Tun Dr. M akui Umno Parti Rasuah

KITA memang sedia maklum selain turut melabel Umno sebagai parti rasuah. Bukan kita yang sedar perkara ini, yang peliknya takkan Bekas Presidennya, Ybhg. Tun Dr. Mahathir (Gambar) baru tersedar dan mengakui rasuah telah menjadi amalan dan membudaya dalam Umno. Beliau amat kecewa dengan perlakuan rasuah dalam parti.

OK. Tun… Kami memang dah sedarpun dan jelas Umno kini telahpun parah. Sebab itulah apa saja idea bagaimana untuk menyelamatkan parti itu pasti disambutnya walau apa cara sekalipun. Umno dah terkantoi dengan Unity Government cadangan PAS yang kununnya demi menyelamatkan bangsa perlu kepada penyatuan. Dulu masa bertakhta dengan selesa di singgahsana kenapa agenda Melayu tidak diperjuangkan, semuanya dek kerana perut pemimpin-pemimpin yang pentingkan diri.
Yang seronoknya kelmarin Tun Dr. Mahathir Mohamad hadir merasmikan Mesyuarat Agung Majlis Bekas Wakil Rakyat (Mubarak) Negeri Kedah di Bangunan Tunku, Alor Setar. Ramainya yang hadir, ketika wartawan tanya beliau mengenai amalan rasuah dalam Umno, Tun Dr. M berkata, parti itu akan mengalami kesukaran pada pilihan raya umum akan datang jika masih meletakkan calon yang mempunyai imej rasuah.

Jalan sukar bagi Umno untuk menarik belia yang kini memberi
sokongan hebat kepada pakatan rakyat di peringkat nasional.


“Umno perlu membuat bedah siasat dan mendedahkan punca sebenar rakyat menolak Barisan Nasional setelah memenangi 11 pilihanraya Umum dengan selesa” kata Tun yang kembali ke pangkuan Umno selepas keluar parti di zaman Tun Paklah.
Jalan sukar bagi Umno untuk menarik belia yang kini memberi sokongan hebat kepada pakatan rakyat di peringkat nasional.Tun Dr M juga mengakui cabaran utama kepada Umno kini adalah membersihkan parti itu daripada rasuah. Umno sebelum pemilihan lalu hanya dilihat tidak mengambil langkah drastik menghapuskan rasuah tetapi menggantung beberapa nama yang mungkin tidak termasuk dalam pakej kepimpinan baru.
“Rasuah di mana-mana pun tak boleh dihapuskan, tapi boleh dikurangkan. Kalau orang Umno sayang kepada Umno, mereka jangan cuba jual undi mereka. Itu sama dengan menjual bangsa mereka, agama mereka dan tanahair mereka. Saya haraplah boleh dikurangkan. Patutnya orang yang terlibat dengan rasuah ni kena rotan tapi bukan sahaja tak dirotan, dibenar bertanding lagi. Inilah yg menyebabkan rasuah berleluasa,” tambah beliau lagi.

Jika Umno terus memberikan tempat atau mencalonkan orang memenangi jawatan kerana rasuah maka sukar baginya utk menang pada pilihanraya umum akan datang. Mantan presiden umno itu berkata walaupun kecewa dengan perlakuan rasuah dalam parti, pada masa sama beliau gembira kerana ada usaha memulihkan kembali kepercayaan rakyat terhadap Umno.

Tun Dr. M berpendapat peluang Umno dan BN untuk merampas kembali negeri yang di menangi Pakatan Rakyat tidak mustahil dengan syarat amalan rasuah dibersihkan dari bawah walaupun sukar.
Jawapannya saya bagi sekarang “Memang Sukar”, jadi tunggu dan lihat sajalah. PAS perlu perkemaskan kekuatan, akarumbi parti, cawangan dan kawasan. Ingatlah wahai sahabat-sahabat seperjuangan. Parti perlu diperkuatkan. Apapun yang berlaku kepada Umno kini jadikan ianya iktibar, panduan serta sempadan kepada kita pendokong gerakan Islam yang kini diuji dengan kemenangan. Allahuakbar!!!

Post by Admin

0 comments: