Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah menetapkan hari penamaan calon bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti di Pulau Pinang pada 23 Mei dan hari mengundi pada 31 Mei jika ada pertandingan.

Kekosongan kerusi N12 Penanti ekoran perletakan jawatan Mohamad Fairus Khairudin sebagai ADUN atas sebab-sebab tertentu. DUN Penanti mempunyai 15,421 (rekod PRU 12) merupakan kawasan majoriti Melayu iaitu sebanyak 72.5%, Cina 24.32%, India 2.43% dan Bangsa Lain 0.57%.

Pada PRU 12 lalu, Mohamad Fairuz yang mewakili PKR. Memperolehi 7,346 undi menewaskan pencabarnya dari BN, Datuk Abdul Jalil Abdul Majid yang mendapat 5,127 undi. PKR menang dengan majoriti 2,219 undi. Penanti adalah DUN di dalam Parlimen Permatang Pauh yang merupakan kubu kuat mantan TPM, DS Anwar Ibrahim.

Keputusan sudah pun diketahui, SPR telah umum tarikh penamaan calon dan hari pembuangan undi. Sekali lagi harapan PAS Kedah di atas semangat juang, pengorbanan, gerakkerja serta komitmen yang tinggi yang ditunjukkan oleh semua petugas PAS dari seluruh kawasan di negeri Kedah pada PRK lepas dapat kita garapkan sekali lagi di Penanti ini. Semoga kemenangan bersama kita.


posted by admin

0 comments: