Ribut di Kuala Kedah

Hari ini sekali lagi ribut melanda kawasan lorong 8 Kuala Kedah dan di kampong Kbg Pangas. Empat buah rumah di Lorong 8 yang terlibat termasuk sebuah markaz PAS cawangan, stor ikan kering Sdr. Azizi (ajk Pemuda PAS Kuala Kedah), sebuah kedai runcit dan sebuah rumah kediaman, sementara sebuah rumah di Kg Kbg Pangas. Bantuan segera berupa wang tunai dan membersihkan tempat yang terlibat telah diberikan.

Pasukan Unit Amal Kuala yang diketuai oleh Sdr. Fuad Lazim (Timb. Pengarah Amal Negeri Kedah bersama Ketua Kampong dan orang ramai telah melakukan kerja-kerja pembersihan. Semua mangsa ribut yang terlibat telah membuat laporan polis. Penghulu dan pihak JKM juga sedang membuat tindakan seterusnya. Ya Allah berikanlah menafaat dari hujan dan angin yang Engkau turun dan jauhkan kami dari keburukan yang datang bersamanya.

Pihak kami juga merayu sumbangan derma untuk membaikpulih Markaz PAS cawangan yang rosak keseluruhan di bahagian bumbung.#
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Persiapan Rumah Terbuka Adun Kubang Rotan(3)









Kes Mohd Sabu tangguh lagi

Perbicaraan kes tuduhan menghalang tugas-tugas penjawat awam dalam peristiwa penahanan Tuan Hj Mohamad Sabu di Plaza Tol Tambun pada 26 dis 2007 berkaitan Himpunan Bersih ditangguh lagi. Perbicaraan akan disambung semula pada 8,9 dan 10 mac 2010 di Mahkamah Mejesterit Jawi. Insyaallah kita akan bersama-sama terus memberi sokongan kepada Tuan Hj Mohamad Sabu dan 9 rakan lain menempuhi ujian dalam perjuangan.#
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Rasanya masalah sampah dah hampir nak selesai

Bersama kontraktor E-Idaman dalam sesi pertemuan di Pejabat Malam (restoren imran). Kebetulan pejabat kontraktor zon B akan dibuka di sebelah pejabat PKWR Kbg Rotan. Difahamkan kerja-kerja akan bermula 1okt 09. Kerja-kerja termasuk potong rumput dan mencuci parit.#
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Beberapa kerja-kerja kecil untuk mengurangkan banjir kilat di lorong Inai

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.




Sambutan Jamuan Aidilfitri Rumah Terbuka Adun kubang Rotan, YB Mohd Nasir Mustafa ini diserikan lagi dengan kehadiran tetamu yang pelbagai Bangsa,Budaya dan Agama.Sambutan daripada golongan emas juga amat menggalakan.Selaku mewakili pihak tuan rumah, kami amat berbesar hati atas kehadiran tuan/puan dan amat menghargainya.

Mekar mawar kembang mewangi,
Mari disunting si dara sunti,
Hadirnya Tuan sebagai penyeri,
Tanpa kalian siapalah kami.

Perbicaraan Mohamad Sabu dan Rakan-Rakan Disambung Esok

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Masalah sampah Alor Setar selesai November-MB

Bashir Ishak
Sat | Sep 26, 09 | 9:37:32 am MYT

ALOR SETAR, 26 Sept: Masalah longgokkan sampah terutama di kawasan perumahan di sekitar bandaraya ini, dijangka dapat diselesaikan awal November ini selepas sebuah syarikat swasta mengambil alih kerja-kerja mengangkut sisa buangan.
Iklan


Menteri Besar, Dato' Seri Ustaz Azizan Abdul Razak berkata, masalah berkenaan masih tidak dapat diselesaikan, kerana syarikat terbabit yang sepatutnya mengambil alih tugas daripada Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS), terpaksa menangguhkan kerja mereka sejak 1 Sept lalu.
'Ini berikutan dari permintaan dari Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) yang mahu menyemak semula terma-terma berkaitan nasib pekerja MBAS selepas penswastaan kerja-kerja mengangkut sampah.
'Sekarang lori-lori mereka sudah sampai, masalah ini kena selesai betul-betul supaya tidak jadi masalah berlarutan dan kita harap ia selesai pada November ini,' katanya kepada pemberita pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri di kediaman rasmi beliau di Seri Mentaloon, di sini.
Ustaz Azizan memberi respon terhadap laporan media yang mendakwa bandar raya Alor Setar semakin kotor kerana terdapat banyak longgokan sampah yang tidak diangkut sehingga menyebabkan bau busuk. Menurutnya lagi, masalah berkenaan bukanlah perkara baru dan bukanlah salah kerajaan negeri.
'Dari segi pentadbiran, kita tak boleh buat apa-apa keran ini adalah permintaan dari Ceupacs sendiri. Kita menyedari tentang ketidakselesaan rakyat. Saya berasa dukacita dan memohon maaf kepada orang ramai yang berasa kurang selesa,' ujarnya lagi.-mna"

gambar rumah terbuka 1

Rumah Terbuka Aidil Fitri ADUN Kubang Rotan

Insyaallah blog ini akan menyiarkan gambar-gambar rumah terbuka dalam post akan datang. Terlebih dahulu saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih tidak terhingga kepada semua yang telah hadir. Kehadiran anda semua yang begitu ramai sekali tidak ternilai buat saya, keluarga dan semua AJK PKWR Kubang Rotan. Kami semua menghargai sokongan seluruh lapisan masyarakat.

Terima kasih khusus kepada jiran-jiran saya semua yang berkorban ketenangan mereka untuk menerima ribuan tetamu ini.... dekat di hati walau selalu jauh di mata.

She she kepada kelab penyokong PAS DUN Kubang Rotan... tahun ini ada hidangan yang dikendalikan mereka...jangan bimbang pasti halal..

Pastinya terima kasih & tahniah kepada semua AJK PKWR Kbg Rotan, MKK DUN Kbg Rotan, Dewan Pemuda PAS Kuala Kedah, PAS Kawasan Kuala Kedah yang menjadi tulang belakang kepada kejayaan rumah terbuka ini.

Terima kasih daun keladi kepada semua penyumbang dan penaja makanan untuk semua tetamu rumah terbuka ini. Untuk makluman hampir keseluruhan hidangan punya penaja tersendiri. (ingat nak sebut kat sini, nanti di gambar-gambar saya akan letak nama-nama penyubang insyaallah)

Semua telah memberi komitmen terbaik untuk menjaya program ini, tapi kalau nak dipilih yang terbaik dari yang terbaik tahun ini kita nobatkan Sdr. Shukri Omar sebagai tulang belakang yang menjayakan rumah terbuka ini.

Ya Allah telah banyak keburukan kami yang Engkau tutupi, lebih banyak kebaikan kami yang Engkau sebarkan... ampunilah kami, kami semua hambaMu bersyukur kepadaMU...

Mohd. Nasir Mustafa

Hampir 6 hari peniaga di pasar besar Alor Setar menghadapi gangguan bekalan air. Pastinya masalah ini memberi kesan kepada perniagaan mereka. Saya mula mendapat aduan dari peniaga santan, semasa saya berada di pejabat malam (restoran Imran) 5 hari lepas. Langkah pertama saya beri nombor telepon seorang Ahli Majlis MBAS untuk mereka buat aduan. Hari jumaat masalah ini belum selesai, saya terus hubungi En Mohd Yusri (SU MBAS) untuk memaklumkan perkara ini.

Terima kasih walaupun bercuti beliu melayan panggilan saya dengan layanan yang sangat mesra. Hari sabtu tindakkan menghantar bekalan air sementara telah diambil. Sebelah petang En The menghubungi saya memaklumkan SU MBAS akan turun membuat lawatan ke Pasar Besar hari ini.

Alhamdulillah mengikut laporan yang diberi oleh En Nayan Jurutera MBAS semua masalah sistem air di situ sudah dapat diatasi. Dalam perbincangan semasa tinjaun ke pasar tadi didapati masalah pam dan tekanan air menjadi punca. Perbicangan juga melihat aspek penyeliaan pasar tersebut perlu dipercekapkan.

Saya sendiri juga berharap agar semua peniaga dapat mengujudkan sebuah persatuan yang menglibatkan semua peniaga dari semua jenis perniagaan di pasar ini termasuk pasaraya billion. Semuga dengan adanya persatuan ini akan dapat mempercekapkan pengurusan pasar bersama-sama dengan MBAS. Sama-sama kita majukan pasar besar Alor Setar sampai mampu bersaing dan menjadi tarikan pengguna dan pelancung.#
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Rumah Terbuka PAS Perlis

Pagi ini agak sibuk. Bermula di Pasar Besar Alor Setar melihat perkembangan kerja-kerja menyelesaikan masalah bekalan air seterusnya ke kenduri di rumah Tuan Hj Sirat Kbg Jambu. Kemudian ke rumah terbuka PAS Jerlun dan selepas itu ke rumah terbuka PAS Perlis. Alhamdullillah suasana dan sambutan kepada rumah terbuka amat menggalakkan.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.