1. Petang tadi bersama 3 Pengerusi MKK dan beberapa penduduk melawat sebatang parit berhampiran restoran makanan laut oasis dekat Kuala Kedah.
2. Selepas mendapat aduan penduduk PKWR ADUN Kbg Rotan telah memberikan peruntukan menyewa jentera pengorek dan memasang `kok' lebih jauh ke laut untuk mengelakkan parit ini tersumbat dengan kulit siput.
3. Masalah perparitan di Kuala Kedah saya kira `kronik'.
4. Sementara waktu dengan menambah `kok' jauh kelaut telah dapat menyelesaikan aliran air yang terkandas oleh kulit siput yang telah mengakibatkan banjir kilat bila hujan lebat, khusunya kepada penduduk di kawasan Perumahan Awam dan Taman Sri Putra.
5. Lawatan tadi pihak saya juga telah meninjau beberapa tempat yang perlu diselenggarakan untuk sekurang-kurangnya dapat membantu mempercepatkan aliran air.
6. Pihak saya juga telah membuat temujanji dengan agensi terlibat untuk turun menyelesaikan masalah ini.
7. Kesungguhan semua pihak untuk menyayangi atau menyedari tanggung jawab menjaga sungai dan parit perlu dipertingkatkan segera untuk memastikan kita semua dapat hidup dengan selesa.
8. pihak saya juga telah mencadangkan agar diadakan gotong royong bagi membersihkan longkang di kawasan perumahan masing-masing walaupun kerja ini sebenarnya sudah menjadi tanggung jawab syarikat E Idaman.












0 comments: