DS Najib Angkat Sumpah PM ke-6

Datuk Seri Najib Tun Razak telah mengangkat sumpah jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia yang keenam bagi menggantikan Datuk Seri (Tun) Abdullah Ahmad Badawi yang berundur selepas menerajui negara lebih lima tahun. DS Najib, 55, mengangkat sumpah jawatan di hadapan Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin di Istana Negara.

Terlaksanalah teori ‘RAHMAN’ yang dicanang sejak sekian lama oleh penulis politik terkenal Pak Habib. Jumaat lalu, kita sama-sama telah saksikan Tun Abdullah Ahmad Badawi yang di awal menerajui Kerajaan Malaysia tahun 2003 lalu yang terkenal dengan Mr Clean, sajak dan puisi Al-Ghazali, Islam Hadhari, cucu kepada Ulamak termasyhur telah berjaya memperlihatkan dirinya sebagai satu produk terbaik yang berjenama Barisan Nasional merubah lanskap politik tanahair telah berundur mengikut janji plan peralihan kuasa.

Pilihanraya 2004 memperlihatkan satu rekod terbaik BN hasil dari slogan-slogan keramat Perdana Menteri ketika itu iaitu “Bekerja bersama saya bukan untuk saya”. Slogan ini dilihat betapa ikhlasnya batang tubuh Paklah mentadbir negara tanpa mengira balasan dan ganjaran dunia. Syair ini berkumandang di corong-corong radio dan semua siaran media elektronik memuji-muji sikap dan ketelusan Paklah. Rakyat tertipu dengan lakonan ini, sekejap iainya berlalu dengan penuh muslihat.
Isu projek dan kontrak yang diperolehi Scomi, Budak Tingkat Empat yang dikatakan menjadi penasihat kepada PM, Bot Mewah hadiah seorang korporat, dan banyak lagi.

Pembebasan DS Anwar Ibrahim di zaman Paklah dilihat sama skripnya dengan Ucapan sulung DS Najib sebaik dilantik sebagai PM keenam. DS Najib pun begitu nampaknya dengan mengumumkan pembebasan 13 tahanan ISA, Kerajaan akan mengkaji semula ISA dan menarik balik larang permit Harakah dan Suara Keadilan. Hebat keputusan ini.

Rakyat sudah lupa bahawa keputusan dan pengumuman ini adalah hasil desakan seluruh rakyat Malaysia yang sekian lama melalui demontrasi, serahan memorandum, forum, ceramah dan sebagainya.

YB Mohd Nasir Mustaffa ketika dihubungi mengucapkan tahniah kepada seluruh rakyat Malaysia yang telah membuat perubahan sehingga memberi kesedaran kepada pemimpin negara. Akibat dari keberanian rakyat ini mendesak DS Najib mengumumkan tiga perkara ini.

“Semoga politik Malaysia yang benar-benar beri kebaikan kepada seluruh rakyat, Kita menuju kepada politik yang lebih telus, bebas dari rasuah, kita menuju kepada politik Islam yang dapatmemandu manusia kepada kejayaan di dunia dan akhirat” tegas beliau lagi.

Apa yang kita dapat lihat, peristiwa setiap kali pemimpin berganti, setiap kali peralihan kuasa berlaku mereka membuat sesuatu demi untuk mengembalikan sokongan rakyat akibat hilang sokongan rakyat dan parti mereka parah akibat perasuah yang bermaharaja lela. Kemenangan dalam pemilihan parti mereka semata-mata bergantung kepada pelaburan besar yang dibuat dan bukannya dipilih mengikut kebolehan, senioriti dan sebagainya.

YB Nasir menambah, Tun Dr. Mahathir tunduk kepada kuasa rakyat setelah menjadi PM selama 22 tahun, Tun Abdullah hanya 5 tahun tempoh yang amat singkat. BN hilang majoriti dua pertiga di parlimen. DS Najib kena ikhlas dengan amanah rakyat ini kerana pilihanraya yang datang boleh berlaku sesuatu yang mengejutkan. Kalau keikhlasan DS Najib hanya sekadar memancing undi, kita dapat lihat beliau tidak dapat bertahan lama. Lebih capat dari Tun Abdullah.
posted by admin

0 comments: