Bang Mat di Kbg Rotan


Assalamualaikum wr. wb. kepada semua pengunjung blog ini dan sahabat2 yang kini menjalani ibadah puasa di bulan Ramadhan yang penuh dengan keberkatan dan kerahmatan ini. PKWR Kubang Rotan telah mengatur berbagai program yang melibatkan rakyat di dalam DUN Kubang Rotan. Pada Hari Jumaat, 11 September 2009 nanti Majlis Berbuka Puasa DUN Kbg Rotan akan diadakan di Surau Taman Sri Abadi dan pada sebelah malamnya pula jam 10 malam akan mengadakan Ceramah Nuzul Quran yang akan diadakan di Markaz PAS Kawasan Kuala Kedah di Kg. Kubang Rotan, ceramah ini adalah kerjasama dengan Dewan Pemuda PAS Kawasan Kuala Kedah.
Tuan Haji Mohamad Sabu dan YB Mohd Nasir akan menyampaikan ceramah pada malam tersebut. Ini adalah kesinambungan Motivasi Rakyat Siri Ke-9.
Seluruh Lapisan Masyarakat dijemput hadir beramai-ramai.
Posted by Admin.

0 comments: