RAFAH, Mesir 31 Jan (Hrkh) - Bendahari PAS Dr Hatta Ramli memaklumkan kepada Penolong Pengarang Harakahdaily Azamin Amin melalui sistem pesanan ringkas (sms) bahawa Presiden PAS Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan 20 anggota rombongan PAS telah berjaya menyampaikan sumbangan bantuan kemanusiaan PAS sejumlah RM250,000 untuk meringankan derita penduduk Gaza di Palestin.


Kata Dr. Hatta yang kini berada di sana, Ustaz Hadi dan rombongan termasuk sembilan ahli parlimen PAS mahu melihat sendiri kemusnahan yang dialami rakyat Palestin di samping menyumbangkan sedikit sebanyak bantuan kemanusiaan bagi mengurangkan bebanan yang ditanggung umat Palestin akibat serangan Zionis.


Rombongan pimpinan PAS yang berlepas ke Mesir 28 Januari lalu telah selamat tiba di Rafah semalam dan dalam usaha menuju ke Gaza, Palestin.


"Rombongan Presiden PAS telah mendapat taklimat daripada Duta Malaysia di Mesir dan turut mendapat sokongan namun kerajaan Mesir tidak membenarkan kami memasuki Gaza, dan masih berada di Rafah," katanya melalui sms tersebut.


Sebelum itu katanya, mereka telah melawat Hospital Arish pada sebelah paginya untuk melihat mangsa serangan Israel ke atas Palestin.


"Ramai sukarelawan pelbagai bangsa kecewa kerana tidak dapat sumbang bakti di Gaza akibat peraturan ketat kerajaan Mesir,"katanya yang juga Ahli Parlimen Kuala Krai.
Arish jauhnya 40 kilometer dari Rafah dan adalah bandar berhampiran dengan sempadan antara Mesir dengan Palestin.

Di hospital itu katanya Tuan Guru Presiden PAS telah menyampaikan sumbangan kepada mangsa-mangsa serangan Zionis Isreal.

"Selain itu, Presiden dan rombongan dalam rangka lawatan menemui para pemimpin Ikhwan di Mesir, kemudian Damsyik, Beirut dan Amman seterusnya berjumpa dengan pemimpin Hamas sendiri.


"Objektif utama selain menyalurkan pelbagai jenis bantuan, Presiden dan pimpinan PAS mahu berbincang dan merangka bersama-sama pemimpin tersebut mekanisme dan tindakan terbaik bagi mengatasi kesengsaraan yang dihadapi penduduk Palestin khususnya Gaza disamping menilai sendiri kemusnahan yang dialami untuk tujuan bantuan seterusnya ," katanya.

Keesokannya (31 Januari, hari ini), rombongan pimpinan PAS itu akan berlepas ke Damsyik untuk menemui pemimpin tertinggi Hamas, Khalid Meshaal bagi meneliti langkah-langkah selanjutnya untuk rakyat Palestin khususnya melibatkan pembangunan semula Gaza dari segi modal insan, pendidikan dan ekonomi.


"Kami seterusnya akan melalui jalan darat ke Beirut menemui pemimpin gerakan Islam termasuk Hamas dan Fathi Yakan untuk berbincang masalahummah dan tindakan terdekat. Destinasi terakhir ialah Jordan untuk menemui pimpinan Ikhwan Muslimin dan untuk dapat taklimat tentang Tebing Barat.


"Jumlah sumbangan PAS sebanyak RM250,000 yang diterima daripada pelbagai pihak dan masyarakat prihatin di Malaysia telah berjaya kita sampaikan," katanya.


Selain beliau dan Presiden, ahli parlimen yang turut serta dalam rombongan ialah Salahuddin Ayub (Kubang Kerian dan Ketua Pemuda PAS), Dr. Dzulkifli Ahmad (Kuala Selangor), Dr. Lo' Lo' Ghazali (Tititwangsa), Dr. Mujahid Rawa (Parit Buntar),Mohd Nasir Zakaria (Padang Terap), Dr. Hayati Othman (Pendang), Roslan Shaharum (Bukit Gantang) dan beberapa akitivis yang lain.

"Terima kasih atas doa, sumbangan dan keprihatin orang ramai kepada rakyat Palestin dan semoga semangat perjuangan sentiasa disemarakkan dan doakan kami selamat kembali," kata Dr Hatta dalam sms ketujuh kepada Azamin lewat jam 10.00 malam semalam. - azm

(Bagi yang bersimpati sudikanlah menghulurkan sumbangan,demi insan-insan yang sedang dizalimi di Palestin melalui Tabung Kemanusiaan Harakah di akaun BIMB: 14069010021298).
petikan dari HarakahDaily

KUALA LUMPUR, 28 Jan (Hrkh) - Perak akan dijekutkan lagi dengan tsunami politik kali kedua selepas Adun Bota, Dato' Nasharudin Hashim mengumumkan penyertaannya ke dalam Parti Keadilan Rakyat (KeADILan) baru-baru ini.


Sumber Harakahdaily memaklumkan, dalam masa terdekat seorang lagi wakil rakyat Umno akan membuat pengumuman keluar parti dan menyertai salah satu parti dalam Pakatan Rakyat.


"Seorang lagi ADUN Perak bersiap sedia untuk satu sidang media dalam masa terdekat bagi mengumumkan keputusan meninggalkan Umno/BN," kata sumber itu.


Sumber memberitahu, wakil rakyat berkenaan akan mengumumkan salah satu daripada tiga pilihan iaitu sama ada meletak jawatan parti (umno), meletak jawatan sebagai Adun atau keluar parti untuk menyertai salah satu parti Pakatan Rakyat.


Namun sehingga berita ini ditulis, ramai pemimpin Umno menafikan akan berlakunya perpindahan Adun-adun mereka kepada Pakatan Rakyat.


Terdahulu, Menteri Besar Perak, Dato' Seri Ir Nizar Jamaluddin turut menyatakan bahawa tiga wakil rakyat Umno akan menyertai Pakatan Rakyat.


Kenyataan itu dibuat Nizar sebaik sahaja Nasharudin mengumumkan kemasukan ke dalam KeADILan, namun kenyataan Nizar itu ditolak pemimpin Umno tempatan dan nasional./wann_

petikan dari Harakah Daily

ALOR SETAR, 20 Januari (Hrkh) - Kekejaman Zionis Israel ke atas bumi Palestin di Gaza bukan sahaja telah mengorbankan lebih seribu nyawa umat Islam di sana, malah telah meninggalkan kemusnahan dan kerosakan harta benda yang dahsyat di bandar tersebut.

Meneruskan komitmen membantu saudara seagama dan atas semangat kemanusiaan, masyarakat Malaysia khususnya di utara tanah air dijemput ke Majlis Solat Hajat Dan Ceramah Perdana yang akan diadakan di Stadium Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah, Suka Menanti, di sini pada Isnin, 26 Januari depan.

Program anjuran Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah itu akan bermula dengan solat Maghrib, solat hajat dan Isyak berjamaah diikuti tayangan khas kesengsaraan di Gaza. Ceramah akan disampaikan oleh Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang; Pesuruhjaya PAS Kedah, Dato' Seri Ustaz Azizan Abdul Razak; Naib Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu dan wakil Hamas.

Menurut Ketua Pemuda PAS Kedah, Ustaz Musoddak Ahmad, turut diadakan ialah pameran dan jualan amal untuk Palestin yang akan bermula jam 5.00 petang.
Beliau menasihatkan orang ramai agar hadir awal untuk mengelakkan kesesakan lalu lintas serta membawa sejadah atau alas solat.

Katanya, penganjuran pada malam itu berhasrat mengumpulkan sekurang-kurangnya RM100,000 untuk diserahkan kepada Palestin.
Tegas beliau, Zionis Israel pada hakikatnya tidak berundur, sehubungan itu Pemuda PAS Kedah menyediakan peluang kepada masyarakat menyalurkan sumbangan berterusan sebagai dana untuk Palestin.

Sebarang sumbangan awal juga boleh dibuat dan disalurkan melalui akaun BIMB 02011010058915 atas nama Tabung Sukarelawan Pemuda Kedah. - mns

dipetik dari harakahdaily

Gong Xi Fa Chai

Banner Gong Xi Fa Chai

Sempena Tahun Baru Cina (Gong Xi Fa Chai) ini, PKWR Kubang Rotan telah mengeluarkan 10 keping banner untuk di pasang di seluruh DUN untuk mengucapkan SELAMAT TAHUN BARU CINA kepada semua masyarakat Thong Hua khususnya pengundi-pengundi dalam DUN Kubang Rotan.


Kad ucapan Gong Xi Fa Chai (hadapan)




Kad ucapan Gong Xi Fa Chai (dalam)


Kad ucapan Gong Xi Fa Chai (hadapan)

Kad ucapan Gong Xi Fa Chai (dalam)

Selain itu PKWR Kubang Rotan juga mencetak Kad Ucapan Gong Xi Fa Cai sebanyak 2000 keping untuk diedarkan kepada kaum cina dan juga menjemput kerumah terbuka Gong Xi Fa Cai DUN Kubang Rotan Pada



Tarikh: 29 Januari 2009
Hari: Khamis
Masa : 8.00 malam - 11.00 malam
Tempat : PKWR DUN KUBANG ROTAN
265-A Lorong Peremba 3,
Taman Anggerik 2,
05050 Alor Star,
Kedah Darul Aman.



posted by admin

Jalan Ke Putrajaya kian Hampir – YB Nasir

YB Mohd Nasir Mustafa
ADUN Kubang Rotan

ALOR SETAR - 20 Jan : Kerajaan negeri yang dikuasai Pakatan Rakyat (PR) telah menubuhkan Majlis Menteri Besar / Ketua Menteri (MB/KM) dan Majlis Exco untuk meningkatkan hubungan dan kerjasama.

Mesyuarat Majlis MB/KM bakal diadakan dua kali setahun manakala Majlis Exco tiga atau empat kali setahun.

"Pengistiharan Seri Mentaloon" itu dicapai dalam mesyuarat yang dihadiri Menteri Besar Kedah, YAB Dato’ Seri Ustaz Azizan Abdul Razak, Menteri Besar Selangor, YAB Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, Menteri Besar Kelantan YAB Datuk Nik Aziz Nik Mat, Menteri Besar Perak, YAB Datuk Seri Nizar Jamaluddin dan Ketua Menteri Pulau Pinang, YAB En. Lim Guan Eng.

ADUN Kubang Rotan, YB Mohd Nasir Mustaffa juga diminta untuk berkongsi pendapat mengenai "Pengistiharan Seri Mentaloon" ini sebagai berkata, “Pakatan Rakyat kini sudah mula melangkah ke satu fasa yang benar-benar dilihat mantap dan berupaya menggerakkan kerajaan di lima negeri ini”

Mohd Nasir berharap agar PR akan segera membuahkan hasil yang positif bagi menjadikannya kerajaan yang adil, berkebajikan dan amanah.

Kejayaan "Pengistiharan Seri Mentaloon" ini bermakna satu pakatan yang kuat telah dicapai untuk sama-sama dapat deliver dengan berkesan. Ini bukan sahaja dilihat mantap tetapi pengisytiharan ini tepat pada masanya bukan sahaja kepada parti-parti dalam PR malah kejayaan yang disuarakan dari rakyat seluruhnya setelah kemenangan hattrik yang dicipta.

“Kemenangan Hattrik ini telah dicapai Pakatan Rakyat pada Pilihanraya Umum 8 Mac 2008 lalu, PRK Permatang Pauh dan terbaru di Kuala Terengganu,” tambah beliau lagi.

Beliau yang juga Ketua Kontinjen PAS Kedah pada PRK Permatang Pauh dan Kuala Terengganu lalu berharap supaya penubuhan kedua-dua majlis akan menjadi nilai tambah untuk memantapkan pengurusan negeri dan merapatkan jurang pendapat dan sekaligus mengurangkan salah faham dalam PR.

InsyaAllah, jalan ke Putrajaya sudah semakin hampir, momentum ini pasti akan dapat dikekalkan hingga ke PRU 13, ujarnya cukup optimis.
Posted by admin

Majlis Menteri Besar Pakatan Rakyat dibentuk

ALOR SETAR, 19 Jan (Hrkh): Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat mengukuhkan lagi hubungan dan kerjasama antara lima negeri tersebut apabila mencapai persetujuan menubuhkan Majlis Menteri Besar/Ketua Menteri.

Persetujuan yang dikenali sebagai "Pengisytiharan Mentaloon" itu dicapai pada Persidangan Menteri-Menteri Besar Dan Ketua Menteri Kerajaan Negeri Bersama Kepimpinan Pakatan Rakyat yang diadakan di Kediaman Rasmi Menteri Besar Kedah, Sri Mentaloon, dekat sini semalam.

Persidangan kali pertama itu juga bersetuju menubuhkan sekretariat bagi mengendalikan urusan majlis tersebut di mana Majlis Menteri Besar/Ketua Menteri akan bersidang sekurang-kurangnya dua kali setahun.

Sementara itu, Majlis Exco turut dibentuk bagi kelima-lima negeri dan dijangka akan bersidang dengan lebih kerap.

Menurut Menteri Besar Kedah, Dato' Seri Azizan Abdul Razak, majlis tersebut mempunyai bidang tugas untuk menjalankan agenda Pakatan Rakyat serta akan menyelaraskan program dan aktiviti selain mengurangkan perbezaan antara kerajaan di lima negeri tersebut.

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim pula berkata, majlis itu akan berkongsi maklumat dari segi kejayaan pencapaian pelaksanaan pengurusan negeri dan juga masalah-masalah dari segi pentadbiran sekaligus menuju kepada satu taraf pengurusan negeri yang lebih mantap.

Menurut beliau juga, hubungan yang rapat antara lima negeri itu akan mengurangkan masalah 'miss communication' sebaliknya meningkatkan konsep persamaan pendapat dan maklumat.

Sementara itu, memberi penjelasan kepada pertanyaan pihak media, Menteri Besar Perak, Dato'

Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin berkata, majlis tersebut akan dipengerusikan oleh Menteri Besar atau Ketua Menteri di negeri tempat persidangan diadakan.

Persidangan pada petang tersebut turut dihadiri Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng selain disertai Exco Kanan dan Setiausaha-setiausaha Politik Menteri Besar/Ketua Menteri.

Exco Kanan Kerajaan Kelantan, Dato' Husam Musa hadir mewakili Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat.- tajdid _

Petikan dari HarakahDaily.net

Sultan Kedah Ingatkan Anggota Kerajaan Utama Kepentingan Rakyat

ALOR SETAR, 19 Jan (Hrkh) - Sultan Kedah, Tuanku Sultan Abdul Halim Mua'adzam Shah bertitah mengingatkan anggota perkhidmatan awam yang berkhidmat di negeri ini agar mengutamakan kepentingan rakyat dan menumpahkan taat setia kepada Kerajaan Negeri.

Baginda turut memuji keberkesanan pentadbiran yang diterajui Menteri Besar, Dato' Seri Ustaz Azizan Abdul Razak, sekali gus berjaya mengikis pandangan negatif sesetengah pihak yang tidak yakin kepada kemampuan Kerajaan Kedah Darulaman.

"Konsep keadilan yang diterapkan di dalam pentadbiran negeri telah mewujudkan suasana yang mesra, adil, harmoni dan saling bekerjasama bagi mencapai halatuju yang telah ditetapkan.

"Kehidupan rakyat berbilang kaum semakin bersatu padu, kewangan kerajaan negeri adalah stabil manakala keyakinan pelabur semakin meningkat," demikian antara titah Tuanku Sultan Kedah sempena Majlis Istiadat Menyembah Tahniah dan Penganugerahan Darjah-Darjah Serta Bintang-Bintang Kebesaran Sempena Hari Keputeraan baginda yang ke 81 di Balai Penghadapan, Istana Anak Bukit, di sini, semalam.

Ketika menegur anggota perkhidmatan awam baginda bertitah, "Beta ingin mengingatkan kepada seluruh anggota perkhidmatan awam yang berkhidmat di negeri ini agar mengutamakan kepentingan rakyat negeri ini dan menumpahkan taat setia kepada Kerajaan Beta.
"Selaras dengan pepatah Melayu, di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung.

"Amanah yang dipertanggungjawabkan kepada semua ketua jabatan khususnya adalah untuk memajukan negeri ini mengikut skop jabatan masing-masing hendaklah ditunaikan dengan ikhlas."

Dalam titah ucapan itu, baginda sultan menyifatkan semangat bekerjasama tanpa mengira fahaman politik seperti yang diamalkan oleh kerajaan negeri ini sangatlah dibanggakan dan hendaklah diteruskan demi faedah rakyat.

"Sudah sampai masanya, semua pihak memandang ke hadapan dan mencari jalan untuk memberi sumbangan yang optima kepada pembangunan negeri ini," titah baginda lagi.
Petikan dari HarakahDaily.Net

Oleh: AMELIA HASHIM


ALOR SETAR: Persidangan Menteri-Menteri Besar dan Ketua Menteri dalam Pakatan Rakyat yang pertama kali diadakan telah bersetuju menubuhkan Majlis Menteri-Menteri Besar dan Ketua Menteri serta Majlis Exco.


Persetujuan yang dikenali sebagai ‘Pengisytiharan Mentaloon’ itu dicapai pada Persidangan Menteri-Menteri Besar Dan Ketua Menteri Kerajaan Negeri Bersama Kepimpinan Pakatan Rakyat yang diadakan di kediaman rasmi Menteri Besar Kedah, Sri Mentaloon, di sini pada 18 Januari lalu.


Majlis-majlis ini ditubuhkan bertujuan untuk mengukuhkan lagi hubungan dan kerjasama antara lima negeri tersebut serta mencari persefahaman dalam menangani isu-isu yang dicetus oleh pihak luar.


Selain itu persidangan ini juga bersetuju menubuhkan sekretariat bagi mengendalikan urusan majlis tersebut di mana Majlis Menteri Besar/Ketua Menteri akan bersidang sekurang-kurangnya dua kali setahun sementara Majlis Exco yang turut dibentuk bagi kelima-lima negeri akan bersidang secara lebih kerap.


Menurut Menteri Besar Kedah, YAB Dato’ Seri Ustaz Azizan Abdul Razak, majlis tersebut mempunyai bidang tugas untuk menjalankan agenda Pakatan Rakyat serta akan menyelaraskan program dan aktiviti selain mengurangkan perbezaan pendapatan antara kerajaan Pakatan Rakyat.


Manakala Menteri Besar Selangor, YAB Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim pula berkata, melalui majlis itu keanggotaan dapat berkongsi maklumat dari segi kejayaan, pencapaian pelaksanaan pengurusan negeri dan juga masalah-masalah dari segi pentadbiran sekaligus menuju kepada satu taraf pengurusan negeri yang lebih mantap.


Sementara itu, turut memberi penjelasan kepada pertanyaan pihak media, Menteri Besar Perak, YAB Dato’ Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin yang berpendapat, majlis ini kelal akan dipengerusikan oleh Menteri Besar atau Ketua Menteri di negeri tempat persidangan diadakan.
Persidangan pada petang tersebut turut dihadiri Menteri Besar Kelantan, YAB Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng selain disertai Exco-exco Kanan dan Setiausaha-setiausaha Politik Menteri Besar/Ketua Menteri.


Manakala persidangan pada sebelah malam pula dihadiri oleh pimpinan utama Pakatan Rakyat iaitu Presiden PAS, YB Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Penasihat Umum KeADILan, YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim dan Penasihat DAP, YB Lim Kit Siang.

PAS rampas kerusi Parlimen KT

9.29 malam
Pengumuman rasmi dibuat oleh pegawai pengurus pilihanraya, Wan Mustapha Wan Hassan.
9.25 malam
Calon PAS memenangi pilihanraya kecil Parlimen Kuala Terengganu menang dengan majoriti 2,631 undi. Calon PAS, Mohd Abdul Wahid Endut mendapat 32,883 undi manakala calon BN, Datuk Wan Ahmad Farid mendapat 30,252 undi. Calon bebas, Azharudin Mamat pula mendapat 193 undi.

9.12 malam
Pegawai pengurus pilihanraya akan mengumumkan keputusan pilihanraya kecil Kuala Terengganu pada bila-bila sekarang. Tiada pemimpin Umno kelihatan di Stadium negeri. Dan hanya calon PAS Mohd Abdul Wahid Endut berada di situ.


9.10 malam
Tidak rasmi - PAS mendapat 32,393 undi manakala BN mendapat 29,969 undi. PAS mendahului dengan 2,424 undi. Calon bebas mendapat 191 undi. Dua lagi kotak undi akan dikira. Pegawai pengurus pilihanraya telah memanggil semua calon naik ke pentas.

9.08 malam
Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan pemimpin tinggi yang lain dalam perjalanan ke Stadium Negeri untuk pengumuman keputusan pilihanraya kecil Kuala Terengganu. Sehingga ini, calon PAS masih mendahului pengiraan undi.

8.55 malam
Ribuan penyokong PAS mula membanjiri Stadium Negeri untuk menunggu pengumuman keputusan pilihanraya kecil Parlimen Kuala Terengganu. Dengan tinggal kurang daripada 10,000 undi lagi yang dibelum dikira, calon PAS sedang mendahului dengan kira-kira 1,700 undi.

8.50 malam
Seorang pemimpin kanan PAS memberitahu bahawa calonnya memenangi pengundian di kesemua empat Dewan Undangan Negeri (DUN) di bawah kerusi Parlimen Kuala Terengganu. Menurutnya, Presiden PAS, Datuk Seri Hadi Awang akan mengadakan sidang akhbar sebentar lagi.

8.45 malam
Keputusan tidak rasmi - PAS mendapat 28,249 undi, BN mendapat 26,498 undi. PAS mendahului dengan 1,751 undi. Calon bebas mendapat 160 undi.

8.35 malam
Dengan kira-kira baki 10,000 undi lagi yang belum dikira, PAS semakin jelas akan memenangi kerusi Parlimen Kuala Terengganu.

8.30 malam
Keputusan tidak rasmi - PAS mendapat 26,976 undi manakala BN mendapat 24,839 undi. PAS mendahului dengan majoriti 2,132 undi.

8.25 malam
Keputusan tidak rasmi - PAS mendapat 26,971undi manakala BN mendapat 23,839 undi. PAS mendahului dengan majoriti 2,182 undi.

8.20 malam
Keputusan tidak rasmi - Sumber-sumber BN percaya PAS akan berjaya merampas kerusi Parlimen Kuala Terengganu. Ini memandangkan hanya tinggal baki 15,125 undi lagi yang belum dikira. Sehingga ini, PAS dipercayai menang di semua empat DUN.
8.16 malam
Keputusan tidak rasmi - PAS mendapat 24,604 undi dan BN mendapat 22,380 undi. PAS mendahului dengan majoriti 2,224 undi. Sejumlah 48,842 undi telah dikira sehingga ini.

8.10 malam
Keputusan tidak rasmi - PAS memenangi pengiraan undi bagi Dewan Undangan Negeri Bandar dengan majoriti 190 undi.

8.00 malam
Keputusan tidak rasmi - PAS mendapat 23,640 undi, BN mendapat 21,614 undi. PAS mendahului dengan 2,026 undi. Calon bebas mendapat 136 undi.

7.50 malam
Keputusan tidak rasmi - PAS mendapat 22,030 undi, BN mendapat 20,476 undi. PAS mendahului dengan 1,554 undi. Calon bebas mendapat 134 undi. Sehingga ini 43,000 undi telah dikira.
Di pusat perjumlahan SPR pula, selepas 50 kotak undi dikira, BN mendapat 11,120 undi, PAS 10,802 undi dan bebas 69 undi. Sejumlah 64 kotak lagi dalam perjalanan.

7.40 malam
Keputusan tidak rasmi - PAS mendapat 19,487 undi, BN mendapat 18,480 undi. PAS mendahului dengan 1,007 undi. PAS mendahuli di semua DUN. Ini bermakna lebih 50 peratus undi telah dikira, berdasarkan 79.3 peratus pengundian hari ini atau 63,967 yang keluar mengundi.

7.30 malam
Keputusan tidak rasmi - PAS mendapat 18,934 undi, BN mendapat 17,907 undi. PAS mendahului dengan 1,027 undi.Calon bebas mendapat 113 undi.

7.25 malam
Keputusan tidak rasmi - Daripada 38,000 undi yang dikira sehingga ini, PAS mendahului dengan majoriti 1,078 undi.

7.22 malam
Keputusan tidak ramsi - PAS mendapat 17,573 undi, BN mendapat 16,795 undi. PAS mendahului dengan 778 undi.
7.20 malam
Keputusan tidak rasmi - PAS mendapat 17,531 undi manakala BN mendapat 16,795 undi. PAS mendahului dengan majoriti 778 undi. Bebas pula mendapat 107 undi.

7.15 malam
Keputusan tidak rasmi - PAS mendapat 16,475 manakala BN mendapat 16,018 undi. PAS mendahului dengan 457 undi. PAS juga mendahului dengan majoriti 758 undi di Wakaf Mempelam, 355 undi di Bandar dan 308 undi di Batu Burok. BN mendahului dengan 9 undi di Ladang.

7.10 malam
Keputusan tidak rasmi - PAS mendapat 16,237 undi manakala BN mendapat 15,707 undi. Calon bebas mendapat 89 undi.

7.05 malam
Keputusan tidak rasmi - PAS mendapat 14,802 undi manakala BN mendapat 14,644 undi. PAS menang di semua dewan undangan negeri, kecuali Ladang. PAS mendapat majoriti terbesar di Wakaf Mempelam dan Batu Burok.

7.02 malam
Keputusan tidak rasmi - BN mendapat 1,039 undi manakala PAS mendapat 86 undi. Calon bebas mendapat 1 undi.

7.00 malam
Pada umumnya, PAS mendahulu di Wakaf Mempelam dan Batu Buruk dengan marginyang besar. Di bandar dan Ladang pula, PAS mendahului dengan margin yang kecil.

6.55 ptg
Keputusan tidak rasmi - berdasarkan pengiraan setakat ini, Barisan Nasional (BN) mendapat 13,095 undi manakala PAS mendapat 13,042. Calon bebas mendapat 72 undi.


6.50 ptg
Keputusan tidak rasmi - berdasarkan pengiraan setakat ini, Barisan Nasional (BN) mendapat 11,112 undi manakala PAS mendapat 11,000. Ini bermakna BN mendahului dengan 112 undi. Calon bebas mendapat 65 undi.

6.30 ptg
Keputusan tidak rasmi - daripada 14,379 undi yang telah dikira sehingga ini, Barisan Nasional (BN) mendahului dengan 259 undi. 80 peratus lagi undi dalam proses pengiraan.

5.00 ptg
Proses pengundian bagi pilihanraya kecil Parlimen Kuala Terengganu yang bermula jam 8 pagi ini, ditutupkan tepat jam 5 petang ini.
Kesemua kertas undi akan dikira di 143 saluran sebelum dibawa ke pusat penjumlahan undi di Stadium Negeri di sini.

4.30 ptg
Sebanyak 76 peratus pemilih telah keluar mengundi sehingga jam 4 petang tadi.

4.00 ptg
Pengerusi Biro Putera Umno, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim menafikan beliau 'ditahan' skuad pemantau PAS kerana menyamar sebagai agen tempat mengundi. Berita mengenainya di siarkan dalam Harakahdaily.net hari ini, yang mendakwa Azeez ditahan ketika keluar dari tempat mengundi di SK Pusat Cabang Tiga. Ketika dihubungi Malaysiakini, Azeez berkata ia adalah satu fitnah kerana beliau sepanjang masa berada di pondok panas Tok Ku di DUN Bandar.Baca berita lanjut

2.45 ptg
Dua jam lagi menjelang tamat tempoh mengundi pada jam 5 petang, petugas dan penyokong kedua-dua parti yang bertanding ramai semula. Pengundi mula mengundi selepas waktu makan tengahari. Bagaimanapun, jumlah mereka kurang daripada pagi tadi dan jalan-jalan juga agak lengang.

2.00 ptg
Pemantau Pilihanraya Bebas dan Adil (Mafrel) menyifatkan jumlah 42 peratus pemilih yang telah mengundi sehingga tengahari tadi sebagai perkara biasa. Badan itu belum menerima sebarang laporan mengenai insiden tidak diingini berlaku sehingga ini, kata Pengarah Mafrel, Kol (B) Shahrudin Othman.


1.30 t/hari
Satu pergaduhan kecil dilaporkan berlaku antara penyokong Umno dan Pakatan Rakyat di depan Sekolah Menengah Gong Kapas tengahari tadi. Baca berita lanjut.

1.00 t/hari
Kemeriahan penyokong petugas BN dan PAS yang dari Terengganu jelas kelihatan di jalan dan tempat membuang undi. Menurut penduduk, pilihanraya umum lalu tidak semeriah hari ini. Penyokong PAS bertakbir dan berselamat, manakala penyokong BN melaungkan gelombang biru.

12.40 t/hari
Di DUN Batu Buruk, PKR menyediakan sukarelawan untuk membawa pengundi ke pusat pengundian di sana. Menurut ketua bahagian PKR Batu Burok, Zarawi Embong berkata, keadaan seperti pesta apabila kedua belah pihak bersorak ria antara satu sama lain.

12.30 t/hari
Menurut Timbalan Pengerusi PKR Terengganu, Razali Alias berkata sehingga jam 12.15 tadi, hampir separuh pemilih di DUN Ladang telah keluar mengundi. Katanya, keadaan legang di kebanyakan kawasan kerana jumlah pengundi tidak ramai.

12 t/hari
Semua saluran di SK Tengku Bariah mulai lengang jam 11.30 pagi tadi. Kawasan ini mempunyai lebih 3,000 pengundi dan merupakan antara pusat pengundian terbesar di DUN Ladang.

11.40 pagi
Menurut pengerusi tugas-tugas khas Umno bahagian bagi pilihanraya kecil Parlimen Terengganu, Syed Abdul Rahim Tuan Besar berkita, pemantauan pihaknya di Gong Kapas, DUN Ladang, mendapati kira-kiro 40 peratus pemilih di situ telah keluar mengundi sehingga ini. Katanya, semua berjalan lancar dan tiada kejadian tidak diingin berlaku.


11.15 pagi
Kesesakan teruk dilaporkan berlaku di Jalan Pasir Panjang, membabitkan lokasi tiga buah sekolah yang menjadi pusat mengundi Bukit Besar, Pasir Panjang dan Bukit Bayas.


11 pagi
Kesesakan lalulintas dilaporkan berlaku kesesakan di sebelas pusat pembuangan undi di DUN Batu Burok, apabila orang ramai berkumpul untuk mengundi.Pengundian berjalan lancar.


10.30 pagi
Proses pengundian di kebanyakan pusat tempat di DUN Bandar dilaporkan perlahan. Keadaan lalulintas juga tidak sesak. Menurut pekerja PKR di situ, setakat ini semua berjalan lancar dan tiada kejadian tidak diingini dilaporkan berlaku.


9.50 pagi
Di pusat pengundian di Dewan Tunku Abd Rahman, dalam DUN Bandar, di mana sebahagian besarnya pengundi Cina, ramai yang keluar menunaikan tanggungjawab mereka pagi ini. Terdapat kira-kira 50 penyokong kedua parti di situ tetapi keadaan terkawal.

9.00 pagi
Di SK Pusat Chabang Tiga station, kira-kira 100 penyokong PAS dan Umno berada di tepi jalan membawa sepanduk dan mengebar bendera parti masing-masing. Mereka saling melaung antara satu sama lain. Penyokong PAS melaungkan ' Allahu-akbar' dan dijawab oleh penyokong Umno dengan laungan "PAS kluk klek", "PAS bohong."

8.50 pagi
Sekumpulan besar penyokong BN yang membawa bendera parti, mula berkumpul di luar SK Bukit Besar. Kedengaran laungan Allahu-akbar dan 'Hidup BN'.

8.30 pagi
Keadaan cuaca dilaporkan baik di seluruh Kuala Tetangganu pagi ini. Anggota polis yang ramai kelihatan mengawal di luar beberapa pusat-pusat mengundi.
8.15 pagi
Selepas mengundi Wan Farid memberitahu pemberita: "Insya-Allah, pengundi akan mengundi dengan bijak dan memilih kesinambungan melalui BN".

7.50 pagi
Calon BN, Datuk Wan Ahmad Farid tiba untuk mengundi SK Bukit Besar. Beliau tiba bersama isterinya, Toh Puan Intan Baizura. Mereka mengundi pada jam 8.05 pagi.

7.45 pagi
calon PAS, Mohd Abdul Wahid Endut tiba di pusat pengundian di SK Pusat Chabang Tiga untuk mebuang undi. Beliau ditemani isterinya dan lima daripada sembilan orang anaknya. Mohd Abdul Wahid berkata beliau datang awal untuk menjadi orang pertama mengundi di situ.

Sekolah KebangsaanDato' Shaari Dapat Tempat Parkir

Kubang Rotan - Ibu bapa dan pelajar Sekolah Kebangsaan Dato' Shaari di sini, bersyukur kerana sekolah itu kini mempunyai tempat parkir kenderaan yang baru siap dibina di tepi pagar sekolah.
Sebelum itu ibu bapa terpaksa berasak-asak dibahu jalan yang sempit untuk menghantar anak mereka ke sekolah, dan keadaan ini menggangu lalu lintas.
Pengerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), Sayadid Shafie berkata, cadangan membina tempat parkir itu adalah untuk keselesaan pelajar dan ibu bapa yang menghantar anak mereka setiap hari.
"Ibu bapa tiada tempat menghantar dan menunggu anak mereka, ini menyebabkan jalan sesak dan membahayakan."
"Apabila sudah ada parkir yang selesa, secara tidak langsung dapat mengurangkan kemalangan di kawasan sekolah ini, dan juga melancarkan lalu lintas," katanya.
Sebelum ini katanya, pihak sekolah telah membeli beberapa kon keselamatan untuk diletak di jalan raya berhadapan sekolah sebagai memberi amaran kepada pemandu untuk mengurangkan kelajuan.
Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kubang Rotan, Mohd Nasir Mustafa yang meninjau tempat parkir kenderaan itu memanjatkan kesyukuran kerana masalah ini dapat diatasi dengan pantas.
"Sudah lama sekolah ini berdepan dengan masalah tempat pakir. Saya berharap dengan adanya tempat parkir baru dikiri dan kanan sekolah ini sedikit sebanyak dapat memberi keselesaan kepada ibu bapa dan pelajar, dan tiada lagi kesesakan,"katanya.
petikan dari SinarHarian, Isnin 9 Januari 2009



ALOR STAR, 12 Januari - Cadangan pembinaan terminal penyimpanan minyak di Kerpan oleh sebuah syarikat swasta sudah mengambil kira kepentingan semua pihak dan sekali-kali tidak akan mengianayai penduduk tempatan, khususnya penternak udang di sekitar kawasan tersebut.

Demikian jaminan yang diberikan oleh Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, YB. Ir Amiruddin Hamzah sebagai mengulas kebimbangan yang ditimbulkan beberapa pihak berhubung isu tersebut.

Menurut beliau, Syed Mokhtar Al-Bukhary telah membuat permohonan kepada kerajaan negeri untuk mendapatkan tanah sawah seluas 300 relong di sekitar Jerlun bagi dijadikan tapak terminal penyimpanan minyak oleh syarikatnya SKS Ventures. Minyak itu akan disalurkan ke Kota Perdana, Bukit Kayu Hitam untuk didagangkan ke Phuket, Thailand.

“Kerajaan negeri yang tegas dalam mempertahankan tanah untuk sumber bekalan beras menolak permohonan tersebut, sebaliknya mencadangkan supaya terminal itu diadakan di laut,” jelas Amiruddin.


Cadangan balas dari SKS ialah mereka mahu mengambil-alih projek ternakan udang Kerpan di mana pemegang saham terbesarnya ialah Khazanah Nasional. Kerajaan negeri, katanya, bersetuju berhubung cadangan tersebut memandangkan setelah sekian lama projek udang itu berjalan tetapi hasilnya tidak sepadan dengan pelaburan yang dibuat.


“Selepas berbincang dengan Kementerian Kewangan, pada dasarnya mereka bersetuju namun timbul sedikit masalah apabila anak syarikat Khazanah Holding iaitu Blue Achipelago yang mengendalikan projek ternakan udang itu membantah cadangan tersebut,” ujar beliau.Tambahnya, mungkin ada pihak yang cuba mengambil kesempatan ‘menangguk di air keruh’ telah mengelirukan keadaan. Antaranya pihak tersebut mendakwa kononnya ramai yang akan hilang pekerjaan.


“Saya ingin menjelaskan bahawa jika berlaku pengambilalihan projek ternak udang oleh SKS, sudah pasti kerajaan negeri akan mensyaratkan supaya pekerja sedia ada tidak dianiayai,” tegasnya.


Berhubung dakwaan bahawa terminal minyak akan mengakibatkan pencemaran dan menjejaskan pengusaha kolam udang di sekitar itu, Amiruddin menganggap dakwaan itu tidak berasas.


“Kita mempunyai kriteria yang ketat bagi mempastikan semuanya terkawal. Syarat kelulusan dan pemantauan datang dari banyak pihak, ia tidak dibuat dengan sewenang-wenangnya.“Lagipun terminal minyak itu adalah depoh penyimpanan semata-mata, tidak ada apa-apa proses pengilangan, pemprosesan mahupun pembakaran yang berlaku. Minyak dipam dari dari kapal ke terminal dan dari situ dipam pula untuk dibawa ke Bukit Kayu Hitam,” jelas Amiruddin.

Posted by Warta Darul Aman Daily

Cinta Asyura dan Karbala

Oleh HELMI MOHD. FOAD
(WARTAWAN UTUSAN MALAYSIA - 07/01/2009)

PADA 1 Muharam setiap tahun, umat Islam merayakan sambutan Maal Hijrah, bergembira atas kehadiran tahun baru dalam kalendar Islam.

Sambutan itu tidak disebut dalam al-Quran atau nas Sunah Nabi secara terus terang tetapi ia tetap dianggap perayaan umat Islam.

Ironinya umat Islam masih lebih cenderung meraikan secara berlebihan-lebihan tahun baru Masihi baru-baru ini termasuk dicemari perbuatan songsang lantas mencemarkan kemuliaan Muharam.

Kemuliaan Muharam yang pada hari itu kita berselawat memuji-muji Rasulullah - satu amalan yang diperintah Allah.

Kita alunkan nasyid-nasyid seperti Talaal Badru Alaina bagi mengingati kembali betapa gembira kaum Ansar menyambut kehadiran Rasulullah bersama Muhajirin di Madinah.
Hijrahnya Rasulullah, menandakan tamatnya segala penindasan ke atas golongan mustadafin (tertindas dan lemah) lantas membuka era baru perkembangan Islam - darinya juga bermula sebuah negara yang berlandas pimpinan Ilahiah.

Namun bulan Muharam juga mengingatkan kita peristiwa besar yang terjadi dalam sejarah tamadun manusia selepas Rasulullah iaitu 10 Muharram 61 Hijrah yang menyaksikan cucu kesayangan baginda, Hussin bin Ali bersama rombongannya terbunuh di Karbala.

Jika Maal Hijrah, umat Islam bergembira, peristiwa 10 Muharam pula disaduri dengan kesedihan. Tetapi apabila disebut kita sambut 10 Muharam dengan ingatan pada peristiwa Karbala, ia sering kali dianggap suatu yang asing, sesat lagi menyesatkan. Benarkah begitu?
Kerana ia selama ini disambut dengan penuh emosi oleh pengikut Syiah dan Ahlul Bait tetapi tidak di sisi pengikut sunni amnya. Bagaimanapun tradisi di rantau ini yang Sunni begitu rapat dengan Asyura sebagaimana rapatnya masyarakat sebelah sini dengan ritual seperti tahlil dan marhaban yang didatangkan dari Hadratulmaut.

Semuanya dikaitkan dengan ingatan terhadap Ahlul Bait.

Bergantung kepada budaya setempat, Asyura (versi Syiah?) disambut seperti di ibu kota Teheran, Iran; Karbala di Iraq; Lucknow, India dan Nabatiye, selatan Lebanon, malah tidak ketinggalan di serata tempat termasuk Malaysia.

Hari mereka berdukacita dari 1 Muharam sampailah kepada 10 Muharam dan ia berlanjutan selama 40 hari perkabungan (Arbaen).

Ya, semua itu tiada dalam al-Quran dan Hadis nabi secara berterus terang sebagaimana sambutan Maal Hijrah. Tetapi peristiwa penjarahan kejam terhadap Hussin, ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya oleh tentera Umar bin Saad di Karbala membuka lembaran sejarah kepada umat.

Ia tidak seharusnya menjadi milik Syiah semata-mata tetapi ia milik seluruh umat yang cintakan perdamaian dan kebencian pada kezaliman. Kerana Ahlul Bait adalah warisan tinggalan Rasulullah buat pegangan seluruh umat selepas al-Quran.

Menyambut 10 Muharam dengan mengingati Hussin bukan bererti kita semua menjadi Syiah atau Rafidhah (sesat). Tetapi mengingati kesyahidannya di Karbala adalah sebahagian rasa cinta dan sayang pada belahan jiwa Rasulullah itu.

Sedih

Sebagaimana yang diulang sebut dalam tahlil kita, ''Sesungguhnya Allah bermaksud hendak menghilangkan dosa dari kamu, hai Ahlul Bait dan membersihkan kamu sebersih-bersihnya" (al-Ahzab:33).

Justeru wajarkah manusia-manusia yang dibersihkan oleh Allah itu dibunuh kejam. Layakkah insan yang dikasihi Nabi diperlakukan sebegitu rupa. Umat apakah kami ini, ya Allah?
Jadi wajarkah kita tidak mempunyai secebis rasa sedih meskipun tidak beremosi bila mengenangkan sejarah hitam itu.

Ketika Hussin menyaksikan dengan matanya, Ali Akbar dipanah dalam keadaan tekaknya kering kehausan. Tidak cukup itu, bayi kecil, Ali Asghar yang merengek-rengek perlukan air tetapi panah pula yang dilayang ke tubuhnya.

Bagi mereka yang begitu rapat dengan sejarah itu, emosinya membuak-buak, linangan air mata tidak dapat dibendung. Kadang kala kerana faktor budaya setempat, ada yang terdorong melukakan badan mereka, mungkin ingin merasai penderitaan Hussin dan keluarganya.

Apa peliknya jika Presiden, Gamal Abdul Naser mati dibunuh Khalid Islamboli, ada juga orang Mesir meratap hingga membunuh diri, inikan cucu Nabi yang dibunuh. Jadi tidak mustahil ada yang bertindak terlalu emosi dan meluahkan segala-galanya.

Namun wajarkah mereka yang dikatakan sebagai pengamal bidaah itu dihapuskan dan dihalalkan darah mereka dengan aksi letupan bom sebagaimana sering terjadi di Pakistan dan juga Iraq apabila golongan Syiah beramai-ramai keluar menyambut Asyura secara terbuka selepas puluhan tahun dihalang rejim Saddam Hussein.

Seharusnya umat Islam kini tidak lagi dibebankan dengan pertelingkahan sejarah lama. Ketika ada yang marah kerana sambutan Asyura, sebenarnya Karbala moden sedang berlaku dan Asyura terus menangis.

Bumi Gaza dibedil, dijarah sejak 27 Disember lalu. Serangan darat yang telah dimulakan oleh tentera Zionis tidak mengenal kanak-kanak, bayi dan wanita. Sasarannya membabi buta - masjid, hospital dan pasar.

Tentera rejim itu tiada bezanya dengan kejamnya Umar bin Saad atau Syamir bin Dzi Al-Jausyan ketika di Karbala.

Keadaannya juga sama, jika tiada seorang pun penduduk Kufah yang berani melawan kezaliman tentera Umayyah untuk menyelamatkan Hussin yang sepatutnya mereka baiah sebagai pemimpin dan ikutan.

Begitu juga Gaza, tiada penguasa atau negara yang mampu melawan Israel. Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) tidak mampu berbuat apa-apa meskipun Palestin adalah isu yang melibatkan sama ada Sunni atau Syiah.

Kita hanya mampu berdemonstrasi, melaung-laungkan ''Jahanam-jahanam Israel, Hidup-Hidup Islam' atau Hancur Amerika! dan setidak-tidaknya hulurkan bantuan kemanusiaan. Itu semua sekadar tindakan ad-hoc untuk Palestin.

Selepas itu, masing-masing pulang ke rumah boleh bersuka ria dan bergelak ketawa di bulan Muharam ini. Tetapi Asyura membuatkan penderitaan Palestin terasa dekat di hati.

Ahli sejarah al-Makrizi dalam al-Khuthath sebagaimana yang dipetik dari tulisan Jalaluddin Rakhmat menyebut; ''Dinasti Fatimiah di Mesir menjadikan Asyura sebagai hari dukacita (mengenang kematian Hussin di Karbala)… Ketika Bani Ayub merebut Mesir, mereka menjadikan hari itu hari gembira… Melanjutkan tradisi orang Syam yang dirintis oleh Al-Hajjaj pada zaman Abdul Malik bin Marwan.''

Untuk catatan sepanjang ratusan tahun Hijrah, mimbar masjid di zaman Umaiyah disuruh mengutuk Imam Ali sehinggalah ia ditamatkan oleh Khalifah Umar al-Abdul Aziz yang mengubahnya kepada kalimah ''Sesungguhnya Allah memerintahkan kamu kepada keadilan dan ihsan.''

Jalaluddin dalam bukunya, Meraih Cinta Ilahi,Pencerahan Sufistik mengungkapkan setiap kali Asyura, pengikut Ali di Karbala merekonstruksi peristiwa itu dan merintih penuh nestapa.
Mereka berteriak, ''Setiap hari adalah Asyura dan setiap bumi adalah Karbala. Kita baca ungkapan itu sebagai ''Setiap hari adalah perjuangan dan di mana saja kita berpijak itulah bumi perjuangan," Selawat…

Kezaliman

Lantas Asyura bukan sekadar menjadi lambang penentangan kezaliman pemerintah dalam dinasti Umaiyah. Memandangkan Khilafah ketika itu mendokong aliran sunnah maka ada pihak yang menganggap sambutan Asyura adalah lambang penentangan kepada sunni.

Namun sebenarnya Asyura adalah sumbu penolakan kepada sebarang kekejaman dan penindasan ke atas mustadafin. Gelombang semangat Asyura jugalah satu ketika dulu menumbangkan Syahansyah Reza Pahlawi atau Shah Iran oleh pendukung garisan Imam Khomeini, meskipun raja segala raja itu adalah Syiah.

Sambutan Asyura tahun demi tahun itulah menyalakan semangat penentangan ke atas tentera Israel oleh Hizbullah, pimpinan Hassan Nasrallah yang mengisytiharkan kemenangan dalam perang 34 hari dengan rejim itu pada 2006.

Dan Hizbullah secara jelas mengiktiraf kepimpinan wilayah al-faqih di Iran.
Dengan semangat menentang kezaliman itulah juga Presiden George Bush dimalukan oleh wartawan, Muntazer al-Zaidi, seorang Syiah dengan lontaran jamrah 'kasut but' saiz 10 itu.
Oleh itu, apabila membaca sejarah Karbala, ia sebenarnya terlalu dekat dengan apa yang telah berlaku sekarang dan mengajak kita berfikir bagaimana harus dilakukan untuk merubah nasib umat.

Asyura adalah menyatakan rasa sedih dan meluahkan kecintaan mendalam pada Hussin dan ahli keluarganya, sebagaimana Nabi pernah menyatakan rasa sedemikian rupa pada cucunya itu.

Sumber:http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0107&pub=utusan_malaysia&sec=Rencana&pg=re_02.htm&arc=hive

oleh: shukri_msr@yahoo.com

KUALA TERENGGANU, 7 Jan – Ketua Kontijen Jentera Pilihanraya PAS Kedah, YB Mohd Nasir bin Mustaffa optimis pengundi Cina di dalam Parlimen Kuala Terengganu kini sudah pun bersedia membuat perubahan pada pilihanraya kecil P036. Rata-rata pendundi yang ditemui beliau telah menyatakan sokongan ini seterusnya berjanji bagi mempastikan kemenangan kepada Calon PAS.

Pilihanraya Kecil ini menyaksikan pertandingan 3 penjuru iaitu Calon PAS, Mohd. Abdul Wahid Endut yang ditentang Calon Barisan Nasional, Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh dan Calon Bebas, Azharudin Mamat @ Adam.

“Kontijen Kedah seramai 300 orang kini sedang bertugas di tujuh Unit Peti Undi dalam DUN Wakaf Mempelam yang terdiri dari Muslimin, Muslimat serta Pemuda dari seluruh PAS Kawasan di Negeri Kedah,” tambahnya. Beliau turut melahirkan rasa syukur kerana semua gerakkerja kini berjalan dengan lancar dan mendapat kerjasama yang baik dari penduduk setempat.

Ketika dihubungi, Mohd Nasir yang juga ADUN Kubang Rotan memberitahu bahawa UMNO/BN telah menggunakan taktik yang sama seperti Pilihanraya Kecil Ijok dengan menurunkan Putrajaya ke Kuala Terengganu. Projek-projek yang dilaksanakan di kawasan ini dengan tujuan untuk menarik perhatian pengundi. Projek dari Kementerian-kementerian berlaku dengan segera di sini.

Kelihatan sebahagian dari 20,000 penyokong yang hadir pada hari penamaan calon

“Kebanjiran pasukan Polis yang terlalu ramai dikerah ke sini juga sedikit sebanyak memberikan kesusahan kepada masyarakat sekeliling dan memberi gambaran seolah-olah sesuatu yang tidak baik akan berlaku. Ini memberi sedikit advantage kepada pihak lawan.” Tambah beliau.

“Saya yakin dan optimis, peluang PAS kali ini cukup cerah,” ujuarnya penuh yakin. Rakyat kini sedar dengan taktik lama UMNO/BN bagi memancing undi. Setiap petugas kita mestilah bekerja keras mengekang taktik kotor mereka ini. Beliau turut menyeru kepada seluruh sukarelawan Kedah agar turun ke Kuala Terengganu membantu memenangkan Pakatan Rakyat. Mereka yang sampai di sini perlu mendaftarkan diri di Bilik Gerakan PAS Kedah supaya dapat diberikan tugas di Tujuh UPU yang dipertanggungjawabkan kepada Kontijen Kedah.



Program Rawatan Kesihatan Percuma turut mendapat sambutan

Mohd Nasir turut ditanya mengenai kenyataan Pengerusi DAP, YB Lim Kit Siang yang menjangkakan bahawa akan berlaku pertukaran kerusi daripada BN kepada PAS pada pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu pada 17 Januari akan datang, beliau berkata kehadiran tokoh-tokoh dan pemimpin-pemimpin politik masyarakat Cina dari seluruh Negara menampakkan kesungguhan mereka dalam mempastikan kemenangan kepada calon kita.

Kunci Tadika Kemas:Lakonan Umno untuk Burukkan Pakatan Rakyat

Oleh: Dr Khairuddin Dato' Abdul Malik (gambar)

MENJELANG pembukaan sesi persekolahan yang baru 5 Januari lalu, tiba-tiba Umno mendapat idea jahat terkini untuk memomokkan Kerajaan Pakatan Rakyat Perak.

Pada petang 4 Januari keluar SMS (khidmat pesanan ringkas) di kalangan pemimpin Umno Perak yang berbunyi: "Jam 9.00 pagi 5/1/09 bawa Tan Sri Muhammad Taib (Menteri Pembangunan Luar Bandar) ke Dewan Tadika Kemas Sri Ampang di mana pelajar tadika Kemas dihalang masuk dewan oleh arahan kerajaan negeri, boleh jadi isu kempen kita di Kuala Terengganu."

Maka pada pagi tersebut tidak kurang daripada 50 orang pemimpin Umno di pelbagai peringkat (dari Ahli cawangan sehinggalah Menteri) berduyun-duyun tiba di premis tersebut.

Seawal 7.40 pagi, wakil-wakil media TV3 dan RTM, Jabatan Penyiaran, Jabatan Kemas menunggu di situ. Siapa yang menjemput pihak media tersebut?

Mendapat respon daripada SMS tersebut dan arahan tegas YAB Menteri Besar Perak supaya semua dewan yang digunakan oleh Kemas di Negeri Perak bagi kelas tadika tidak dihalang, maka seawal 7.30 pagi pihak JKK Sri Ampang telah membuka kunci pagar dan kunci pintu dewan. Silapnya rantai pagar yang tidak berkunci tidak dialihkan.

BN kini ketandusan isu sehingga sanggup
mengheret kanak-kanak TABIKA dalam meraih simpati politik.


Apabila penulis sampai ada tiga pelajar tadika menunggu di luar pagar bersama ibu bapa dan seorang guru tadika perempuan berumur sekitar 40-an.

Khuatir suasana itu boleh dijadikan modal lakonan di media, penulis mengarahkan pintu pagar dibuka seluas-luasnya dan meminta pelajar masuk ke dalam dewan.

Drama Umno/Kemas tersebut terserlah apabila tiba-tiba guru Kemas cuba menghalang daripada pintu pagar tersebut dibuka dan mengambil rantai pagar untuk dililit kembali supaya lakonan dapat dipanjangkan sementara menunggu para-para tetamu beliau.

Cikgu tersebut sibuk menelefon meminta tetamunya datang segera ke Sri Ampang. Tentulah tetamu VIPnya adalah Menteri yang secara kebetulan berada di Perak!

Guru tersebut berkeras mengapa hanya sekarang (pagi tersebut) dewan dibenarkan dibuka. Mengapa tidak beberapa hari lebih awal. Isunya mudah. Kerajaan negeri tidak pernah menghalang kelas Tadika Kemas beroperasi.

Isu timbul kerana apabila pihak JKKK (Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung) mengenakan peraturan penggunaan dewan supaya pihak Kemas meminta kunci secara rasmi bagi kegunaan tadika daripada pihak JKKK.

Guru tersebut dilaporkan berkata kepada Ketua Kampung (yang secara kebetulan seorang ustaz bekas pensyarah Politeknik) bahawa beliau tidak akan mahu berjumpa Ketua Kampung untuk mengambil kunci.

Pihak Umno melalui Ketua Bahagiannya menegaskan Ketua Kampung yang sepatutnya meminta kebenaran daripada Kemas jika menggunakan dewan.

Alasannya Dewan itu hak milik Kemas kerana 'orang-orang Umno' yang bersusah payah mendirikannya 20 tahun dahulu.

Bagi JKKK pula, dewan tersebut milik kerajaan dan boleh digunakan oleh sesiapa sahaja untuk aktiviti masyarakat (selain aktiviti politik) kerana dewan itu didirikan di tanah kerajaan. Namun Kemas tidak pernah dihalang untuk terus beroperasi.

Apa yang sebenarnya diperlukan adalah kajian tentang status dewan-dewan orang ramai di seluruh negeri Perak dan peraturan bertulis tentang penggunaan Dewan supaya tidak ada lagi dewan-dewan orang ramai yang dijadikan bilik gerakan pilihan raya Umno/BN.

Tindakan lebih tegas juga diperlukan bagi menangani media tiga suku yang 'hostile' kepada Kerajaan Perak kini.

Antaranya disarankan supaya tindakan undang-undang diambil ke atas Utusan Malaysia kerana menyiarkan dalam ruang Awang Selamat (6 Januari 2009) bahawa Kerajaan Pakatan Rakyat di Perak dan Selangor adalah sezalim Yahudi Israel kerana menghalang pelajar-pelajar Tadika Kemas dalam keadaan Utusan Malaysia menyedari Kerajaan Perak telah pun mengadakan sidang akhbar pada 5 Januari 2009 menafikan tindakan tersebut.

Buktinya di seluruh negeri Perak beratus-ratus Tadika Kemas masih terus beroperasi seperti biasa di dewan orang ramai milik Kerajaan.

Penulis adalah Bendahari Perhubungan PAS Negeri Perak.

Tuan Guru Haji Hadi Awang
Presiden Pas
"Jadi, peliharalah hati supaya ikhlas kerana Allah SWT. PAS meletakkan Islam dalam matlamat dan asas. PAS tidak menjanjikan kebendaan kepada petugas-petugas PAS"
Iklan

Firman Allah SWT dalam surah As-Saff ayat 1-4; " "Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan? (Itu) sangatlah dibenci di sisi Allah jika kamu mengatakan apa-apa yang tidak kamu kerjakan. Sesungguhnya Allah mencintai orang-orang yang berperang di jalan Nya dalam barisan yang teratur, mereka seakan-akan seperti suatu bangunan yang tersusun kukuh."

Dari ayat di atas, Allah menurunkan ayat ini bermula dengan sebab yang berlaku di kalangan para sahabat r.a sebelum diwajibkan perintah berjihad. Lalu mereka bercakap dgn penuh semangat, "bilalah lagi kita hendak berjihad. Sekiranya Allah mewajibkan jihad, kami akan melibatkan diri untuk buat apa sahaja."

Apabila Allah swt menurunkan ayat mewajibkan jihad, rupa-rupanya jihad ini bukan sahaja satu kewajipan, tetapi ianya penuh dengan cubaan dalam diri seseorang. Samada jihad di medan perang atau jihad di medan pilihanraya, berdakwah, ianya penuh dengn ujian dan cubaan. Merek yang berperang di Gaza, tidak putus-putus dihujani oleh roket dan peluru.

Sehingga kini sudah hampir 400 orang mati syahid dan 1000 orang yang cedere.Setelah mereka dikepung beberapa bulan, mereka hadapai ujian dengan penuh semangat. Ada orang yang tahan dengan ujian kelaparan, kesusahan dan kesakitan. Makin sakit, makin lapar, makin ditentang oleh musuh, maka makin meninggi semangatnya.

Ada yang tidak tahan dengan ujian-ujian ini, lalu mereka berundur. Kadang-kadang, pejuang Islam ini diuji dengan cara menyedapkan, mengembirakan dan ujian perasaan yang ada di dalam hati. Kadangkala ada yang tidak tahan menghadapi ujian di dalam hati ini. Oleh itu, janganlah bercakap besar. Ini kerana akan tersungkur di tengah jalan.

Perjuangan Islam, merupakan satu perjuangan yang tidak nampak akan upah atau balasannya. Upah dan balasan ini adalah perkara ghaib. Ia janji dari Allah swt. Firman Allah swt, " Kalaulah sekiranya perjalanan perjuangan Islam itu merupakan benda yang dekat, yang boleh dicapai atau diambil dgn mudah, dan perjalanan yang dekat yang diketahui beberapa hari akan menang, nescaya ramailah yg ikutmu wahai Muhammad." Tetapi perjuangn ini jauh dan banyak kesulitan-kesulitan dan kepayahan-kepayahan.

