Semuga syarikat-syarikat lain juga dapat turut membantu menjayakan program-program kemasyarakatn PKWR Kubang Rotan
Kalau AJK PKWR pakai kereta ni.... macam mana?
Jazakallah.... bersama Hj. Wahab tuan punya rangkaian restoran Kapitan Pulau Pinang, beliu juga telah memberi sumbangan untuk program 'Ihya Ramadan` DUN Kubang Rotan
Bergambar di Showroom Western Circle
Terima kasih.. Mr. Ang Pengarah Urusan Western Circle menyerahkan cek RM1000.00 untuk program membantu fakir miskin di DUN Kubang Rotan.

Tiga kampung terima peruntukan baiki jalan
















KUALA KEDAH – Penduduk di tiga kampung di sini kini mampu menarik nafas lega apabila sedikit sebanyak masalah jalan tidak berturap yang mereka hadapi akan dapat diatasi menerusi pemberian batu kerikil bagi meratakan jalan berkenaan di bawah peruntukan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kubang Rotan.ADUN Kubang Rotan, Mohd Nasir Mustafa berkata, ketiga-tiga kampung itu ialah Kampung Permatang, Kampung Padang dan jalan di hadapan Sekolah Kebangsaan Sri Pantai yang berhubungan dengan Taman Harapan.“Saya hanya menyediakan peruntukan batu kerikil sahaja di tiga kawasan berkenaan dan tidak melibatkan kerja menurap jalan.






Peruntukan ini diberikan Kerajaan Negeri yang prihatin dengan masalah rakyat dan berusaha membantu meringankan beban yang ditanggung mana-mana penduduk,” katanya kepada Sinar Harian di sini.Nasir berkata, usaha untuk membangunkan setiap kawasan dalam DUN Kubang Rotan akan diteruskan dan diperbanyakkan lagi agar penduduk dapat menikmati pembangunan sama seperti di kawasan lain.Semasa kerja meletakkan batu kerikil dijalankan, Nasir sempat melawat ke rumah penduduk kampung berhampiran.






Selain itu, Nasir juga telah menyampaikan sumbangan sebanyak RM100 kepada 70 pelajar yang berjaya menjejak kaki ke Institusi Pengajian Tinggi (IPT) dalam DUN berkenaan.“Setiap anak yang tinggal dalam DUN Kubang Rotan yang berjaya melanjutkan pengajian ke IPT sama ada IPT awam atau swasta telah diberi RM100 seorang sebagai tanda penghargaan kepada mereka yang berjaya.






“Sumbangan berkenaan adalah daripada peruntukan Kerajaan Negeri yang tidak pernah lupa menghulur sumbangan walaupun kepada pelajar yang berjaya dalam pendidikan,” katanya.






Post By Admin

Surau Taman Samudera dapat sumbangan YB




























ALOR SETAR, 12 Ogos (Hrkh)- Para wakil rakyat PAS di Kedah mengharap penuh agar isu pengangkutan sampah di bandaraya Alor Setar selesai selepas September ini.
Buat sementara ini, pelbagai pendekatan terpaksa mereka ambil bagi menangani isu kutipan sampah yang tidak berjaya diselesaikan oleh Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) ini selepas pembentukannya.

Adun Kubang Rotan, Mohd Nasir Mustafa berkata, masalah kutipan sampah di Alor Setar adalah masalah yang serius dan sebagai wakil rakyat beliau terpaksa menghadapi isu ini hampir setiap hari.

Kunjungan ke Alor Setar menemui satu masalah asas yang kepada semua orang...sampah. Dari berbual dengan rakan di sebelah tempat duduk di atas kapal terbang Fire Fly yang berlepas dari Subang sehinggalah bertemu dengan para wakil rakyat di sana...sampah adalah isunya.
"Dulu masa kami jadi pembangkang, isu inilah yang saya dan Dato' Mahfuz Omar jaja. Namun isu yang kita hadapi menjelang pilihan raya 2008 belum selesai hinggalah kini," kata Mohd Nasir.


Asas kepada isu ini adalah apabila masalah pengurusan sisa pepejal (sampah) ini diserahkan bidang kuasanya kepada kerajaan pusat. Pengurusannya pula dibuat melalui penswastaan.
Ia juga menjadi masalah apabila Alor Setar mahu dinaikkan statusnya dari bandar ke bandar raya padahal ciri-ciri sebuah bandar raya belum dipenuhi oleh Alor Setar.
Akibatnya, pendapatannya tidak mencukupi untuk membolehkannya bertanggungjawab penuh kepada keperluan penduduknya.

"Misalnya penduduk Alor Setar tidak sampai sejuta tetapi mahu dijadikan bandar raya juga sedangkan antara syarat bandar raya adalah penduduknya satu juta orang.

Solidariti rakyat menolak ISA

Perhimpunan Mansuhkan ISA di Kuala Lumpur 1 Ogos lalu berjaya menghimpunkan puluhan ribu rakyat dari pelbagai kalangan latarbelakang, agama dan bangsa, menyatakan kesepakatan menolak kezaliman Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Walaupun tidak berjaya menghantar memorandum bagi merayu Yang DiPertuan Agong supaya menggunakan budibicara baginda untuk memansuhkan ISA akibat pelbagai sekatan dan halangan dari pihak polis, namun mesej rakyat berjaya disampaikan.

Pihak istana khususnya Raja-raja Melayu seharusnya mengambilkira bantahan besar-besaran rakyat dari sudut yang positif, iaitu rakyat menuntut keadilan dan sepakat menolak kezaliman ISA.

Media arus perdana yang dikawal Barisan Nasional cuba menggambarkan sebaliknya. Mereka cuba memaparkan kononnya para peserta Himpunan Mansuhkan ISA bertindak ganas, akibat dipengaruhi orang politik yang mempunyai kepentingan tertentu.

Tiada kepentingan individu politik dalam hal ini, tiada kepentingan mana-mana parti politik. Tetapi jelas usaha memansuhkan ISA adalah antara agenda politik bagi Pakatan Rakyat, bukan untuk kepentingan sekelompok manusia, tetapi ia adalah untuk kepentingan seluruh rakyat.

Media arus perdana cuba melarikan isu asas tentang mengapa rakyat berhimpun bagi mendesak Kerajaan Umno-BN supaya memansuhkan ISA.Pakatan Rakyat mendukung perjuangan Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) kerana selama Umno-BN berkuasa, mereka banyak mengambil kesempatan politik yang dibenarkan oleh Perlembagaan yang menguatkuasakan ISA.Pemimpin Umno-BN menggunakan ISA untuk melindungi kepentingan politik mereka. ISA memberi kuasa kepada polis yang dibawah arahan Menteri Dalam Negeri, untuk menahan sesiapa sahaja yang disyaki atas alasan menggugat keselamatan negara.

Mereka yang ditahan di bawah ISA tidak punyai hak untuk membela diri, mereka dituduh, dijatuhkan hukuman dan ditahan di Kem Tahanan Kemunting tanpa sebarang pembelaan dari sudut undang-undang.Tahanan ISA adalah mangsa kezaliman. ISA bercanggah dengan demokrasi dan mencabul hak asasi manusia. Tahanan dipisahkan daripada anggota keluarga dan masyarakat, tanpa ada ruang untuk membela diri.Suatu ketika Akta ISA digubal pada tahun 1960 adalah untuk mengekang pengaruh golongan kiri sama ada komunis.Namun akibat kerakusan dan ketamakan kuasa ISA disalahgunakan untuk melindungi salahlaku politik pemimpin Umno-BN.Rakyat yang berhimpun sebenarnya amat merasai kezaliman yang ditimpakan Umno-BN ke atas mangsa-mangsa tahanan ISA yang tidak berdosa.


Mereka juga menyedari apakah implikasi atau bahana yang akan menimpa jika mereka melanggar undang-undang negara.Rakyat hanya mahu berhimpun secara aman, mereka mahu menunjukkan solidariti menolak kezaliman ISA dan mahu merayu kepada YDP Agong agar mempertimbangan kepentingan rakyat seluruhnya.Rakyat yang berhimpun tidak melakukan apa-apa kesalahan, mereka tidak merusuh atau mengganas seperti yang digambarkan, mereka sebenarnya menjadi mangsa provokasi polis.

Jelas, di sebalik ugutan dan amaran polis, rakyat tetap komited berhimpun. Perhimpunan mansuhkan ISA menunjukkan keberanian rakyat yang semakin berani bersuara untuk mempertahankan dan melindungi hak mereka.Sebenarnya sudah tiada justifikasi ISA dikekalkan. Umno-BN harus sedar bahawa implikasi penolakan ini amat besar dari sudut politik. Ia bakal memberikan impak yang buruk kepada Umno-BN jika tetap enggan tunduk kepada aspirasi rakyat.

Post By Admin
Sumber : http://mohdrashidi.blogspot.com/

HarakahDaily.Net - Demo 'Bubar Dun Perak' ikut saranan PM - Nizar

HarakahDaily.Net - Demo 'Bubar Dun Perak' ikut saranan PM - Nizar




YB. Nasir sebagai moderator, dialog interaktif di seminar ini.
En. Saw mewakila MKK, Tuan Hj. Adnan mewakili masyarakat, Tuan Hj. Zainol mewakili Penghulu dan En. Teh mewakili Ahli Majlis MBAS.
Ketua Kampong dan Komuniti Parlimen Kuala Kedah sebagai perserta.

Teh Ais Paling Sedap di DUN Kubang Rotan `WARUNG EN. KAMIS TELUK KECHAI'

Antara pelanggan di warung En. Kamis
Minum Dr.. ni teh ais paling sedap dalam dunia... bersama Dr Ismail (exco) singgah perkena teh ais lepas balik dari melihat operasi menyelamat nelayan lemas di Kuala Kedah. YB. Nasir, YB. Dr. Ismail, Razak Sentu, En Teh dan En. Ah Kang.. sedap, sedap juga Kencing Manis kena ingat nuuuu...

Singgah di rumah En. Rosli Saad, Kampong Kuar Jawa

Usaha meningkatkan ekonomi keluarga, bersama-sama kawan beliu, En. Rosli menternak lintah
Nira Nipah pun ada, di mana ada usaha di situ ada kejayaan

YB dan Ketua Kammpong Hj, Mohamad Nor Hasan mendengar berbincang dengan En. Rosli (tengah)
Insyaallah kita akan membantu untuk menyiapkan rumah ini..

Kami akan bersama-sama menjaga kebersihan Taman Sri Ampang

Ketua Komuniti, Ahi Majlis & ADUN berbincang dengan penduduk Taman Sri Ampang
Sampah-sampah .... tak abih-abih, mendengar aduan rakyat
semangat maufakat yang tinggi... tahniah
hasil pertemuan ini, jumaat 8.8.09, 7.30pagi kita akan bergotong royong... pakat2 mai.

Pasukan PPI sedang memberi khidmat pemeriksaan kesihatan pecuma. Lebih 100 penduduk sekitar berpeluang mendapat perkhidmatan ini. Terima kasih PPI!

Yb. Dr. Hayati Osman Ahli Parlimen Pendang dalam kesibukan tetap dapat memberi sumbangan. Jazakallah Kathira!

Apa khabar Mak Cik!

Mak Cik ni perlu bantuan, rumahnya sangat daif, kalau ada yang berkemampuan sumbangan kepadanya dialu-alukan.

Untuk hari ini sedikit buah tangan buat Mak Cik.

Bersabar Mak Cik, walaupun uzur masih lagi terpaksa menanggung 4 0rang cucu, saya rujuk masalah Mak Cik dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Ooo sedang bersiap untuk solat jumaat.
Ya Allah ringankanlah penderitaan hambaMu ini... ameen!

Terima Kasih.. Tuan Zulkifli, Pengarah JKM Negeri Kedah, hebat memberi penerangan, belum membantu pun dah meringankan beban yang mendengar...
Tahniah! Tuan Zulkifli, menerima terus aduan dari yang memerlukan, tabikla...!!!

Balik ajak orang kampong tanam sayuran ni baik-baik.. terima kasih En. Balya dari Jab. Pertanian Negri Kedah, dengan projek bumi hijau.
Sambutan yang sangat memberansangkan.. nati kita buat lagi.

Ya Allah lapangkanlah dadaku dan permudahkanlah urusanku.. ameen!
Kalangan penduduk yang turut serta...

Mak Cik ni sampai rindu kat YB... maaf Mak Cik ada kesempatan kita jumpa lagi.. doakan untuk anak=anak agar kami berjaya di duni dan akhirat...

Sedap, menyelerakan.. Bang Mat (Ketua Kampong) sediakan jamuan makan tengahari... temenung cabut tulang.., Alhamdulillah!
Pilih-pilih, yang mana suka ambil... Sdr Fakri turut menyumbang pakaian terpakai (cantik-cantik) di program sehari bersama YB.

Makan Us Halim... selori rambutan Pak Tam Kob bawa mai...

Di antara Ketua Kampong yang hadir....

Bertuah Mak Cik bukan sekadar seorang doktor yang rawat Mak Cik tu.. beliu juga Exco kerajaan Negeri Kedah, YB Dr. Ismail Salleh.. selamat pengantin baru doktorrr..
Mengunjung... Innalillahi wainna lillahi rajiun

Menyeruk (sarapan) yang sebelah tu PA YB. Ahmad Kasim, En. Zaidi

Ikan baru naik... meninjau pelantar ikan bersam YB. Ahmad Kasim.