ALOR SETAR – Dalam menghadapi suku akhir Liga Bola Sepak Piala Menteri Besar (MB) pada Jun ini, Kubang Rotan FC (KRFC) mengadakan perlawanan persahabatan menentang pasukan Piala Presiden Sarawak yang diadakan di Stadium Darulaman.

Penolong Jurulatih, Shakri Mat berkata, KRFC menentang pasukan Piala Presiden Sarawak dengan jaringan gol 3-1 dalam perlawanan persahabatan itu.

Menurutnya, mereka menerima pelawaan untuk mengadakan perlawanan persahabatan itu sebagai satu strategi memantapkan pasukan dalam menghadapi suku akhir Piala MB nanti.

“Kita ingin mendedahkan semua pemain dengan pelbagai teknik permainan termasuk penyesuaian dengan keadaan padang yanag mana perlawanan sebenar liga ini akan diadakan di stadium ini.

“Apabila kita sering mengadakan perlawanan persahabatan dan memberi pendedahan secara tidak langsung kepada pemain, kita berharap pasukan KRFC dapat mara hingga ke peringkat akhir Piala Menteri Besar,” katanya.

Shakri berkata, selain mengadakan perlawanan persahabatan dengan pasukan Piala Presiden Sarawak, KRFC juga akan bertemu dengan pasukan bola sepak Satun yang akan diadakan hujung Mei nanti.

Menurutnya, pendedahan itu adalah untuk meningkatkan persiapan pasukan sebelum bermain di peringkat suku akhir itu.

“Saya berkeyakinan penuh terhadap semua pemain ini dan mereka memiliki peluang cerah untuk menang dan seterusnya mara ke peringkat suku akhir dan akhir.

“Selain itu, terdapat pemian KRFC berjaya dipilih untuk mewakili pasukan boal sepak Kedah ke Sukan Malaysia (Sukma) yang akan diadakan di Melaka Jun ini,” katanya.

Sementara itu, seorang pemain KRFC, Mohd Fauzan Ghazali, 20, berkata, dia bangga kerana dipilih untuk bermain dalam pasukan KRFC.

Menurutnya, selain gembira bermain untuk pasukan, dia juga berbangga kerana berpeluang untuk bermain di bawah tunjuk ajar jurulatih berpengalaman.

http://www.sinarharian.com.my/utr/content/story7680084.asp

0 comments: