertulis 'We want justice.'
Sebelum perhimpunan Menteri Besar Selangor, Tan Seri Abdul Khalid Ibrahim sampai ke Plaza Massalam tepat jam 10 pagi dan terus masuk ke bangunan Massalam bersama Naib Presiden KeADILan, Azmin Ali.
Turut serta antaranya exco kerajaan negeri Selangor; Dr Halimah Ali; Rodziah Ismail; Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkifly Ahmad; Bendahari PAS, Dr Hatta Mohd Ramli dan Dr Lo'Lo' Mohd Ghazali.
Pemimpin Umum Pakatan Rakyat, Dato' Seri Anwar Ibrahim tiba jam 10.20 pagi. Beliau turut berucap dalam perhimpunan aman itu dengan mengatakan; "Saya dengan pimpinan Pakatan Rakyat yang lain datang ke sini untuk menuntut keadilan. Kita bantah keras pimpinan BN dan kita tak hendak lihat satu persatu kezaliman yang dilakukan."
"Kita mahu SPRM negeri Selangor jawab, pimpinan Umno jawab kerana kezaliman berterusan di negara ini."
Beliau menegaskan, kes kematian pembantu exco itu wajib dijawab oleh SPRM bersama pimpinan mereka kerana arahan yang diberi oleh BN.
Laungan 'reformasi, reformasi, reformasi' bergema disambut dengan 'we want justice'. 'Tangkap, tangkap, tangkap pembunuh, jangan jadi lembu.'
Selepas itu, Anwar terus dibawa masuk ke dalam bangunan untuk menemui Pengarah SPRM.
Kelihatan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng bersama Penasihat DAP, Lim Kiat Siang hadir dan turut berucap dalam perhimpunan aman tersebut.
Pergelutan berlaku 10 minit kemudian selepas Guang Eng dan Kiat Siang masuk ke dalam bangunan Plaza Massalam. Anggota polis pencegah rusuhan (FRU) bertindak ganas meleraikan perhimpuan aman tersebut dengan menangkap beberapa orang peserta.
Pembantu exco kerajaan negeri Selangor, Lu Chuan Boon telah diheret polis sejauh kira-kira 30 meter apabila beliau enggan beredar dan bertindak duduk di hadapan Plaza.
Bagaimanapun, beliau pengsan ketika diseret polis dan anggota cawangan khas (SB) kemudiannya mengangkatnya masuk ke dalam bangunan SPRM.
Orang ramai terus melaung 'polis ganas'. Dua trak FRU datang tepat jam 10.40. Sebelum itu dua trak FRU sudah berada di Plaza Massalam.
Empat orang ditangkap antaranya exco kerajaan Selangor, Dr Xavier Jayakumar. Polis menyerbu dan menangkap ketika beliau memberikan taklimat kepada orang ramai supaya menanti pimpinan Pakatan Rakyat keluar dari bangunan.
Turut ditangkap ahli Parlimen Kapar, S.Manikavasagam; pembantu ahli Parlimen Petaling Jaya dan pembantu Xavier. Mereka telah dibawa ke balai polis seksyen 11, Shah Alam.
Ketika menanti pimpinan menyerahkan memorandum kepada Pengarah SPRM, peserta perhimpunan antara Dr Dzulkifly,Shamsul Iskandar, Elizabeth Wong, Lau Wen Sang duduk berkumpul di hadapan pintu masuk Plaza.
Bagaimanapun lebih kurang jam 11 pagi Ketua Polis Selangor, Dato' Khalid Abu Bakar datang dan mengarahkan mereka bersurai.
Lebih 200 orang berhimpun semula di belakang bangunan pejabat SPRM. Manakala anggota FRU telah membuat benteng mengawal bahagian depan bangunan berserta trak 'Water cannon'.
Lebih kurang jam 11.15 pagi, Anwar bersama Khalid Ibrahim, Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub; Kit Siang, Guan Eng, Azmin keluar dari bangunan tersebut.
Anwar memaklumkan mereka menemui Pengarah SPRM Selangor, Jaffar Mahad.
Beliau berasa sedih dengan kematian Teo kerana wujud keadaan misteri yang memerlukan tindakan segera diambil, termasuk menyiasat cara SPRM menjalankan soal siasatnya.
Sehubungan itu, Anwar mendesak supaya ditubuhkan suruhanjaya diraja untuk menyiasat kejadian tersebut.
Sementara itu, Khalid berkata, sebarang soal siasat oleh SPRM berhubung dakwaan berlaku salahguna peruntukan DUN, hendaklah dijalankan di pejabat setiausaha kerajaan negeri (SUK).
Menurutnya, kerajaan Selangor akan membiayai kos pengkebumian Teo.
Anwar juga mengumumkan bahawa pemimpin Pakatan akan bermesyuarat di ibu pejabat PAS malam ini, untuk membincangkan tindakan seterusnya.
Anwar berkata, satu perhimpunan dirancang diadakan di Stadium Kelana Jaya jam 4.30 petang Ahad ini.
Teo Beng Hock, 30, terbunuh, dipercayai jatuh dari bangunan pejabat SPRM itu di mana dia disoal siasat kelmarin berhubung dakwaan salahguna peruntukan DUN. - mks. _

MUHAMMAD SANUSI MD NOR - SETPOL: Signing Ceremony Merapoh Refinery Project - Kejayaan Yang Pasti Dicemburui





Innalillahi...... akhirnya mayat seorang nelayan yang lemas ditemui juga





















Al fatihah ... takziah kepada keluarga Bang Ya kg. Tok Pasai, anakanda beliu yang telah meninggal dunia akibat terjatuh kedalam laut telah meninggalkan seorang anak. Terima kasih kepada pasukan bomba dan penyelamat, polis, sukarelawan dan semua yang telah berusaha mencari mayat mangsa....
Yb sempat dua kali ke tempat kejadian untuk meninjau usaha mencari dan telah ke unit forensik HSB sebentar tadi mengunjungi jenazah, insyallah jenazah akan dikebumikan pada jam 11 pagi esok.

SU politik exco mati jatuh bangunan SPRM

SU politik exco mati jatuh bangunan SPRM

Shared via AddThis










Tinjauan di Parit Peremba dan Taman Sri Ampang. Alhamdulillah selepas sehari pihak JPS telah memulakan kerja membersihkan parit Peremba. Masalah banjir kilat akibat setiap kali air laut pasang di Taman Sri Ampang telah mendapat perhatian pihak JPS. Terima Kasih JPS & MBAS. Kita penduduk akan bersama-sama meningkatkan kesedaran untuk menjaga dan prihatin dengan kepentingan parit dan sungai.




Sementara masalah tempat pembuangan sampah di simpang Taman Sri Ampang juga telah dibincangkan dengan pihak MBAS untuk mengatasinya. Sesiapa yang ada maklumat pembuang sampah industri di situ sila buat laporan kepada MBAS.














































Mansuh PPSMI 'kejayaan rakyat'

Pengerusi Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP), Datuk Hassan Ahmad menyifatkan keputusan kerajaan memansuhkan dasar Pembelajaran dan Pengajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) mulai 2012 sebagai satu kejayaan rakyat."Rakyat seluruhnya tentu lega dan gembira, kerana pengajarannya di sekolah kebangsaan Cina dan India juga turut dikembalikan kepada bahasa ibunda masing-masing," katanya kepada Malaysiakini.GMP merupakan gabungan badan-badan bahasa, NGO dan parti-parti politik yang ditubuhkan untuk mendesak kerajaan supaya memansuhkan dasar yang diperkenalkan sejak 2003.



Melalui GMP, isu PPSMI juga turut dibangkit dalam kempen beberapa pilihanraya kecil yang diadakan sejak awal tahun ini.Hassan mengucapkan syabas kepada Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin, yang menteri pelajaran, kerana "berani membuat keputusan yang benar" demi kebaikan masa depan rakyat.Katanya, PPSMI merupakan satu dasar yang salah dan menyusahkan rakyat serta membazirkan wang untuk kembali kepada dasar asalnya."Walaupun pelaksanaan sepenuhnya hingga 2012, tetapi bagi saya ia melibatkan operasi, bukan soal dasar PPSMI," katanya ketika diminta mengulas pengumuman Muhyiddin hari ini.Hassan berkata, GMP memberi sokongan penuh kepada beliau sehingga proses seterusnya sehingga 2012.Berikutan itu, katanya, GMP akan bermesyuarat dalam masa terdekat sebelum mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai pemansuhan PPSMI.



Daulat bahasa Melayu


Ditanya sama ada pemansuhan itu lebih baik dilaksanakan secara serta-merta, Hassan berkata:"Tak usahlah, tak payah begitu. Kita dah enam, tujuh tahun (dalam dasar itu), sekarang sudah kembali sepenuhnya seperti dahulu."Apa yang kerajaan perlu buat, ialah tumpu perhatian dengan meningkatkan kaedah pengajaran bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua, bukan bahasa pertama."Supaya anak-anak semua kaum mahir bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua," tambahnya.


Hanya sebahagian selesai

Sementara itu, Setiausaha Gabungan Penulis Nasional (Gapena) Datuk Dr Zainal Abidin Borhan menyifatkan 'sebahagian daripada isu PPSMI masih belum selesai'.Katanya, ini kerana pemansuhan dasar tersebut hanya membabitkan sekolah rendah dan sekolah menengah tetapi tidak mengambil kira pelajar tingkatan enam dan matrikulasi."Secara peribadi, saya menyatakan sebahagian daripada perjuangan (Gapena) itu belum selesai."Kalau kita lihat dari sudut sosialnya, ada pembahagian pelajar yang mengambil aliran sains dan aliran sastera, kita dapati pelajar kelas sains akan terus belajar sains dan matematik dan seluruh mata pelajaran sains dalam bahasa Inggeris."Sedangkan aliran sastera di tingkatan enam, akan terus mengalami diajar dalam bahasa Melayu.


Jadi kita lihat berlaku dualisme dalam pembahagian masyarakat. "Dan ini akan membentuk psikologi pemikiran bahawa barangkali yang berbahasa Inggeris lebih baik daripada yang berbahasa Melayu."Ini akan menyebabkan pemilihan universiti akan berubah kerana pelajar mencari institut pengajian tinggi yang lebih mudah dan lebih selesa (diajar) dalam bahasa Melayu, tidak dalam bahasa Inggeris. Dan ini sudah berlaku sekarang," katanya dalam satu sidang akhbar.




Gapena akan bantu

Sementara itu, Ketua 1 Gapena, Tan Sri Ismail Hussein pula berkata menyifatkan pemansuhan PPSMI itu sebagai satu tindakan yang "sangat realistik" kepada rakyat Malaysia."Kami berikrar memberi segala pertolongan yang boleh (kepada kerajaan) untuk membantu dan menyumbang tenaga untuk memantapkan kedudukan bahasa di Malaysia," kata dalam sidang media yang sama.

"Kami menyokong bahasa Melayu sebagai kebangsaan dan bahasa Inggeris juga menjadi bahasa antarabangsa, kami harap sangat sifat-sifat dan perangai lama tidak dilanjutkan iaitu mementingkan bahasa Inggeris dan mempermainkankan Bahasa Melayu."Bahasa Melayu harus terus di beri perhatian dan dimantapkan sebagai bahasa kebangsaan dan sebagai bahasa perhubungan," katanya.Manakala Ketua Gapena 2, Prof Datuk Dr Abdul Latiff Abu Bakar pula berkata, ia menunjukkan kerajaan "mendengar pandangan rakyat" dan membuat "keputusan yang bijak"."Kombinasi semua kajian termasuk kajian Pembina dijadikan sebagai panduan utama iaitu dasar PPSMI itu merugikan orang Melayu terutama di luar bandar.Namun, katanya, bahasa inggeris dan bahasa lain harus dipelajari sebagai satu usaha untuk menambah ilmu pengetahuan di kalangan rakyat Malaysia.Beliau juga berharap agar kerajaan konsisten untuk menjadikan bahasa Melayu juga dijadikan sebagai bahasa ilmu dan bahasa perpaduan di Malaysia.

Daulat bahasa Melayu

Sementara itu, Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) turut menyambut baik keputusan kerajaan itu

"Keputusan itu merupakan satu tafsiran komitmen kerajaan untuk mempertahan dan mendaulatkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan."Ia juga cerminan sikap kerajaan yang bersedia untuk mendengar dan mengambil pertimbangan sewajarnya terhadap suara rakyat," kata badan itu dalam satu kenyataan.NGO itu juga berpendapat bahawa keputusan tersebut bijak serta bertepatan dengan usaha untuk mengukuhkan perpaduan nasional melalui bahasa kebangsaan.




Post by Admin

sumbber:http://www.malaysiakini.com

MB Kedah jumpa Kit Siang

ALOR SETAR, 8 Julai - Badan Perhubungan KeADILan Kedah telah bertemu dengan Menteri Besar Kedah, Dato' Seri Ustaz Azizan Abdul Razak petang semalam berhubung penerangan isu-isu terkini di Kedah.

Pertemuan itu diadakan di dewan besar Kediaman Rasmi Menteri Besar Kedah di Sri Mentaloon dekat sini bermula jam 2.30 petang dan berakhir pada jam 5.30 petang.
Pertemuan itu disertai Pengerusi KeADILan Kedah, Ustaz Ahmad Kassim yang juga ahli Parlimen Kuala Kedah; Ahli Parlimen Sungai Petani, Dato' Johari Abdul; peguam, Saiful Izham Ramli dan barisan kepimpinan KeADILan Kedah yang lain.

Harakah dimaklumkan perbincangan meliputi fokus isu perobohan pusat sembelihan khinzir dan isu-isu pentadbiran selain beberapa lontaran idea.
Ustaz Azizan kelihatan hadir ditemani Setiausaha Politiknya, Mohd Sanusi Mohd Nor dan Setiausaha Akhbar, Helmi Khalid.Hari ini Ustaz Azizan dijadualkan mengadakan mesyuarat bersama exco kerajaan Kedah di Kuala Lumpur pada sebelah pagi, sementara petangnya bertemu dengan Penasihat DAP, LimKit Siang.

Pertemuan itu dijangka membincangkan isu Pakatan Rakyat Kedah selepas kontroversi pengumuman DAP Kedah yang kononnya mahu keluar Pakatan Rakyat Kedah.

Post by Admin
sumber: http://www.harakahdaily.net

Tunaikan mandat rakyat dengan cara yang betul

Rakyat memberikan mandat besar dan kepercayaan kepada Pakatan Rakyat untuk menggantikan Barisan Nasional, bermula pada Pilihan Raya Umum ke-12, 8 Mac 2008.Mandat dan kepercayaan ini diberikan kerana rakyat sudah semakin muak dengan pemerintahan Umno-BN yang mengamalkan korupsi, kronisme dan nepotisme. Dalam tempoh 50 tahun pemerintahan Umno-BN, amalan ini semakin berleluasa sehingga pemimpin-pemimpin Umno dari peringkat Majlis Tertinggi sehingga ke peringkat cawangan, kebanyakkannya hidup mewah dan kaya raya.Rakyat menolak Umno-BN kerana dengan kuasa politik, mereka memanipulasi sistem kehakiman negara.
Membuat dakwaan terpilih dan melepaskan sebahagian besar pemimpin Umno-BN walaupun didapati bersalah mengamalkan jenayah rasuah politik wang.Rakyat semakin muak dengan Umno-BN, kerana mereka tidak tahu mengurus ekonomi negara dan negeri dengan cara yang betul.Dakwaan terhadap Dato' Seri Dr Mohamad Khir Toyo terhadap kos pembinaan banglo termasuk pengambilan dua bidang tanah masing-masing berkeluasan 0.2 hektar dan 0.1 hektar itu, mencecah RM24 juta, hanyalah satu cebisan daripada jenayah rasuah pemimpin Umno.Bukan sahaja Khir, malah Menteri-Menteri Besar di kalangan Umno yang lain juga, sering didakwa terbabit dengan penyelewengan harta rakyat termasuk dalam isu balak dan tanah.
Umno-BN juga ditolak rakyat kerana mengamalkan politik perkauman yang sempit dan sering memanipulasikan sentimen perkauman demi kepentingan politik mereka.Bagi orang-orang Melayu, kerajaan yang dikuasai Umno-BN menyempitkan fungsi bahasa dan budaya bangsa serta merendahkan tahap akademik rakyat melalui perlaksanaan PPSMI.Elemen-elemen penolakan rakyat terhadap penguasaan dan hegemoni Umno-BN terlalu banyak untuk dinukilkan.Kejahatan dan kedurjanaan Umno-BN terhadap negara dan rakyat terlalu banyak sehingga rakyat kebanyakan sudah tidak mahu menerima mereka sebagai peneraju negara.
Hanya segelintir rakyat yang masih terjerat dengan permainan dan manipulasi media sahaja yang masih memberi sokongan kepada Umno-BN.Justeru inilah masa yang terbaik untuk Pakatan Rakyat yang berjaya menguasai enam negeri dalam PRU ke-12 untuk membuktikan bahawa Pakatan Rakyat boleh memerintah dengan baik, adil dan saksama.Kerajaan negeri pimpinan Pakatan Rakyat seharusnya menghentikan sebarang retorik, sebaliknya membongkar segala penyelewengan yang dilakukan oleh kerajaan pimpinan Umno-BN sebelum ini.Selain itu, kerajaan-kerajaan negeri yang dikuasai Pakatan Rakyat mestilah tidak mengamalkan apa yang diamalkan oleh Umno-BN sebelum ini.Pakatan Rakyat mesti bersih daripada amalan korupsi, kronisme dan nepotisme.
Mestilah mengagihkan kekayaan dan sumber negeri secara adil kepada rakyat yang benar-benar layak memilikinya.Manakala pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat yang diberi amanah memegang kuasa eksekutif di peringkat negeri, mestilah mencontohi stail kehidupan dan pemerintahan Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat, yang penuh dengan kesederhanaan.Pemimpin Pakatan Rakyat hendaklah mengelakkan daripada amalan pembaziran dan hidup mewah, kerana tidak mahu rakyat menuding jari menyamakan Pakatan Rakyat dengan BN dikemudian hari.
Pakatan Rakyat juga mestilah menghentikan pertikaian dalam isu picisan seperti isu babi dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).Yang paling penting Pakatan Rakyat mesti membezakan cara pentadbiran dan pemerintahannya dengan Umno-BN.Jika kita memahami mengapa Umno-BN ditolak rakyat, maka mulai dari sekarang, kita seharusnya memperlengkapkan diri untuk menerajui negara dan mengambil alih tampuk pemerintahan negara dari Umno-BN.
Post by Admin

Belia Manek Urai tolak Khairy

KUALA LUMPUR, 7 Julai (Hrkh) - Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayob menyanggah kenyataan yang dibuat oleh Ketua Pemuda Umno berhubung isu pemuda PAS Manek Urai beralih sokongan kepada Barisan Nasional (BN). Beliau menegaskan tidak timbul soal kecewa di kalangan anggota Pemuda PAS berhubung isu kerajaan perpaduan sebaliknya golongan muda di Manek Urai sebulat suara menolak pemimpin yang diangkat dengan isu rasuah.


Salahuddin juga menegaskan rakyat Kelantan telah lama membuktikan mereka bijak dan matang dalam politik serta tahu menilai parti dan pemimpin mana yang banyak dikaitkan dengan rasuah. "Tidak timbul soal kecewa mana-mana pihak terutama anggota Pemuda PAS berhubung isu kerajaan perpaduan kerana kita (PAS) telah buat keputusan menolak idea tersebut. "Golongan muda di Manek Urai sebulat suara menolak pemimpin yang diangkat dengan rasuah dan mereka juga tahu parti mana yang sering dikaitkan dengan rasuah serta salahguna kuasa," tegas beliau.


Beliau menasihatkan Khairy supaya tidak mencari publisiti murahan semata-mata untuk menunjukkan kehebatan selaku ketua pemuda Umno. Justeru, Salahuddin menyeru pengundi-pengundi di Manek Urai terutama golongan muda untuk terus memberikan sokongan kepada PAS dalam pilihanraya kecil Dun Manek Urai.


Sebelum ini, Ketua Pergerakan Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin Abu Bakar mendakwa ramai anggota Pemuda PAS yang kecewa dengan krisis kepimpinan parti, terutama dalam berkaitan isu kerajaan perpaduan, yang "memberi isyarat" akan beralih arah menyokong BN pada pilihan raya kecil Dun Manik Urai 14 Julai ini.

Post by Admin

Sumber Harakahdaily.net

Secara dasarnya saya menyokong tindakan Majlis Bandaraya Alor Setar, mengambil tindakan meroboh Pusat Pemotongan Babi tanpa lesen yang beroperasi sejak 30 tahun lalu. (28 tahun 7 bulan di bawah UMNO/BN).Saya juga menyeru kepada pimpinan DAP Kedah supaya tidak mengambil tindakan yang terburu-buru untuk bertindak keluar dari Pakatan Rakyat. Tidak ada masalah yang tidak dapat diselesaikan. Sepatutnya tempoh 30 tahun dan ditambah sebulan lagi yang diberikan oleh MBAS sudah cukup untuk 28 orang peniaga mencadangkan tempat baru operasi Pemotongan Babi secara yang lebih bersih, tersusun dan selesa.
Malangnya tiada tindakan dibuat seolah-olah ingin terus kekal disitu walaupun mendapat bantahan bukan sahaja dari masyarakat Islam bahkan dari bukan Islam sendiri yang tidak selesa dengan kekotoran dan pencemaran bau yang berlaku, lebih-lebih lagi dalam situasi wabak Selsema Babi sekarang ini Kita sebagai rakyat Malaysia, perlu bertanggung jawab kepada sekitaran dan masyarakat kita tanpa mementingkan diri sendiri. Janganlah isu-isu tidak mengikut peraturan, tidak mematuhi arahan, dilihat oleh rakyat terbanyak kita sebagai parti yang memerintah pula yang melanggarinya.
Apakah DAP Kedah jika diizinkan memerintah Kedah atau Negara Malaysia akan mempopularkan pendekatan negeri atau negara tanpa undang-undang? Dengan slogan "Buatlah Apa Sahaja Asal Bahagia". Sudah tentu tidak dan tidak pernah terlintas pun begitu difikiran DAP Kedah, tetapi jika tindakan untuk keluar Pakatan di Negeri Kedah terus juga dilakukan maka rakyat akan menafsirkan DAP Kedah hanya mahu orang lain yang patuh kepada undang-undang, tetapi tidak kepada dirinya sendiri.Walau bagaimanapun, dalam isu penguatkuasaan selepas ini, pihak berwajib yang mewakili Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Kedah mestilah bertindak dari awal, janganlah membiarkan sesuatu yang melanggar undang sehingga berhari-hari, berminggu-minggu, berbulan-bulan, bertahun-tahun bahkan mungkin berdekad-dekad untuk diambil tindakan.
Contoh mudah: Pembinaan Gerai Haram - Hari pertama gerai haram dibina, petugas MBAS lalu, Ketua Kampung lalu, Penghulu lalu, Exco lalu, Aris Awang lalu, YB Hj Nan lalu.... singgah pulak tu....... tiada apa-apa teguran, tegahan atau notis dikeluarkan. Gerai Haram teruskan operasi masuk seminggu tiada apa-apa juga, diteruskan lagi sehingga sebulan, tiada apa tindakan lagi, masuk tiga bulan perniagaan makin maju, pelanggang makin ramai, tuan punya gerai haram tambah simen, bulan keempat, buat bumbong zink yang asalnya tikar plastik biru/orange. bulan kelima bina dinding bata. Bulan keenam MBAS keluar notis saman gerai haram akan diroboh dalam tempoh 3 hari dari tarikh tertera.
Admin ke tapak penyembelihan babi sebelah Pasar Kg. Berjaya yang ranap sama sekali setalah dirobohkan pihak berkuasa MBAS semalam.
Tuan punya telah mengeluarkan belanja beribu-ribu ringgit, walaupun pada mulanya mengetahui tempat yang dibina adalah bukan tapak yang dimilikinya, tetapi akibat tidak ada tindakan pencegahan lebih awal maka tindakan mengikut undang-undang dan peraturan yang terlalu lewat oleh Ketua Kampung, Penghulu, MBAS, YB dan EXCO serta Aris Awang (saya turut terlibat kerana saya PAS, begitu juga ahli PAS yang lain-lain) dilihat sebagai menzalimi rakyat.Semoga pihak penguatkuasa MBAS, khususnya Setiausaha MBAS tiada mempunyai sebarang niat merosakkan imej kerajaan Pakatan Rakyat Kedah, dengan sengaja menumpukan kepada kes-kes yang melibatkan sentimen perkauman agar sedikit demi sedikit kepercayaan dan sokongan kepada Kerajaan Pakatan Rakyat semakin terhakis. Amat malang jika tindakan penguatkuasaan yang kita lakukan bukan untuk mendisplinkan rakyat tetapi untuk memuaskan hasrat dan cita-cita tersembunnyi.
Perbetulkanlah niat kita, kerana manusia sentiasa alpa, marilah bersama-sama kita mendisplinkan diri sendiri dalam sumpah etika kerja sebagai penjawat awam dan seterusnya mendisplinkan rakyat kita dalam menjaga alam sekitar dan kehidupan masyarakat berbilang kaum dengan mengambil Islam sebagai rujukan utama. Islam menuntut ketegasan - Islam juga menuntut bertimbang rasa. Islam menuntut kesucian persekitaran - Islam juga menuntut kesucian jiwa. Islam menuntut penghakiman - Islam juga menuntut kebajikan. Islam menuntut kebersihan - Islam juga menuntut nasihat menasihatiRakyat kita mempunyai berbagai pemikiran, layanilah mereka seadanya sebagai rakyat, tegurlah mereka ketika salah, belailah mereka ketika berurusan, dendalah mereka jika tetap degil......Semoga Isu-Isu Islam sebagai rujukan utama yang dinanti-nantikan akan mendominasi Pemerintahan Kita. DidoakanSelamat Memerintah Sepenggal Lagi.
Post by Admin
Sumber: Aris Awang

KOTA BAHARU - Pas mendakwa penduduk di Manik Urai yang akan memilih Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) baru mereka pada pilihan raya kecil 14 Julai ini, tidak memerlukan wakil rakyat yang berpendidikan tinggi.

Pengarah Pilihan Raya Pas Kelantan, Abdul Fattah Harun berkata, tidak seperti anggota Parlimen yang mempunyai tanggungjawab di peringkat persekutuan, tugas Adun hanya terhad di kawasan yang diwakilinya sahaja.

“Wakil rakyat tidak semestinya berpendidikan tinggi. Lainlah sekiranya dia adalah wakil kerajaan Persekutuan (anggota Parlimen).

“Pengundi Manik Urai boleh terima dan tidak mengira isu pendidikan. Wakil rakyat nak jumpa (wakil) kerajaan tidak semestinya ada pendidikan tinggi,” katanya kepada pemberita selepas berakhirnya persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini, hari ini.

Pas meletakkan pemborong ikan, Mohd Fauzi Abdullah, 50, yang juga Bendahari Pas Bahagian Kuala Krai sebagai calon mereka, manakala Barisan Nasional (BN) meletakkan Tuan Aziz Tuan Mat, 39, berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Teknologi daripada Universiti Teknologi Malaysia (UTM) sebagai calon mereka pada pilihan raya kecil itu.

Pengumuman calon Pas dibuat Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat 26 Jun lalu sementara pengumuman calon BN dibuat Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin 28 Jun lalu.

Ketika ditanya kenapa Mohd Fauzi setakat ini belum dapat ditemu bual pemberita, Abdul Fattah berkata calon itu kini begitu sibuk bertemu dengan rakyat.

"Masa tidak mengizinkan lagi untuk (pemberita) menemu bual calon kita. PAS Kelantan akan memperuntukkan satu masa yang sesuai untuk membolehkan pemberita mengadakan temu bual dengan beliau dalam tempoh secepat mungkin," katanya.

Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian penyandangnya Ismail Yaakob dari PAS pada 22 Mei lepas. Penamaan calon ditetapkan pada 6 Julai.
Post by Admin
Sumber:http://www.sinarharian.com.my

Menggempur Umno di Manek Urai

Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri kawasan Manek Urai, Kuala Krai bermula 6 Julai ini harus dijadikan titik mula untuk membenam Umno-Barisan Nasional dipersada politik negara.Dengan sokongan dan dokongan semua pihak, dari kalangan rakyat yang berbilang kaum dan agama, terutamanya daripada rakan-rakan Pakatan Rakyat, PAS seharusnya berada dalam kedudukan yang selesa berbanding Umno-BN.
PAS memperolehi keselesaan, apabila sudah tiada lagi isu-isu dalaman mahu pun luaran yang boleh dipergunakan Umno-BN untuk menyerang atau memecahbelahkan PAS, khususnya dalam isu yang berkaitan dengan Kerajaan Perpaduan.Kepimpinan dan anggota Pakatan Rakyat, khususnya Ketua Pembangkang, Dato' Seri Anwar Ibrahim juga sudah memberi akujanji untuk turun habis-habisan membantu kemenangan calon PAS.
Kesepaduan saf kepimpinan PAS sudah mulai terjalin. Tiada lagi kedengaran suara-suara teguran terhadap kepimpinan, lantaran kebijaksanaan Tuan Guru Mursyidul Am dan Tuan Guru Presiden merungkaikan isu Kerajaan Perpaduan. Di kalangan rakan-rakan Pakatan Rakyat juga, sudah tiada lagi pandangan negatif terhadap PAS dan mula memahami sedikit sebanyak fungsi dan peranan PAS sebagai parti tonggak orang-orang Melayu yang bertunjangkan Islam.Dalam konteks Manek Urai, sebuah kawasan majoriti Melayu-Islam. Sudah tentu isu-isu berkaitan agama, bangsa, pembangunan dan keadilan sosial bakal mendominasi kempen.PAS dalam isu-isu berkaitan agama, jauh lebih terkehadapan daripada Umno.
PAS juga dalam isu-isu berkaitan kepentingan bangsa Melayu, juga lebih diyakini dan semakin mendapat kepercayaan rakyat, khususnya dalam memperjuangkan isu bahasa, pendidikan dan pembahagian ekonomi orang-orang Melayu.PAS beruntung kerana keperibadian dan kepimpinan Tuan Guru Dato' Nik Aziz Nik Mat sebagai Menteri Besar Kelantan, begitu disanjungi dan dihormati rakyat dari tahun 1990, kekal sehingga kini.
Namun, petugas-petugas PAS tidak seharusnya terlalu yakin dengan kelebihan yang ada. Mereka harus bekerja lebih keras untuk mempertahankan kemenangan PAS di Dun Manek Urai. Mempertahankan kemenangan adalah lebih sukar daripada merebut kerusi yang dikuasai parti lawan.PAS tidak seharusnya memandang ringan keupayaan Umno-BN. Sebagai sebuah parti yang mendominasi Kerajaan Pusat sekian lama, sudah tentu Umno-BN begitu mahir dan licik mengeksploitasi peluang.
Sejak sekian lama, sama ada Pilihan Raya Umum atau Pilihan Raya Kecil, Umno-BN sentiasa mengambl peluang untuk mengeksploitasi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), menyebarkan propaganda menerusi media arus perdana untuk menyerang PAS dan Pakatan Rakyat dan mempergunakan jentera kerajaan termasuk polis untuk kempen BN.Semua institusi ini dipergunakan untuk mencemar dan memburuk-burukkan PAS dan Pakatan Rakyat yang dilabel sebagai pembangkang.Setakat ini, alhamdulillah, walaupun kita sering bertembung 'di padang yang tidak sama rata', namun Pakatan Rakyat berjaya memenangi hampir kesemua kerusi yang dipertandingkan dalam Pilihan Raya Kecil.
PAS dan Pakatan Rakyat tidak harus berdiam diri, harus dituntut supaya Pilihan Raya Kecil ini dianjurkan secara adil, telus dan saksama.PAS juga harus membuktikan bahawa ianya merupakan sebuah parti yang benar-benar bersedia untuk menggantikan Umno-BN.Semua ahli, penyokong PAS serta Pakatan Rakyat harus mengambil peluang untuk menyanggah doktrin Umno-BN di Manek Urai, bekerja keras untuk memenangkan calon PAS, sekaligus memperkukuhkan pengaruh PAS di Kelantan Darul Naim.
Post by Admin
Ditulis oleh Mohd Rashidi Hassan