1. Jam 9pagi saya bersama Dato Pharolrazi, Tuan Setiausaha MBAS, Ahli-ahli Majlis MBAS, pegawai MBAS dan wakil peniaga Pasar Besar Alor Setar melawat pasar ini. Insyallah sebuah JK telah dibentuk untuk memantau Pasar Besar ini untuk menmyelesaikan masalah pasar ini dan akhirnya menjadi pasar yang maju, bersaing dan menjadi antara lokasi tumpuan di bandar Alor Setar.
2. Selesai di pasar saya ke kampong Kbg Rotan, untuk meninjau jalan di situ selepas dapat aduan jalan di situ kurang baik. Setiba saya di situ JKR sedang memperbaiki lubang-lubang jalan di situ. Alhamdulillah, terima kasih JKR.
3. Kemudian saya mengunjung kematian di Kg Teluk Talipon. Selepas itu saya menziarahi seorang remaja lelaki yang terlibat dalam kemalangan jalan raya. Alhamdulillah dapatlah disumbangkan sebuah kerusi roda kepadanya. Semuga cepat sembuh.
4. Dari Kbg Keluncur saya ke Kg Kuala Sungai menziarahi Mak Lang Nab Sulaiman antara orang-orang lama di kampong kelahiran saya. Beliu berusia lebih 80 tahun dan sedang uzur.
5. Sebelum balik ke pejabat, saya singgah di Taman Sri Indah untuk ziarah anak Kak Shon yang juga terlibat dalam kemalangan. Kepada adik-adik dan anak-anak semua, saya nasihatkan berhati-hatilah bila di jalan raya.
Sekadar sebuah catatan...
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
0 comments:
Post a Comment