Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Selain Adun, anggota Exco juga menikmati kenaikan sebanyak RM700 berbanding sekarang sebanyak RM5,400.
Manakala Timbalan Menteri Besar mendapat kenaikan sebanyak RM2,200 berbanding RM6,600 sekarang dan Menteri Besar pula dinaikan sebanyak RM2,600 menjadikan RM12,800.
Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan, Datuk Husam Musa berkata, gaji baru Menteri Besar Kelantan masih rendah berbanding Menteri Besar Terengganu sebanyak RM14,175.
"Tuan Guru Nik Abdul Aziz mahu terus mengekalkan gaji Menteri Besar Kelantan lebih rendah berbanding dengan negeri-negeri lain,"katanya.
Tarikh kuatkuasa gaji baru itu bermula pada 1 April 2004.
Selain itu, kerajaan Kelantan juga mencetus idea baru apabila bersedia menerima wakil rakyat pembangkang sebagai timbalan Exco sekiranya ia tidak menyalahi peraturan.
Husam berkata, beliau sedia membincangkan cadangan melantik Adun pembangkang sebagai timbalan Exco sekiranya mendapat restu daripada Menteri Besar.
"Mungkin tiga daripada enam wakil rakyat pembangkang ada peluang menjadi timbalan Exco sekiranya perkara itu dibolehkan,"katanya ketika menggulung perbahasan Enakmen Saraan Adun (pindaan) 2009 pada persidangan Dun semalam.
Menurutnya, pelantikan timbalan kepada anggota Exco daripada Adun yang mempunyai kelayakan profesional dapat membantu kerajaan bagi merancang lebih banyak lagi program untuk manfaat rakyat.
"Ini satu keperluan dan bukan sekadar mengisi mereka ke jawatan yang baru. Mereka akan menerima elaun tetap bulanan sebanyak RM1,500 dan kuasa untuk menjalankan tugas.
"Mereka boleh melawat jabatan-jabatan kerajaan sebagai menggantikan Exco yang kesibukan dengan pelbagai tugasan lain," katanya.
Bagaimanapun Timbalan Exco tidak mempunyai kemudahan lain seperti kereta dan pejabat. Kelantan sekarang mempunyai 10 anggota Exco termasuk Timbalan Menteri Besar.
Sebelum ini kerajaan Kelantan mempunyai timbalan Exco, namun tidak mempunyai kuasa untuk menjalankan tugas.
Sebelum itu, Datuk Nozula Mat Diah (BN - Paloh) cuba mempertikaikan cadangan kerajaan negeri melantik timbalan Exco bagi membantu tugas-tugas anggota Exco.
Menurutnya, pelantikan itu bertujuan untuk memberi ruang lebih banyak lagi Adun di kalangan penyokong kerajaan mendapat elaun tambahan.
Abdul Fatah Harun (PAS - Bukit Tuku) pula mahu bukan seorang Adun yang dilantik sebagai timbalan kepada seorang anggota Exco bagi membolehkan tugas dilaksanakan dengan lebih berkesan.
Mon Oct 26, 09 6:27:41 pm MYT ALOR SETAR, 26 Okt. 2009
Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah mengecam penyiaran artikel oleh akhbar Kosmo! yang mengaitkan peristiwa Memali dengan ajaran sesat. Ketuanya, Ustaz Ahmad Yahya berkata, artikel tersebut merupakan satu tuduhan yang berniat jahat dan cuba mengeruhkan ketenangan para penduduk Memali khususnya dan para pendokong PAS amnya.Tegas beliau, penulis artikel berkenaan jelas gagal memahami sejarah peristiwa itu apabila menyamakannya dengan ajaran sesat."Peristiwa Memali adalah satu perjuangan rakyat menolak undang-undang zalim iaitu Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Semalam, saya bersama dengan Dewan Pemuda PAS Negeri Perlis dalam usrah bulanan mereka di Pejabat Perhubungan PAS Negeri Perlis, Jalan Sekolah Derma, Kangar. Semangat yang ditunjukkan amat membanggakan sekali. Semoga Dewan Pemuda PAS semua akan terus bangun menjadi amilin menggerakan PAS sebagai Harakah Islamiah. Siaplah dengan semua persiapan sehingga kita mampu menghadapi semua cabaran untuk sampai kepada matlamat mendaulatkan Islam. Terima kasih di atas jemputan.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Alhamdulillah... masalah sampah sekitar Alor Setar hampir selesai. Walaupun masih banyak perkara yang perlu diselesaikan oleh pihak-pihak yang bertanggungjawab, seperti membekalkan tong sampah di rumah-rumah agar tiada lagi longgokkan sampah di simpang-simpang, saya rasa kerjasama dan sikap kita semua untuk memastikan tahap kebersihan kita berada dalam keadaan yang terbaik juga sangat penting. Sekurang-kurangnya pastikan kita semua dapat membuang sampah ke dalam tong-tong yang disediakan.
Jum kita bersma-sama dalam usaha untuk kepentingan semua ini.
Ya Allah kami hambaMu berusaha untuk mandapat keredhaan sesama kami selagi ia tidak bertentangan dengan kehendakMu.....
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.