Al Fatihah Almarhum Dr. Fathi Yakan


AlFadhil Ustaz Fathi Yakan (Gambar) telah meninggalkan kita pada Sabtu 13 Jun (1933 hingga 2009), pd usia 76tahun. Jasanya sangat besar dalam mewarnai dunia harakah islamiyyah. Semoga beliau ditempatkan bersama para syuhada'

Kitab karangannya yang tersohor Apa Erti Saya Menganut Islam (atau lebih popular dengan panggilan 'Maza Yakni') menjadi rujukan kebanyakan usrah pelbagai wadah. Penulisannya yang tersusun rapi menyemai kefahaman yang jitu tentang definisi seorang penganut Islam yang benar-benar berperibadi Muslim. Semoga rohnya ditempatkan bersama syuhada’ dan anbia’

YB Nasir (dua dari kanan) bersama rombongan sedang berbual sesuatu dengan Sheikh Dr. Abdullah Nasir, Timbalan Presiden Jabhah Amad Islami di Kulliyah Dakwah Islamiyah Beirut

Pada hari Rabu 17 Jun 2009 lalu, ADUN Kubang Rotan, YB Mohd Nasir Mustaffa yang ke Tanah Suci Mekah menunaikan ibadah Umrah sempat singgah menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga dan sahabat Almarhum Dr Fathi Yakan di Beirut. YB Nasir mengutuskan takziah bagi pihak PAS kepada Sheikh Dr. Abdullah Nasir, Timbalan Presiden Jabhah Amad Islami di Kulliyah Dakwah Islamiyah Beirut. Rombongan beliau turut ditemani Ustaz Ridhuan Abu Bakar, Ketua Penerangan PAS Kawasan Kuala Kedah dan Hj. Md. Idrus Mat Rashat.


Post by Admin

Tun Dr. M akui Umno Parti Rasuah

KITA memang sedia maklum selain turut melabel Umno sebagai parti rasuah. Bukan kita yang sedar perkara ini, yang peliknya takkan Bekas Presidennya, Ybhg. Tun Dr. Mahathir (Gambar) baru tersedar dan mengakui rasuah telah menjadi amalan dan membudaya dalam Umno. Beliau amat kecewa dengan perlakuan rasuah dalam parti.

OK. Tun… Kami memang dah sedarpun dan jelas Umno kini telahpun parah. Sebab itulah apa saja idea bagaimana untuk menyelamatkan parti itu pasti disambutnya walau apa cara sekalipun. Umno dah terkantoi dengan Unity Government cadangan PAS yang kununnya demi menyelamatkan bangsa perlu kepada penyatuan. Dulu masa bertakhta dengan selesa di singgahsana kenapa agenda Melayu tidak diperjuangkan, semuanya dek kerana perut pemimpin-pemimpin yang pentingkan diri.
Yang seronoknya kelmarin Tun Dr. Mahathir Mohamad hadir merasmikan Mesyuarat Agung Majlis Bekas Wakil Rakyat (Mubarak) Negeri Kedah di Bangunan Tunku, Alor Setar. Ramainya yang hadir, ketika wartawan tanya beliau mengenai amalan rasuah dalam Umno, Tun Dr. M berkata, parti itu akan mengalami kesukaran pada pilihan raya umum akan datang jika masih meletakkan calon yang mempunyai imej rasuah.

Jalan sukar bagi Umno untuk menarik belia yang kini memberi
sokongan hebat kepada pakatan rakyat di peringkat nasional.


“Umno perlu membuat bedah siasat dan mendedahkan punca sebenar rakyat menolak Barisan Nasional setelah memenangi 11 pilihanraya Umum dengan selesa” kata Tun yang kembali ke pangkuan Umno selepas keluar parti di zaman Tun Paklah.
Jalan sukar bagi Umno untuk menarik belia yang kini memberi sokongan hebat kepada pakatan rakyat di peringkat nasional.Tun Dr M juga mengakui cabaran utama kepada Umno kini adalah membersihkan parti itu daripada rasuah. Umno sebelum pemilihan lalu hanya dilihat tidak mengambil langkah drastik menghapuskan rasuah tetapi menggantung beberapa nama yang mungkin tidak termasuk dalam pakej kepimpinan baru.
“Rasuah di mana-mana pun tak boleh dihapuskan, tapi boleh dikurangkan. Kalau orang Umno sayang kepada Umno, mereka jangan cuba jual undi mereka. Itu sama dengan menjual bangsa mereka, agama mereka dan tanahair mereka. Saya haraplah boleh dikurangkan. Patutnya orang yang terlibat dengan rasuah ni kena rotan tapi bukan sahaja tak dirotan, dibenar bertanding lagi. Inilah yg menyebabkan rasuah berleluasa,” tambah beliau lagi.

Jika Umno terus memberikan tempat atau mencalonkan orang memenangi jawatan kerana rasuah maka sukar baginya utk menang pada pilihanraya umum akan datang. Mantan presiden umno itu berkata walaupun kecewa dengan perlakuan rasuah dalam parti, pada masa sama beliau gembira kerana ada usaha memulihkan kembali kepercayaan rakyat terhadap Umno.

Tun Dr. M berpendapat peluang Umno dan BN untuk merampas kembali negeri yang di menangi Pakatan Rakyat tidak mustahil dengan syarat amalan rasuah dibersihkan dari bawah walaupun sukar.
Jawapannya saya bagi sekarang “Memang Sukar”, jadi tunggu dan lihat sajalah. PAS perlu perkemaskan kekuatan, akarumbi parti, cawangan dan kawasan. Ingatlah wahai sahabat-sahabat seperjuangan. Parti perlu diperkuatkan. Apapun yang berlaku kepada Umno kini jadikan ianya iktibar, panduan serta sempadan kepada kita pendokong gerakan Islam yang kini diuji dengan kemenangan. Allahuakbar!!!

Post by Admin

Janganlah berdolak dalik, wahai pemerintah-pemerintah negeri dan negara umat Islam.Dengan memakai imej Islam - kamu menzalimi rakyatDengan memakai imej Islam - kamu hidup bermewah dengan habuan dari keringat rakyat.Dengan memakai imej Islam - kamu menimbun kekayaan.Dengan memakai imej Islam - kamu bermegah-megah dengan pangkat dan darjat.Dengan memakai imej Islam - kamu hilang pedoman, apa sebenarnya hala tuju kehidupan kamu dalam membimbing rakyat.

Oleh itu, renunglah dengan penuh mendalam.......Apakah benar, kamu memerintah dengan Islam yang diajar Muhammad saw?Atau kamu wahai pemerintah negeri dan negara umat Islam telah mengubah agama Muhammad yang suci itu kepada satu ajaran baru yang mengikut nafsu dan keinginan kamu sendiri.Muhammad saw hidup sederhana ketika berjuang di Mekah tanpa pemerintahan dan hidup lebih sederhana, sehingga mengorek walaupun sebutir kurma dari mulut Hassan kerana kurma itu adalah sedekah orang yang tidak dibenarkan keluarga nabi menerimanya.Untuk apa semua itu dilakukan? Ia adalah untuk mengelak dan mengajar supaya pemimpin umat Islam tidak menerima sebarang bentuk habuan dunia yang akhirnya akan menindas rakyat yang diperintahnya............ kerana rakyat sering memberikan sesuatu kepada pemimpinnya, dengan berbagai alasan dan hasrat.

Berwaspadalah.............Ikuti kupasan lanjut dari Bang Mat Sabu mengenai MUHAMAD S.A.W. USWATUN HASANAH........ seperti poster di atas.
Majlis tersebut juga akan di isi dengan Majlis Penyerahan Sijil Keahlian PAS kepada 400 orang dari baru PAS mewakili 43 cawangan dalam Kawasan Kuala Kedah (jumlah keseluruhan cawangan sekarang ialah 88 cawangan) - Semua Setiausaha Cawangan PAS dari cawangan yang terlibat dijemput hadir.
Post by Admin

Peniaga diisytiharkan calon PAS di Manek Urai

KUALA KRAI, 27 Jun - Seorang peniaga, Haji Mohd Fauzi Abdullah, 50 diumumkan sebagai calon PAS bagi mempertahankan Dun Manek Urai malam tadi.
Pengisytiharan itu dibuat Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat pada ceramah di Kampung Manek Urai Lama, yang sendat dengan ribuan manusia. Hadir sama Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang.
Kawasan padang bola Manek Urai Lama sesak sejak petang lagi apabila penduduk tempatan dan petugas parti bertali arus menuju ke tempat ceramah.

Ketika diumumkan nama calon tersebut, suara takbir sambut menyambut yang mengiringi pengisytiharan tersebut. Kelihatan ramai yang setuju dengan ketokohan yang ditampilkan.
Biarpun Mohd Fauzi tinggal di Guchil, namun mempunyai keluarga yang ramai di Dun Manek Urai. Kakak sulungnya, Mariam isteri kepada seorang pesara polis kini tinggal di Kampung Laloh. Keluarganya berasal dari Bukit Marak berhijrah ke Kuala Krai ketika beliau berusia lima tahun.

Beliau merupakan anak keenam daripada lapan adik beradik. Empat daripadanya mendapat pendidikan tinggi sehingga ke luar negara. Seorang lagi kakaknya, Prof Dr Aminah pensyarah kanan di UKM; ketiga, Ibrahim seorang peniaga buah-buahan; keempat, Sabariah ketua jururawat di Hospital Temerloh. Kelima, Mohd Yazid, pengarah jabatan kerajaan di Putrajaya. Manakala dua adiknya iaitu Razali memiliki syarikat perunding di Pulau Pinang dan adik bongsu, Zaidi lepasan bidang IT di universiti, Australia.
Mohd Fauzi mempunyai lima anak hasil perkongsian hidup dengan Aminah Mahmood.
Terbabit dengan PAS sejak muda lagi. Beliau juga Ketua Cawangan PAS di Bandar Kuala Krai, Pengarah MTD Guchil dan bekas Penyelia Dun Guchil.
Beliau juga anggota jawatankuasa PIBG Maahad Rahmaniah, Kuala Krai. Kelibatnya tidak jauh berbeza dengan Allahyarham Haji Ismail Yaacob kerana pergaulan yang luas.
Orang ramai mudah menemuinya di kedai-kedai kopi. Hampir kesemua penduduk di sembilan peti di Manek Urai mengenalinya.

Biar pun kenderaan disekat melintasi jambatan merentangi Sungai Lebir menghala ke Manek Urai Lama mulai jam 7 petang semalam, namun banyak kenderaan masih lagi tersangkut untuk keluar ke jalan besar jam 1 pagi.


Post by admin
sumber: http://www.harakahdaily.net/

Hj Mohamad Sabu di jemput ke Program DAP

SEPANG, - Satu Jamuan Makan Malam iaitu "Jamuan Rakyat Ke Arah Kegemilangan" anjuran DAP Sg.Pelek, Sepang pada hari Khamis (25 Jun 2009) bertempat di Dewan Orang Ramai dan Tapak Taman Sri, Sg.Pelek, Sepang.
Jamuan di adakan oleh DAP Kawasan, yang menjual lebih 180 meja untuk makan malam tersebut. Ianya di hadiri lebih 2000 rakyat berbilang bangsa dan kaum, iaitu Cina, India dan Melayu. Di mana untuk jamuan orang Islam ianya diasingkan di dalam dewan (catering berasingan) , dan di luar dewan (dalam khemah) untuk Cina dan India.
Sambutan amat menggalakkan di mana kehadiran tetamu jemputan antaranya ialah YB Ronnie Liew (Exco Kerajaan Selangor), YB Tan Kok Wai (Ahli Parlimen Cheras), YB Gobind Singh Deo (Ahli Parlimen Puchong) dan Tuan Hj Mohamad Sabu sebagai jemputan khas.
Dalam ucapan Tuan Hj Mohamad Sabu menyentuh soal di negara kita , yang mana kekuatan tiang-tiang perlembagaan di Malaysia yang telah roboh. Semuanya angkara Umno/BN yang telah menggodam dan merosakkan semuanya.
Semua tiang-tiang perlembagaan itu di bawah Yang Dipertuan Agong, yang mengawal dan menjaganya, iaitu:1. "Legislative" iaitu Parlimen dan DUN , yang paling tinggi ialah Speaker. Ia mula hancur bila speaker Perak diusung keluar oleh Polis yang campurtangan, sedangkan ianya telah menyalahi perlembagaan.2. "Executive" iaitu Perdana Menteri yang paling tinggi, menteri-menteri dan kakitangan kerajaan sehinggalah yang paling rendah kerani di sekolah. Kita lihat terlalu banyak penyalahgunaan kuasa di kelompok ini.3. "Judiciary" iaitu Sistem Kehakiman yang paling tinggi Ketua Hakim Negara, iaitu antaranya campurtangan oleh Executive ke dalam perlantikan dan juga keputusan oleh hakim-hakim.
Selain itu Tuan Hj Mohamad Sabu juga menyentuh soal pentadbiran kerajaan Pulau Pinang di bawah YAB Lim Guan Eng yang telah berjaya menghapuskan kemiskinan tegar (pendapatan isi rumah kurang RM500). Kejayaan YAB Lim Guan Eng menghapuskan ketahap 0% selama setahun pemerintahannya, berbanding Umno/BN/Gerakan yang memerintah lebih 50 tahun tidak berjaya amat memalukan. Tambahan pula kemiskinan tegar itu semuanya adalah 90% adalah Melayu. Jadi tidak betul kalau Umno/BN kata DAP mahu menindas atau mahu membuang Melayu. Sedangkan Umno/BN sendiri tak pernah berusaha untuk berbuat demikian, malahan hanya cuba membuat fitnah di atas isu sensitif perkauman.
Ketika YB Gobind Singh Deo berucap, OCPD Sepang telah datang ke majlis tersebut. Walau bagaimanapun beliau sempat berucap dan menyentuh soal kes kematian banduan dalam penjara iaitu Kugan yang sehinga kini tiada siapa pun yang di tangkap atau di dakwa. Sedangkan kes itu dalam balai polis bukan di luar.
Sebelum itu beliau agak marah, ketika polis cuba meminta beliau untuk berhenti berucap. Sehingga katanya " dalam Parlimen tak boleh cakap, kat sini pun tak boleh cakap....habis mana mau cakap....???"
Program berakhir jam 10.40 malam.
Post by admin

Ustaz Fadzil Noor Dalam Kenangan

KUALA LUMPUR, - Peristiwa 23 Jun 2002 tetap bersemadi dalam memori seluruh umat Islam luar dan dalam negara kerana pada tarikh tersebut perginya idola tersayang, Presiden PAS, Dato' Fadzil Mohd Noor.


Bapa Pejuang Islam Malaysia


Almarhum meninggal dunia di Unit Rawatan Rapi, Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia akibat sakit jantung pada jam 10.30 pagi. Almarhum menerima rawatan selepas melakukan pembedahan pintasan jantung pada 10 Jun 2002. Sebelum itu Alhamrhum dimasukkan ke Hospital Kuala Terengganu kerana mengadu sakit dada.

Pemergiannya ditangisi, jasa dan ketokohan Almarhum tiada tolok bandingnya. Kini lima tahun sudah berlalu, namun memori bersama Almarhum tetap dalam berada dalam lipatan kenangan.
Setiausaha Agong PAS, Dato' Kamaruddin Jaffar sentiasa mengenang jasa dan ketokohan Almarhum dan yakin seluruh ahli dan kepimpinan PAS turut merasainya. Beliau yang dihubungi kagum dengan kehebatan dan kepintaran Almarhum memimpin parti dalam menghadapi pelbagai cabaran dari tahun 1990 hingga pertengahan 2002. Katanya, kejayaan Almarhum memimpin PAS dalam suasana mencabar itu dan telah membawa kemenangan terbesar kepada PAS adalah satu fakta sejarah yang tidak dapat dinafikan. Almarhum juga tambah beliau, dapat memberikan gambaran yang tepat berkenaan konsep kepimpinan Ulama dan ia tidak dapat ditandingi oleh tokoh lain. Kamaruddin berharap ahli dan pimpinan PAS sentiasa memperingati dan mengkaji cara Almarhum memimpin parti selama berpuluh-puluh tahun dengan berbagai-bagai jawatan.

Sementara itu, Ketua Muslimat PAS Pusat, Ustazah Nuridah Mohd Salleh menyifatkan Almarhum cukup `friendly' walaupun beliau seorang pimpinan tertinggi parti.
"Bagi ahli PAS banyak kenangan manis yang patut dicontohi. Almarhum mempunyai sifat `kebapaan' jika berjumpa muslimat tidak lupa bertanya hal suami," katanya. Menurut beliau kepetahan Almarhum ketika berdebat dan berceramah memang tidak dinafikan, mudah-mudahan pimpinan PAS seterusnya dianugerahkan oleh Allah mempunyai sifat yang dimiliki oleh Almarhum. Kepada kaum keluarganya kata beliau, seharusnya berusaha untuk menjejaki langkah meneruskan perjuangan Almarhum. "Sama-samalah kita kirim al-Fatehah kepada roh Almarhum semoga kita yang akan mengikutinya dipilih oleh Allah termasuk dalam golongan orang yang soleh dengan kerana melaksanakan perjuangan ini kerana Allah," katanya.


Ketua Pemuda PAS Pusat, Salahuddin Ayub berikrar untuk cuba bersungguh-sungguh melangsungkan hasarat dan cita-cita Almarhum mengaplikasikan pendeakatan perjuangan dan menjadikan PAS sebagai sebuah wadah perjuangan yang boleh diterima oleh masyarakat Malaysia. Menurut beliau, Almarhum telah berjaya meletakkan diirnya bukan sekadar pimpinan PAS tetapi rakyat di luar sana.

Katanya, Almarhum merupakan seorang reformis yang memiliki keberanian untuk melakukan beberapa anjakan paradigma dalam menentukan pemikiran dan hala tuju perjuangan parti. "Almarhum merupakan contoh ulama kontemporari yang sentiasa menjadikan pengetahuan sebagai asas dalam mendepani cabaran perjuangan," jelasnya.


-Dipetik Dari HarakahDaily.Net-


Umrah - 1

Bergambar di depan hotel di Madinah sebelum memulakan ziarah.
Kiri sekali Ustaz Yussaine (terima kasih kerana sponsor YB pi Umrah).

Mutawwif yg juga pelajar Malaysia di Madinah, asal org kelantan
belanjakami makan nasi mendi kibas, Ustaz Asri (kanan)
bersama Pakcik Lah di Restoran Hadralmaut Madinah.

YB sedang menjamu selera nasi Mendi Kibas.
Melawat Kilang Percetakan Al-Quran.

Lebih 1800 orang pekerja di kilang ini yang mencetak
kira-kira 10 juta naskah al-quran dalam setahun.

Di Jabal Tsur


Kat Malaysia Minyak 3 liter RM5, tapi kat Arab Saudi 3 liter SAR1 (1 Riyal).

Di Ladang Kurma bersebelahan Bukit Uhud.

Hampir setiap selepas solat waktu di masjidil haram ada solat jenazah. kelihatan petugas dan orang ramai sedang mengusung jenazah dari masjidil haram menuju van jenazah di luar masjid.


Di Masjid Quba.

Nasi Mendi.

Suasana Saie Ketika Umrah pertama .