IMG01166-20101010-1854.jpg

Petang ini sebuah rumah hangus dijilat api, di Kampong Sg. Mati Tlk Chengai.

Dari maklumat MKK Hj Harun Arshad saya dan beberapa JK PKWR turun meninjau kebakaran yang melibat keluarga sdr Man, isteri dan lima anak.

Pihak kami telah menghulurkan sedikit bantuan kewangan dan insyallah malam ini anak-anak beliu akan dibawa untuk membeli pakaian sekolah. Salah seorang anak mangsa terlibat di dalam peperiksaan PMR yang sedang berlansung.

Sementara keluarga ini akan berlindung di rumah ibubapa keluarga mangsa berdekatan tempat kejadian.

Insyallah besok pihak kami akan menguruskan bantuan-bantuan lain selepas laporan polis dibuat.

Kepada sesiapa yang ingin turut membantu keluarga ini bolehah menghubungi pihak saya.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.







1. Petang tadi bersama 3 Pengerusi MKK dan beberapa penduduk melawat sebatang parit berhampiran restoran makanan laut oasis dekat Kuala Kedah.
2. Selepas mendapat aduan penduduk PKWR ADUN Kbg Rotan telah memberikan peruntukan menyewa jentera pengorek dan memasang `kok' lebih jauh ke laut untuk mengelakkan parit ini tersumbat dengan kulit siput.
3. Masalah perparitan di Kuala Kedah saya kira `kronik'.
4. Sementara waktu dengan menambah `kok' jauh kelaut telah dapat menyelesaikan aliran air yang terkandas oleh kulit siput yang telah mengakibatkan banjir kilat bila hujan lebat, khusunya kepada penduduk di kawasan Perumahan Awam dan Taman Sri Putra.
5. Lawatan tadi pihak saya juga telah meninjau beberapa tempat yang perlu diselenggarakan untuk sekurang-kurangnya dapat membantu mempercepatkan aliran air.
6. Pihak saya juga telah membuat temujanji dengan agensi terlibat untuk turun menyelesaikan masalah ini.
7. Kesungguhan semua pihak untuk menyayangi atau menyedari tanggung jawab menjaga sungai dan parit perlu dipertingkatkan segera untuk memastikan kita semua dapat hidup dengan selesa.
8. pihak saya juga telah mencadangkan agar diadakan gotong royong bagi membersihkan longkang di kawasan perumahan masing-masing walaupun kerja ini sebenarnya sudah menjadi tanggung jawab syarikat E Idaman.