Kalaulah PAS membuat keputusan seperti semalam sejak dari awal majalah Herald-The Catholic Weekly berkeras mahu menggunakan nama Allah, saya yakin tidak akan tersiar kenyataan seperti di bawah:

"Kefahaman bahawa kalimah Allah itu eksklusif untuk orang Islam sahaja, saya percaya (kefahaman) itu lagi sesat.
"Sedangkan Allah itu tuhan semesta alam, tuhan kepada semua manusia" (Ahli Majlis Syura PAS, Ustaz Ahmad Awang dalam berita Malaysiakini hari ini bertajuk "Kenyataan Dr Haron Din dipertikai").
Apa nak buat. PAS tak habis-habis dengan sifat lambat dan lembab membuat keputusan. Last-last, berbalah sesama sendiri.
Nak lawan Umno tak boleh lambat dan lembab, bib. Kalau lambat dan lembab, sampai bila-bila pun orang-orang Melayu dan rakyat negara ini akan disiksa oleh pemerintahan Umno.
Sementara itu, ayat yang paling power dari Umno seminggu dua ini ialah "ini isu agama, isu 'aqidah. Ini bukan isu politik. Jangan politikkan".
Tak kisahlah. Umno bercakap lagu tu sebab depa ingat depa ja yang pandai. Depa ingat depa bagus sangat. Orang lain semua boleh dibodohkan dengan kenyataan depa yang kononnya ikhlas tu.
Kalau tak ikut telunjuk lurus kelingking berkait Umno, PAS khianat la, kuli DAP la, macam-macam. Kalau para pemimpin PAS sanggup menjadi babi tunggangan depa, barulah PAS bagus.
Macamlah orang tak kenal pemimpin-pemimpin parti pengkhianat. Bercakap fasal Melayu, fasal Islam, lepas tu pi merangkak ke celah kangkang tauke Cina mengemis rasuah ("Many personalities in Umno and MCA were said to be under his payroll" - Ahli Jawatankuasa Pusat MCA, Datuk Ti Lian Ker). Jual negara, jual bangsa, jual agama.
Nanti sat, nak tanya sikit: Siapa percaya Umno tak main politik?
Berkaitan:Kufur jika sokong guna kalimah Allah - Haron Din (mStar Online 4/1/10)Berbeza pandangan: Haron Din hukum parti sendiri (mStar Online 5/1/10)Haron speaks for himself' (Malaysiakini 5/1/10)PAS tolak tindakan agresif dan provokatif (Malaysiakini 5/1/10)Kontroversi kegunaan kalimah Allah (Tun Dr Mahathir Mohamad 5/1/10)'Allah' for everyone, insists MCA (Malaysiakini 5/10/10) - Lu jangan cakap la, MCA. Mau tukar perkara pertama Rukunegara kepada "Kepercayaan kepada Allah"? Puak-puak Herald-The Catholic Weekly mau tukar perkara pertama Rukunegara kepada "Kepercayaan kepada Allah"?

0 comments: