ALOR SETAR, 27 Mac (Bernama) -- Seorang gadis berusia 22 tahun adalah antara 50 orang ditahan dalam Operasi Tapis Bersepadu di sekitar Pelantar Siput, Kuala Kedah, dekat sini, hari ini.Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Negeri, Supt Baharom Othman, berkata kesemua penagih berada dalam keadaan khayal ketika ditahan dalam operasi selama dua jam bermula 9.30 pagi tadi."Hampir 90 peratus daripada mereka yang ditahan adalah penagih tegar yang bekerja sebagai nelayan dan ada antara mereka pernah ditahan melebihi dua kali sebelum ini," katanya pada sidang akhbar di Balai Polis Kuala Kedah, dekat sini.Katanya lima daripada penagih itu memiliki dadah jenis heroin.Baharom berkata kesemua penagih yang ditahan itu berumur antara 22 sehingga 67 tahun dan mereka dipercayai memperoleh bekalan dadah dari Bukit Selambau, Sungai Petani."Kesemua mereka ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Setar untuk siasatan lanjut," katanya.-Bernama

Team Kubang Rotan Dicari


1. 27 mac 2007 mesyuarat Agung Persatuan Nelayan kali 31, berlangsung di Sek. Men. Sri Pantai Kuala Kedah.

2. Persatuan ini mempunyai sejumlah 4519 ahli berdaftar dari nelayan-nelayan di Kuala Kedah, Kuala Sala, Kuala Jerlun, Kuala Air Hitam dan Kuala Sanglang.

3. Pihak saya dijemput untuk bersama-sama hadir di mesyuarat ini yang dirasmikan oleh Dato' Hj Mustafa Hj Ahmad, Ketua Pengarah LKIM Malaysia.

4. Tahniah kepada persatuan ini kerana berjaya mengadakan mesyuarat ini. Cuma saya berharap sikap yang lebih serius ahli-ahli persatuan untuk menggunakan medan mesyuarat dengan baik demi kebajikan dan kemajuan nelayan.

5. Semuga mesyuarat ini akan terus berjaya meningkatkan kemajuan nelayan-nelayan yang terlibat.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

1. Hari PAS Kuala Kedah melancar misi ke 19 PAS Kuala Kedah dalam muktamar khasnya yang lalu untuk menyediakan 100 unit Amal & Nisak yang memenuhi piawai yang sepatutnya.

2. Tuan Hj Aris Awang setiausaha PAS Kuala Kedah telah menyediakan kertas & taklimat untuk menjayakan misi ini.

3. Dewan Pemuda & Muslimat Kuala Kedah dan PAS cawangan diberikan tanggung jawab sebagai pelaksana kepada misi ini.

4. Insyallah kita berdoa Unit Amal & Nisak Kuala Kedah akan berjaya digerakan kearah suatu gerakan 'beramal kerana Allah' dalam merealisasi Islam is the way of life di dalam masyarakat khususnya kepada golongan belia dan belia wanis. Terima Kasih kerana menjemput saya untuk melancarkan program ini.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Lawatan ke Pasar Kuala Kedah
































































1. Keadaan pasar yang mendap perlu diselesaikan.

2. Kebersihan pasar ini mendukacitakan.
3. Pihak MBAS sedang merancang untuk memperbaiki pasar ini.
4. Saya telah mencadangkan satu gotong royong perlu diadakan segera untuk membersihkan pasar ini.
5. sikap perniaga, pelanggan dan kita semua amat perlu untuk melihat pasar ini bersih.

Lawatan Pemuda Bayan Lepas















Terima kasih daun keladi kepada Pemuda PAS Bayan Lepas berkunjung ke Kubang Rotan, Insyaallah lain kali Pemuda PAS Kubang Rotan pula akan ke Bayan Lepas. Suatu perlawanan bolasepak persahabatan telah berlangsung di antara Pemuda PAS Bayan Lepas dan Pasukan bolasepak Kg. Peremba bersemperna lawatan ini.

Kunjungan Wakil AMIN Research & culture centre










Bertukar cenderamata dengan Pengarah urusan AMIN Research & Culture Centre En. Mohammad Mohsen Radmart, di PKWR Kbg. rotan.

Majlis Sumbangan Fakir Miskin Persatuan Cina Taman Sultan Badlishah




































Gambar - Sidang Palestine di Beirut
























































































































Lihat 1 kisah di 2 laporan









1. UTUSAN MALAYSIA









Peruntukan tanah Orang Asli diteliti
Oleh THOMAS CHONGpengarang@utusan.com.my

Pegawai Tugas Khas kepada Perdana Menteri, Datuk Ghazali Ibrahim (kiri) menerima memorandum bantahan Dasar Pemberimilikan Tanah Orang Asli daripada Majid Suhut. Turut menyaksikan penyerahan memorandum itu, Shafie Apdal dan Ketua Setiausaha Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Abd. Jabar Che Nai (tiga dari kiri) di hadapan pintu utama Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya, semalam. - UTUSAN/Zaki Amiruddin
PUTRAJAYA 17 Mac - Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah sedang meneliti cadangan supaya peruntukan keluasan tanah di bawah Dasar Pemberimilikan dan Pembangunan Tanah kepada orang Asli dikaji semula.

Menterinya, Datuk Seri Shafie Apdal berkata, beberapa cadangan dalam dasar tersebut termasuk peruntukan 2.4 hektar tanah untuk tujuan aktiviti penanaman dan 0.1 hektar untuk tujuan kediaman telah menimbulkan reaksi berbeza daripada Orang Asli.
''Terdapat sedikit isu yang tidak dapat diselesaikan berhubung keluasan dan kaedah pengagihan tanah.

''Kerajaan meneliti semua cadangan yang dikemukakan malahan kami mengadakan pameran bergerak untuk mengumpul pandangan Orang Asli," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan dialog dengan kira-kira 1,000 Orang Asli di kementeriannya di sini, hari ini.

Masyarakat Orang Asli itu berkumpul di sini untuk menyerahkan memorandum kepada kerajaan berhubung Dasar Pemberimilikan dan Pembangunan Tanah Kepada Orang Asli yang didakwa mengabaikan kepentingan komuniti tersebut.
Pada masa ini terdapat 141,000 Orang Asli membabitkan 18 suku menetap di seluruh Semenanjung Malaysia.

Terdahulu, dalam sesi dialog , Shafie memberi jaminan bahawa semua undang-undang mengenai Orang Asli akan digubal dengan mengutamakan kepentingan masyarakat itu.
''Rang undang-undang mengenai tanah Orang Asli akan digubal mengikut ramuan Orang Asli dengan mengambil kira keperluan Orang Asli," katanya.

Shafie bagaimanapun mahu Orang Asli bersedia menerima perubahan positif yang akan membawa kebaikan kepada golongan tersebut.

''Orang Asli tidak harus terlalu memfokus kepada tanah yang diperuntukkan kepada mereka, mereka juga patut menggunakan hak sebagai rakyat untuk memohon program perumahan rakyat dan rumah kos rendah," katanya.

Sementara itu, beliau berkata, dua jawatan pengarah dalam Jabatan Hal Ehwal Orang Asli akan diisi dari kalangan Orang Asli sendiri.

''Kami juga akan meneliti cadangan supaya senator yang mewakili Orang Asli dilantik dalam Dewan Negara," katanya.

Dalam pada itu, Presiden Persatuan Orang Asli Semenanjung Malaysia, Majid Suhut berkata, masyarakat Orang Asli mahu seorang yang benar-benar mewakili masyarakat itu dilantik untuk bersuara di Dewan Negara.

''Sekarang memang ada senator dari Orang Asli tetapi dilantik atas kapasiti parti politik, kami berharap seorang senator yang betul-betul mewakili kita boleh bersuara di Dewan Negara," katanya.



2. MALAYSIAKINI

Tanah 'ditipu', orang Asli protes di Putrajaya
author_photo("Salhan K Ahmad")
Salhan K AhmadMac 17, 102:16pm

Lebih 2,000 Orang Asli ke Putrajaya bagi menyerahkan memorandum bantahan kepada perdana menteri berhubung dasar pemberimilikan tanah.Bagaimanapun kehadiran sesetengah mereka sejak jam 12.45 tengah hari tadi, dengan beberapa bas telah dilencongkan oleh pihak polis ke sebuah auditorium di Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah.Kira-kira seribu daripada mereka disuruh berdialog dengan menteri berkenaan, Datuk Seri Shafie Apdal di auditorium itu.

Kira-kira seribu lagi petang tadi berkumpul di persiaran di hadapan pejabat Perdana Menteri bersedia untuk berarak bagi menyampaikan memorandum berkenaan.Mereka bagaimanapun dihalang berbuat demikian oleh anggota polis yang bertugas sekitar kawasan itu.Bagaimanapun setelah perbincangan kira-kira 15 minit, pihak polis memberi jaminan untuk membenarkan lima orang wakil Orang Asli untuk menghantar memorandum berkenaan.Keputusan itu disambut dengan pekikan "boo" oleh Orang Asli.Polis juga meminta Orang Asli supaya tidak berarak dan mempamerkan kain rentang serta sepanduk mereka.Pakai pakaian tradisionalKumpulan itu bagaimanapun akur untuk tidak menghalang laluan ke JPM dan berkumpul di bahu jalan.
Dalam perhimpunan ini, Orang Asli membawa sepanduk dan kain rentang,antaranya berbunyi 'Hak Kami Selaku Orang Asal Perlu dihormati', 'Jangan Hapuskan Akta Kami' dan 'Iktirafkan Wilayah Adat Kami'.Ada juga Orang Asli yang memakai pakaian tradisional mereka.
Perhimpunan tersebut anjuran bersama Persatuan Orang Asli Semenanjung Malaysia (POASM) dan juga Jaringan Kampung Orang Asli Perak.Perhimpunan hari ini adalah yang kedua seumpamanya, selepas satu demonstrasi di hadapan pejabat JHEOA di Gombak pada 24 Februari lalu.

Kira-kira 2.30 petang, kumpulan tersebut berjaya menyerahkan memorandum tersebut kepada perdana menteri melalui pegawai tugas-tugasnya, Datuk Ghazali Ibrahim.Memorandum tersebut diserah oleh presiden POASM, Majid Suud. Kedengaran tepukan gemuruh selepas dimaklumkan bahawa memorandum tersebut telah berjaya diserahkan.Lima minit kemudian satu lagi memorandum diserahkan kepada Shafie oleh penyelaras Jaringan Kampung Orang Asli Perak, Tijah Yok Chopil.'Kami tidak berpecah dua'Memorandum pertama yang diserahkan oleh Majid berkaitan pelantikan senator Orang Asli yang telahpun diserahkan kepada perdana menteri pada 9 Disember tahun lalu.Bercakap kepada pemberita, Majid berkata kumpulan itu tidak pernah berpecah dua seperti yang didakwa.

Sebaliknya, tambahnya, kumpulan tersebut tiba lewat dan tidak berjaya mengikuti program bersama Shafie di kementerian tersebut."Sebenarnya ada kawan saya yang terlewat kerana datang dari jauh. Kalau ikut jadual kita hendak serah memorandum (pada) jam 2.30, (tetapi) dia tak sampai lagi. Ini yang jadi masalahnya. Ini kumpulan yang sama, tak ada berbeza kumpulan," katanya.Memorandum kedua yang diserahkan Tijah pula berkaitan bantahan ke atas dasar pemberimilikan tanah Orang Asli.Sembilan perkara yang digariskan dalam memorandum itu antaranya menyebut, dasar berkenaan diluluskan tanpa melibatkan rundingan dengan masyarakat Orang Asli dan bercanggah dengan peruntukan dalam perlembagaan.
Memorandum tersebut turut menuntut supaya dasar pemberimilikan dimansuhkan dan hak wilayah adat Orang Asli hendalah diwartakan sebagai Rizab Orang Asli.Turut dikepilkan dalam memorandum berkenaan ialah cadangan pindaan Akta Orang Asli (Akta 134) yang dikemukakan Persatuan Orang Asli Semenanjung Malaysia.Menteri: 'Bukan protes, tapi jalan-jalan di Putrajaya'Ketika ditemui pemberita kemudiannya, Tijah (bawah) yang juga pengasas Jaringan Kampung Orang Asal Semalaysia berkata, kumpulan Orang Asli yang diketuainya itu tidak sempat hadir di program yang diadakan di kementerian Shafie.

"Masa penyerahan memo tadi saya tidak dengar Datuk Seri Shafie sebut apa-apa jaminan. Saya hanya mampu menekan beliau dan wakil perdana menteri supaya menyampaikan kepada perdana menteri."(Saya juga menekan supaya) meneliti memorandum ini dan lupuskan terus dasar pemberimilikan tanah dan teliti tuntutan kami," katanya.Manakala Shafie pula, ketika diminta mengulas mengenai perhimpunan hari ini, sambil tersenyum berkata: "Mereka datang bukan untuk protes tetapi untuk berjalan-jalan melawat Putrajaya dan kita juga bagi mereka makan-makan.""Yang majoriti ini kumpulan yang jumpa dengan saya tadi. Sebenarnya mereka nak datang, di samping nak menyaksikan penyerahan memorandum ini.

"Mereka juga datang untuk cuti sekolah hendak ambil gambar di Putrajaya sebab mereka cuma tengok Putrajaya dalam televisyen."Tambahnya, beliau sedia mendengar apa-apa masalah yang dikemukakan oleh masyarakat, khususnya daripada Orang Asli."Jika ada sesiapa kata kami mengabaikan atau menidakkan hak mereka, itu tidak benar kerana kita telah membelanjakan lebih daripada RM400 juta setahun untuk memastikan pendidikan dan prasarana mereka (terjamin)."