KUALA KEDAH, 22 November* – Sebanyak enam buah rumah musnah dijilat api di Kampung Madrasah, di sini melibatkan 39 mangsa terdiri daripada keluarga yang kebanyakannya adalah nelayan.
Menurut Pengerusi Persatuan Nelayan Kawasan Kuala Kedah, Encik Abdul Hamid Bahari,adalah menjadi ta
nggungjawab mereka membantu mangsa-mangsa yang terlibat bagi meringankan beban mereka kerana kebanyakan mereka kehilangan harta benda dalam kebakaran tersebut.
"Lima keluarga adalah nelayan, jadi persatuan ini menyampaikan sumbangan berbentuk wang ringgit bagi meringankan beban mereka tambahan musim buka sekolah dah nak mula, jadi mereka memerlukannya bagi beli keperluan sekolah anak-anak," katanya selepas ditemui ketika melawat mangsa kebakaran.
Seorang mangsa yang dikenali sebagai Ramlah Mat Zuki, 63, dan keluarganya hanya tinggal sehelai sepinggang kerana api merebak dengan cepat disebabkan keadaan rumah yang kebanyakannya diperbuat daripada papan serta rumah yang berdekatan antara satu sama lain.
"Masa kami sekeluarga tengok berita dalam pukul 9.00 malam, kami dengar orang jerit api, api, bila mak cik ke dapur, saya tengok rumah mak cik dah kena api, barang-barang tak sempat selamat melainkan anak-anak serta cucu mak cik saja," jelas beliau kepada wartawan ketika diminta mengulas pengalaman ketika kejadian.
Menurut seorang lagi mangsa, Zakaria Abdul Majid, 57, ketika kebakaran, beliau sekeluarga tiada di rumah kerana menghadiri majlis perkahwinan saudara.
"Bila balik dari kenduri semalam, saya dapati rumah saya dah terbakar, apa-apa
pun tak boleh selamat dah," ujar beliau.
Sementara itu ADUN Kubang Rotan, YB Mohd Nasir Mustafa yang kebetulan berada di Kuala Terengganu sewaktu kejadian bergegas pulang ke kawasannya sebaik diberitahu mengenai kejadian tersebut, dengan mengambil penerbangan Kuala Terengganu-Pulau Pinang.
Pelbagai pihak tampil menyampaikan sumbangan bagi meringankan beban mangsa-mangsa. Antaranya, kerajaan negeri, Pusat Khidmat ADUN Kubang Rotan, Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM), Jabatan Pertahanan Awam, Unit AMAL serta Majlis Ketua Kampung Kuala Kedah.

Penetapan kuota bagi semua jenis rumah untuk Bumiputera di Kedah, yang dinaikkan daripada 30 peratus kepada 50 peratus, tidak menafikan hak mana-mana kaum, kata Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak.

Katanya, dasar baru itu telah dipersetujui anggota majlis mesyuarat kerajaan negeri bagi memastikan setiap rakyat terutama golongan kelas pertengahan mampu memiliki rumah sendiri.

"Keputusan ini juga dibuat selepas kajian mendapati masih ramai bumiputera tidak dapat membeli rumah kerana kuota itu tidak mencukupi.

"Majoriti 1.5 juta (daripada kira-kira dua juta rakyat) adalah orang Melayu dan yang lain campuran India, Cina dan lain-lain dan kita ada banyak bukti apabila orang (Bumiputera) hendak beli rumah, pemaju kata sudah habis dijual," katanya dalam laporan Bernama.

Azizah memberitahu pemberita demikian di majlis rumah terbuka sempena sambutan Aidilfitri di kediaman rasminya di Sri Mentaloon, di Alor Star hari ini.

Beliau diminta mengulas kenyataan Pengerusi Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (Rehda) Kedah Ricque Liew dalam akhbar hari ini yang mendakwa syarikat pemaju mungkin gulung tikar jika kerajaan negeri tidak memansuhkan dasar baru itu.

Liew yang mahu kerajaan negeri mengikut dasar kuota nasional 30 peratus mendakwa, langkah itu akan menyebabkan keuntungan penjualan balik hartanah yang dibeli oleh Bumiputera mengikut harga pasaran terhad.

Sementara itu, Azizan berkata kerajaan negeri juga mahu pemaju perumahan membina lebih banyak rumah mampu milik seperti kos sederhana berbanding berharga tinggi mencecah RM300,000 supaya mampu dibeli golongan pertengahan khususnya di bandar.

"Kerajaan nak pastikan rakyat mampu miliki rumah, kalau harga rumah lebih RM250,000, warganegara asing sahaja akan beli.

"Keputusan ini juga adalah demi kepentingan orang ramai tapi kalau cakap pasal keuntungan, memang (pemaju) akan tutup (gulung tikar). Tapi tak mungkin mereka akan tutup," katanya.

KUALA KEDAH, 10 September – Laporan semasa kewangan negeri Kedahmenunjukkan perkembangan positif dengan terdapatnya lebihan puluhanjuta ringgit di dalam penyata kira-kira kewangan negeri.
Demikian menurut Menteri Besar, YAB Dato' Seri Ustaz Haji Azizan AbdulRazak semasa menyampaikan ucapan pada Majlis Penyampaian Zakat DanBerbuka Puasa di Masjid Kariah Kampung Hutan, Mukim Padang Hang, disini.
"Kita dapat maklumat daripada Pegawai Kewangan Negeri, inilah kalipertama dalam masa enam bulan, kira-kira kewangan negeri kitapositif," maklum beliau pada majlis itu.
Terdahulu, pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuaratmingguan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri di Wisma Darul Amanpada petang itu, Ustaz Azizan mengarahkan Syarikat Milik KerajaanNegeri (GLC) membuat laporan kepada polis dan Badan Pencegah Rasuah(BPR) berhubung Jenayah Pecah Amanah yang berlaku di dalam pengurusansesetengah GLC terbabit semasa di zaman pemerintahan Barisan Nasional.
Ujarnya, Kerajaan Negeri setelah enam bulan mengambil alih tampukpemerintahan menjumpai banyak penyelewengan serta salah guna kuasa danwang yang dilakukan pentadbiran terdahulu.
Dalam perkembangan lain, YAB Menteri Besar pada 5 Ogos lalumemaklumkan Kerajaan Negeri berjaya menjimatkan puluhan juta ringgithasil daripada polisi belanja berhemah yang diamalkan selainmengurangkan 30 peratus peruntukan untuk pembangunan berikutankenaikan harga minyak pertengahan Jun lalu.

Pemuda dan pemudi ku,
Kejarlah dan Intailah Malam Seribu Bulan
Sebagai sebuah kerajaan yang memerintah, selain dari memikirkan untuk memberi habuan dunia kepada rakyat dengan usaha menarik pelaburan dari luar negara, mempertingkatkan produktiviti anak negeri dan segala macam usaha bagi meninggikan ekonomi rakyat.
Maka sesuai dengan tema ‘Kedah Sejahtera’ – Pusat Khidmat Wakil Rakyat ADUN Kubang Rotan ingin menyeru umat Islam dalam DUN Kubang Rotan untuk bersama-sama memikirkan secara serius habuan atau hadiah istimewa yang diberikan oleh Allah swt kepada seluruh mukminin dan mukminat untuk mencari satu bonus sebagai bekalan yang penuh kesejahteraan ketika di alam akhirat nanti, iaitu dengan sama-sama mengintai malam Lailatul Qadar pada 10 malam-malam terakhir Ramadhan tahun ini dan Ramadhan tahun-tahun berikutnya, selagi nyawa dikandung badan.
Malam yang memberi bonus, amalan selama 1,000 bulan adalah satu tawaran yang tidak boleh dilepaskan oleh sesiapapun yang bergelar mukmin dan mukminat.
Kita boleh berusaha mendapat malam Lailatul Qadar ini, samada secara individu, berkeluarga atau berjamaah, di rumah, di surau atau di masjid.
Walaubagaimana pun bagi Pusat Khidmat Wakil Rakyat ADUN Kubang Rotan mengambil inisiatif untuk bergerak secara berjamaah dari masjid ke masjid sepanjang 10 malam terakhir Ramadhan tahun ini, dalam usaha menggerakkan motivasi rakyat Islam Kubang Rotan mengejar bonus yang sengaja disembunyikan oleh Allah swt.
InsyaAllah program akan bermula jam 01.00 pagi dan berakhir dengan kuliah suboh di 10 buah masjid dalam DUN Kubang Rotan dan InsyaAllah makanan untuk bersahur akan disediakan oleh pihak AJK masjid berkenaan.
Berikut adalah senarai masjid yang telah diaturkan gilirannya:-

19 Ramadhan 1429 : Masjid Al-Ghufran, Akar Peluru, Jalan Pegawai.

20 Ramadhan 1429 : Masjid Kg Baru, Kuala Kedah

21 Ramadhan 1429 : Masjid Kuar Jawa

22 Ramadhan 1429 : Masjid Kubang Jawi

23 Ramadhan 1429 : Masjid Nurul Ihsan, Kbg Rotan

24 Ramadhan 1429 : Masjid Al-Maarof, Sbrg Kota

25 Ramadhan 1429 : Masjid Putra, Batu 6, Jalan Kuala

26 Ramadhan 1429 : Masjid Ehsan, Sbrg Perak

27 Ramadhan 1429 : Masjid Telok Chengai, Jln Kuala Kedah

28 Ramadhan 1429 : Masjid Nagore, Pekan Kuala Kedah

Kuatkan Tekad, Teguhkan Azam Mengejar dan Mengintai Malam Seribu Bulan Anugerah Tuhan Pencipta Alam
Semoga Berjumpa Di Sana!!!



Pakatan Rakyat yang dikepalai Datuk Seri Anwar Ibrahim masih yakin rancangannya untuk membentuk kerajaan baru akan berjaya dalam masa terdekat. Bagaimanapun Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menyifatkan rancangan ketua pembangkang itu sebagai "sesuatu perkara yang karut".Bercakap di depan puluhan ribu penyokong pembangkang di stadium Kelana Jaya malam ini, Anwar berkata Pakatan Rakyat telah menghantar surat hari ini untuk bertemu Abdullah bagi membincangkan isu pembentukan kerajaan baru. "Petang tadi, (ahli parlimen DAP) Anthony Loke, (ahli parlimen PKR) Johari (Abdul) telah pergi ke Putrjaya, hantar surat untuk berjumpa segera dengan perdana menteri sebab kita mahukan perubahan aman dan tenteram," kata Anwar. "Kita sudah ada jumlah (wakil BN yang akan melompat kepada Pakatan), dan kita telah bersedia. Hari ini 16 September, esok 17 September, kita bersedia membentuk kerajaan."Anwar, yang juga penasihat PKR, meyakinkan para penyokongnya bahawa rancangannya untuk menubuhkan kerajaan dengan cara memujuk lebih 30 wakil rakyat BN meninggalkan parti itu "masih seperti dirancang.""Apabila kita kata 'on track' (masih seperti dirancang), maksudnya 'on track'. "Hendak jadi macam mana (perubahan kerajaan pada 16 September), mereka bawa (ahli-ahli parlimen BN) ke Taipei," katanya, merujuk lebih 50 wakil rakyat BN yang secara mendadak dibawa melawat Taiwan beberapa hari lalu."Tetapi kita ada cukup jumlah untuk mengalahkan BN. Bukan hendak paksa, pergi Putrajaya hendak heret, ambil alih (kuasa kerajaan pusat) bukan mengikut hukum rimba, yang lalu tetap berlalu. "Esok kita akan umumkan pendirian kita." Sementara di Kuala Terengganu, lapor Bernama, sambil menempelak tentang hasrat itu, Abdullah berkata pertukaran kerajaan baru tidak akan berlaku."Orang kita cepat sangat terkejut, tergempar, cepat sangat kelam-kabut tentang soal pertukaran kerajaan. Ketepikan semua perkara begini. "Beri perhatian kepada perkara yang mendatangkan manfaat serta kebaikan dan bukan sembang kosong yang tidak beri manfaat."Kita suka sangat berhujah dan bersembang tentang perkara ini (pertukaran kerajaan). Perkara ini tidak akan berlaku," katanya ketika berucap pada majlis berbuka puasa bersama pemimpin dan rakyat di Masjid Abidin malam ini.Menurut agensi berita itu lagi, Abdullah meminta umat Islam meningkatkan ibadat bersempena bulan Ramadan dan tidak terlalu ghairah memperkatakan isu pertukaran kerajaan."Pembohongan ini menyebabkan keadaan menjadi kelam-kabut sehingga selepas berbuka dan Tarawih, bukan nak buat Taddarus tetapi yang dibincangkan ada hubung kait dengan pertukaran kerajaan."Sepatutnya kita guna bulan Ramadan ini untuk tingkatkan ibadah untuk kemuliaan di sisi Allah dan tidak digunakan bersembang perkara yang tidak akan berlaku," katanya.Sementara itu, mengulas mengenai peletakan jawatan Datuk Zaid Ibrahim sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Anwar membayangkan wujud perbincangan antara pihaknya dengan bekas ketua bahagian Umno Kota Bharu itu. "Terima kasih kepada Zaid. Dalam beberapa hari lagi akan ada berita baik daripada Zaid. Ada orang kata kita beli (Zaid). Bukan beli, tetapi dia benci penahanan (bawah) ISA (Akta Keselamatan Dalam Negeri)," kata bekas timbalan perdana menteri.Anwar bagaimanapun tidak menjelas lanjut berhubung perkara itu. Zaid hari menyerahkan surat peletakan jawatan, namun perdana menteri memintanya bercuti sebelum mengambil keputusan muktamad tentang perkara tersebut.


Calon PAS diisytihar menang di Sanglang

Hashim Jasin diisytiharkan pemenang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sanglang buat kali ketiga berturut-turut selepas Mahkamah Persekutuan mendengar rayuannya hari ini.Panel tiga orang hakim sebulat suara memutuskan kerusi itu dimenangi wakil rakyat itu, yang juga pesuruhjaya PAS Perlis, dan kemenangan calon BN Abdullah Hassan pada 8 Mac lalu dibatalkan.Hakim-hakim memutuskan satu pilihanraya kecil tidak perlu diadakan.Hashim memegang kerusi itu sejak pilihanraya umum 1999 tetapi akibat kesilapan teknikal dalam penjumlahan undi dalam pilihanraya umum lalu, beliau diisytiharkan tewas di tangan Abdullah.



IPOH: Umat Islam, khususnya di negeri Perak Darul Ridzuan untuk pertamakalinya dalam sejarah 51 tahun kemerdekaan negara dijemput bersama-sama berbuka dan bersolat tarawih bersama-sama Menteri Besar di Dataran DBI di sini bermula malam ini (4 Sept)
Dato Seri Ir Haji Mohammad niar Jamaluddin akan merasmikan majlis berkenaan yang dinamakan sebagai program Berbuka Puasa, bersolat Tarawih dan Tazkirah’.
Majlis akan bermula dengan ketibaan Menteri Besar jam 6.45 petang, diikuti tahlil. berbuka puasa, solat maghrib dan jamuan. Selepas itu, majlis akan diikuti solat isya dan solat sunat terawih, witr dan tazkirah.
Menurut Nizar, program itu akan diadakan setiap minggu pada Ramadhan ini, dan jika mendapat sambutan ia akan diadakan sekerap mungkin. Exco dan ahli-ahli yang berhormat kerajaan negeri Pakatan Rakyat dijadualkan hadir sama.
Majlis ini terbuka kepada semua, termasuk musafir. Ia meliputi sembahyang tarawih dan tazkirah yang akan dijadual dipimpin oleh Nizar sendiri. Lebih 300 orang dijangka hadir dalam program ini yang bertujuan ‘menghidupkan’ malam Ramadan secara lebih meluas dan terbuka.
Nizar turut menggesa semua jabatan kerajaan dan syarikat yang mempunyai pekerja Islam turut sama mengadakan tazkirah pada waktu-waktu bersesuaian sepertimana dilaksanakan di pejabat Setiausaha Kerajaan negeri. end/anr

Kurma Ramadhan
Insyaallah PKWR ADUN Kubang Rotan akan mengedarkan buah kurma ke semua surau dan masjid di dalam DUN Kubang Rotan. Jum kita ke Masjid, Hidupkan Ramadhan!


Bubur Kanji Untuk Semua Semperna Ramadhan


Alhamdulillah sambutan kepada bubur kanji amat menggalakkan. Saudara semua dijemput untuk menikmatinya setiap hari di Dewan Orang Ramai Kampong Tengah Kuala Kedah,