PakNdak Dee sedang memulakan kerja melapah lembu yang mengambil
masa hanya tak sampai 30 minit untuk seekor lembu


SEBAIK tiba hari raya haji, seluruh umat Islam pastinya merebut peluang melakukan ibadah korban. Ibadah ini dilakukan mengikut kemampuan masing-masing, bagi yang mampu mereka menumbangkan seekor dan kepada yang kuran mampu hanya setumpok daripada tujuh bahagian. Apa yang penting masing-masing berlumba melakukan ibadah mencari keredhaan di sisi Allah bagi menyatakan ketauhidan hambaNya.
Yang paling menarik di sepanjang program sembelihan korban ini selain diadakan secara bergotong-royong, kerja yang paling rumit selepas selesai sembelih ialah melapah. Tugasan ini selalunya diambil oleh mereka yang biasa dengan melapah. Melapah lembu amat sukar untuk dilakukan sekiranya seseorang itu tidak biasa dengan kerja-kerja ini.
Kami cuba mendekati En. Hasbullah Bin Din yang berpengalaman dengan kerja melapah lembu. Dari cara beliau bermain dengan pisau kami memahami beliau seorang yang mahir. Beliau bersama rakannya Abdul Rahman bin Kassim serta dibantu oleh Mohd Rudhwan bin Abdul Rahman hanya mengambil masa tidak sampai 30 minit bagi menghabiskan kerja melapah untuk seekor lembu.
Beliau dikenali dengan PakNdak Dee, yang ditemui di program Korban anjuran PKWR Kubang Rotan turut memberitahu telah memulakan kerja melapah ini seawal usia 20-an lagi. Pengalaman beliau sudah pun melangkaui 40 tahun. Sebanyak 41 ekor lembu dikorbankan pada program ini yang melibatkan lebih 15 orang petugas yang terlibat kerja-kerja melapah.
Kelihatan PakNdak Dee dibantu Bang Man

0 comments: