Assalamualaikum.... marilah kita semua bermunajat kepada Allah SWT agar Mahkamah Persekutuan membuat keputusan yang tepat siapakah Menteri Besar Perak yang sah. Badan Perhubungan PAS Negeri Perak menyeru seluruh ahli parti supaya mengadakan solat hajat bagi menentukan keputusan oleh mahkamah.
22 Mei lalu, Mahkamah Rayuan mengenepikan keputusan Mahkamah Tinggi pada 11 Mei yang telah memutuskan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin adalah Menteri Besar Perak yang sah.
Hakim Datuk Md Raus Shariff, yang bersidang bersama Hakim Datuk Zainun Ali dan Hakim Datuk Ahmad Maarop juga telah mengisytiharkan Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir sebagai Menteri Besar Perak yang sah.
Nizar pada 19 Jun lalu bagaimanapun telah mengemukakan rayuan kepada Mahkamah Persekutuan terhadap keputusan Mahkamah Rayuan tersebut.
Mahkamah Persekutuan telah membenarkan permohonan Nizar dan menetapkan rayuan didengar esok (05/11/09).
0 comments:
Post a Comment