PKR Mungkin Lakukan Rombakan

KUALA LUMPUR, 21 Jun (Bernama) -- Parti Keadilan Rakyat (PKR) dijangka membuat beberapa perubahan pada barisan kepimpinannya dalam satu rombakan yang mungkin diumumkan hujung minggu ini. Beberapa ketua perhubungan dan ketua biro parti dijangka diganti manakala beberapa lantikan baru akan mengisi jawatan majlis tertinggi, badan pembuat keputusan parti." Terdapat beberapa perubahan kecil yang akan diumumkan kemudian oleh kepimpinan parti," Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail memberitahu Bernama.Saifuddin berkata parti itu dijangka mengumumkan rombakan tersebut selepas mengadakan permukiman di sebuah hotel di Shah Alam hujung minggu ini.Terdapat spekulasi bahawa dua bekas menteri Datuk Zaid Ibrahim dan Datuk Chua Jui Meng, yang merupakan anggota Majlis Pimpinan Pusat, akan diberi peranan lebih besar. Zaid kini mengetuai sekretariat pakatan pembangkang PKR-DAP-PAS manakala Chua menganggotai biro politik parti. Terdapat desas-desus bahawa ketua komunikasi parti Jonson Chong akan diganti dengan Anggota Dewan Undangan Negeri Seri Setia Nik Nazmi Nik Ahmad, yang juga setiausaha politik Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim.-- BERNAMA
ADMIN: Ketelusan dalam mencorakkan kepimpinan yang terbaik (InsyaAllah) masing-masing telah dilakukan oleh semua parti dalam PR, baik PAS, PKR, DAP dan lain-lain. Inilah PR rakyat yang berterus terang dan sedia menerima teguran dan pandangan semua pihak. Apa yang dilihat, kebanyakan ulasan-ulasan politik mengenai PR hanya dibuat dengan tujuan menyerang dan memberi pandangan negatif ialah dari kalangan pemimpin yang tidak diberi authority untuk itu. Iaitu pemimpin-pemimpin yang tidak sehaluan dengan PR, UMNO dan semua komponen mereka dlam BN.
Kebetulan... Semalam saya dihubungi oleh seorang rakan yang kebetulan beliau berada di Putrajaya. Katanya dengar-dengar (dengar je, mungkin tak sahih) hari ini (23 Jun), Perbincangan akan dibuat, satu rombakan dalam kabinet yang melibatkan menteri-menteri dari kalangan UMNO. Jadi ini adalah proses biasa dalam meletakkan seseorang pemimpin memegang sesuatu jawatan yang dilihat sesuai pada ketika itu untuk digantikan dengan pemimpin yang mampu menggalas tugas dan amanah yang diberikan oleh rakyat. Tapi sesuatu keputusan janganlah dibuat dengan mengambil kira kepentingan politik peribadi yang bakal menggugat kedudukan mereka. Adilkah ini??? Apapun kita tunggu dan lihat.
Posted by Admin.....

0 comments: