Terima kasih kepada pihak penganjur majlis berbuka puasa bersama anak yatim yang diadakan di menara Alor Setar petang tadi. Dua puluh anak yatim dari Kubang Rotan telah menyertai program tersebut. Peluang berbuka di Menara Alor Setar dan sumbangan yang diberikan kepada mereka, insyallah akan mengembirakan mereka di bulan yng mulia ini. Amalan yang baik ini harus dicontohi, apatah lagi pada bulan yang mulia ini. Insyallah PKWR Kubang Rotan sedang mencari 5 keluarga untuk menjadi keluarga angkat kepada 10 anak yatim. Program sehari yang akan diadakan selepas 13 sept. ini diatur dengan keluarga angkat ini akan membawa anak-anak yatim ini membeli belah pakaian hari raya bersama keluarga angkat masing-masing. Pilot program tahun ini akan diperbasarkan lagi pada tahun hadapan insyallah...

0 comments: