Pemimpin Kamu Yang Terbaik Ialah Yang Kamu Mengasihi Mereka Dan Mereka Mengasihi Kamu. Mereka Berdoa Untuk Kamu dan Kamu Berdoa Untuk Mereka. Dan Pemimpin Kamu Yang Paling jahat Ialah Pemimpin Yang Kamu Membenci Mereka Dan Mereka Membenci Kamu, Kamu Mengutuk Mereka Dan Mereka Mengutuk Kamu.... Al Hadith.
TERIMA KASIH: YB Nasir sedang menyerahkan sumbangan kepada pemuda di Kg. Telok Kechai. Turut disumbangkan ialah jersi dan bola.
BERAPA HARGA: Mungkin itulah yang ditanya YB Nasir. Kelihatan beliau bersama YB Dato’ Haji Taulan dan YB Lee Guan Aik melawat gerai yang menyertai pasar malam tersebut sejurus selepas perasmian.
APA KHABAR: YB Nasir berbual dengan sahabat lamanya Chee Long Sin yang lebih mesra dengan Along di Pasar Malam Simpang Kuala. Mereka berkawan sejak 21 tahun lalu dan amat rapat serta mesra di antara kedua-dua keluarga mereka. Syabas…
SIDANG AKHBAR: Para Wartawan memberi tumpuan pada sidang tersebut mengenai jawapan yang diberikan dari ahli-ahli Yang Berhormat yang hadir pada malam pelancaran Pasar Malam Simpang Kuala 02 Januari 2009 lalu.
SIMPATI: Ah Tong, Peniaga Fishball di Pasar Borong Mergong kelihatan sedang menyampaikan sumbangan untuk Palestine sebanyak RM1,000 melalui YB Nasir.
ALIH: Jentera turut digunakan bagi memudahkan kerja-kerja pembersihan pada majlis gotong royong yang dianjurkan bersama PKWR Kubang Rotan, MKK DUN Kubang Rotan, MBAS yang diadakan di Taman Kota Nelayan
CUCI LONGKANG: YB Nasir bersama beberapa orang ahli MBAS yang turut serta dalam gotong royong di Taman Kota Nelayan, Seberang Kota Kuala Kedah 15 Februari lalu.
Posted by:admin
1 comments:
Anonymous
said...
salamullah... Alhamdulilah kita punya seorang pemimpin yang berjiwa rakyat..teruskan perjuangan ini... wassalam...
Ya Allah kurniakan pada kami kemudahan untuk taat Menjauhi maksiat Ketelusan niat dan mengetahui kemuliaan.
Muliakan kami dengan hidayat dan istiqamah Luruskan lidah kami dengan kebenaran dan hikmah Penuhilah hati kami dengan ilmu dan makrifat Bersihkan perut kami dari haram dan syubahat Tahan tangan kami dari kezaliman dan pencurian Tundukkan pandangan kami dari kemaksiatan dan pengkhianatan.
Palingkan pendengaran kami dari ucapan yang sia-sia dan umpatan Kurniakan kepada ulamak kami kezuhudan dan nasihat Pada para pelajar kesungguhan dan semangat Pada para pendengar kepatuhan dan kesedaran.
Pada kaum muslimin yang sakit, kesembuhan dan ketenangan Pada kaum muslimin yang meninggal, kasih sayang dan rahmat Pada orang-orang tua kami kehormatan dan ketenteraman Pada para pemuda kembali (pada jalan Allah) dan taubah Pada para wanita rasa malu dan kesucian Pada orang-orang kaya rendah hati dan kemurahan Pada orang-orang miskin kesabaran dan kecukupan Pada para pejuang kemenangan dan penaklukan Pada para tawanan kebebasan dan ketenangan Pada para pemimpin keadilan dan rasa sayang Pada seluruh rakyat kejujuran dan kebaikan akhlak
Berkatilah para jemaah haji dan para penziarah dalam bekal dan nafkah Sempurnakan haji dan umrah yang Engkau tetapkan bagi mereka Dengan Kurnia dan RahmatMu. Wahai Yang Paling Pengasih dari semua yang mengasihi...... ameen.
Assalamualaikum... Terima Kasih kami ucapkan kerana sudi mendaftar untuk menjadi sukarelawan PKWR Kubang Rotan. Kepada yang belum mendaftar bolehlah mendaftar dengan emailkan (nama, alamat dan no. H/P anda) kepada kami di kubangrotan@gmail.com) atau SMS (Taip Sukarelawan PKWR, nama, no H/P) ke no 012-584 0880. Nama dan Alamat Sukarelawan Yang Telah Mendaftar Nama : AL AMIN AHMAD Alamat: 1289-Q, Taman Sri Manis, 05050 Alor Setar, Kedah
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Kepada pengunjung yang dihormati. Kami mengalu-alukan sebarang artikel, komen atau pendapat untuk dikongsi bersama. Hantar ke kubangrotan@gmail.com. Terima Kasih. :-)
1 comments:
salamullah...
Alhamdulilah kita punya seorang pemimpin yang berjiwa rakyat..teruskan perjuangan ini...
wassalam...
Post a Comment