1. Warga PKWR ADUN Kbg Rotan mengucapkan takziah kepada seluruh ahli keluarga Us Sofian khususnya Sdr Zakir dan Sdr Ibrahim (Ketua DPP Pendang) di atas pemergian Ayahanda mereka.
2. Sesungguhnya jasa Us Sofian kepada pendidikan islam jelas terbukti selepas turun menurun keluarga ulamak tersohor ini mewarisi intitusi pendidikan berteraskan islam dengan jayanya.. Al fatihah.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

1. Pagi ini sekali lagi saya melawat rumah Sdr. Ismail yang terbakar pada malam khamis lepas.

2. Insyaallah sedikit peruntukan untuk memulakan pembinaan rumah ini akan diberikan segera.

3. Saya merayu kepada tuan / puan yang budiman untuk sama-sama kita bantu saudara kita ini. Sila hubungi pihak saya di talian 0124215955 atau terus menyumbang ke akaun sdr Ismail bin Ramli, di BSN 0713929836110413 atau Maybank 15209639950.


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Berhajat Untuk Makan-makan





http://tehranifaisal.blogspot.com/2010/01/berhajat-untuk-makan-makan.html

1. Syukur kepada Allah tiada kemalangan jiwa dan kebakaran rumah sdr Ismail terkawal tidak melarat ke rumah berdekatan di kawasan yang padat ini.

2. Kebakaran di kawasan Kuala Kedah ini amat menakutkan kerana rumah di sini yang padat dan rapat. Selalunya kebakaran di sini sukar dikawal dan akan melibatkan banyak rumah.

3. Keadaan perumahan tradisional yang tidak teratur ini memang terdedah kepada bahaya seperti kebakaran. Ketiadaan paip bomba dan kesukaran untuk jentera bomba masuk antara masalah utama kepada usaha-usaha menyelamat.

4. Apapun terima kasih dan tahniah kepada semua pasukan bomba yang telah berjaya mengawal kebakaran semalam teristimewa buat bomba sukarela yang cekap dan cepat dalam setiap kali berlaku kebakaran.

5. Semalam ribuan orang datang melihat kebakaran ini, saya berharap kita semua dapat bersimpati dengan mangsa kebakaran ini dengan sama-sama membantu beliu. Insyaallah agar kita dapat menjadi masyarakat yang perihatin dan tolong menolong.

6. Untuk bantuan segera sedikit wang tunai dan pakaian telah pihak saya hulurkan. Kepada pihak keluarga Sdr Ismail bersabarlah... Insyaallah kita akan sama-sama bantu membantu meringankan beban saudara sekerluarga untuk dapat kembali ke rumah seperti biasa.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Pemenrintahan Khalifah

Alhamdulillah program motivasi rakyat yang sudah masuk kali ke 11 makin mendapat sambutan. Bulan ini tajuknya Pemenrintahan Khalifah. Kuliah yang disampaikan oleh Tuan Hj. Mohamad Sabu setiap bulan ini sangat menarik untuk diiukuti. Isyaallah tarikh program akan datang saya akan update di ruangam aktivit blog ini. Saya seru seluruh lapisan masyarakat untuk hadir beramai-ramai. Program diadakan di surau Al-Hasaniah, Kg Baru Tambak Bunga.


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Sehari menjalankan tugas

1. Jam 9pagi saya bersama Dato Pharolrazi, Tuan Setiausaha MBAS, Ahli-ahli Majlis MBAS, pegawai MBAS dan wakil peniaga Pasar Besar Alor Setar melawat pasar ini. Insyallah sebuah JK telah dibentuk untuk memantau Pasar Besar ini untuk menmyelesaikan masalah pasar ini dan akhirnya menjadi pasar yang maju, bersaing dan menjadi antara lokasi tumpuan di bandar Alor Setar.

2. Selesai di pasar saya ke kampong Kbg Rotan, untuk meninjau jalan di situ selepas dapat aduan jalan di situ kurang baik. Setiba saya di situ JKR sedang memperbaiki lubang-lubang jalan di situ. Alhamdulillah, terima kasih JKR.

3. Kemudian saya mengunjung kematian di Kg Teluk Talipon. Selepas itu saya menziarahi seorang remaja lelaki yang terlibat dalam kemalangan jalan raya. Alhamdulillah dapatlah disumbangkan sebuah kerusi roda kepadanya. Semuga cepat sembuh.

4. Dari Kbg Keluncur saya ke Kg Kuala Sungai menziarahi Mak Lang Nab Sulaiman antara orang-orang lama di kampong kelahiran saya. Beliu berusia lebih 80 tahun dan sedang uzur.

5. Sebelum balik ke pejabat, saya singgah di Taman Sri Indah untuk ziarah anak Kak Shon yang juga terlibat dalam kemalangan. Kepada adik-adik dan anak-anak semua, saya nasihatkan berhati-hatilah bila di jalan raya.

Sekadar sebuah catatan...
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Melawat SRJK(C) Cheng Yu, Kuar Jawa.

1. Melawat sekolah jenis kebangsaan cina, memang ternyata masyarakat sangat mementingkan isu pendidikan.

2. Di sekolah ini dari tahun 1 hingga tahun enam terdapat hanya 17 orang pelajar, termasuk 2 orang pelajar melayu.

3. Saya diberi taklimat mengenai pengajaran dan pembelajaran di sekolah ini. Terbukti masyarakat cina yakin dengan pendidikan di SRJK(C) dapat membina modal Insan khususnya diperingkat awal pendidikan anak-anak mereka. Selain mempertahan bahasa ibunda mereka, mungkin sikap rajin berkerja dan bertanggung jawab kepada keluarga dan tidak membuang masa antara hasil didikan awal SRJK(C).

4. Walaupun hanya tinggal 17 orang pelajar kesungguhan lembaga sekolah yang terdiri dari penduduk sekitar amat membanggakan.

5. Pihak saya akan memberi perhatian kepada beberapa masalah yang diketengahkan, namun saya kira lebih penting kepada pihak sekolah ini berusaha untuk meningkatkan jumlah pelajar.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.


GUBAL UNDANG-UNDANG CEGAH MURTAD JIKA BENAR UMNO SAYANG ALLAH

Sila klik di sini untuk butirannya...






Kalaulah PAS membuat keputusan seperti semalam sejak dari awal majalah Herald-The Catholic Weekly berkeras mahu menggunakan nama Allah, saya yakin tidak akan tersiar kenyataan seperti di bawah:

"Kefahaman bahawa kalimah Allah itu eksklusif untuk orang Islam sahaja, saya percaya (kefahaman) itu lagi sesat.
"Sedangkan Allah itu tuhan semesta alam, tuhan kepada semua manusia" (Ahli Majlis Syura PAS, Ustaz Ahmad Awang dalam berita Malaysiakini hari ini bertajuk "Kenyataan Dr Haron Din dipertikai").
Apa nak buat. PAS tak habis-habis dengan sifat lambat dan lembab membuat keputusan. Last-last, berbalah sesama sendiri.
Nak lawan Umno tak boleh lambat dan lembab, bib. Kalau lambat dan lembab, sampai bila-bila pun orang-orang Melayu dan rakyat negara ini akan disiksa oleh pemerintahan Umno.
Sementara itu, ayat yang paling power dari Umno seminggu dua ini ialah "ini isu agama, isu 'aqidah. Ini bukan isu politik. Jangan politikkan".
Tak kisahlah. Umno bercakap lagu tu sebab depa ingat depa ja yang pandai. Depa ingat depa bagus sangat. Orang lain semua boleh dibodohkan dengan kenyataan depa yang kononnya ikhlas tu.
Kalau tak ikut telunjuk lurus kelingking berkait Umno, PAS khianat la, kuli DAP la, macam-macam. Kalau para pemimpin PAS sanggup menjadi babi tunggangan depa, barulah PAS bagus.
Macamlah orang tak kenal pemimpin-pemimpin parti pengkhianat. Bercakap fasal Melayu, fasal Islam, lepas tu pi merangkak ke celah kangkang tauke Cina mengemis rasuah ("Many personalities in Umno and MCA were said to be under his payroll" - Ahli Jawatankuasa Pusat MCA, Datuk Ti Lian Ker). Jual negara, jual bangsa, jual agama.
Nanti sat, nak tanya sikit: Siapa percaya Umno tak main politik?
Berkaitan:Kufur jika sokong guna kalimah Allah - Haron Din (mStar Online 4/1/10)Berbeza pandangan: Haron Din hukum parti sendiri (mStar Online 5/1/10)Haron speaks for himself' (Malaysiakini 5/1/10)PAS tolak tindakan agresif dan provokatif (Malaysiakini 5/1/10)Kontroversi kegunaan kalimah Allah (Tun Dr Mahathir Mohamad 5/1/10)'Allah' for everyone, insists MCA (Malaysiakini 5/10/10) - Lu jangan cakap la, MCA. Mau tukar perkara pertama Rukunegara kepada "Kepercayaan kepada Allah"? Puak-puak Herald-The Catholic Weekly mau tukar perkara pertama Rukunegara kepada "Kepercayaan kepada Allah"?

Stop building steel wall, Nasrallah tells Egypt










Hezbollah Secretary General Seyyed Hassan Nasrallah has called on the Egyptian government to halt the construction of a huge steel wall along its border with the besieged Gaza Strip meant to cut supply tunnels.


“In addition to the siege, there has been news about [building] a steel wall… to terminate the thin veins which are giving some life and some hope to Gaza,” Nasrallah said in an address to thousands of people in Beirut on Sunday as part of ceremonies for Ashura, which is the anniversary of the martyrdom of the grandson of Prophet Muhammad (PBUH), Imam Hussein (PBUH).


“We call on the government in Egypt and the leadership to stop the wall and the flooding of the tunnels and to end the siege. Otherwise, it should be condemned by all Arabs and Muslims,” he stated.


The Hezbollah leader also criticized most of the members of the international community for their deafening silence over the siege of the Gaza Strip.


The remarks echo earlier comments by United Nations Relief and Works Agency (UNRWA) Commissioner-General Karen Abu Zaid, who described the wall as more dangerous than the Bar Lev Line built by Israel along the eastern coast of the Suez Canal after it captured the Sinai Peninsula from Egypt during the 1967 Six-Day War.


On a number of occasions, hundreds of Hamas supporters have gathered on the Palestinian side of Gaza’s southern border with Egypt to hold protests against the underground barrier Egypt is building. The demonstrators chant slogans and call on Israel to lift the blockade it imposed over two years ago.


The Egyptian steel wall would block a network of underground tunnels the Palestinians use to bring in a wide variety of goods and products that Israel does not allow into Gaza due to the closure of the commercial crossings with Israel.


The illegal Israeli-imposed blockade of the Gaza Strip, which has steadily tightened since 2007, has had a disastrous impact on the humanitarian and economic situation in the coastal enclave.


Some 1.5 million Gazans are being denied their basic rights, including freedom of movement, and their rights to appropriate living conditions, work, health, and education. The poverty and unemployment rates stand at approximately 80% and 60% respectively in the Gaza Strip.

Mesir digesa henti bina tembok Gaza



Pemimpin Hizbullah, Sayed Hassan Nasrallah semalam menggesa Mesir menghentikan pembinaan pagar keluli sepanjang sempadannya dengan Gaza.


Pagar berkenaan bertujuan menghentikan kegiatan menyeludup menerusi terowong oleh penduduk Palestin di Gaza.


Bercakap kepada puluhan ribu penganut Syiah Lubnan sempena sambutan Asyura, Sayed Hassan berkata, Mesir akan menjadi sasaran kecaman jika tidak menghentikan pembinaan tembok itu.


Ketegangan antara Mesir yang majoriti penduduknya berfahaman Sunni dengan Hizbullah yang disokong Iran meningkat sejak tahun lalu apabila Sayed Hassan menuduh Kaherah bersekongkol dengan Israel untuk mengepung Gaza.


“Di sebalik kepungan itu, terdapat laporan mengenai pembinaan tembok keluli yang bertujuan menyekat kemasukan barangan keperluan ke Gaza,” katanya.


“Kami menggesa kerajaan Mesir untuk menghentikan pembinaan tembok itu dan menamatkan kepungan ke atas Gaza.


“Mesir akan dikecam oleh seluruh bangsa Arab dan masyarakat Islam sekiranya ia tidak menghentikannya,” kata Sayed Hassan.


Mesir menahan 26 orang yang didakwa mempunyai hubungan dengan Hizbullah yang dituduhnya merancang serangan di Mesir.


Pendakwa raya Mesir berkata, seorang daripada tahanan itu ialah anggota Hizbullah yang mengetuai 10 yang lain untuk cuba menyeludup senjata kepada kumpulan Hamas di Gaza.


Pegawai Mesir mengaku menempatkan tiub keluli di beberapa tempat sepanjang sempadannya dengan Gaza tetapi tidak menyatakan tujuannya.


Penduduk Gaza bimbang sekatan keluli itu yang ditanam di bawah tanah akan mengehad atau mengakhiri kegiatan penyeludupan menerusi beratus-ratus terowong. - AP

Al Qaradhawi: Pembinaan Tembok Besi di Persempadanan Mesir Adalah Haram











Ketua Persatuan Ulama Muslimin Antarabangsa, Prof. Dr. Yusuf Al Qaradhawi, telah mengeluarkan fatwa bahawa pembangunan tembok besi yang sedang dilakukan oleh kerajaan Mesir di persempadanan Mesir-Gaza adalah haram berdasarkan syari’ah.


Al Qaradhawi menegaskan dalam kenyataannya yang disampaikan kepada sejumlah media informasi pada hari Isnin (28/12) yang lalu, bahawa pembangunan tembok besi itu adalah perbuatan yang diharamkan menurut syari’ah (agama), kerana ianya bertujuan menghalangi rakyat Gaza dari mendapatkan bahan keperluan asasi bagi menruskan kehidupan mereka, seterusnya menjadi penyambung kepada sekatan yang telah dikenakan ke atas mereka Situasi ini akan semakin membuatkan warga Gaza semakin kelaparan, terhina dan tertindas; yang mana semua hal tersebut dilakukan demi memenuhi dan mempersetujui permintaan Israel.

Al-Azhar "Halalkan" tembok Besi, Ulama Saudi Mengharamkan









Frekuensi pemberitaan tentang Mesir dalam persoalan pembangunan tembok besi di sepanjang perbatasan antara Mesir dan jalur Gaza yang bertujuan untuk mencegah penyelundupam senjata dan barang-barang kebutuhan pokok bagi warga Gaza melalui terowongan-terowongan bawah tanah telah menimbulkan komentar dari seorang ulama Saudi dalam sebuah fatwanya.


Berbeda dengan fatwa dari Majma'al-Buhuts al-Islamiyyah, salah satu lembaga riset Islam di bawah naungan Al-Azhar Mesir yang kerap dijadikan rujukan, yang secara penuh menyatakan dukungannya terhadap upaya pemerintahan Mesir membangun dan menanam tembok logam bawah tanah di sepanjang perbatasan Mesir-Gaza.


Syaikh Dr.Yusuf Al-Ahmad, seorang profesor syariah di Universitas Imam Muhammad bin Saud Arab Saudi, mengeluarkan fatwa pada sabtu kemarin (2/1) bahwa HARAM membangun tembok baja tersebut karena akan menyebabkan ketidakadilan terhadap umat Islam di Gaza.


Fatwa Syaikh Dr. Yusuf Ahmad diterbitkan pada situs "Noor al-Islam", yang berjudul "Pembangunan dinding baja Mesir untuk pembongkaran terowongan Gaza ": "Pembangunan dinding baja adalah haram karena merupakan ketidakadilan yang sangat besar bagi kaum muslimin di Jalur Gaza sehingga dapat mengisolasi dan menyesengsarakan mereka, sesuai dengan hadits Nabi saw dalam kitab Shahih Al-Bukhari Ibnu Umar berkata: "Seorang wanita masuk Neraka hanya karena mengurung seekor kucing dan tidak memberi kucing tersebut makan hingga mati kelaparan" Jika mengurung kucing saja bisa memasukkan seseorang ke neraka, maka bagaimana dengan mengurung sekumpulan manusia?


Dia menekankan dalam pendapatnya, bahwa fatwanya tersebut merupakan tanggapan pertama dari Arab Saudi atas pembangunan tembok baja yang menyelimuti umat Islam di Gaza, umat Islam diharuskan untuk bekerja sama dengan umat Islam di Gaza dan mendukungnya, bukan malah bekerja sama dengan musuh-musuh Islam.


Mendukung pendapat dan fatwa Syaikh Dr.Yusuf Ahmad - Dr Ali Al-Ahmad Al Badahdah, presiden Koalisi untuk Palestina, menyatakan: "menanam dinding baja sudah cukup menjadi bencana bagi pengepungan seluruh Jalur Gaza."


Badahdah mengatakan dalam sebuah wawancara dengan "Islam Online.Net": "Kami berharap negara-negara Islam membantu saudara-saudara mereka di Gaza Palestina dan tidak membiarkan mereka kelaparan dan menyerukan negara-negara Islam untuk campur tangan menghentikan pembangun dinding tersebut, membuka penyeberangan Rafah "perbatasan antara Mesir dan Jalur Gaza yang dikepung sejak pengambilalihan oleh Gerakan Perlawanan Islam (Hamas) sejak bulan Juni 2007.

Maafkan Kami, Gaza!










hanya lihat
dan pasang mata


hanya marah
dan merah mata


hanya sedih
dan air mata


hanya doa
dan perih mata


hanya pekik
dan sorot mata


hanya malu
dan tutup mata


hanya aksara
dan tinta


hanya suara
dan kata


hanya simpati
dan cinta


Maafkan kami, Gaza

Anak-anak Gaza!
Jangan adukan Kami kepada Muhammad
Kami di Malaysia,
jauh dari Gaza

Pasar Besar Alor Setar

1. Dua hari lepas saya telah meninjau keadaan di Pasar Besar.

2. Beberapa perkara berbangkit memang ada yang telah diselesaikan seperti masalah air di dalam pasar dan di bahagian santan.

3. Bagaimanapun masih banyak yang perlu dibuat oleh semua yang terlibat untuk menjadikan Pasar Besar Alor Setar maju, destinasi tumpuan dan akhirnya menguntungkan semua pihak.

4. Saya berharap pihak MBAS dapat menyelesaikan masalah infra di pasar ini secepat mungkin. Masalah kebersihan, air, lampu dan kipas masih belum benar-benar selesai.

5. Warga pasar pula saya harap dapat membentuk persatuan yang kuat bersatu padu untuk sama-sama memiliki atitude yang betul kearah memajukan pasar ini.

6. Masalah mungkin berbeza pada musim kemuncak, jadi seharusnya pada ketika ini di mana saya dapati masih banyak meja-meja yang kosong pihak terlibat dapat melaksanakan segala perancangan bagi memajukan pasar ini.

7. Pasar sebagai Pusat Komuniti sebenarnya dapat menyumbang kepada proses pembangunan diri dan masyarakat sekiranya kita berjaya memajukan pasar ini dalam semua aspek.

Selamat membeli, berniaga dan berkhidmat, insyaallah kita akan berjaya!


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Rumah Mesra Rakyat

Program ini diwujudkan bagi membantu golongan berpendapatan rendah seperti nelayan, petani dan keluarga miskin yang tidak mempunyai rumah atau tinggal di rumah usang (daif) tetapi mempunyai tanah untuk memiliki rumah sendiri yang sempurna dan selesa.


KELAYAKAN PEMOHON


Warganegara Malaysia.
Pemohon mestilah berumur 18 hingga 65 tahun.


Pendapatan kasar seisi rumah tidak melebihi RM1,500 sebulan.


Tidak mempunyai rumah sendiri atau mempunyai rumah yang usang / tidak sempurna.

Mempunyai tanah / tapak yang bersesuaian dan tiada sekatan / cagaran ke atasnya.

Jika tanah bukan kepunyaan pemohon, Surat Akuan / Kebenaran Berkanun dari tuan tanah diperlukan untuk membina dan menggadai tanah tersebut kepada SPNB.


Berkahwin atau, ibu / bapa tunggal yang mempunyai tanggungan.


REKABENTUKRumah Mesra Rakyat adalah berkonsepkan rumah sesebuah yang berkeluasan di antara 700 kps sehingga 866 kps mempunyai 3 bilik tidur serta 2 bilik air di mana s atu pertiga (1/3) daripada kos pembinaan dibiayai Kerajaan Persekutuan manakala pemohon hanya perlu membayar dua pertiga (2/3) berdasarkan konsep Qadrul - Hassan.


Untuk maklumat lanjut mengenai skim ini, klik sini http://www.spnb.com.my/bm/corporate/projects_rmr.htm

Motivasi Pilihanraya PAS Kangar

1. Semua aktivis PAS mesti merealisasikan Islam Memimpin Perubahan.

2. Umat Islam adalah umat yang paling bermotivasi kerana kita ada syurga dan neraka, janji baik dan janji buruk.

3. Agenda rakyat menyelamatkan negara mesti digerakan dari sekarang untuk diterjemahkan pada PRU ke 13 nanti

4. Selamat berjuang!!! Allahuakbar!!!
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Sumbangan Pakaian Sekolah.