KUALA KEDAH – Penduduk di tiga kampung di sini kini mampu menarik nafas lega apabila sedikit sebanyak masalah jalan tidak berturap yang mereka hadapi akan dapat diatasi menerusi pemberian batu kerikil bagi meratakan jalan berkenaan di bawah peruntukan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kubang Rotan.ADUN Kubang Rotan, Mohd Nasir Mustafa berkata, ketiga-tiga kampung itu ialah Kampung Permatang, Kampung Padang dan jalan di hadapan Sekolah Kebangsaan Sri Pantai yang berhubungan dengan Taman Harapan.“Saya hanya menyediakan peruntukan batu kerikil sahaja di tiga kawasan berkenaan dan tidak melibatkan kerja menurap jalan.






Peruntukan ini diberikan Kerajaan Negeri yang prihatin dengan masalah rakyat dan berusaha membantu meringankan beban yang ditanggung mana-mana penduduk,” katanya kepada Sinar Harian di sini.Nasir berkata, usaha untuk membangunkan setiap kawasan dalam DUN Kubang Rotan akan diteruskan dan diperbanyakkan lagi agar penduduk dapat menikmati pembangunan sama seperti di kawasan lain.Semasa kerja meletakkan batu kerikil dijalankan, Nasir sempat melawat ke rumah penduduk kampung berhampiran.






Selain itu, Nasir juga telah menyampaikan sumbangan sebanyak RM100 kepada 70 pelajar yang berjaya menjejak kaki ke Institusi Pengajian Tinggi (IPT) dalam DUN berkenaan.“Setiap anak yang tinggal dalam DUN Kubang Rotan yang berjaya melanjutkan pengajian ke IPT sama ada IPT awam atau swasta telah diberi RM100 seorang sebagai tanda penghargaan kepada mereka yang berjaya.






“Sumbangan berkenaan adalah daripada peruntukan Kerajaan Negeri yang tidak pernah lupa menghulur sumbangan walaupun kepada pelajar yang berjaya dalam pendidikan,” katanya.






Post By Admin

0 comments: