Kota Siputeh... SPR nak sangat kuasa Speaker, Nah!! Ambiklah!




sila klik di bawah untuk butirannya:-
Dinar Emas, Pusat akhirnya akui amalan Kelantan

Perasmian Dinar Emas Kelantan pada 20 September 2006

Malah lebih jauh dari itu, YAB Tuan Guru Dato' Nik Abd Aziz sudahpun dijemput memberi ucapan di Persidangan Ekonomi Antarabangsa Mengenai Dinar Emas di PWTC pada 24 Julai 2007 lalu. Inilah kejayaan yang kita boleh lihat dari Kerajaan PAS Kelantan.

Posted by admin






































































Sumbangan Tanda Ingatan Anak-Anak Yang Berjaya Masuk ke IPT




































































































































































Beberapa sukarelawan PKWR ADUN Kubang Rotan sedang berbincang dan menyusun barang-barang yang mula disumbang oleh semua lapisan masyarakat untuk diedarkan. Terima kasih kepada semua penyumbang.. Antara sumbangan yang telah sampai ialah Kurma dari Restoren Aina Simpang Kuala, Kain Sejadah sumbangan En. Lim Tai Kiang, sementara beberapa orang yang budiman telah menyumbangkan beras..

Terjawab Spekulasi Kedudukan Exco Kedah

Sultan perkenan Radzhi gugur,
Lim Soo Nee ganti

Zulkifli Sulong Wed Aug 26, 09 5:07:10 pm MYT

ALOR SETAR, 26 Ogos: Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah memperkenankan Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lunas, Mohd Radzhi Salleh, digugurkan daripada jawatan Exco berkuatkuasa Selasa, kata Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak.

"Perkara ini telah dimaklumkan kepada Mohd Radzhi melalui pembantu peribadinya kerana beliau tidak ada di pejabat, dan Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri juga telah diarahkan untuk memaklumkan bahawa jawatan Exco telah digugurkan mulai 25 Ogos," katanya dalam satu sidang media di Wisma Darul Aman, di sini, Rabu.

Menurut beliau lagi, Sultan Kedah turut memperkenankan pelantikan ADUN Kulim dari PKR, Lim Soo Nee untuk mengisi jawatan Exco yang kosong itu manakala majlis angkat sumpah akan diadakan minggu depan.

Mohd Radzhi sebelum ini mengumumkan keluar dari PKR dan menjadi wakil rakyat Bebas.

Berikutan tindakan itu, Azizan menghadap Sultan Kedah bagi menyerahkan surat memohon perkenan supaya Mohd Radzhi yang mengisytiharkan dirinya wakil rakyat Bebas digugurkan daripada jawatan Exco.

Tindakan itu dibuat berikutan Mohd. Radzhi yang merupakan Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Pembangunan Masyarakat dan Sumber Tenaga Manusia negeri bukan lagi mewakili komponen Pakatan Rakyat (PR). Ketua Penerangan PKR, Lateefa Koya menyifatkan tindakan Mohd Radzhi itu tidak menguntungkan Umno dan Barisan Nasional (BN).

Mohd Radzhi sering dihebohkan dengan dakwaan mempunyai beberapa rekod buruk sebelum menjadi Adun lagi termasuk semasa dia bertugas di Pejabat Pos Universiti Utara Malaysia (UUM).

Ketika menjadi Exco pula, dalam keadaan disifatkan sebagai gagal menjalankan tugasnya sebagai wakil rakyat dan juga exco, beliau masih mengemukakan tuntutan perbelanjaan melampau kepada kerajaan negeri sehingga menyebabkian beliau disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia SPRM.

Sumber: Harakahdaily

Harakahdaily.net

Harakahdaily.net




Di Permatang Pasir, PAS kekalkan kemenangan besar








Kenyataan PKR Kedah Berhubung Pengisytiharan Keluar Adun Lunas

ADUN Lunas telah isytihar menjadi Wakil Rakyat Bebas, Ikuti statement YB. HJ. AHMAD BIN KASIM Pengerusi PKR Kedah. Ini Kenyataan beliau

YB . Mohd Nasir Mustafa & Seluruh AJK PKWR Kubang Rotan merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada individu perseorangan dan syarikat yang sudi menaja banner ucapan ramadhan pada kali ini.
Di kesempatan ini juga kami rasa berbesar hati dan ingin mengucapkan terima kasih kepada

1. Salehuddin B. Mustafa (DEN AUTO ENT.) = 4 pcs
2. Zulkifli B. Yahya (Pengarah Urusetia Penerangan K’jaan N. Kedah) = 4 pcs
3. Erik = 1pcs
4. Istnorthern Trading = 1 pcs
5. Mohd Fakhri (FNS INTEGRATED) = 2pcs
6. Azizi Abdullah (MAA IDAMAN) = 1pcs
7. Fauzi Yusof & Razak Osman (KOLA FRAME) = 2pcs
8. Hj. Hasbullah Shafie = 1pcs
9. MSR GRAFIK = 2 pcs
10. Mohamad (WESTERN CIRCLE) = 1pcs
11. Abidin Mohamad (EHSAN DIANA ENT.) = 1pcs

Semoga Sumbangan anda akan menyemarakan lagi sambutan ramadhan pada kali ini.

Kepada bakal penyumbang yang ingin menyumbang bagi sepanjang progam mengimarahkan ramadhan bagi program dalam DUN kubang Rotan sila hubungi Pej. PKWR Kubang Rotan di talian: 04-772 3640 kerjasama anda amatlah dialu-alukan.

Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak, Semoga kedatangan kali ini akan lebih memberikan keta kekuatan kepada semua dalam melakukan ibadah.

Berikut adalah hasil sumbangan anda semua








Post By Admin.