Email Dari Rakyat

Email 1

Email yang diterima:-

Assalamualaikum YB,
Saya adalah anak nelayan Kuala Kedah, apa yang dapati ialah semua kuala yang ada di kawasan kita ini hampir sama suasana dan kehidupan seharian. Apatah lagi persekitarannya amat kurang selesa.

Di Kuala Kedah sendiri iaitu dalam DUN Kbg Rotan, (DUN YB sendiri) tak terlepas dalam isu ini. Saya lihat sendiri sampah dibuang sesuka hati di merata tempat sampai jijik kita melihatnya. Seingat saya dan dua tiga kali YB buat program kesedaran ini dgn mengadakan majlis gotong royong membersihkan kawasan di lorong masjid lama dan sekitar, sungai Tok Pasai, Taman Kota Nelayan Seberang Kota.

Tahniah atas usaha YB dan Pusat Khidmat dalam perkara ini. Apa yang menyedihkan saya sikap penduduk di sini, sudahlah gotong-royong tidak hadir, sampah masih dibuang merata tempat, mereka menganggap MBAS adalah penyelesai kepada masalah sampah di kawasan mereka.

Saya merayu kepada YB dan Pusat Khidmat YB supaya membuat satu kempen kesedaran kepada seluruh rakyat betapa kebersihan sememangnya dituntut ke atas setiap umat Islam. Barulah sikap bangsa kita tidak berada di takuk yang membimbangkan.

Sekian, terima kasih.

Awang Hassan
Lorong Mayat.

Jawapan:


Terima Kasih kepada En. Awang Hassan, Lorong Mayat Kuala Kedah. Memang PKWR Kubang Rotan telah mengadakan kempen kebersihan dan gotong royong yang melibatkan MBAS, Exco, Wakil Rakyat, PNK Kuala Kedah, penduduk setempat di Lorong 6, 7 dan 8, Sungai Tok Pasai dan Taman Kota Nelayan. Terima kasih juga diucapkan kepada semua yang terlibat menjayakan program ini.

InsyaAllah pandangan dan cadangan En. Awang Hassan akan diselesaikan secepat mungkin. Semoga kesedaran ini dapat sama-sama kita pupuk demi kebaikan bersama.

Terima kasih.
Admin

Email 2

YB,
Ini kali pertama saya menghantar email kerana ingin meminta prihatin YB.

Saya adalah penduduk Kuala Kedah dan ingin meminta YB mengambil tindakan supaya beberapa perkara penduduk-penduduk Kuala Kedah menghadapai sekarang.

1. Keadaan jalan raya yang berlubang-lubang terutamanya dari station bus hingga ke Taman Sri Putra. Ini amat merbahayakan penguna-pengguna jalan raya tersebut.
2. Longkang yang tersumbat, berbau busuk dan menjadi tempat "kelahiran" nyamuk . Saya amat bimbang Kuala Kedah akan menjadi kawasan hitam nyamuk aedes dan berlakunya penyakit denggi.
3. Tong sampah yang penuh dan sampah 'melimpah' terutama pada hari hujung minggu.

Saya meminta prihatin dari YB untuk menolong menyelesaikan masalah-masalah ini.

Sekian, terima kasih.

SH Fong


Jawapan:


Terima kasih SH Fong. Saya akan menyelesaikan masalah ini secepat mungkin untuk kebaikan penduduk bersama. Kita akan cuba mendapatkan bantuan daripada jabatan-jabatan yang berkaitan. JKR, Jabatan Kesihatan, MBAS dan sebagainya.

Terima kasih.Admin

posted by admin

1 comments:

Anonymous said...

Saya asal orang Penang tapi dah duduk banyak tempat di Kedah dekat 30 tahun lebih. Yang saya nampak, Kedah ni memang negeri yang kotor, tak kira di mana pun baik di pekan atau kampung.
Mengikut pandangan saya, orang Kedah ni memang pengotor dan tidak ada kesedaran sivik, kalau ada pun sedikit saja. Saya tengok longkang longkang semua tak bergerak dengan air pekat dan kotor bertakung. Air kotor tak apa la juga sebab nyamuk suka air bersih saja. Bau yang tak boleh tahan tapi orang Kedah boleh buat tak tahu, tak kira busuk atau kotor.
Dengan ini saya yakin, buat lah program gotong royong atau apa pun program kesedaran, orang Kedah tak akan sedar. Sebab dah berdekad dekad saya tengok hidup di Kedah macam ini. Mungkin mereka ni dah tak tahu apa itu kotor lagi sebab dah terlalu biasa hidup dalam kekotoran.
Saya harap YB (yang berkhidmat) akan siar la komen saya ni biar orang Kedah sedar sikit. Jangan cantas saja sebab saya tak ada benda yang baik nak cakap.
Wasalam.