UMNO Kedah Pasca DS Najib

DS Najib talah membuat pengumuman selepas mesyuarat MT Umno Jumaat lepas dengan melantik dengan mengekalkan Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor. Beliau juga menonjolkan muka baru iaitu Datuk Seri Ahmad Husni Mohd Hanadzlah sebagai Bendahari dan Ahmad Maslan sebagai Ketua Penerangan.

Ahli Majlis Tertinggi yang dilantik terdiri dari muka lama dan muka baru seolah-olah dilihat sebagai satu ramuan bagi mengembalikan kepercayaan rakyat yang sudah hilang selepas pilihanraya lalu. Antara yang dilantik ialah sebagai anggota tambahan Majlis Tertinggi ialah Datuk Seri Dr Rais Yatim, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz, Senator Mejar Jeneral (B) Datuk Jamil Khir Baharom, Senator Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin, Datuk Seri Abdul Kadir Sheikh Fadzir, Datuk Seri Mohd Ali Rustam, Tan Sri Rafidah Aziz, Datuk Abdul Ghani Othman dan
Datuk Seri Shahidan Kassim.

Tidak terkecuali Pengerusi Badan-badan Perhubungan Umno negeri. Keputusan yang agak drastik dibuat ialah semua Naib-naib Presiden Umno menjadi Pengerusi di negeri-negeri yang dikuasai Pakatan Rakyat sekaligus memberi signal kepada penyandang sebelum ini yang dikira bertanggungjawab atas kekalahan Umno-BN pada pilihanraya lepas.

Di Kedah, Dato’ Seri Mahdzir Khalid yang menang sebagai MT pada pemilihan lepas turut menjadi mangsa percaturan politik DS Najib apabila tidak terpilih sebagai untuk dikekalkan sebagai Pengerusi Perhubungan Umno Negeri Kedah. DS Mahdzir yang kita tahu kroni Tun Paklah Badawi melalui rumors akhir-akhir ini sudah terjawab apabila beliau digantikan dengan Naib Presiden Umno yang baru Datuk Seri Mohd Shafie Apdal yang tidak asing dengan bumi Kedah ini kerana bapa mertuanya tokoh politik veteran Umno Kedah. Paling menyayat hati DS Mahdzir Khalid lagi saingan politik beliau, orang lama dalam Umno Kedah Datuk Paduka Ahmad Bashah Md Hanipah pula dilantik sebagai Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno Kedah.

Berakhirlah era DS Mahdzir Khalid di Kedah, mula empayar baru Umno merubah landskap politik baru di sini. Bekas Exco Kanan Kerajaan Negeri Kedah yang masih menjadi Wakil Rakyat DUN Bakar Bata menang dalam pilihanraya Mac 2008 lalu dengan majoriti hanya 358 undi.

YB Dato’ Mukhriz Tun Mahathir dalam kenyataannya hari ini menyifatkan perlantikan DS Shafie Afdal sebagai perubahan pucuk pimpinan Umno Kedah tepat pada masanya dan perlu disambut baik oleh semua peringkat parti. Katanya, tindakan Presiden Umno yang juga Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, merombak puncuk pimpinan Badan Perhubungan Umno Kedah perlu dilihat sebagai usaha mengembalikan keyakinan dan kepercayaan rakyat terhadap Umno.

Maknanya di sini kepimpinan DS Mahdzir ditolak oleh pemimpin mereka sendiri. Kalau di kalangan mereka sendiri menolak apatah lagi rakyat di bawah yang melihat segala kepincangan yang telah dilakukan oleh Umno/BN selama lebih 50 tahun lamanya. Tukar dan gantilah dengan sesiapapun, selagi perjuangan mereka tidak berteraskan Islam dan rakyat, pasti ini semua ditolak.

Sebenarnya Umno sudah tidak ada lagi tokoh yang dilihat dapat mengembalikan semula imej parti itu apabila Dato’ Mukhriz menegaskan bahawa beliau mengalu-alukan perubahan ini, kerana beliau menganggap ia satu cara strategi untuk menawan semula hati rakyat. Kemungkinan cara sebelum ini tidak memenuhi citarasa dan aspirasi rakyat. Moralnya di sini kepimpinan DS Najib sudah tidak percaya lagi dengan pemimpin Umno Kedah sehingga terpaksa mengimport tokoh dari luar yang bukan dari kalangan anak tempatan. DS Mahdzir Khalid perlu sedar perkara ini.

Ketua Wanita Umno Sabah, YB Senator Datuk Armani Mahiruddin Armani berkata, Wanita Umno Sabah turut merasa bangga dan gembira dengan kepercayaan pucuk pimpinan parti melantik Dato’ Shafie untuk menerajui Umno Kedah. Ahli Umno Kedah patut malu dengan kenyataan ini.

Kegagalan BN merampas kerusi DUN Bukit Selambau pada PRK baru-baru ini menjadikan alasan yang cukup kuat DS Najib mengetepikan DS Mahdzir. Selamat Jalan DS Mahdzir, selamat bekerja DS Shafie dan DP Ahmad Bashah.

Perhubungan PAS Kedah tidak menganggap perlantikan ini sebagai luar biasa, perlantikan yang bakal membawa kepada perubahan rakyat malah perlantikan ini adalah bersifat retak menunggu belah.

YB Nasir ketika dihubungi menyifatkan perubahan ini sebagai satu percaturan politik biasa di bawah negeri yang mereka kalah. Di mana jawatan ini di isi oleh tokoh di peringkat tertinggi parti mereka. Walaupun Umno kini dilihat semakin parah, YB Nasir juga berharap kepimpinan baru ini tidak menyalahgunakan kedudukan yang ada bagi kepentingan politik sempit mereka dan sama-sama memberi kelebihan kepada rakyat di Negeri Kedah.

Posted by admin

0 comments: