Masalah Sosial Kawasan

Pertama sekali saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pengunjung blog ini. Terima kasih yang tak terhingga juga saya ucapkan kepada semua yang memberi komen, cadangan, kritikan yang membina dan sebagainya. Merujuk kepada soalan yang hangat yang diperkatakan dalam blog ini ialah mengenai isu gejala sosial yang berleluasa seperti mat rempit dan pembukaan karaoke dan siber kafe dan sebagainya.


Untuk pengetahuan semua, selaku ADUN Kubang Rotan saya telah pun mengambil beberapa tindakan untuk menangani masalah yang berlaku di kawasan ini. Saya juga telah menyuarakan tentang masalah ini melalui soalan di dalam DUN dan juga agensi-agensi yang terlibat seperti Polis Di Raja Malaysia (PDRM), Pejabat Agama Daerah dan yang berkaitan untuk memantau dan mengambil tindakan terhadap masalah tersebut.


Atas rasa tanggungjawab dan keharmonian bersama, kami menyeru kepada anda semua orang ramai yang amat perihatin di atas isu-isu ini untuk sama-sama membanteras gejala yang berlaku di kawasan kita ini. Demi menyelamatkan kawasan kita, kami menjemput dan mengalu-alukan saudara dan saudari untuk mengambil tindakan seperti berikut:


1- Sila daftar sebagai sukarelawan PKWR Kubang Rotan (dengan cara email nama, alamat dan no. H/P anda) kepada kami di kubangrotan@gmail.com) atau SMS (Taip Sukarelawan PKWR, nama, no H/P) ke no 012-584 0880.


2- Sila hantar aduan secara terperinci dengan perkara-perkara berkenaan kepada PKWR. Di Alamat Pusat Khidmat Wakil Rakyat (PKWR). ADUN Kubang Rotan, 265-A Lorong Peremba 3, Taman Anggerik 2, 05050 Alor Setar, Kedah Darul Aman.


Saya telahpun berbincang dengan YB. Dr. Haji Hamdan bin Mohamed Khalib, selaku Exco Jawatankuasa Belian Dan Sukan, Kesenian Dan Warisan, Kebudayaan berkaitan dengan hal ini bagi membawa sebuah NGO yang aktif dalam hal ini iaitu Urusetia Menangani Gejala Sosial Negeri Kedah Darul Aman http://urusetialandas.blogspot.com/ (Landas) ke DUN Kubang Rotan.


Dalam masa terdekat ini juga, PKWR bersama LANDAS akan turun untuk membuat tinjauan ke atas pusat-pusat berkenaan untuk ambil tindakan lanjut. Terima kasih atas nasihat anda.


SAYA BERSAMA ANDA


MOHD NASIR MUSTAFA – ADUN Kubang Rotan

Posted by admin

0 comments: