1. Syukur kepada Allah tiada kemalangan jiwa dan kebakaran rumah sdr Ismail terkawal tidak melarat ke rumah berdekatan di kawasan yang padat ini.

2. Kebakaran di kawasan Kuala Kedah ini amat menakutkan kerana rumah di sini yang padat dan rapat. Selalunya kebakaran di sini sukar dikawal dan akan melibatkan banyak rumah.

3. Keadaan perumahan tradisional yang tidak teratur ini memang terdedah kepada bahaya seperti kebakaran. Ketiadaan paip bomba dan kesukaran untuk jentera bomba masuk antara masalah utama kepada usaha-usaha menyelamat.

4. Apapun terima kasih dan tahniah kepada semua pasukan bomba yang telah berjaya mengawal kebakaran semalam teristimewa buat bomba sukarela yang cekap dan cepat dalam setiap kali berlaku kebakaran.

5. Semalam ribuan orang datang melihat kebakaran ini, saya berharap kita semua dapat bersimpati dengan mangsa kebakaran ini dengan sama-sama membantu beliu. Insyaallah agar kita dapat menjadi masyarakat yang perihatin dan tolong menolong.

6. Untuk bantuan segera sedikit wang tunai dan pakaian telah pihak saya hulurkan. Kepada pihak keluarga Sdr Ismail bersabarlah... Insyaallah kita akan sama-sama bantu membantu meringankan beban saudara sekerluarga untuk dapat kembali ke rumah seperti biasa.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

1 comments:

Faisal Abd Rahman Alyunussi said...

statement YB tentang ketiadaan pili bomba dan keadaan susunatur rumah di tempat kejadian itu adalah juga berketepatan dengan situasi di penempatan di kawasan perumahan pondok, seperti di Pondok Lebai Man, Bukit Besar.

Saya TERAMAT berharap YB dapat ketengahkan perkara ini kepada kerajaan PAS Kedah yang sedang memerintah negeri pada ketika ini. Perlu diingati bahawa pöndok Bukit Besar juga adalah tapak lahirnya PAS di Kedah. pemerintah boleh fasilitasi kan pemasangan sistem pili bomba di situ.

Saya AMAT berharap kerajaan pimpinan PAS kedah benar-benar perihatin hal masyarakat dan bukannya sekadar parti membuat lip-servis dan manifesto pilihanraya.

Lebih elok kerajaan ada inisiatif daripada wakil kerajaan berlumba mengeluarkan statement setelah kemalangan menimpa.