Alhamdulillah dan terima kasih kepada semua peserta program korban PKWR Kbg Rotan untuk tahun ini. Malam tadi selepas bermesyuarat, isyaallah hasil sokongan semua sebanyak 36 ekor lembu akan dikorbankan pada hari raya pertama dan kedua.

Kupon-kupon agihan daging korban telah diedarkan kepada ketua-ketua kampong untuk tindakkan selanjutnya. Kurang lebih 600 bungkusan daging akan diagihkan pada hari raya pertama bertempat di Madrasah As-Sabiyyan Kg Pondok, Kbg Rotan dan lebih 2300 bungkusan lagi akan diagihkan pada hari raya ke dua di Pejabat PAS Kawasan Kuala Kedah.

Semuga ibadah korban ini berjaya mencapai matlamat penghambaan kita kepada Allah. Penyembelihan dan darah yang mengalir sebagai bukti ubudiyyah kita kepadaNya.


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

0 comments: