Sekali lagi nak peringat Program Motivasi Rakyat. Sekali ingin nak ajak saudara/saudari meluangkan masa bersama keluarga anda pada hari Jumaat 1 Mei 2009 selepas Solat Maghrib di Dewan Orang Ramai Flat Tongkat Yard.

Apa yang menarik di sini, PAS Kawasan Kuala Kedah telah berjaya menubuhkan cawangan PAS di Tongkang Yard setelah 58 tahun usia Parti kita. Baru ada ketuloi di situ. (Lenkali kita cerita pula camna timbulnya Tongkang Yard dalam kamus PAS Kuala Kedah)

Kedua, Dewan Orang Ramai Tongkang Yard sebelum ini memanglah Umno kuasai. Depa buat macam harta meredak depa. Jadi kalut sat hari tu sampai masuk TV pasai pereban semurup dan macam-macam lagi lah berebut dewan. La dah takpa kut, dewan ni la yang Bang Mat Sabu nak buat program, nak bagi kuliah, tazkirah, taujihad, motovasi dan ceramah kepada kita. Kita bukan penah sua kaki pun sebelum ni.

Ketiga, tajuk pun karan, Mencari Kebenaran. Apa kebenaran yang nak dicari? Kebenaran yang macam mana pula? La ni tak dak kebenaran lagi ka? Dah Perintah pula tu… Saya rasa nak pi dengar juga kut2 Bang Mat nak cerita sikit pasai dia nak tanding Timbalan Presiden. Ntah2 pasai kebenaran hat ni kut.

Keempat, YB Nasir pun berucap juga. Kita kena pi dengan kut2 YB nak cerita pasai Sidang DUN 18 April lepas. Pastu YB mesti cerita pasai dia pi Korea dengan YB Dato’ Ir. Hj. Amiruddin. Mesti ada cerita baru.

Kelima, Program pertama PKWR di Tongkang Yard. Pakat2 mai la bagi ramai. Bagi sokongan moral kepada Pengarah kita, Pakteh Aris dan AJK PAS Cawangan kat situ.

Keenam…. Jumaat, 1 Mei ni kena mai laaa.
posted by admin

Pilihan Raya Kecil DUN Penanti 31 Mei

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah menetapkan hari penamaan calon bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti di Pulau Pinang pada 23 Mei dan hari mengundi pada 31 Mei jika ada pertandingan.

Kekosongan kerusi N12 Penanti ekoran perletakan jawatan Mohamad Fairus Khairudin sebagai ADUN atas sebab-sebab tertentu. DUN Penanti mempunyai 15,421 (rekod PRU 12) merupakan kawasan majoriti Melayu iaitu sebanyak 72.5%, Cina 24.32%, India 2.43% dan Bangsa Lain 0.57%.

Pada PRU 12 lalu, Mohamad Fairuz yang mewakili PKR. Memperolehi 7,346 undi menewaskan pencabarnya dari BN, Datuk Abdul Jalil Abdul Majid yang mendapat 5,127 undi. PKR menang dengan majoriti 2,219 undi. Penanti adalah DUN di dalam Parlimen Permatang Pauh yang merupakan kubu kuat mantan TPM, DS Anwar Ibrahim.

Keputusan sudah pun diketahui, SPR telah umum tarikh penamaan calon dan hari pembuangan undi. Sekali lagi harapan PAS Kedah di atas semangat juang, pengorbanan, gerakkerja serta komitmen yang tinggi yang ditunjukkan oleh semua petugas PAS dari seluruh kawasan di negeri Kedah pada PRK lepas dapat kita garapkan sekali lagi di Penanti ini. Semoga kemenangan bersama kita.


posted by admin

UMNO Kedah Pasca DS Najib

DS Najib talah membuat pengumuman selepas mesyuarat MT Umno Jumaat lepas dengan melantik dengan mengekalkan Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor. Beliau juga menonjolkan muka baru iaitu Datuk Seri Ahmad Husni Mohd Hanadzlah sebagai Bendahari dan Ahmad Maslan sebagai Ketua Penerangan.

Ahli Majlis Tertinggi yang dilantik terdiri dari muka lama dan muka baru seolah-olah dilihat sebagai satu ramuan bagi mengembalikan kepercayaan rakyat yang sudah hilang selepas pilihanraya lalu. Antara yang dilantik ialah sebagai anggota tambahan Majlis Tertinggi ialah Datuk Seri Dr Rais Yatim, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz, Senator Mejar Jeneral (B) Datuk Jamil Khir Baharom, Senator Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin, Datuk Seri Abdul Kadir Sheikh Fadzir, Datuk Seri Mohd Ali Rustam, Tan Sri Rafidah Aziz, Datuk Abdul Ghani Othman dan
Datuk Seri Shahidan Kassim.

Tidak terkecuali Pengerusi Badan-badan Perhubungan Umno negeri. Keputusan yang agak drastik dibuat ialah semua Naib-naib Presiden Umno menjadi Pengerusi di negeri-negeri yang dikuasai Pakatan Rakyat sekaligus memberi signal kepada penyandang sebelum ini yang dikira bertanggungjawab atas kekalahan Umno-BN pada pilihanraya lepas.

Di Kedah, Dato’ Seri Mahdzir Khalid yang menang sebagai MT pada pemilihan lepas turut menjadi mangsa percaturan politik DS Najib apabila tidak terpilih sebagai untuk dikekalkan sebagai Pengerusi Perhubungan Umno Negeri Kedah. DS Mahdzir yang kita tahu kroni Tun Paklah Badawi melalui rumors akhir-akhir ini sudah terjawab apabila beliau digantikan dengan Naib Presiden Umno yang baru Datuk Seri Mohd Shafie Apdal yang tidak asing dengan bumi Kedah ini kerana bapa mertuanya tokoh politik veteran Umno Kedah. Paling menyayat hati DS Mahdzir Khalid lagi saingan politik beliau, orang lama dalam Umno Kedah Datuk Paduka Ahmad Bashah Md Hanipah pula dilantik sebagai Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno Kedah.

Berakhirlah era DS Mahdzir Khalid di Kedah, mula empayar baru Umno merubah landskap politik baru di sini. Bekas Exco Kanan Kerajaan Negeri Kedah yang masih menjadi Wakil Rakyat DUN Bakar Bata menang dalam pilihanraya Mac 2008 lalu dengan majoriti hanya 358 undi.

YB Dato’ Mukhriz Tun Mahathir dalam kenyataannya hari ini menyifatkan perlantikan DS Shafie Afdal sebagai perubahan pucuk pimpinan Umno Kedah tepat pada masanya dan perlu disambut baik oleh semua peringkat parti. Katanya, tindakan Presiden Umno yang juga Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, merombak puncuk pimpinan Badan Perhubungan Umno Kedah perlu dilihat sebagai usaha mengembalikan keyakinan dan kepercayaan rakyat terhadap Umno.

Maknanya di sini kepimpinan DS Mahdzir ditolak oleh pemimpin mereka sendiri. Kalau di kalangan mereka sendiri menolak apatah lagi rakyat di bawah yang melihat segala kepincangan yang telah dilakukan oleh Umno/BN selama lebih 50 tahun lamanya. Tukar dan gantilah dengan sesiapapun, selagi perjuangan mereka tidak berteraskan Islam dan rakyat, pasti ini semua ditolak.

Sebenarnya Umno sudah tidak ada lagi tokoh yang dilihat dapat mengembalikan semula imej parti itu apabila Dato’ Mukhriz menegaskan bahawa beliau mengalu-alukan perubahan ini, kerana beliau menganggap ia satu cara strategi untuk menawan semula hati rakyat. Kemungkinan cara sebelum ini tidak memenuhi citarasa dan aspirasi rakyat. Moralnya di sini kepimpinan DS Najib sudah tidak percaya lagi dengan pemimpin Umno Kedah sehingga terpaksa mengimport tokoh dari luar yang bukan dari kalangan anak tempatan. DS Mahdzir Khalid perlu sedar perkara ini.

Ketua Wanita Umno Sabah, YB Senator Datuk Armani Mahiruddin Armani berkata, Wanita Umno Sabah turut merasa bangga dan gembira dengan kepercayaan pucuk pimpinan parti melantik Dato’ Shafie untuk menerajui Umno Kedah. Ahli Umno Kedah patut malu dengan kenyataan ini.

Kegagalan BN merampas kerusi DUN Bukit Selambau pada PRK baru-baru ini menjadikan alasan yang cukup kuat DS Najib mengetepikan DS Mahdzir. Selamat Jalan DS Mahdzir, selamat bekerja DS Shafie dan DP Ahmad Bashah.

Perhubungan PAS Kedah tidak menganggap perlantikan ini sebagai luar biasa, perlantikan yang bakal membawa kepada perubahan rakyat malah perlantikan ini adalah bersifat retak menunggu belah.

YB Nasir ketika dihubungi menyifatkan perubahan ini sebagai satu percaturan politik biasa di bawah negeri yang mereka kalah. Di mana jawatan ini di isi oleh tokoh di peringkat tertinggi parti mereka. Walaupun Umno kini dilihat semakin parah, YB Nasir juga berharap kepimpinan baru ini tidak menyalahgunakan kedudukan yang ada bagi kepentingan politik sempit mereka dan sama-sama memberi kelebihan kepada rakyat di Negeri Kedah.

Posted by admin

Mohd Sabu... Di Hati Rakyat... Adakah Di Hati Perwakilan

Mohd Sabu di hati rakyat.... tidak dapat dinafikan lagi....Turun kelaut bersama nelayan...Turun kebendang bersama petani...Menebar jala dan menarik pukat bersama nelayan sungai...Bersembang santai di warung kopi tepi jalan bersama anak muda dan orang tua....Berceramah sejak zaman Pak Mat Jawa.......Menjadi idola kepada Pak Din Hancur, Pak Mat Kudong, Pak Awang Peremba dan banyak lagi.....Diminati oleh Al-marhum TG Haji Yahaya Junid, Almarhum TG Hj Mat Lala.... dan banyak lagi....Berbincang masalah dunia bersama tokoh gerakan Islam sedunia.....Berseminar dan dialog di tempat ekslusif bersama tokoh-tokoh akademik....Berjuang mempertahankan hak-hak peneroka bandar dan penduduk asal....Antara pencetus kepimpinan Ulamak di dalam PAS, sehingga termaktub didalam Perlembagaan PAS Majlis Syuraa Ulamak.... Terlalu banyak untuk di ungkit oleh Kak Norma isteri beliau... yang selalu ditinggalkan...Diguna ketika ingin mengutip derma untuk perjuangan....Di penjara kerana Islam.....Di seksa kerana Islam....Di dakwa kerana Islam....Di caci kerana Islam...Cuma... belum di bunuh kerana Islam....

Kerajaan Negeri Kedah melalui exconya YB Dato’ Ir. Amiruddin Hamzah telah berlepas ke Korea Selatan bagi membincangkan mengenai pembinaan Hidro Karbon Hub di Yan. YB Nasir turut serta dengan rombongan misi pelaburan ini. Bertolak pada 20 April 2009 dan dijangka kembali ke Kedah pada Jumaat ini 24 April 2009.

Kepada semua yang mempunyai urusan berhubung tugasnya sebagai ADUN sila datang sendiri di Pejabat PKWR Kubang Rotan 04-7723640 atau email ke kubangrotan@gmail.com.
posted by admin

Mesyuarat Agung PAS Kawasan Kuala Kedah Kali Ke-35

YAB bersalaman dengan Wakil Kelab Penyokong PAS
Memberi tumpuan pada majlis perasmian

1..2..3.. prakkk

Ammar Mukhlis Pelajar SK Telok Kechai, Johan Tilawah Negeri Kedah (Peringkat Sekolah Kebangsaan) sedang memperdengan bacaan ayat suci al-quran memulakan majlis

Dato' Seri Ustaz Azizan bersalaman dengan AJK sebaik tiba di Dewan Dato' Fadzil Noor, KOMPAS, Bt.9

Dato', tahun depan kita buat di stadium kot nooo... Bisik YB Nasir

Kehadiran perwakilan dan cawangan tahun ini amat memberangsangkan

Kelab Penyokong turut menikmati hidangan yang disediakan PAS Kawasan

Mengakhiri MAT ke35 dengan bacaan doa wehdah
muktamar kwsn kuala kedah kali ke 35 095

muktamar kwsn kuala kedah kali ke 35 131

Pakai tak boleh cari makan la Cina Gambar... Mungkin itu yang diusik YB Dato' Ir. Amiruddin kepada YB Nasir
Sebahagian perwakilan yang hadir pada MAT PAS Kawasan Kuala Kedah ke-35

Ucapan Alu-aluan oleh YDP Kawasan, YB Dato' Ir. Hj. Phahrolrazi
Ucapan YB Mohd Nasir selaku8 Setiausaha PAS Kawasan

YAB Menteri Besar bersalaman dengan perwakilan
YAB Menteri Besar hadir selaku perasmi disambut oleh sebahagian AJK PAS Kawasan

YAB Menteri Besar ketika berucap merasmikan MAT Kuala Kedah

YAB Menteri Besar sedang menikmati jamuan

YAB Menteri Besar sempat berbual dengan Kelab Penyokong PAS yang turut hadir pada majlis peramian
YB Dato' YDP sedang menyampaikan cenderahati kepada YAB Menteri Besar selaku Perasmi


posted by admin

Mohd Sabu calon popular Timbalan Presiden

oleh hidayah

Pemilihan pucuk pimpinan umno baru saja selesai.Ekoran dari itu satu kabinet dibawah pimpinan Perdana Menteri yang baru telah dibentuk.

Perhatian rakyat sekarang tertumpu pula kepada pemilihan pucuk pimpinan Pas yang akan bermuktamar pada bulan June nanti.Parti yang mempunyai pengikut akar umbi yang paling dominan dalam pakatan rakyat sudah tentu akan membariskan pucuk pimpinan yang baru yang lebih berwibawa untuk masa dua tahun yang akan datang.Apatah lagi masa dua tahun yang akan datang disebut-sebut sebagai masa peralihan dari Kerajaan BN kepada Kerajaan Pakatan Rakyat.

Sebagaimana Umno,pemilihan Presiden dalam muktamar Pas yang akan datang dilihat tidak menarik kerana bayangan bahawa Presiden tidak akan dicabar telah diketahui umum walaupun Presiden sentiasa bersedia untuk dicabar.

Lalu perhatian masyarakat sekarang beralih pada pemilihan Timbalan Presiden yang sudah pasti akan berlaku pemilihan.Setakat hari ini empat nama telah dicalunkan.

Naib Presiden yang paling popular,Dato Husam Musa tidak akan mencabar Timbalan Presiden diatas sebab-sebab tertentu.Calon yang dilihat proxy kepada unity Goverment jelas ditolak rakyat.Melalui penolakan Roslan Sms pada pemilihan pimpinan Kawasan Subang yang dirasmikan sendiri oleh Yb Dato Seri Presiden merupakan mesej yang sangat jelas dari ahli bawahan.


Ekoran dari itu jugalah Yb Dato Seri Presiden terpaksa menarik balik gagasan Unity Goverment seperti yang dilaporkan dalam akhbar Harakah keluaran terbaru.Ekoran dari penjelasan seperti diatas,disokong dengan gelombang kuning bersih yang menjadi penyebab utama Tsunami PRU 12,maka pendokong utama gerakan bersih Tuan Haji Mohd Sabu menjadi calun popular untuk jawatan Timbalan Presiden Pas.


Peminpin grass root ini sudah mempunyai beberapa negeri yang akan menyokong beliau,walaupun pencalunan baru bermula.Sama-samalah kita lihat nanti kemampuan gelombang rakyat nanti yang akan melonjakan beliau kejawatan itu.


Kepada semua ahli,selamat bermuktamar.buatlah satu pilihan yang bijak.


Motivasi Rakyat – Siri 5

Pusat Khidmat Wakil Rakyat DUN Kubang Rotan sekali lagi meneruskan siri program yang dikenali sebagai Motivasi Rakyat yang secara bulanan disampaikan oleh Ybhg Haji Mohamas Sabu, Naib Presiden PAS.

Program kali ini akan diadakan di Dewan Orang Ramai bersebelahan Flat Tongkat Yard. Kami di PKWR menyeru seluruh Muslimin dan Muslimat supaya dapat meluangkan masa hadir beramai-ramai ke majlis ini dengan tajuk siri 5 ini “Mencari Kebenaran’

Motivasi yang akan diadakan pada 01 Mei 2009, Jumaat Jam 8.45 Malam ini juga turut disertai oleh YB Mohd Nasir Mustafa selaku ADUN Kubang Rotan.

Kepada yang berminat untuk membuka Gerai jualan pada program tersebut sila hubungi Sdr Mazhar 0194511132 atau Firdaus Hazami 0175477420

Sila download dan cetak untuk edaran kepada seluruh masyarakat

posted by admin

Oleh Zulkifli Yahaya (zulizaf@yahoo.com)

Percayalah, bahawa orang yang paling 'bahagia' dengan kekalahan BN di dua Bukit ialah bekas Presiden Umno, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi. Nikmatnya mungkin terasa dari tulang sum-sum hingga ke lubuk nurani yang paling dalam.

Setahun Abdullah dipersalahkan oleh bekas pemimpin, pemimpin serta ahli-ahli Umno terhadap prestasi teruk BN dalam pilihan raya umum ke-12. Peralihan kuasa yang dirancang telah didesak supaya dipercepatkan sehingga terpancul amarah dari mulut Abdullah terhadap Muhyiddin Yasin, "Apakah Muhyiddin tidak sabar-sabar nak jadi Timbalan Perdana Menteri?"

Kemuncak segala penghinaan terhadap beliau tentulah apabila bekas Presiden Umno, Tun Dr Mahathir keluar dari parti asobiyah Melayu itu hanya kerana tidak mahu berpresidenkan Abdullah.

Penganut Mahathirisme yang fanatik percaya apabila berundurnya Abdullah, maka kuatlah Umno dan BN. Mahathir diarak di dua Bukit bagai baru turun dari kayangan. Mereka percaya, pemulihan sokongan sudah berlaku. Pakatan Rakyat, kalau tidak hilang deposit pun, sekurang-kurangnya akan kalah teruk.

Nampaknya, apa yang diyakini mereka tidak berlaku. Pakatan Rakyat di dua Bukit menang dengan majoriti yang lebih besar berbanding dulu!

Sehebat mana pun kesetiaan Abdullah terhadap Umno, namun lubuk nuraninya tidak dapat berbohong dari merasa gembira dengan keputusan yang mengesahkan bahawa teruknya BN bukankerana Abdullah.

Terserlah sudah hakikat bahawa penolakan rakyat terhadap BN bukan kerana mana-mana individu dalam Umno. Bukan kerana Mahathir, Abdullah atau Najib. Bertukarlah sepuluh nahkhoda, sepuluh jong berlabuh, selagi anjing bercawat ekor juga, selagi itulah BN nazak dan menunggu saat datangnya sakratulmaut.

Maka faktor terbesar dan utama terhadap penolakan BN ialah kerana ia sudah sakit tua, nazak dan menunggu saat kematian. Meneliti keputusan pilihan raya kecil Bukit Selambau, terdapat empat petunjuk yang amat menakutkan Umno:

Pertama, kebangkitan pengundi muda. Mereka betul-betul tidak 'bagi muka' dengan BN. Di banyak daerah mengundi, BN kuat di saluran 1 tetapi teruk di saluran akhir. Tinjauan dilokaliti sepanjang pilihan raya berlangsung, para pemuda yang banyak berhimpun di markas Pakatan Rakyat. Sebahagian dari mereka adalah anak orang-orang Umno.

Kedua, pengundi bukan Melayu. Tinjauan sebelum hari penamaan calon agak merisaukan Pakatan. Pengundi kaum India dilaporkan kembali menyokong BN. Samy Vellu turun dengan duit yang banyak berjaya membeli ramai juga aktivis Pakatan Rakyat yang berpengaruh. Keadaan diburukkan dengan pengumuman S Manikumar sebagai calon. Beberapa pos KeADILan yang dibuka oleh kaum India ditutup. Beberapa ketua kampung Pakatan Rakyat kaum India berpaling tadah. Cemas juga dibuatnya.

Situasi yang berlaku tidak kekal dan berjaya dipulihkan. Markas kembali beroperasi danaktivis yang 'menghilang' kembali muncul satu persatu. "Jangan takut, kami cuma nak makan umpan Samy Vellu, tapi kail kami tak makan sekali," ujar seorang aktivis kaum India.

Drama politik begini pun ada juga. Macam filem Hindi. Lihat tiga contoh daerah mengundi di mana pengundi Indianya adalah yang tertinggi. United Petani (75% India) Pakatan- 427, BN- 236, Petani Para (69.89 %) PR-107, BN-97 dan Bukit Rusa (71.22%) PR-260, BN-185. Bagi kaum Cina yang mewakili 20 peratus pemilih, langsung tiada masalah. Dari awal hingga ke akhir sokongan mereka padu untuk Pakatan.

Khairy dipulau penyokong Mukhriz

Ketiga, pengundi Umno yang hilang kesetiaan. Sebenarnya selepas era Mahathir, ahli Umno sudah tiada jati diri. Zaman di mana jika diletak 'tongkol kayu' pun sebagai calon BN mereka akan sokong, nampaknya sudah berakhir.

Seorang pemimpin Puteri Umno Kedah menghubungi saya, melahirkan rasa kegembiraan tidak terhingga kerana BN kalah. "Padan muka Shahanim!" katanya. Musuh-musuh politik Dato' Mahdzir Khalid turut gembira kerana inilah peluang untuk jatuhkan beliau sebagai Pengerusi Perhubungan.

Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin yang hadir untuk membantu dipulaukan oleh penyokong Mukhriz yang begitu ramai di Kedah. Dia tidak mampu berbuat apa-apa dan pulang begitu saja.

Terdapat juga ahli-ahli Umno yang tidak berpuashati kerana BN letak calon MIC. Mereka berhujah kalau BN menang kali ini, maka sampai bila-bila pun Umno sukar nak tuntut kerusi tersebut. Satu gerakan dibuat dikalangan pengundi Umno supaya memilih Mejar (B) Anuar Abd Hamid. Dia adalah ahli Umno yang ikut Dr Mahathir keluar dari parti tersebut tahun lalu. Hasil gerak kerja dalaman ahli-ahli Umno yang memprotes, Mejar (B) Anwar mendapat 475 undi, merupakan undi tertinggi di kalangan calon bebas.

Keempat, pengundi yang berpendidikan. Terdapat ramai pengundi berpendidikan yang kebanyakan mendiami kawasan bandar iaitu di taman perumahan. Sebahagian besar taman-taman perumahan tersebut terdapat majoriti pengundi Melayu. Daerah mengundi yang terdiri dari taman perumahan ialah Taman Ria Utara, Taman Ria Jaya, Taman Ria Selatan, Taman Peruda, Taman Bandar Baru, Taman Tasek Apong, Jalan Badlishah, Sungai Lalang, Taman Desa Aman, Bandar Laguna Merbok dan Ambangan Height. Pakatan Rakyat menang di semua daerah mengundi tersebut!

Bukan tujuan untuk menghina, tetapi ianya realiti; Pakatan kalah di daerah mengundi Kuala Sin, Batu Belacan, Kampung Sungkap dan Bukit Selambau yang kebanyakannya rendah taraf pendidikan. Rupanya masyarakat yang ketinggalan taraf pendidikan adalah asset kepada BN.

Apapun halnya, itu semua cuma alasan yang muncul di saat kejatuhan empayar BN. Bila dah sampai ajal, apa-apa sebab saja boleh muncul. Termasuk yang 'membantu' kemenangan Pakatan Rakyat ialah anggota FRU yang menembak gas dan menyembur air kimia kepada orang ramai di Taman Ria Jaya.
(Penulis ialah Pengarah Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri Kedah)
posted by admin

Komen dari pengunjung

Saya asal orang Penang tapi dah duduk banyak tempat di Kedah dekat 30 tahun lebih. Yang saya nampak, Kedah ni memang negeri yang kotor, tak kira di mana pun baik di pekan atau kampung. Mengikut pandangan saya, orang Kedah ni memang pengotor dan tidak ada kesedaran sivik, kalau ada pun sedikit saja. Saya tengok longkang longkang semua tak bergerak dengan air pekat dan kotor bertakung. Air kotor tak apa la juga sebab nyamuk suka air bersih saja. Bau yang tak boleh tahan tapi orang Kedah boleh buat tak tahu, tak kira busuk atau kotor. Dengan ini saya yakin, buat lah program gotong royong atau apa pun program kesedaran, orang Kedah tak akan sedar. Sebab dah berdekad dekad saya tengok hidup di Kedah macam ini. Mungkin mereka ni dah tak tahu apa itu kotor lagi sebab dah terlalu biasa hidup dalam kekotoran. Saya harap YB (yang berkhidmat) akan siar la komen saya ni biar orang Kedah sedar sikit. Jangan cantas saja sebab saya tak ada benda yang baik nak cakap.Wasalam.
posted by admin

Email Dari Rakyat

Email 1

Email yang diterima:-

Assalamualaikum YB,
Saya adalah anak nelayan Kuala Kedah, apa yang dapati ialah semua kuala yang ada di kawasan kita ini hampir sama suasana dan kehidupan seharian. Apatah lagi persekitarannya amat kurang selesa.

Di Kuala Kedah sendiri iaitu dalam DUN Kbg Rotan, (DUN YB sendiri) tak terlepas dalam isu ini. Saya lihat sendiri sampah dibuang sesuka hati di merata tempat sampai jijik kita melihatnya. Seingat saya dan dua tiga kali YB buat program kesedaran ini dgn mengadakan majlis gotong royong membersihkan kawasan di lorong masjid lama dan sekitar, sungai Tok Pasai, Taman Kota Nelayan Seberang Kota.

Tahniah atas usaha YB dan Pusat Khidmat dalam perkara ini. Apa yang menyedihkan saya sikap penduduk di sini, sudahlah gotong-royong tidak hadir, sampah masih dibuang merata tempat, mereka menganggap MBAS adalah penyelesai kepada masalah sampah di kawasan mereka.

Saya merayu kepada YB dan Pusat Khidmat YB supaya membuat satu kempen kesedaran kepada seluruh rakyat betapa kebersihan sememangnya dituntut ke atas setiap umat Islam. Barulah sikap bangsa kita tidak berada di takuk yang membimbangkan.

Sekian, terima kasih.

Awang Hassan
Lorong Mayat.

Jawapan:


Terima Kasih kepada En. Awang Hassan, Lorong Mayat Kuala Kedah. Memang PKWR Kubang Rotan telah mengadakan kempen kebersihan dan gotong royong yang melibatkan MBAS, Exco, Wakil Rakyat, PNK Kuala Kedah, penduduk setempat di Lorong 6, 7 dan 8, Sungai Tok Pasai dan Taman Kota Nelayan. Terima kasih juga diucapkan kepada semua yang terlibat menjayakan program ini.

InsyaAllah pandangan dan cadangan En. Awang Hassan akan diselesaikan secepat mungkin. Semoga kesedaran ini dapat sama-sama kita pupuk demi kebaikan bersama.

Terima kasih.
Admin

Email 2

YB,
Ini kali pertama saya menghantar email kerana ingin meminta prihatin YB.

Saya adalah penduduk Kuala Kedah dan ingin meminta YB mengambil tindakan supaya beberapa perkara penduduk-penduduk Kuala Kedah menghadapai sekarang.

1. Keadaan jalan raya yang berlubang-lubang terutamanya dari station bus hingga ke Taman Sri Putra. Ini amat merbahayakan penguna-pengguna jalan raya tersebut.
2. Longkang yang tersumbat, berbau busuk dan menjadi tempat "kelahiran" nyamuk . Saya amat bimbang Kuala Kedah akan menjadi kawasan hitam nyamuk aedes dan berlakunya penyakit denggi.
3. Tong sampah yang penuh dan sampah 'melimpah' terutama pada hari hujung minggu.

Saya meminta prihatin dari YB untuk menolong menyelesaikan masalah-masalah ini.

Sekian, terima kasih.

SH Fong


Jawapan:


Terima kasih SH Fong. Saya akan menyelesaikan masalah ini secepat mungkin untuk kebaikan penduduk bersama. Kita akan cuba mendapatkan bantuan daripada jabatan-jabatan yang berkaitan. JKR, Jabatan Kesihatan, MBAS dan sebagainya.

Terima kasih.Admin

posted by admin

DS Najib Angkat Sumpah PM ke-6

Datuk Seri Najib Tun Razak telah mengangkat sumpah jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia yang keenam bagi menggantikan Datuk Seri (Tun) Abdullah Ahmad Badawi yang berundur selepas menerajui negara lebih lima tahun. DS Najib, 55, mengangkat sumpah jawatan di hadapan Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin di Istana Negara.

Terlaksanalah teori ‘RAHMAN’ yang dicanang sejak sekian lama oleh penulis politik terkenal Pak Habib. Jumaat lalu, kita sama-sama telah saksikan Tun Abdullah Ahmad Badawi yang di awal menerajui Kerajaan Malaysia tahun 2003 lalu yang terkenal dengan Mr Clean, sajak dan puisi Al-Ghazali, Islam Hadhari, cucu kepada Ulamak termasyhur telah berjaya memperlihatkan dirinya sebagai satu produk terbaik yang berjenama Barisan Nasional merubah lanskap politik tanahair telah berundur mengikut janji plan peralihan kuasa.

Pilihanraya 2004 memperlihatkan satu rekod terbaik BN hasil dari slogan-slogan keramat Perdana Menteri ketika itu iaitu “Bekerja bersama saya bukan untuk saya”. Slogan ini dilihat betapa ikhlasnya batang tubuh Paklah mentadbir negara tanpa mengira balasan dan ganjaran dunia. Syair ini berkumandang di corong-corong radio dan semua siaran media elektronik memuji-muji sikap dan ketelusan Paklah. Rakyat tertipu dengan lakonan ini, sekejap iainya berlalu dengan penuh muslihat.
Isu projek dan kontrak yang diperolehi Scomi, Budak Tingkat Empat yang dikatakan menjadi penasihat kepada PM, Bot Mewah hadiah seorang korporat, dan banyak lagi.

Pembebasan DS Anwar Ibrahim di zaman Paklah dilihat sama skripnya dengan Ucapan sulung DS Najib sebaik dilantik sebagai PM keenam. DS Najib pun begitu nampaknya dengan mengumumkan pembebasan 13 tahanan ISA, Kerajaan akan mengkaji semula ISA dan menarik balik larang permit Harakah dan Suara Keadilan. Hebat keputusan ini.

Rakyat sudah lupa bahawa keputusan dan pengumuman ini adalah hasil desakan seluruh rakyat Malaysia yang sekian lama melalui demontrasi, serahan memorandum, forum, ceramah dan sebagainya.

YB Mohd Nasir Mustaffa ketika dihubungi mengucapkan tahniah kepada seluruh rakyat Malaysia yang telah membuat perubahan sehingga memberi kesedaran kepada pemimpin negara. Akibat dari keberanian rakyat ini mendesak DS Najib mengumumkan tiga perkara ini.

“Semoga politik Malaysia yang benar-benar beri kebaikan kepada seluruh rakyat, Kita menuju kepada politik yang lebih telus, bebas dari rasuah, kita menuju kepada politik Islam yang dapatmemandu manusia kepada kejayaan di dunia dan akhirat” tegas beliau lagi.

Apa yang kita dapat lihat, peristiwa setiap kali pemimpin berganti, setiap kali peralihan kuasa berlaku mereka membuat sesuatu demi untuk mengembalikan sokongan rakyat akibat hilang sokongan rakyat dan parti mereka parah akibat perasuah yang bermaharaja lela. Kemenangan dalam pemilihan parti mereka semata-mata bergantung kepada pelaburan besar yang dibuat dan bukannya dipilih mengikut kebolehan, senioriti dan sebagainya.

YB Nasir menambah, Tun Dr. Mahathir tunduk kepada kuasa rakyat setelah menjadi PM selama 22 tahun, Tun Abdullah hanya 5 tahun tempoh yang amat singkat. BN hilang majoriti dua pertiga di parlimen. DS Najib kena ikhlas dengan amanah rakyat ini kerana pilihanraya yang datang boleh berlaku sesuatu yang mengejutkan. Kalau keikhlasan DS Najib hanya sekadar memancing undi, kita dapat lihat beliau tidak dapat bertahan lama. Lebih capat dari Tun Abdullah.
posted by admin

N025 Bkt Selambau

Ah Lee (duduk) antara Ahli Kelab Penyokong PAS yang aktif membantu pada PRK ini, beliau datang sejak dari hari penamaan calon lagi dengan menaiki motosikal dari Alor Star.

YB Nasir bersama Calon N025 S. Manikumar serta rakan-rakan sedang berbual sesuatu selepas mesyuarat Jentera Pilihanraya.

Kontijen PAS Kawasan Kuala Kedah ditugaskan UPU Taman Ria Jaya


Petugas PR di PRK DUN Bukit Selambau kreatif menggunakan lori yang dipenuhi dengan poster parti bertanding sedang memasuki rumah-rumah membuat pengumuman program dan berkempen secara bergerak.



posted by admin

MOTIVASI RAKYAT- MENCARI KEADILAN



posted by admin