Rumah Mesra Rakyat

Program ini diwujudkan bagi membantu golongan berpendapatan rendah seperti nelayan, petani dan keluarga miskin yang tidak mempunyai rumah atau tinggal di rumah usang (daif) tetapi mempunyai tanah untuk memiliki rumah sendiri yang sempurna dan selesa.


KELAYAKAN PEMOHON


Warganegara Malaysia.
Pemohon mestilah berumur 18 hingga 65 tahun.


Pendapatan kasar seisi rumah tidak melebihi RM1,500 sebulan.


Tidak mempunyai rumah sendiri atau mempunyai rumah yang usang / tidak sempurna.

Mempunyai tanah / tapak yang bersesuaian dan tiada sekatan / cagaran ke atasnya.

Jika tanah bukan kepunyaan pemohon, Surat Akuan / Kebenaran Berkanun dari tuan tanah diperlukan untuk membina dan menggadai tanah tersebut kepada SPNB.


Berkahwin atau, ibu / bapa tunggal yang mempunyai tanggungan.


REKABENTUKRumah Mesra Rakyat adalah berkonsepkan rumah sesebuah yang berkeluasan di antara 700 kps sehingga 866 kps mempunyai 3 bilik tidur serta 2 bilik air di mana s atu pertiga (1/3) daripada kos pembinaan dibiayai Kerajaan Persekutuan manakala pemohon hanya perlu membayar dua pertiga (2/3) berdasarkan konsep Qadrul - Hassan.


Untuk maklumat lanjut mengenai skim ini, klik sini http://www.spnb.com.my/bm/corporate/projects_rmr.htm

0 comments: