Mondus operandi UMNO/BN bila kalah teruk sama sahaja. Parti ini jenis tidak boleh menerima hakikat kalah. Masa saya kecil dulu di kampong kami selalu main dam. Ada kawan yang jenis tak boleh kalah. Mungkin kerana sebab dia selalu menang dengan cara menipu permainan. Semua taktik menipu dia guna tapi kadang-kadang dia kalah juga. Bila kalah mana dia boleh terima. Kami semua ketika itu hairan kenapa dia tak boleh terima kekalahan bila main dam. Rupa-rupanya dia sudah berusaha kuat menipu kami tapi dia kalah juga. Mana dia boleh terima. Macam-macam alasan dia bagi untuk nafi kekalahan dia, tapi akhirnya dia lari balik rumah dengan menangis. Pernah terjadi bila kalah dia lari balik rumah dengan menangis lepas tu mak dia datang marah kami, akibatnya terjadi campur tangan orang tua-tua. Akhirnya kami semua budak-budak ni jadi mangsa. Habis papan dam kami dirampas orang tua. Berakhirlah sesi permainan dam musim itu.


UMNO/BN pun lebih kurang kawan saya masa kecil juga. Setiap kali mereka kalah teruk mereka tak boleh terima. Mereka akan salahkan orang lain bila kalah. Sebab mereka tak boleh terima kalah kerana mereka dah buat segala yang terang dan gelap untuk menang, mana mereka boleh terima. Kerana terkapa-kapa kalah mereka jadi macam orang lemas, apa yang lalu mereka akan bergayut untuk selmatkan diri. Sejarah pilihanraya lalu boleh dilihat. 1969 mereka kalah di Perak, Kelantan, Terangganu dan seri di Selangor, akhirnya terjadi peristiwa 13 mei. Lepas mageran mereka dapat balik kuasa. 1999, mengamuk pulun gomoi Dato’ Seri anwar pilihanraya 2004 menang balik.


Kali ini sakit kalah ini lebih tenat. Qeriu menjerit rata. nak menuduh orang lain sebagai punca kalah orang dah tak percaya. Siapa nak percaya? Setiap kali pilihanraya mondus operandi yang digunakan sama saja. Taktik lama tu dah dalam poket rakyat. Lepas 8 mac 2009, PRK Permatang Pauh dan Kuala Terangganu taktik lama ternyata gagal. Di Permatang Pauh liwat jadi modal, sumpah merata masjid, Hukum suci Hudud pula dibawa ke Kuala Terangganu. Rasuah, janji, salah guna kuasa, ugut, takutkan rakyat (polis penuh negeri), ekploitasi media tak perlu diturunkan di sini lagi, itu dah maklum. Terbukti rakyat tak seperti dulu lagi, terbukti kini UMNO/BN sudah tidak relevan lagi.


Selalunya UMNO/BN bila kalah mula bawa keluar beberapa talian hayat. Mulalah nak jadi hero melayu, mula nak main isu perkauman, mula nak jadi Hang Tuah kononnya menjunjung raja-raja melayu, mula turun kebawah jumpa rakyat jelata, mula baca hadis baca quran. Sudahlah kesian kat polis, kesian SPRM (dulu BPR), kesian kat surat khabar, kesian kat TV3 dan yang paling kesian kat rakyat jelata asyik duk kena tipu.


Itulah bila orang menang dengan cara tak berapa nak clear. Kita harap kali ni janganlah bawa campur tangan orang tua-tua, rugilah kita kalau papan dam kena rampas, tamatlah musim dam tahun ini. Insyallah artikel lain kita bincang mengenai kerja-kerja orang kalah ini.

posted by admin

0 comments: