Melawat Mangsa Kebakaran



















Rumah Mak Ndak Piah yang hangus terbakar

Sebuah rumah di Kampung Sematang Bogak, Telok Talipon hangus terbakar pada Jumaat lebih kurang jam 1.00 pagi. Kami mendapat panggilan memaklumkan kejadian ini lebih kurang jam 1.30 pagi oleh Sdr. Mohamad Haji Salleh, MKK Kbg Rotan Hilir. MKK yang turut berada di tempat kejadian ialah En. Ahmad Othman dan En. Abdul Razak Ramli, terima kasih kepada mereka...

Malam kelmarin (Khamis malam) YB Nasir ada program di Kg. Pondok Hampar, Pendang. Ceramah bersama YB Mohd Izzat Shauki dan Ustaz Ibrahim Soffian, Ketua Pemuda PAS Pendang.

Mangsa kebakaran yang temui pada pagi Jumaat 18 Disember 2009, Mak Ndak Piah kelihatan cukup ceria menerima kehadiran rombongan kami untuk bertanya khabar mengenai musibah yang dihadapinya. Kebakaran yang berpunca dari api yang terkena tilam cucunya merebak dengan cepat. Dengan sekelip mata pondok tempah berteduh selama ini hangus dijilat api.

Kejadian yang berlaku pada hari pertama dalam bulan Islam yang seluruh umat Islam di dunia menyambutnya, Kita berharap agar Makndak Piah bersabar dengan ujian ini. InsyaAllah bantuan kepadanya akan datang mengikut keperluan dan akan disalurkan oleh agensi kerajaan dan berkaitan.

Di kesempatan ini YB menghulurkan sumbangan peribadi beliau kepada Mak Ndak Piah. Kepada anda kami meminta supaya sama-sama kita doakan agar kita akan terus memberi khidmat yang terbaik dalam masa yang sama akan merubah pemikiran secara total betapa pentingkan kesedaran umat dan rakyat dengan anutan kepada Agama Allah yang sebenarnya. Mudah-mudahan apa yang cuba dibawa oleh Kerajaan kita ini mendapat keredhaan Allah.











YB bertanya khar Mak Ndak Piah (Tengah - bertudung kuning)

Dompet berisi wang sebanyak RM1,500 turut terbakar.

0 comments: