Ya Allah ampunilah dosa kami dan terimalah taubat kami......

(klik pada tajuk di atas untuk bacaan seterusnya.)

Selamat Tahun Baru ! Selepas Semusim berlalu.......

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Sdr Hanipa sedang memberi penerangan berkaitan kes ini. Majlis solat hajat dan bacaan yasin turut diadakan bertempat di Markaz Pas Kuala Kedah. Turut memberi ucapan Ketua Pemuda PAS Negeri Kedah, Us Ahmad Yahya.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Takziah....



Kami mengucapkan takziah kepada kaum keluarga yang telah kehilangan orang tersayang dalam tragedi yang mengorbankan 10 nyawa di Lebuhraya Utara-Selatan dekat Ipoh, Perak hari ini.


Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sudah mula menuduh "budak-budak jahat tempatan dengan kerjasama orang luar" yang bertanggungjawab terhadap kehilangan enjin jet pejuang milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) berharga RM50 juta pada 2007 lalu.

Sama-samalah kita tunggu siapa budak-budak jahat itu. Adakah mereka juga bertaraf Cif Inspektor Azilah Hadri dan Koperal Sirul Azhar Umar sahaja?

Semalam, Berita Harian melaporan bukan satu tetapi dua enjin F-5E yang hilang. Hebat budak-budak jahat itu.

Baca selanjutnya di http://penarikbeca.blogspot.com/

Missing fighter engines - A fishy explanation






http://kadirjasin.blogspot.com/

SHOULD we be happy and jump with joy at the news that a brigadier-general and 40 other armed forces personnel were sacked for alleged involvement in missing RMAF jet engines incident?

The New Straits Times headlined today that they were given the boot late last year after Air Force jet engines worth RM50 million went missing.

Why alleged? What then is the “real” truth behind this dastardly, shameful, treacherous act?

Why only an internal inquiry? Why not a full-blown investigation and trial by a civil or military authority?

Why not a court martial? If these people could steal and sell their own equipment, what is there to stop them from surrendering to the enemies when their lives are at stake?

Something is amiss. Where was the Minister in-charge when this alleged crime was committed? Where were the generals, the secretary-general and the internal auditors? Sleeping?

Something is fishy. Why just an internal inquiry? Why just gave them the boot?This is an act of treason. Why were they not court-martialed?

I have no answer. It’s too mind-boggling. It defies logics.

Here, I strongly feel that there’s a very strong reason to call for the setting up of an independent royal commission.

Satu Malaysia malu dan terancam akibat perbuatan khianat ini atau adakah ia ibarat kata pepatah, kalau tidak ada-ada, masakan tempua bersarang rendah.

Lepas banjir sawah kering pula

Pagi tadi selepas dihubungi oleh pesawah di kawasan Kubang Rotan mengenai masalah air di sawah padi mereka, saya bersama 2 Ketua Kampong, Juruteknik MADA dan 2 orang Penghulu telah meninjau keadaan yang dilaporkan.

Petani sekitar kawasan berkenaan sangat perlukan air memandangkan padi mereka hampir bunting. Masalah air berlaku di atas beberapa sebab

1. Sistem saliran sedia ada kurang cekap terutamanya apabila kaedah tanam secara tabur terus.
2. Jadual penanaman yang tidak tepat.

3. Kerjasama dan timbangrasa diantara petani mesti ditingkatkan.

4. Banyak tandop rosak atau dirosakan.


5. Alhamdulillah tadi pihak MADA telah bersetuju untuk menyediakan sebuah pam untuk menyelesaikan masalah ini.
6. Pihak MADA juga dalam perancangan untuk membina sebuah terminal pam di Alor Melaka, untuk mengurangkan masalah ini untuk masa hadapan.
Semuga semua yang terlibat dapat bersabar dan berusaha keras dalam usaha yang mulia ini. Saya percaya dengan kerjasama semua pihak ditambah lagi dengan meningkat lagi amalan bertani secara sistemetik akan membuahkan hasil yang lebih baik.




















































































ya

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Dialoq bersama penduduk Taman Lam Fong


































Antara perbincangan:
1. Masalah jalan di dalam kawasan Taman yang berlubang.
2. Masalah banjir kilat termasuk akibat dari pembinaan baru di kawasan tersebut.
3. Pohon peruntukan untuk mengecat pagar taman permainan.
4. Masalah sampah bukan domestik.
5. Masalah utama untuk menyambung tempoh pajakan rumah di Taman Datin Nurulkiah.
Insyaallah pihak kami akan memberi perhatian sewajarnya kepada masalah yang dihadapi. Terima kasih di atas pertemuan yang diatur.

Melawat Mangsa Kebakaran



















Rumah Mak Ndak Piah yang hangus terbakar

Sebuah rumah di Kampung Sematang Bogak, Telok Talipon hangus terbakar pada Jumaat lebih kurang jam 1.00 pagi. Kami mendapat panggilan memaklumkan kejadian ini lebih kurang jam 1.30 pagi oleh Sdr. Mohamad Haji Salleh, MKK Kbg Rotan Hilir. MKK yang turut berada di tempat kejadian ialah En. Ahmad Othman dan En. Abdul Razak Ramli, terima kasih kepada mereka...

Malam kelmarin (Khamis malam) YB Nasir ada program di Kg. Pondok Hampar, Pendang. Ceramah bersama YB Mohd Izzat Shauki dan Ustaz Ibrahim Soffian, Ketua Pemuda PAS Pendang.

Mangsa kebakaran yang temui pada pagi Jumaat 18 Disember 2009, Mak Ndak Piah kelihatan cukup ceria menerima kehadiran rombongan kami untuk bertanya khabar mengenai musibah yang dihadapinya. Kebakaran yang berpunca dari api yang terkena tilam cucunya merebak dengan cepat. Dengan sekelip mata pondok tempah berteduh selama ini hangus dijilat api.

Kejadian yang berlaku pada hari pertama dalam bulan Islam yang seluruh umat Islam di dunia menyambutnya, Kita berharap agar Makndak Piah bersabar dengan ujian ini. InsyaAllah bantuan kepadanya akan datang mengikut keperluan dan akan disalurkan oleh agensi kerajaan dan berkaitan.

Di kesempatan ini YB menghulurkan sumbangan peribadi beliau kepada Mak Ndak Piah. Kepada anda kami meminta supaya sama-sama kita doakan agar kita akan terus memberi khidmat yang terbaik dalam masa yang sama akan merubah pemikiran secara total betapa pentingkan kesedaran umat dan rakyat dengan anutan kepada Agama Allah yang sebenarnya. Mudah-mudahan apa yang cuba dibawa oleh Kerajaan kita ini mendapat keredhaan Allah.











YB bertanya khar Mak Ndak Piah (Tengah - bertudung kuning)

Dompet berisi wang sebanyak RM1,500 turut terbakar.

Blog Tok Guru Nik Aziz







ROYALTI : SIAPA YANG CELUPAR ?

Kategori: Isu Semasa

Pada umumnya, Orang Melayu ini beragama Islamlah. Akan tetapi , apabila ada parti Melayu dan pemimpin parti Melayu sebut agama lain politik lain maka inilah masalah. Ini kecelaruan pemikiran dan ini keceluparan. Keceluparan jenis ini tidak terbanding dengan keceluparan saya seperti yang dituduh Dato’ Awang Adek dalam kenyataannya di Pasir Mas pada 6 Disember 2009. Saya dilihat celupar semata-mata kerana mempertahankan hak rakyat Negeri Kelantan untuk mendapatkan royalti. Saya dilihat celupar kerana ingin terus berdoa kepada Allah SWT agar Allah membuka pintu hati Perdana Menteri dan tidak terus menzalimi rakyat Kelantan. Saya dilihat celupar semata-mata kerana menegur presiden Umno diatas keengganan beliau untuk memberikan royalti itu kepada sebuah kerajaan negeri yang sah. Saya dipandang celupar kerana mendoakan kemusnahan kepada sesiapa jua yang zalim kerana royalti itu hak dari perut bumi kami. Ia hak yang termaktub melalui sebuah perjanjian bertulis yang sempurna di tahun 1974. Celuparkah saya semata-mata kerana jujur membaca dan menafsir maksud perjanjian itu tanpa keliru? Kenapa harus ditukar pemberian dari royalti kepada wang ehsan dan diberi pula melalui sebuah jabatan kerajaan? Semua orang tahu, JPP itu bukan kerajaan. Seperti Jabatan Pertanian atau Jabatan perkhidmatan Haiwan, ia cuma Jabatan kerajaan.

Pada saya sikap Umno yang sekular selama inilah yang menghalalkan dia bertindak sebegitu liar. Ini kerana Ugama Islam telah diletak diluar dari kandang politik dan pemerintahan. Dia(Umno) meletakkan soal dosa pahala diluar dari urusan pemerintahan. Barangkali bagi Umno, agama tidak lebih dari pengertian “religion” seperti apa yang difahami oleh orang barat. Inilah punca atau ibu kapada segala keceluparan Umno baik dalam isu royalti di Kelantan atau pelbagai isu keadilan, rasuah, demokrasi dan good governance disepanjang 52 tahun pemerintahan. Sikap Umno yang menolak Islam syamil yakni Islam komprehensif padahal Allah Taala sebut, “ud khulu fis silmikaafah” iaitu hendaklah kamu terima Islam secara keseluruhan ini amat-amatlah mendukacitakan. Sepanjang berpuluh tahun menegur pendirian yang salah ini, seingat saya, saya belum lagi menerima respons Umno baik secara bertulis ataupun lisan. Ini yang menyebabkan kita tidak sanggup lagi ditipu melalui coklat Kit Kat bernama Kerajaan Perpaduan. Itu pertama . Kedua, sesungguhnya amalan ia bercanggah dengan amalan Nabi SAW sendiri. Pada bila-bila masa sekalipun, tidak ada ruang dalam hidup Nabi, dalam hidup para khalifah dan para sahabat r.a. yang mengasingkan politik dengan agama dan agama dari politik. Yang ketiga, didalam al-Quran; segala keperluan hidup manusia meliputi masalah sosial, masalah akidah, masalah ekonomi, masalah rumah tangga, masalah aman dan damai, masalah protokol dan hubungan diplomatik termasuk mengirim surat kepada semua raja dan pembesar negara- semua sekali ada disentuh. Ia disempurnakan lagi oleh riwayat dan hadith-hadith Nabi SAW. Yang keempat bila kita asingkan politik dari agama, kita nak ganti dengan apa di tempat yang lompang itu? Ia sama ada kita turut penjajah atau turut nafsu ammarah kita. Dengan amalan songsang berkenaan apa jaminan di akhirat kelak, apa yang kita tiru selain dari Islam itu, akan mendapat keredhaan Allah? Yang kelima, jika hidup kita dapat diurus sendiri tanpa perlu menurut Islam, apa gunanya kita dikirimkan oleh Allah SWT seorang Nabi? Manusia boleh fikir sendiri dan berbuat sesuatu mengikut nafsu sendiri?

Pegangan dan amalan ini cukup sinonim dengan parti Umno. Inilah parti dan orang yang sebenar-benarnya boleh kita gelarkan sebagai bermulut celupar. Seingat saya, sewaktu isu hak royalti mula-mula timbul, “orang ini” jugalah yang menyebut bahawa Kelantan tidak ada hak ke atas royalti. Ini terang-terang mendahului Perdana Menteri. Macam mana PM yang juga Presiden Umno di ketika itu, belum kata apa-apa dan belumpun putus apa-apa lagi, tiba-tiba Timbalan Pengerusi Umno Negeri sudah membuat keputusan? Ini orang panggil mendahului bos. Ini sebuah keceluparan yang melampau. Lebih melampau lagilah apabila kita hubungkan sikap celupar Dato’ Awang ini dengan sikap menolak Islam Umno yang lebih besar. Keceluparan jenis ini dua kali ganda lebih berbahaya. Dengan pengisytiharan Perdana Menteri Malaysia terkini yang Kelantan akan diberi wang ehsan pula (walaupun saya tetap tidak boleh terima dan tetap akan terus berdoa), maka sahlah yang Dato’ dari Bachok ini sudah melampau batas. Dengan menyalahi segala tertib dan protokol, dia sudah menjadi terlebih celupar. Hari ini pula, Perdana Menteri berkata bahawa beliau hanya akan mengikut undang-undang. Setahu saya, Akta Pembangunan Petroleum 1974; itulah undang-undangnya dan Kuli lah yang terlibat secara langsung dalam merangka serta menentukan kandungannya. Melalui blog beliau dalam Razaleigh.com misalnya, kita diberitahu dengan jelas bahawa perjanjian yang ditandatangani oleh semua Kerajaan Negeri dengan Petronas di ketika itu dibuat dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris yang sangat mudah hingga mana-mana budak sekolahpun boleh faham.( That agreement is made out in language simple enough for a schoolboy to understand, in both Bahasa Malaysia and English). Dalam konteks hak royalti 5% Kerajaan-Kerajaan Negeri, Yang Amat Mulia Tg. Razaleigh menyebutnya begini:”The States’ rights to 5% of profit derived from the extraction of any petroleum resources is based on a quid pro quo according to which the States vested entirely and in perpetuity all their rights and claims to petroleum resources to PETRONAS. In return for this PETRONAS is legally bound to pay the states the 5% directly.” Pada saya ini terlalu jelas. Keengganan pusat memberi royalti kepada Kelantan dengan menukarnya dalam bentuk pemberian wang ehsan bukan sahaja akan melanggar Akta Pembangunan Petroleum 1974, bahkan lebih besar, kerajaan Pusat juga akan dilihat menidakkan perjanjian yang sama terhadap negeri-negeri lain sekaligus menafikan hak rakyat di negeri-negeri tersebut. Mustahil kerajaan-kerajaan negeri lain tidak khuatir dengan sikap dan pendirian Kerajaan Pusat pimpinan UBN yang tidak konsistan.Dengan sedikit kajian seperti yang saya kutip dari analisis di atas, saya betul –betul tidak faham bagaimana boleh seorang Perdana Menteri, masih yakin yang beliau bercakap mengikut undang-undang. Undang-undang mana lagi sedangkan apa yang Kuli sebut itulah undang-undangnya ! Di sini,salahkah jika mana-mana rakyat yang waras beranggapan yang Perdana Menteri mereka sudah meracau? Lebih teruk dari Awang Adek, Presiden Umno sendiri boleh dilihat sedang bercakap merapik dan bercakap celupar ?

Dalam menangani hal-hal yang berbelit-belit seperti inilah kadang-kadang, hati saya cepat terluka. Dalam keadaan-keadaan beginilah juga, kedua belah tangan saya menjadi cukup ringan untuk diangkat ke langit. Jika orang marah saya berdoa dan mengadu kepada Allah secara kuat dan terbuka ditempat ramai dalam kes penganiayaan ini, maka siapakah yang boleh menghalang saya dan rakyat saya dari terus berdoa dalam gelap di malam buta biarpun bersendirian? Saya pasti, pada akhirnya Allah tidak akan bersama dengan orang-orang yang menindas, zalim dan menekan. "Bahkan Dialah (Allah) yang kamu seru lalu Dia hapuskan bahaya yang kamu pohonkan kepadaNyajika Dia kehendaki dan kamu lupakan apa yang kamu sekutukan (dengan Allah dalam masa kamu ditimpa bahaya itu.) - Maksud Surah al-An 'am, Ayat 41-

Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz bin Nik MatMenteri Besar Kelantan.Tanggal: 21 Zulhijjah 1430 / 8 Disember 2009

KUALA LUMPUR, Dis 15: Bajet 2010, yang dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sebelum ini hanya diluluskan dengan majoriti tiga undi sahaja iaitu 66 menyokong dan 63 menentang dalam pengundian lewat malam tadi.
Sumber harakahdaily.net


















Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.


KUALA LUMPUR: Sekali lagi, bekas Naib Presiden PAS, Mohamad Sabu membuat kenyataan yang "menghebohkan", apabila mendakwa bahawa "orang Melayu perlu berterima kasih kepada Chin Peng" (Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya), dan mengakui bahawa "agama sebagai candu masyarakat (pada kurun ke-19)".
Kenyataan sedemikian sebenarnya tidak "janggal" dalam forum yang dianjurkan oleh Parti Sosialis Malaysia (PSM). Tetapi, apabila kenyataan ini terkeluar dari mulut seorang pemimpin PAS, maka ia agak "membeliakkan mata" semua orang. Lebih-lebih lagi, apabila dihujahkan oleh penceramah yang popular dengan humornya, maka ia memberi kesan yang "menghiburkan".


"Agama sebagai candu"
Mat Sabu yang diundang sebagai ahli panel untuk perbincangan "Kuasa Ketiga?", dalam forum "Sistem Dua Parti di Malaysia: Suatu Analisa Kritikal" anjuran PSM pada 14 November itu, terpaksa memberi penjelasan apabila S.Arutchelvan, Setiausaha Agung PSM mendakwa bahawa Mat Sabu pernah menyetujui bahawa "agama itu candu masyarakat".

"Agama sebagai candu masyarakat. Persetujuan saya pada masa itu bersyarat, bukan secara umum. Memang kalau kita lihat, pada akhir tahun 1800 dan awal tahun 1900, kebangkitan industri di Eropah melahirkan jutawan-jutawan, kekayaan-kekayaan yang dimiliki beberapa orang, terutama sekali pemerintah Eropah, raja-raja dan sebagainya," jelas Mat Sabu.
"Untuk mempertahankan kuasa mereka, maka mereka menggunakan paderi-paderi untuk membawa orang miskin ke gereja, menyanyi lagu ketuhanan pada hari minggu. Kemudian, pada masa yang sama paderi-paderi ini menyokong pemerintah yang zalim, melintah darat..."
"Oleh itu, untuk membuat satu perubahan, maka kuasa paderi yang mencandukan rakyat itu perlu dibanteras dahulu. Itu persetujuan yang saya kata. Pandangan Karl Marx dengan keadaan pada waktu itu, kalau saya hidup, saya pun bersetuju dengan beliau!" Penjelasannya menggelakkan satu dewan.
Penyalahgunaan agama
Mat Sabu menyambung, "penyalahgunaan agama ini sentiasa berlaku. Saya sebagai orang Islam, saya tetap berpegang kepada ajaran Islam. Saya tetap mengatakan ajaran al-Quran itu begitu indah."
Beliau seterusnya memetik ayat daripada al-Quran sebagai contoh, "Apakah kamu tidak melihat orang yang mendustakan agama, membohongi ugama..."
"Di hujung ayat itu menyebut, celakalah orang yang sembahyang, orang yang tidak memberi makan kepada orang miskin, orang yang mengherdik anak yatim!"
Mat Sabu menjelaskan, "Ini al-Quran, iaitu satu pengajaran, bahawa walaupun kamu pergi ke masjid, bersembahyang dan sebagainya, tetapi tak peduli orang miskin, tak membantu anak yatim. Allah menyebut, celaka kamu!"
Jurang kaya-miskin paling ketara di negara Islam
Mat Sabu bukan sahaja terkenal sebagai penceramah, tetapi sering terlibat dalam demonstrasi, terutamanya ketika kenaikan harga minyak beberapa tahun yang lalu.
Beliau bersambung, "tetapi kamu lihat sekarang di dunia, di negara Islamlah kaya-miskin paling ketara. Kenapa jadi begitu?"
Mat Sabu kemudian mengambil contoh Pakistan, Indonesia, Bangladesh, malah di Mesir yang memperlihatkan betapa dahsyatnya perbezaan kaya-miskin di negara-negara tersebut, walaupun penuh dengan ustaz dan imam.
"Di Mesir....ribuan ustaz. (tapi) orang duduk di atas kubur, (sebanyak) tiga juta orang. Dia tunggu hari nak masuk kubur!"
"Agama itu indah, tetapi penyalahgunaan agama itu berlaku dari semasa ke semasa," simpulnya.
Angka itu untuk syok-sendiri
Mat Sabu juga mempertikaikan angka "kadar pertumbuhan" sebagai kayu ukur taraf hidup masyarakat. Beliau mendakwa bahawa kadar pertumbuhan yang tinggi di negara dunia ketiga tidak semestinya mencerminkan keadaan sebenar, kerana mereka yang berpendapatan 10 rupee sehari, mungkin hanya dapat 12 rupee biarpun angka pertumbuhan melonjak.
"Angka-angka yang dipamerkan kepada kita selalunya untuk kita syok sendiri, padahal jauh daripada keadilan sosial," seterusnya berkata bagaimana situasi masyarakat dunia ketiga seperti yang digambarkan dalam filem Slumdog Millionaire.
"Sebab itu, keadilan sosial ini mesti menjadi agenda semua pihak pada masa yang akan datang," tegasnya. Beliau berkongsi pandangannya bahawa perubahan pemikiran pada 8 Mac 2008, yang diibaratkan sebagai "tsunami politik", mungkin boleh menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional, tetapi belum cukup untuk melakukan reformasi sosial.
"Perubahan pemerintahan boleh, tetapi perubahan reformasi sosial jauh daripada boleh. Sebab kita lihat beberapa negeri Pakatan Rakyat ambil alih, tak berlaku reformasi sosial, hanya mengambil alih tempat. Tukar MB, tukar Exco, tukar wakil rakyat... (tapi) cara projek, cara kehidupan Menteri Besar, cara penguasaan harta...serupa!"
Beliau menambah, "bahkan kadang-kala menguatkan lagi status quo terutama sekali kuasa raja berperlembagaan, taat setia tak tentu hala sekarang ini!"
Setuju untuk menjatuhkan BN
"Sebab kita mahu berlaku perubahan, dan pada masa yang sama berlaku perubahan sosial. Ini yang paling penting!"
Walau bagaimanapun, Mat Sabu mengaku, "... saya setuju BN (di-)jatuhkan. Saya setuju. Sebab bila rakyat jatuhkan sebuah kerajaan yang menyeleweng, bila kerajaan baru naik, menyeleweng, mudah rakyat jatuhkan! Itu yang kita harapkan."
"Oleh itu, kalau Pakatan Rakyat naik memerintah, jangan berangan nak memerintah 50 tahun. Barangkali satu penggal pun payah, kerana rakyat sudah mula criticize..." Mat Sabu menyusuli dengan penghargaan kepada mereka yang mengkritik Menteri Besar Kelantan, Nik Abdul Aziz, yang diheret ke dalam pertikaian tajaan ke Mekah. Sambil berseloroh Mat Sabu berkata, "bila ada tajaan, ada udang di sebalik mee..."
Perubahan pemikiran masyarakat Melayu
Ketika mengulas perubahan pemikiran dalam masyarakat Melayu, Mat Sabu berkata, "bila rakyat sudah buang satu kepercayaan karut, yang misalnya satu parti itu tidak boleh jatuh sampai bila-bila, ini perubahan yang kita alu-alukan."
"Memang nak ubah pemikiran rakyat cukup susah, tambahan pula di masyarakat orang Melayu. (Di masyarakat Melayu) Hang Tuah ditabalkan sebagai hero, Hang Tuah yang mengorbankan kekasihnya sendiri, diberikan kepada Raja, kemudian diberi sirih supaya lupa pada dirinya...ini hero."
Beliau sambung, "Ini bukan hero, ini binatang pondan. Sepatutnya kalau kita hero, tahi mata harimau lagi ku buang, itu pula kekasih... Inilah hero yang ditabalkan dalam masyarakat Melayu."
Untuk mengubah pemikiran masyarakat Melayu, Mat Sabu berpendapat bahawa sejarah perlu diperbetulkan, sama ada sejarah Hang Tuah mahupun sejarah kemerdekaaan.
Berterima kasih kepada Chin Peng
Beliau menceritakan pengalamannya ketika berceramah di sebuah masjid yang dihadiri pegawai tentera. "Di antaranya saya menyebut, kita berterima kasih kepada Chin Peng (gambar kiri) kerana membunuh Henry Gurney. Habis masjid tu saya nampak terkejut. Mat Sabu berterima kasih kepada Chin Peng?"
"Mereka tidak tahu Henry Gurney tu ialah polis British yang menyeksa rakyat Palestine, yang mula-mula membuat kampung baru di Palestine untuk menghimpunkan orang Arab, dan membawa Jews ke Palestine. Dengan itu, sebab jasanya di Palestine, dia dibawa ke Malaya," jelasnya.
"Dan Chin Peng bunuh orang seperti ini. Orang Melayu tidak tahu yang Henry Gurney ini pernah bertugas di Palestine!"
Beliau menyimpul, "sebab itulah hal sejarah, perjuangan rakyat penting diperbaharui. Sebab itu mereka amat amat takut Chin Peng kembali... bukan soal keganasan dan sebagainya, sebab kalau Chin Peng kembali, ceramah pertamanya, kalau boleh kita nak buat di Setiawan...Saya yakin lebih daripada setengah juta rakyat akan hadir!"
"Kita dalam perjuangan ini, kadang-kala tidak tercapai dalam masa hidup, akan disambung oleh generasi yang lain. Memanglah saudara nak idealis sosialis, saya nak Islam yang tulen. Tapi kita boleh berbincang, kita boleh bertemu, yang utama sekali mestilah ia berfungsi untuk kepentingan rakyat, bukan kepentingan elit."
Beliau sempat menyatakan ketidakpuasan beliau terhadap prestasi Pakatan Rakyat di beberapa negeri, dengan terus terang beliau berkata, "Di sudut struktur buang kepentingan elit tak banyak berubah. Hanya bertukar menteri besar, bertukar exco, tapi style kepimpinan tidak berubah!"
*Lim Hong Siang ialah Editor MerdekaReview, edisi Bahasa Melayu.
-Oleh: Lim Hong Siang - Merdeka Review-

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Jafrin dah pulang

Petang tadi saya ziarah En. Jafrin dan keluarga beliau. Beliau selamat pulang selepas misteri kehilangannya. Malam ini keluarga beliau bercadang mengadakan majlis bacaan Yasin tapi Alhamdulillah petang tadi beliau muncul. Tapi yang mendukacitakan sebenarnya beliau bukan hilang tapi telah ditahan polis. Soalnya berita kehilangan beliau telah disiar oleh banyak media dan keluarga pun dah buat report polis. Harapan saya perkara seumpama ini tak berlaku lagi...
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Bang Not Terlantar

Beliu seorang aktivis yang rajin. Allah uji dengan masalah kesihatan. Alhamdullillah nampak makin pulih tapi masih terlantar di rumah. Kepada kawan-kawan semua ziarahlah beliu. Semasa menziarahio beliu tadi, insyallah saya bercadang untuk membuat sedikit bilik air di dalam rumah beliu untuk memudahkan keluarganya menjaga beliu. Kepada yang nak samai-sama membantu boleh hubungi saya.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Kerusi Roda untuk Mak Cik - muga cepat sembuh

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Tazkirah 3






Nilai DOA

Allah SWT berfirman:

Dan Tuhanmu berfirman "Berdoalah, kepada-Ku,niscaya akan ku-perkenankan bagimu.Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari mnyembah-Ku akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina dina.” (al-mu’min:60)

Doa adalah penghadapan hati dan jiwa hamba kepada Allah, yang merupakan ruh dan inti ibadah. Sedangkan ibadah dan penyembahan kepada Allah merupakan tujuan utama penciptaan manusia.
Al-Quran menyatakan dengan jelas dan tegas bahwa ibadah adalah tujuan penciptaan manusia: “Dan tidak aku ciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka menyembah-Ku”,(al-Dzariyat:57). Ini merupakan poin terpenting dan teragung dalam agama kita. Dan ibadah itu sendiri akan menperkuat hubungan manusia dengan Allah. Kerana itu, dalam ibadah ,kita disyaratkan untuk berniat mendekatkan diri kepada Allah. Sekiranya tidak, ibadah kita tidak absah. Pada dasarnya,ibadah adalah perjalanan dan pergerakan menuju Allah, menghadapkan hati dan jiwa kepada-Nya, mendekatkan diri kepadanya-Nya ,dan mencari keridhaan-Nya.

Doa adalah menghadapkan hati dan jiwa kepada Allah, dan merupakan realiti dari menjalin hubungan dengan Allah. Tak ada ibadah yang amat mendekatkan manusia kepada Allah melebihi doa.

Saif al-Tammar meriwayatkan bahawa Iman Jaafar al-Shadiq berkata “Berdoalah kalian! Sesungguhnya kalian tidak akan mendapat kedekatan (kepada Allah) seperti dengannya (doa)”.
Semakin besar keperluan manusia kepada Allah, makin parah kefakirannya kepada-Nya. Dan makin manusia merasa sempit dan amat memerlukan Allah, makin kokoh, tegar dan tulus menghadapkan hati dan jiwanya dalam berdoa kepada Allah Swt.

Hubungan antara rasa fakir dan perlu manusia kepada Allah SWT, dengan menghadapkan hati dan jiwa dalam berdoa kepada Allah, adalah niscaya. Perasaan fakir dan perlu itulah yang menjadikan manusia kembali kepada Allah; seorang hamba menghadapkan hati dan jiwa kepada Allah lantaran merasa perlu kepada-Nya; sebaliknya manusia akan berpaling dari-Nya jika merasa dirinya serba cukup.

Allah berfirman:
“Ketahuilah,sesungguhnya manusia benar-benar melampau batas,(karena) dia melihat dirinya serba cukup”. (al-Alaq:6-7)

Manusia sungguh melampaui batas serta berpaling dari Allah kerana mengira dirinya tidak perlu kepada Allah SWT. Padahal manusia itu fakir dan miskin mutlak. Tak satupun yang dimilikinya kecuali berasal dari kurnia dan pemberian Allah SWT. Ini sebagai mana ditegaskan Allah dalam firman-Nya: “Hai manusia , kamulah yang fakir kepada Allah; dan Allah Dialah yang Mahakaya lagi terpuji”. Namun tatkala manusia melihat dirinya serbacukup, niscaya akan sombong, angkuh, lupa diri, dan berpaling dari-Nya. Namun begitu tertimpa kesulitan, segera saja dia tersedar bahwa dirinya perlu kepada Allah, lalu bergegas kembali dan menghadap kepada-Nya ; berdoa, merendahkan diri, sekaligus memohon bantuan dan pertolonga-Nya.

Allah Swt berfirman :
“Dan apabila mereka ditimpa ombak besar seperti gunung, mereka menyeru Allah dan memurnikan ketaatan kepada-Nya”.(Luqman:32)

“Maka pabila mereka naik kapal mereka mendoa kepada Allah dengan memurnikan ketaatan kepada-Nya, maka tatkala Allah menyelamatkan mereka sampai di daratan, tiba-tiba meraka (kembali) mempersekutukan (Allah)”. (al-Ankabut:65)

Jika demikian, Pada hakikatnya doa adalah menghadap dan merendahkan diri kepada Allah. Hamba yang hendak berdoa meniscayakan dirinya menghadap dan merendahkan diri kepada-Nya. Inilah hakikat dan nilai doa. Sayugia mailah kita berbanyak-banyak berdoa dan bermunajat kepada-Nya.

Kebakaran di Kg Gunong Sali

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

UMNO - CATATAN TUN MAHATHIR

By Dr. Mahathir Mohamad
on November 30, 2009 12:07 PM

1. Pilihanraya Umum ke-13 hanya dua tahun lagi. Saya sedang meneliti reaksi rakyat terhadap UMNO dibawah pimpinan baru. Saya terkejut. Saya terkejut kerana seorang bekas pemimpin UMNO yang kanan telah meluahkan perasaannya dengan berkata "UMNO is rotten to the core" (UMNO busuk hingga ke ususnya).

2. Beliau telah berkata yang beliau sedang memikir untuk menyokong PAS. Beliau juga berkata beliau telah bertemu ramai pemimpin-pemimpin UMNO yang telah bersara dan mereka speendapat dengannya.

3. UMNO busuk daripada peringkat terendah hingga ke peringkat tertinggi katanya. Di cawangan, ketua cawangan hanya berjuang untuk mengekal dirinya sebagai ketua sahaja. Kenapa? Sebabnya majoriti ketua cawangan dapat jadi pengerusi Jawatakuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung dengan elaun tertentu dan kuasa untuk mengagih peruntukan. Berpeluang juga untuk jadi kontraktor Kelas F untuk projek kecil di luar bandar.

4. Untuk menentukan dirinya tidak dicabar ketua cawangan tidak akan benarkan sesiapa yang lebih terpelajar daripadanya masuk UMNO cawangannya. Lebih daripada itu kebanyakan peruntukan untuk jadi ahli UMNO, yang mana dia mesti melalui cawangan, tidak akan dilayan. Tujuannya ialah supaya cawangannya tidak mempunyai banyak ahli kerana mereka tetap akan menimbulkan masalah dan sukar dikawal, bahkan sukar disogok pun.

5. Sebab itu tidak ramai ahli profesional yang dapat menjadi ahli UMNO. Sebaliknya semakin ramai daripada pemimpin PAS terdiri daripada doktor, peguam, jurutera dan lain-lain profesyen.

6. Oleh kerana ketua cawangan biasanya tidak memiliki pelajaran yang tinggi dan beliau menentukan ahli lain dalam cawangannya mempunyai ilmu pengetahuan yang lebih rendah daripadanya, maka apabila ketua terpaksa berhenti kerana sebab-sebab tertentu, maka penggantinya akan terdiri daripada yang kurang berkebolehan daripadanya. Dengan itu kualiti kepimpinan akan merosot sepanjang masa.

7. Tentu ada cawangan yang tidak seperti ini tetapi pengecualian hanya mengesahkan keadaan yang sebenar.

8. UMNO, kata bekas pemimpin kanan ini sekarang dipimpin oleh perasuah. Mereka menjadi ahli Majlis Tertinggi kerana sogokan wang. Orang ramai tidak akan serah nasib mereka kepada perasuah.

9. Penempatan perasuah dalam Kerajaan dan badan-badan lain juga memburukkan lagi imej UMNO. Sudah tentu perasuah akan dipilih sebagai calon UMNO dalam Pilihanraya Umum ke-13. Jika mereka diberi kemenangan maka negara akan dapat Kerajaan perasuah. Sebab itu beliau tidak akan sokong UMNO sebaliknya akan menyertai dan menyokong parti lawan. Katanya lagi hingga kini separuh daripada orang Melayu tidak merasai nikmat kerana Kerajaan-Kerajaan pimpinan UMNO menidakkan hak mereka sedangkan mereka juga orang Melayu walaupun mereka menyokong parti lawan. Mereka yang menyokong parti lawan bertambah sejak (Tun) Abdullah kerana ramai daripada ahli UMNO sendiri sudah tidak percaya kepada UMNO.

10. Yang tinggal katanya ialah orang yang berkepentingan yang berharap mendapat sesuatu kerana menyokong UMNO. Mereka ini bukan nasionalis dan mereka tidak boleh diberi kepercayaan.

11. Banyaklah lagi hujah-hujahnya akan sebab-sebab UMNO tidak lagi akan diberi peluang untuk memerintah negara yang disayangi olehnya. Saya tidak akan hurai lebih lanjut. Hanya yang saya ingin sebutkan ialah pendapat beliau sudah menular ke semua peringkat orang Melayu, bahkan ahli UMNO juga.

12. Rakan-rakan dalam Barisan Nasional semuanya berpecah dan lemah. Mereka tidak mampu menjayakan Barisan Nasional.

13. Masa semakin singkat untuk memperbaiki keadaan ini. Saya mencatat maklumat ini untuk pengetahuan umum sahaja.

Nik Aziz yakin Allah makbulkan doa rakyat yang dizalimi





GOMBAK, 6 Dis: Menteri Besarnya Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat semalam melahirkan rasa yakin bahawa Allah akan memakbulkan doa rakyat Kelantan yang dizalimi disebabkan kerajaan pusat enggan memberi wang royalti minyak pada kerajaan negeri."Kalau orang kafir (berdoa) pun, Allah janji akan makbulkan doanya kerana dizalimi, inikan pula orang Islam dan berjuang Islam di Kelantan," jelasnya dalam Himpunan Perpaduan Ummah 'PAS For All.
Beliau yang juga Mursyidul Am PAS menegaskan bahawa beliau tidak kecewa jika ada pihak tertentu mengkritik saranannya bahawa rakyat Kelantan akan berdoa agar Najib dibinasakan.
Beliau juga melahirkan rasa tidak kisah dengan laporan negatif beberapa media massa, sebaliknya suka dengan beberapa kritikan tersebut.
"Hari-hari surat khabar (arus perdana) caci saya, saya sengeh (kerana) suka."
Baginya, berdoa sama ada memohon sesuatu hajat atau menolak sesuatu kezaliman merupakan sesuatu yang digalakkan oleh Rasulullah s.a.w.
"Bila kita ikut Nabi, jadikan doa sebagai senjata mukmin, maka ada orang yang marah."
Dalam ceramah selama 20 minit di Markaz Tarbiyyah Taman Melewar, Beliau turut melafazkan doa khusus kepada Najib.
"Ya Allah ya Tuhanku, tolong buka hati Perdana Menteri Malaysia (Datuk Seri Najib Tun Razak) supaya Perdana Menteri Malaysia perbetulkan fikirannya (lalu) beri (royalti minyak) petrol (milik) Kelantan)," doa Nik Aziz
"Minta perbetulkan pandangan Najib kalau dia berniat baik (dan) kalau berniat jahat (maka) musnahkannya."
"Kalau kamu (Najib) jahat, takkan nak suruh saya doa ya Allah, kau tolonglah orang yang jahat."
Sebelum pada itu, Kelab Penyokong PAS berbangsa India, Bala Subramaniam berpendapat bahawa Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak perlu melahirkan rasa terkejut dengan saranan doa Nik Aziz agar Najib dibinasakan disebabkan kezaliman Perdana Menteri itu.
Ujarnya lagi, sepatutnya Muhyiddin menasihatkan Najib agar segera bertaubat dari melakukan kezaliman.
Nada yang sama turut ditegaskan oleh Ahli Parlimen Batu, Tian Chua.
"Saya orang bukan Islam pun percaya bahawa Tuhan akan membantu rakyat yang dizalimi, kenapa Muhyiddin dan Najib tidak percaya doa Tok guru," ujarnya.





















Cintailah Sungai Kita!

Gambar saya ambil masa lalu di sungai MADA Kg Pdg Lalang untuk ke majlis kenduri di Kbg Jambu tengah hari tadi....
Bayangkan betapa indahnya hidup ini kalau semua sungai bersih & indah... Jum kita sayangi sungai & saliran yang ada di sekeliling kita!
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Berkorban menegakkan kalimah tauhid

Oleh Mohd Rashidi Hassan

Ketibaan Aidiladha mengingatkan kita kepada kata-kata Saidina Umar al-Khattab yang mengungkapkan bahawa;"Sesungguhnya al-Quran diturunkan pada bulan Ramadan, lalu ia disambut dengan Aidilfitri. Manakala hari penurunan terakhir al-Quran pula, ialah pada bulan Zulhijjah, ketika Rasulullah s.a.w menunaikan ibadah haji yang terakhir (haji wada'), maka ia disambut dengan Aidiladha."
Ungkapan ini memberi maksud bahawa Aidiladha merupakan suatu perayaan yang agung dalam Islam. Menyambut Aidiladha, bukan sekadar dengan mengorbankan binatang ternakan.
Malah sebenarnya Aidiladha adalah sambutan merayakan syumulan Islam sebagaimana firman Allah yang dibacakan oleh Rasulullah s.a.w, mafhumnya:"
Hari ini Aku sempurnakan bagi kamu agama kamu, dan Aku cukupkan nikmat-Ku ke atas kamu, dan aku hanya reda dengan Islam sahaja satu-satunya agama kamu." (Surah al-Maidah, ayat 3).
Apabila umat Islam diajak menyambut Aidiladha sebagai hari kesyumulan Islam, maka umat Islam mestilah memahami maksud sebenar ayat yang diungkapkan pada haji wada' itu, bahawa hanya Islam satu-satunya cara hidup yang lengkap dan sempurna.
Cara hidup yang lengkap dan sempurna bermaksud, Islam yang diimani ini, mestilah dihayati dan diamalkan dalam segenap aspek kehidupan, mencakupi akidah, syariat, siasah (politik), ekonomi, pendidikan, kemasyarakatan, perundangan, akhlak dan sebagainya.
Islam yang kita anuti ini, bukanlah hanya sekadar ibadah ritual sahaja, ia mestilah dijelmakan kefahamannya dalam semua aspek yang dinyatakan di atas. Apabila kita menerima Islam, kita mestilah menerima dengan sepenuhnya. Kita mesti mengikut cara Islam tatkala kita berpolitik, menjalankan ekonomi secara Islam, beramal dengan undang-undang Islam, mendidik masyarakat dengan ilmu dan nilai Islam serta menyuburkan Islam dalam semua aspek kehidupan.
Maka dengan mengamalkan ajaran Islam secara syumul itu, semua kita akan selamat. Di setiap Aidiladha, kita disyariatkan untuk mengungkapkan kalimah tauhid, empat hari empat malam, bermula pada waktu maghrib 9 Zulhijjah sehingga pada asar 13 Zulhijjah.Antara perisytiharan dalam kalimah tauhid yang diungkapkan pada lafaz takbir ialah (mafhumnya):"Tidak ada tuhan yang disembah melainkan Allah dan kami sama sekali tidak akan mengabdikan diri melainkan hanya kepada-Nya, dengan ketaatan setulus hati (mukhlisin), walaupun dibenci oleh orang-orang kafir."
Kalimah tauhid ini membawa erti yang cukup besar, iaitu dengan jelas berulang-ulang kali kita menyatakan bahawa ketaatan kita, hanya kepada Tuhan Yang Esa.Ketaatan dengan mengamalkan apa yang disuruh-Nya dan meninggalkan apa yang dilarang-Nya.Ketaatan membawa maksud mematuhi segala tuntutan Allah di dalam al-Quran dengan mendaulatkan seluruh sistem hidup melalui syariat-Nya.Justeru bersempena Aidiladha ini, kita tidak hanya menghayati ibadah korban, hanya dengan menceritakan kisah pengorbanan Nabi Ibrahim a.s dan anaknya Nabi Ismail a.s, sekadar menyembelih binatang ternakan.
Tetapi kita mesti menghayati spirit atau roh pengorbanan Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail, dengan mengetepikan seluruh kepentingan duniawi serta mengetepikan kepentingan diri dan keluarga, demi untuk mematuhi arahan Allah.Maka dengan ini, marilah sama-sama kita menjelmakan semangat korban ini dengan mencontohi perjuangan para Anbiya, mengetepikan segala kepentingan, sanggup bersusah payah, demi menegakkan kalimah tauhid yang suci.Allahu
Akbar! Allahu Akbar! Allahu Akbar! Walillahilhamd.

Program Ibadah Korban DUN Kubang Rotan - Melapah seekor lembu hanya 30 minit

PakNdak Dee sedang memulakan kerja melapah lembu yang mengambil
masa hanya tak sampai 30 minit untuk seekor lembu


SEBAIK tiba hari raya haji, seluruh umat Islam pastinya merebut peluang melakukan ibadah korban. Ibadah ini dilakukan mengikut kemampuan masing-masing, bagi yang mampu mereka menumbangkan seekor dan kepada yang kuran mampu hanya setumpok daripada tujuh bahagian. Apa yang penting masing-masing berlumba melakukan ibadah mencari keredhaan di sisi Allah bagi menyatakan ketauhidan hambaNya.
Yang paling menarik di sepanjang program sembelihan korban ini selain diadakan secara bergotong-royong, kerja yang paling rumit selepas selesai sembelih ialah melapah. Tugasan ini selalunya diambil oleh mereka yang biasa dengan melapah. Melapah lembu amat sukar untuk dilakukan sekiranya seseorang itu tidak biasa dengan kerja-kerja ini.
Kami cuba mendekati En. Hasbullah Bin Din yang berpengalaman dengan kerja melapah lembu. Dari cara beliau bermain dengan pisau kami memahami beliau seorang yang mahir. Beliau bersama rakannya Abdul Rahman bin Kassim serta dibantu oleh Mohd Rudhwan bin Abdul Rahman hanya mengambil masa tidak sampai 30 minit bagi menghabiskan kerja melapah untuk seekor lembu.
Beliau dikenali dengan PakNdak Dee, yang ditemui di program Korban anjuran PKWR Kubang Rotan turut memberitahu telah memulakan kerja melapah ini seawal usia 20-an lagi. Pengalaman beliau sudah pun melangkaui 40 tahun. Sebanyak 41 ekor lembu dikorbankan pada program ini yang melibatkan lebih 15 orang petugas yang terlibat kerja-kerja melapah.
Kelihatan PakNdak Dee dibantu Bang Man

Program Ibadah Korban DUN Kubang Rotan - Kemeriahan Suasana

Kelihatan penerima daging korban yang hadir di Pejabat
PAS Kawasan sedang mendengar ucapan ADUN Kubang Rotan

Alhamdulillah program ibadah korban tahun ini di DUN Kubang Rotan dapat diselesaikan dengan jayanya. Sejumlah 41 ekor lembu telah dikorbankan sepanjang 2 hari program ini diadakan. Pada hari ke 2 sebanyak 2500 bungkusan daging telah diagihkan bertempat di Pejabat PAS Kawasan Kuala Kedah, di Kampong Kuala sungai selepas 600 bungkusan telah diedarkan pada petang hari raya pertama.
Terima kasih tak terhingga kepada semua peserta program ibadah korban dan juga pihak Menteri Besar Kedah yang telah memberi komitmen sehingga dapat mengumpulkan sejumlah 41 ekor lembu pada program tahun ini.
Komitmen pihak PAS Kawasan Kuala Kedah, AJK PKWR Kubang Rotan, MKK DUN Kubang Rotan dan seluruh lapisan masyarakat sehingga membawa lebih 150 orang pertugas untuk sama-sama menjayakan program ini.
Ibadah suci ini sebagai tanda penghambaan kita kepada Allah semestinya dihayati dengan baik di dalam kehidupan seharian kita. Setelah kita mengakui penghambaan kita kepadaNya dengan mengalirkan darah haiwan korban ini, apakah selepas pengakuan ubudiyyah ini kita sanggup untuk mengikarinya. Marilah kita meningkatkan ketaqwaan kita semua melalui ibadah korban ini. Semangat pengorbanan yang telah ditunjukan oleh Nabi Ibrahim dan keluarganya akan sentiasa menjadi contoh teladan kepada kehidupan kita.
Bersyukur juga kerana pada tahun ini diseluruh DUN Kubang Rotan banyak masjid, surau, kawasan perumahan dan orang-orang persendirian telah mengadakan Ibadah ini. Semuga Allah merahmati dan memberkati kita semua. Saya menyeru untuk kita semua berazam akan terus mengambil peluang untuk melaksanakan ibadah ini pada setiap tahun. Rasullallah SAW bersabda `Barangsiapa yang mempunyai kemampuan tetapi ia tidak berkorban, maka janganlah ia menghampiri tempat solat kami.' (riwayat Ahmad & Ibnu Majah).
Firman Allah SWT: `Sesungguhnya Kami telah memberi engkau (ya Muhammad) akan kebajikan yang banyak. Sebab itu salatlah engkau pada hari raya haji kerana Allah, dan sembelihlah korban'. (Al-Kautsar: 1-2)