Alhamdulillah program ibadah korban tahun ini di DUN Kubang Rotan dapat diselesaikan dengan jayanya. Sejumlah 41 ekor lembu telah dikorbankan sepanjang 2 hari program ini diadakan. Pada hari ke 2 sebanyak 2500 bungkusan daging telah diagihkan bertempat di Pejabat PAS Kawasan Kuala Kedah, di Kampong Kuala sungai selepas 600 bungkusan telah diedarkan pada petang hari raya pertama.
Terima kasih tak terhingga kepada semua peserta program ibadah korban dan juga pihak Menteri Besar Kedah yang telah memberi komitmen sehingga dapat mengumpulkan sejumlah 41 ekor lembu pada program tahun ini.
Komitmen pihak PAS Kawasan Kuala Kedah, AJK PKWR Kubang Rotan, MKK DUN Kubang Rotan dan seluruh lapisan masyarakat sehingga membawa lebih 150 orang pertugas untuk sama-sama menjayakan program ini.
Ibadah suci ini sebagai tanda penghambaan kita kepada Allah semestinya dihayati dengan baik di dalam kehidupan seharian kita. Setelah kita mengakui penghambaan kita kepadaNya dengan mengalirkan darah haiwan korban ini, apakah selepas pengakuan ubudiyyah ini kita sanggup untuk mengikarinya. Marilah kita meningkatkan ketaqwaan kita semua melalui ibadah korban ini. Semangat pengorbanan yang telah ditunjukan oleh Nabi Ibrahim dan keluarganya akan sentiasa menjadi contoh teladan kepada kehidupan kita.
Bersyukur juga kerana pada tahun ini diseluruh DUN Kubang Rotan banyak masjid, surau, kawasan perumahan dan orang-orang persendirian telah mengadakan Ibadah ini. Semuga Allah merahmati dan memberkati kita semua. Saya menyeru untuk kita semua berazam akan terus mengambil peluang untuk melaksanakan ibadah ini pada setiap tahun. Rasullallah SAW bersabda `Barangsiapa yang mempunyai kemampuan tetapi ia tidak berkorban, maka janganlah ia menghampiri tempat solat kami.' (riwayat Ahmad & Ibnu Majah).
Firman Allah SWT: `Sesungguhnya Kami telah memberi engkau (ya Muhammad) akan kebajikan yang banyak. Sebab itu salatlah engkau pada hari raya haji kerana Allah, dan sembelihlah korban'. (Al-Kautsar: 1-2)










0 comments: