Semasa rumah terbuka DUN Kbg Rotan baru-baru ini, Ust Yusaini dari Perlis telah menyerahkan 10 bungkusan sumbangan untuk anak-anak yatim beserta sejumlah kampit beras fidiyah untuk diedarkan kepada fakir miskin.

Alhamdulillah kampong Sbg Kota dan kampong baru Kuala Kedah kali ini dipilih untuk mengenalpasti anak yatim dan fakir miskin untuk diagihkan sumbangan berkenaan. Sementara sekitar kampong Masjid Lama dan Kampong Sematang Pinang diberikan 50 kampit beras untuk diedarkan kepada Fakir miskin sekitar. Beras ini adalah baki beras yang telah diedar pada bulan Ramadhan.

Pagi tadi juga sebanyak 30 kampit beras telah diedarkan kepada peserta gotong royong di kampong Tanjung Besar. Terima Kasih kepada semua penyumbang yang sentiasa membantu golongan yang memerlukan di DUN Kbg Rotan. sumbangan yang d bantuan anak yatim
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

0 comments: