Isu kuasa Sultan: DUN Kedah 'panas'

Isu kuasa Sultan: DUN Kedah 'panas'
Apr 26, 10 4:45pm
Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah hari ini "panas" apabila berlaku pertikaman lidah antara anggota parti pemerintah dan wakil Barisan Nasional (BN) berhubung bidang kuasa Sultan Kedah sebagai ketua Agama Islam negeri.

Kekecohan tercetus selepas ketua pembangkang Datuk Seri Mahdzir Khalid (BN-Pedu) bangun meminta soalan bertulis ketiga (a dan b) Mohd Nasir Mustafa (PAS-Kubang Rotan) ditarik balik.

Soalan (a) ialah Sejauh manakah bidang kuasa KDYMM Tuanku Sultan sebagai Ketua Agama Islam Negeri ini dihormati oleh Kerajaan Pusat dan (b): Setakat manakah tahap tidak boleh campurtangan Kerajaan Negeri Kedah dalam pentadbiran hal ehwal agama Islam, nyatakan perkara tidak boleh tersebut.

Mahdzir berkata semasa BN mentadbir kerajaan negeri Kedah, soalan yang menyentuh bidang kuasa Sultan tidak pernah dibangkitkan di DUN dan kuasa baginda juga tidak pernah dipertikaikan.

Penerangan Mahdzir itu bagaimanapun mendapat bantahan anggota penyokong kerajaan negeri yang membawa kepada pertikaman lidah antara kedua-dua belah pihak sehingga ada yang meninggikan suara.

Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak (PAS-Sungai Limau) berkata soalan itu diajukan bagi mendapatkan penjelasan terperinci mengenai bidang kuasa Sultan Kedah berkaitan hal ehwal agama Islam.

Suraya Yaacob (BN-Sungai Tiang) kemudiannnya bangun mempertikaikan kedua-dua soalan itu dengan menjelaskan bidang kuasa Sultan telah termaktub dalam undang-undang tubuh kerajaan negeri.

Speaker Datuk Abdul Isa Ismail akhirnya membuat keputusan supaya kedua-dua soalan bertulis itu ditarik balik.

Abdul Isa mengakui beliau mungkin terlepas pandang perkara tersebut.

Terdahulu, Ahmad Izzat Shauki (PAS-Bukit Lada) dipilih sebagai timbalan Speaker selepas namanya dicadangkan oleh Azizan dan disokong Datuk Phahrolrazi Zawawi (PAS-Pengkalan Kundor).

- Bernama

2 comments:

Anonymous said...

Assalamualaikum YB, saya cuba untuk memahami kenapa soalan ini boleh mencetuskan amarah org2 BN kerana pada saya tidak nampak sebarang penghinaan dlm soalan ini. Mungkin kalau YB boleh bagi contoh2 dimana kerajaan pusat tidak menghormati bidang kuasa sultan sebagai ketua agama islam, mereka akan lebih faham maksud soalan ini?

cucumatlela said...

TAHNIAH...
SATU PERMULAAN YG BAIK.
TERUSKAN BRO CARI REDHA ALLAH