KUALA KEDAH, 22 November* – Sebanyak enam buah rumah musnah dijilat api di Kampung Madrasah, di sini melibatkan 39 mangsa terdiri daripada keluarga yang kebanyakannya adalah nelayan.
Menurut Pengerusi Persatuan Nelayan Kawasan Kuala Kedah, Encik Abdul Hamid Bahari,adalah menjadi ta
nggungjawab mereka membantu mangsa-mangsa yang terlibat bagi meringankan beban mereka kerana kebanyakan mereka kehilangan harta benda dalam kebakaran tersebut.
"Lima keluarga adalah nelayan, jadi persatuan ini menyampaikan sumbangan berbentuk wang ringgit bagi meringankan beban mereka tambahan musim buka sekolah dah nak mula, jadi mereka memerlukannya bagi beli keperluan sekolah anak-anak," katanya selepas ditemui ketika melawat mangsa kebakaran.
Seorang mangsa yang dikenali sebagai Ramlah Mat Zuki, 63, dan keluarganya hanya tinggal sehelai sepinggang kerana api merebak dengan cepat disebabkan keadaan rumah yang kebanyakannya diperbuat daripada papan serta rumah yang berdekatan antara satu sama lain.
"Masa kami sekeluarga tengok berita dalam pukul 9.00 malam, kami dengar orang jerit api, api, bila mak cik ke dapur, saya tengok rumah mak cik dah kena api, barang-barang tak sempat selamat melainkan anak-anak serta cucu mak cik saja," jelas beliau kepada wartawan ketika diminta mengulas pengalaman ketika kejadian.
Menurut seorang lagi mangsa, Zakaria Abdul Majid, 57, ketika kebakaran, beliau sekeluarga tiada di rumah kerana menghadiri majlis perkahwinan saudara.
"Bila balik dari kenduri semalam, saya dapati rumah saya dah terbakar, apa-apa
pun tak boleh selamat dah," ujar beliau.
Sementara itu ADUN Kubang Rotan, YB Mohd Nasir Mustafa yang kebetulan berada di Kuala Terengganu sewaktu kejadian bergegas pulang ke kawasannya sebaik diberitahu mengenai kejadian tersebut, dengan mengambil penerbangan Kuala Terengganu-Pulau Pinang.
Pelbagai pihak tampil menyampaikan sumbangan bagi meringankan beban mangsa-mangsa. Antaranya, kerajaan negeri, Pusat Khidmat ADUN Kubang Rotan, Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM), Jabatan Pertahanan Awam, Unit AMAL serta Majlis Ketua Kampung Kuala Kedah.

0 comments: