ALOR SETAR – Dalam menghadapi suku akhir Liga Bola Sepak Piala Menteri Besar (MB) pada Jun ini, Kubang Rotan FC (KRFC) mengadakan perlawanan persahabatan menentang pasukan Piala Presiden Sarawak yang diadakan di Stadium Darulaman.

Penolong Jurulatih, Shakri Mat berkata, KRFC menentang pasukan Piala Presiden Sarawak dengan jaringan gol 3-1 dalam perlawanan persahabatan itu.

Menurutnya, mereka menerima pelawaan untuk mengadakan perlawanan persahabatan itu sebagai satu strategi memantapkan pasukan dalam menghadapi suku akhir Piala MB nanti.

“Kita ingin mendedahkan semua pemain dengan pelbagai teknik permainan termasuk penyesuaian dengan keadaan padang yanag mana perlawanan sebenar liga ini akan diadakan di stadium ini.

“Apabila kita sering mengadakan perlawanan persahabatan dan memberi pendedahan secara tidak langsung kepada pemain, kita berharap pasukan KRFC dapat mara hingga ke peringkat akhir Piala Menteri Besar,” katanya.

Shakri berkata, selain mengadakan perlawanan persahabatan dengan pasukan Piala Presiden Sarawak, KRFC juga akan bertemu dengan pasukan bola sepak Satun yang akan diadakan hujung Mei nanti.

Menurutnya, pendedahan itu adalah untuk meningkatkan persiapan pasukan sebelum bermain di peringkat suku akhir itu.

“Saya berkeyakinan penuh terhadap semua pemain ini dan mereka memiliki peluang cerah untuk menang dan seterusnya mara ke peringkat suku akhir dan akhir.

“Selain itu, terdapat pemian KRFC berjaya dipilih untuk mewakili pasukan boal sepak Kedah ke Sukan Malaysia (Sukma) yang akan diadakan di Melaka Jun ini,” katanya.

Sementara itu, seorang pemain KRFC, Mohd Fauzan Ghazali, 20, berkata, dia bangga kerana dipilih untuk bermain dalam pasukan KRFC.

Menurutnya, selain gembira bermain untuk pasukan, dia juga berbangga kerana berpeluang untuk bermain di bawah tunjuk ajar jurulatih berpengalaman.

http://www.sinarharian.com.my/utr/content/story7680084.asp

Al-Fatihah

Memaklumkan Us Rejab Saad, Timb Pengerusi Tetap PAS Kaw. Kuala Kedah telah pulang keramatullah dan solat jenazah akan dilansungkan pada jam 3 petang di masjid Kg Huma Padang Hang. Sesungguhnya jasa beliu kepada Pas Kaw. Kuala Kedah sangat besar untuk dihargai. Semuga Allah meletakan ruh beliu bersama-sama orang yang soleh.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Mana Pemuda UMNO

DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN KUALA KEDAH
Pejabat PAS Kawasan Kuala Kedah
Kampung Kuala Sungai, Mukim Kubang Rotan
06250 Alor Setar, Kedah Darul Aman


KENYATAAN AKHBAR
20 Jamadilawal 1431
04 Mei 2010


Kepada:

Semua Ketua Biro Media Cetak & Eletronik

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN KUALA KEDAH CABAR PERGERAKAN PEMUDA UMNO BAHAGIAN KUALA KEDAH BERDEBAT ATAS ISU PENGHINAAN TERHADAP KDYMM TUANKU SULTAN KEDAH.

Saya, Mohamad Helmi Bin Mohamad Khalid selaku Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Kuala Kedah dengan rendah diri ingin menyatakan bahawa pihak saya ingin menghentikan segera segala tuduhan, tohmahan, fitnah yang amat sangat berhubung isu yang diputarbelitkan oleh pihak Umno berkenaan soalan lisan oleh YB Mohd. Nasir Mustafa (Kubang Rotan) dalam persidangan Dewan Undangan Negeri yang berlangsung pada 26 April lalu.

Dewan Pemuda PAS Kawasan Kuala Kedah juga melihat, Umno telah memanipulasikan isu ini sekaligus telah menimbulkan suasana kurang senang dan kekeliruan di kalangan rakyat.

Maka untuk memberikan satu gambaran tepat kepada rakyat berhubung isu ini, dengan tegas, saya selaku Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Kuala Kedah, dengan ini mencabar Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Kuala Kedah untuk berdebat secara terbuka berkaitan isu ini.

Saya menyerahkan kepada budi bicara Pemuda Umno Bahagian Kuala Kedah bagi menetapkan tarikh, masa dan tempat untuk melangsungkan debat terbuka ini demi memberikan satu jawapan tepat setelah isu ini diputarbelitkan oleh pimpinan Umno.

Sekian, terima kasih.



Yang benar,




(MOHAMAD HELMI BIN MOHAMAD KHALID)
Ketua
Dewan Pemuda PAS Kawasan Kuala Kedah
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Dialoq nelayan

Majlis anjuran Persatuan Nelayan Kuala Kedah yang melibatkan semua Persatuan Nelayan di negeri ini bersama exco Pertanian Dato Hj Ir Amirudin Hamzah dan agensi berkaitan Jab. Perikanan, Meritim harus dipergiatkan bagi menyelesaikan masalah berbangkit nelayan.

Membangunkan kumpulan ini dengan ilmu pengetahuan agar mereka dapat meningkatkan pendapat dan dalam masa yang sama memelihara laut untuk generasi akan datang adalah sesuatu yang sangat penting.

Sekadar bantuan tanpa suatu perancangan holistik untuk membangunkan golongan nelayan sama sekali tidak boleh mengubah nasib nelayan. Kemampuan nelayan turun temurun mesti dipertingkatkan atau kita akan menyaksikan masalah golongan ini tidak pernah akan selesai. Mampukah mereka bersaing dengan nelayan komersil dengan awak-awak warga asing dan peralatan yang canggih.

Insyallah dengan ilmu dan bimbingan berterusan laut kita terpelihara, nelayan kita akan makmur dan sejahtera.

Saya dan YB Lee Guan Aik turut hadir di majlis yang dianjurkan bertujuan menyelesaikan masalah berbangkit di antara nelayan dan agensi penguatkuasaan berkaitan.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.