TAZKIRAH 1

Nasihat Luqman

Al-Quran mengisahkan kata-kata Luqman kepada Puteranya. Kata-kata yang kaya makna dan bermuatan nasihat yang mendalam. Kata-kata yang bukan sahaja untuk ajaran-ajaran pendidikan kepada Putera-puteranya tetapi juga sebagai garis besar kewajiban utama manusia.


  1. Kewajiban manusia kepada Tuhan.

    Dan ketika Luqman berkata kepada anaknya, di waktu ia member pelajaran kepadanya, "Hai anakku, janganlah kamu mempersekutukan Allah, sesungguhnya mempersekutukan (Allah) itu adalah benar-benar kezaliman yang besar" (QS. Luqman: 13)

  2. Kewajiban kepada Ibubapa.

    Dan kami perintahkan kepada manusia (berbuat baik) kepada kedua-dua ibubapanya; Ibunya telah mengandungnya dalam keadaan lemah yang bertambah-tambah, dan menyampihnya dalam dua tahun. Bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua-dua orang ibubapamu; hanya kepada Allah kembalimu. (QS. Luqman: 14)

  3. Kewajiban manusia kepada orang lain.

    Wahai anakku, dirikanlah solat dan suruhlah (manusia) mengerjakan yang baik dan cegahlah (mereka) dari perbuatan yang munkar, dan bersabarlah terhadap apa yang menimpa kamu. Sesungguhnya yang demikian itu termasuk dari apa yang diwahyukan (oleh Allah). (QS. Luqman: 17)

  4. Kewajiban manusia kepada diri sendiri.

    Dan sederhanakanlah kamu dalam berjalan dan lunakkanlah suaramu. Sesungguhnya seburuk-buruk suara ialah suara kaldai. (QS. Luqman: 19)

    Ya Allah Lapangkanlah Dada Kami dan Engkau Permudahkanlah Urusan Kami… amen.



0 comments: