Pasar Besar Alor Setar

1. Dua hari lepas saya telah meninjau keadaan di Pasar Besar.

2. Beberapa perkara berbangkit memang ada yang telah diselesaikan seperti masalah air di dalam pasar dan di bahagian santan.

3. Bagaimanapun masih banyak yang perlu dibuat oleh semua yang terlibat untuk menjadikan Pasar Besar Alor Setar maju, destinasi tumpuan dan akhirnya menguntungkan semua pihak.

4. Saya berharap pihak MBAS dapat menyelesaikan masalah infra di pasar ini secepat mungkin. Masalah kebersihan, air, lampu dan kipas masih belum benar-benar selesai.

5. Warga pasar pula saya harap dapat membentuk persatuan yang kuat bersatu padu untuk sama-sama memiliki atitude yang betul kearah memajukan pasar ini.

6. Masalah mungkin berbeza pada musim kemuncak, jadi seharusnya pada ketika ini di mana saya dapati masih banyak meja-meja yang kosong pihak terlibat dapat melaksanakan segala perancangan bagi memajukan pasar ini.

7. Pasar sebagai Pusat Komuniti sebenarnya dapat menyumbang kepada proses pembangunan diri dan masyarakat sekiranya kita berjaya memajukan pasar ini dalam semua aspek.

Selamat membeli, berniaga dan berkhidmat, insyaallah kita akan berjaya!


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

0 comments: