ALOR SETAR, 12 Ogos (Hrkh)- Para wakil rakyat PAS di Kedah mengharap penuh agar isu pengangkutan sampah di bandaraya Alor Setar selesai selepas September ini.
Buat sementara ini, pelbagai pendekatan terpaksa mereka ambil bagi menangani isu kutipan sampah yang tidak berjaya diselesaikan oleh Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) ini selepas pembentukannya.

Adun Kubang Rotan, Mohd Nasir Mustafa berkata, masalah kutipan sampah di Alor Setar adalah masalah yang serius dan sebagai wakil rakyat beliau terpaksa menghadapi isu ini hampir setiap hari.

Kunjungan ke Alor Setar menemui satu masalah asas yang kepada semua orang...sampah. Dari berbual dengan rakan di sebelah tempat duduk di atas kapal terbang Fire Fly yang berlepas dari Subang sehinggalah bertemu dengan para wakil rakyat di sana...sampah adalah isunya.
"Dulu masa kami jadi pembangkang, isu inilah yang saya dan Dato' Mahfuz Omar jaja. Namun isu yang kita hadapi menjelang pilihan raya 2008 belum selesai hinggalah kini," kata Mohd Nasir.


Asas kepada isu ini adalah apabila masalah pengurusan sisa pepejal (sampah) ini diserahkan bidang kuasanya kepada kerajaan pusat. Pengurusannya pula dibuat melalui penswastaan.
Ia juga menjadi masalah apabila Alor Setar mahu dinaikkan statusnya dari bandar ke bandar raya padahal ciri-ciri sebuah bandar raya belum dipenuhi oleh Alor Setar.
Akibatnya, pendapatannya tidak mencukupi untuk membolehkannya bertanggungjawab penuh kepada keperluan penduduknya.

"Misalnya penduduk Alor Setar tidak sampai sejuta tetapi mahu dijadikan bandar raya juga sedangkan antara syarat bandar raya adalah penduduknya satu juta orang.

0 comments: