Tagline Umno Kedah dilihat sebagai satu suntikan baru bagi menyemarakkan semangat ahli parti bagi tujuan menawan semula negeri Kedah daripada Pakatan Rakyat. Slogan “BN Menang Kedah Senang” ini adalah rencah awal persiapan BN memulakan gerakerja menghadapi Pilihanraya Umum Ke-13.
Apa yang menarik di sini, Setiausaha Perhubungan Umno Kedah, Dato’ Ir Nawawi Ahmad dipetik sebagai berkata Slogan ini mampu menyuntik semangat baru dalam kalangan ahli bekerja lebih kuat di semua peringkat. Soalnya di sini, apa sahaja gerakerja yang dibuat hanyalah tertumpu ke arah untuk menghidupkan kembali jentera dan akar umbi serta menyatukan kembali ruang perpecahan yang timbul berpunca dari perebutan jawatan di semua peringkat. Itulah sebabnya focus utama mereka mengembalikan semangat baru bekerja memenangkan kembali BN di Kedah.
BN hilang majority dua pertiga di DUN Kedah pada pilihanraya lepas dan terpaksa akur dengan keputusan rakyat, undi rakyat dan suara rakyat. Inilah hakikat yang perlu diterima oleh Umno / BN di Kedah khususnya.
Pada Majlis Gerak Mesra 1Malaysia slogan ini dilancarkan di Yan oleh TPM, TS Muhyiddin Yassin, Nawawi mahu BN kembali memerintah agar dapat menjaga satu kesinambungan pembangunan antara Kerajaan Negeri dan Pusat.
Apa yang dapat dilihat di sini sudah ada kesinambungan dari sudut projek pembangunan khususnya untuk kesejahteraan rakyat. Sekarang ini kita lihat banyak peruntukkan yang disalurkan dari kerajaan Pusat ke negeri pun melalui Jabatan Pembangunan Persekutuan yang ditubuhkan di negeri yang diperintah Pakatan Rakyat. Banyak lagi dana disalurkan ke jabatan-jabatan lain di bawah Persekutuan sehinggakan tidak mengambil peduli siapa yang memerintah negeri ini.
Nawawi juga turut mengakui Umno kita sedang menggunakan ruang ini untuk kembali memperjelaskan perjuangan parti bagi memastikan matlamat tercapai selain dapat memenangi semula hati rakyat.
Ini memang kita percaya, Umno kita kembali turun ke grass root bagi meraih undi simpati serta cuba menghasut fikiran rakyat setelah perjuangan selama lebih setengah abad ini ditolak rakyat. Berbagai tohmahan dibuat dengan tujuan memburuk-burukan kerajaan PR. Takkan memerintah setelah sekian lama, kini mereka terpaksa sekali lagi cuba memperjelaskan perjuangan mereka? Apakah perjuangan mereka sebelum ini tiada matlamat? Apakah agenda sebenar mereka memang jelas memperjuangkan nasib bangsa, agama dan tanahair?
ADUN Kubang Rotan, Mohd Nasir Mustafa ketika dihubungi untuk respon mengenai slogan baru ini berkata, “Ini menunjukkan satu slogan yang mengesahkan keangkuhan BN kerana maksud kepada slogan ini ialah pemerintahan Pusat dan Negeri di bawah parti yang sama” ini menunjukkan BN sudah tiada idea baru selain dari mahukan kembali Kedah ini dan pada masa yang sama mahu kekalkan kuasa di kerajaan Pusat. Kiranya rakyat Kedah akan senang apabila parti mereka memerintah Pusat dan Negeri.
“Apabila isu-isu rasuah, kepentingan rakyat, pendidikan, nelayan, isu pekerja, lain-lain perkhidmatan BN mula bercakap apabila mereka hilang kuasa kerana tujuan mereka hanyalah untuk memancing semula undi” tambah beliau.
“Saya berharap agar rakyat bersabar dan terus yakin kejayaan yang sebenar akan terus dicapai apabila mempunyai pemimpin yang ikhlas, jujur, bersih dan bijaksana” jelas YB Nasir mengakhiri responnya terhadap slogan Umno Kedah ini.
Kami juga sempat meminta ulasan YB Dato’ Ir. Haji Amiruddin Hamzah, Exco Kerajaan Negeri Kedah mengenai perkara ini. Beliau melihat slogan ini biasa dan tak lebih dari usaha untuk pancing undi rakyat supaya kembali menyokong Umno BN pada PRU 13 nanti. Menurut beliau dari segi logik apabila ada kerajaan negeri baru yang tidak diperintah oleh BN, ada saja usaha yang digunakan mereka untuk bersaing memberi khidmat kepada rakyat yang sepatutnya rakyat negeri Kedah dah senang lama dah di bawah BN dahulu. BN akan terus berusaha menjadikan rakyat sebagai agenda utama mereka memulihkan keadaan yang cukup parah dalam parti mereka sekarang.

Kini nyatalah Umno lebih parah menghadapi rakyat apabila pemimpin mereka mula bercakap mengenai hak dan kepentingan rakyat. Apa yang dilakukan mereka dapat dilihat rakyat sebagai gula-gula politik tak lebih untuk tujuan mempastikan kuasa mereka dikembalikan. Dan rakyat kembali menangisi kerakusan pemimpin apabila mereka kembali memegang kuasa nanti yang bertuhankan nafsu semata-mata. Dulu kita jarang melihat pemimpin Umno turun padang bertemu rakyat memberikan penerangan, hanya PM bercakap semua rakyat dengar di corong radio, kaca tv tanpa turun ke grassroot. masa dah berubah apabila rakyat menjadi hakim dan rakyat sendiri yang membuat perubahan. REFORMS IS IN OUR HAND. Fikirlah wahai sahabatku....
Posted by admin
0 comments:
Post a Comment