Yang paling sulit ialah tekanan dalam jiwa dan hati yang sering kali di was-waskan oleh syaitan yang ghaib di kalangan jin dan sebagainya yang mengalir dalam darah kita. Dan juga was-was ini datangnya dari syaitan-syaitan di kalangan manusia itu sendiri.

Bisikan ini merupakan bisikan keraguan bukan hanya berlaku dalam solat tetapi juga ketika berjihad dalam perjuangan. Jadi, peliharalah hati supaya ikhlas kerana Allah swt. PAS meletakkan Islam dalam matlamat dan asas. PAS Tidak menjanjikan kebendaan kepada petugas-petugas PAS.

Presiden mengingatkan kepada orang ramai yang hadir, siapa yang hadir ke cemarah malam ini adalah untuk mendengar nama calon, sama ada menyokong calon atau tidak, ia tidak ada pahala. Tidak ada fadhilat dan kelebihan. Tetapi sekiranya datang ke majlis ceramah itu untuk mendengar arahan dan panduan di dalam perjuangan menegakkan Islam yang bakal diamalkan, maka ia berada di dalam majlis ilmu, dan malaikat bersama-sama. Dan juga mereka ini berada di medan jihad yang ada fadhilat yg besar yang telah dijanjikan oleh Allah.

Oleh kerana perjuangan ini banyak dengan cabaran, bukan hanya berdepan dengan Umno atau Barisan Nasional tetapi berhadapan degan satu kerajaan yang berkuasa di peringkat pusat dan negeri. Dimana kerajaan ini mendapat sokongan dari pelbagai kumpulan yang boleh memberi dan mendapat sumbangan apa sahaja. Jangan sesekali menganggap ini merupakan satu perjuangan yang kecil walaupun ianya pilihanraya kecil, tetapi pada cabarannya sanggat besar.

Oleh itu, ingatlah peringatan yang diberikan oleh Nabi s.a.w kepada golongan Ansar, inilah asas kepada perjuangan Islam yg mesti difahami supaya mendapat fadhilat dan pertolongan dari Allah swt. Mereka yang sanggup memikul tanggungjawab yang disebut di dalam ucapan Rasulullah ini,mereka merupakan orang yang sanggup menyahut seruan Allah dalam Al-Quran " Wahai orang yang beriman, bersabarlah kamu dalam menghadapi penyakit-penyakit yang ada dalam diri kamu sendiri, dan bersabarlah kamu dalam menghadapi musuh-musuh kamu dan beradalah kamu di tempat dimana kamu ditugaskan dan bertakwa kepada Allah supaya kamu dapat kemenangan.

Ia bukan kemenangan percuma tapi bersyarat

Inilah syarat kemenangan yang diletakkan oleh Allah swt. Ianya bukan kemenangan percuma tetapi kemenangan yang bersyarat."Sekiranya kamu menolong agama Allah, nescaya Allah menolong kamu dan menetapkan pendirian kamu." Menolong dan bekerja dengan hati yang ikhlas. Bagi menegakkan agama Allah dengan ikhlas ini, maka Nabi s.a.w mengingatkan para sahabat di kalangan Ansar dengan satu perjanjian setia ketika hendak melakukan hijrah.
Hijrah merupakan satu kemenangan yang dberikan oleh Allah yang menjadi titik noktah ,yang merupakan satu perubahan yang besar dalam sejarah manusia. Siapa yang melibatkan diri dengan hijrah dan menunaikan perkara yang di sebut oleh Nabi s.a.w, "Kamu berjanji untuk mentaati perintah aku di masa rajin, dimasa malas.

Berjanji untuk beri belanja semasa senang atau susah. Kamu berjanji menyuruh kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran. Kamu berjanji untuk bangun mengatakan yang benar dan tidak peduli kepada orang mencela dan berjanji untuk menolong aku yakni Islam. Apabila tiba di madinah, hadapi cabaran-cabarannya sebagaimana kamu pertahankan harta kamu, isteri kamu dan anak kamu. Allah menjanjikan syurga untuk kamu."

Ucapan ini bukan hanya catitan sejara semata-mata, tetapi ia merupakan rukun dan tiang kepada pendokong perjuangan Islam supaya mereka mendapat pertolongan dan keredhaan Allah.

Pertama, Mentaati kepada Allah s.w.t. Mentaati perintah semasa senang dan susah. Dalam setiap keadaan sama ada setuju atau tidak setuju, hendaklah mentaati arahan pimpinan. Bukan melihat kepada siapakah calon yang akan diletakkan nanti. "Kami dengar dan kami taat". Inilah yang Allah hendak membezakan perjuangan yang hak dan batil.

Kedua, sanggup menyumbangkan harta sama ada senang atau susah. Sekiranya tidak ada kewangan, sumbanglah dari segi fikiran, doa dan tenaga. Tidak kira apa sahaja sumbangan. PAS bukan perjuangan yang mengharapkan upah. Allah mengizinkan upah. Tetapi PAS tidak meletakkan upah sebagai matlamat. Tetapi upah untuk menguatkan tenaga dengan makanan demi menjalankan gerak kerja Islam. Sekiranya upah diletakkan satu matlamat, maka tidak ada beza dengan pihak lawan.

Apabila kita meletakkan harga diri kepada keikhlasan, Allah akan tambah pertolongan dari NYA untuk memberi kemenangan kepada PAS. Ia merupakan satu hakikat dimana perjuangan menyuruh kepada kebaikan, mencegah kemungkaran ialah mendirikan kerajaan yang mendaulatkan syariat Allah. Calon yang menang menjadi wakil rakyat untuk bersuara di parlimen. Membentuk akhlak dan menegakkan syariat Islam. Jihad yang paling afdhal ialah sanggup bercakap benar di hadapan kerajaan yang zalim. Ini merupakan hadith sohih.
Kerja yang dilakukan dalam pilihanraya dan inginkan kemenangan merupakan satu perkara yang sangat penting. Jangan peduli kepada orang mencela kerana dengan mendapat celaan merupakan satu pahala. "Demi sesungguhnya jika kamu dapat menarik seorang untuk mendapat hidayah Allah bersama Islam, ia merupakan lebih mahal daripada kenderaan yang paling mahal harganya." Pahala akan berpanjangan walaupun seseorang itu sudah meninggal dunia.



Zaman sekarang seperti berpegang agama ibarat berpegang bara api. Semua amalan ada feqah. Berpolitik pun ada feqahnya yakni faham ajaran Islam yang berkait dengan kerja yang kita buat.
Hadapilah kerja dengan ikhlas supaya kita mendapat pertolongan dan keredhaan Allah. Allah itu Maha Besar, tidak ada yang lebih besar dari Allah s.w.t samada Barisan Nasional atau kuasa-kuasa besar dunia yang lain. - azm _

Mangsa Kebakaran Dapat Rumah Selepas 9 Hari

ALOR SETAR, 31 Disember - Enam keluarga mangsa kebakaran Kampung Madrasah,Kuala Kedah berasa lega apabila menerima bantuan berupa sebuah rumah untuksetiap keluarga yang di peruntukkan oleh Kerajaan Negeri Kedah.


Rumah tersebut diberi kepada mangsa kebakaran secara sewa beli di Taman SriGemilang, belakang kilang Sime Tyres, Jalan Lencong Barat. Mereka bolehmenduduki rumah itu secara percuma dalam tempoh enam bulan mulai 31Disember.

Dengan ini sekaligus menolak dakwaan dua stesen televisyen yang memburukkanAhli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kubang Rotan, YB Mohd Nasir Mustafa yangkononnya hanya pandai menabur janji tetapi tidak menunaikannya. Padahal, YBMohd Nasir hanya berjanji 'akan berusaha' membantu menyelesaikan masalahkediaman mangsa sebelum sesi persekolahan bermula.


YB Mohd Nasir bin Mustafa

(ADUN) Kubang Rotan

"Dalam masa sembilan hari dari tarikh kebakaran berlaku, kita sudah berjayaselesaikan masalah mangsa kebakaran yang kehilangan tempat tinggal. Jika'saya berkata' akan selesaikan dalam masa satu minggu, hanya terlewat duahari sahaja," katanya kepada mangsa kebakaran sewaktu menyerahkan suratpemilikan rumah di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri, Bahagian Perumahan.Turut sama Ketua Penolong Setiausaha Kerajaan (Bahagian Perumahan) EncikSaiful Anwar Azmi.


EncikSaiful Anwar Azmi.
Ketua Penolong Setiausaha Kerajaan (Bahagian Perumahan)

Beliau berterima kasih kepada semua pihak yang tampil membantu mangsakebakaran dan memberi sokongan moral sejak dari mula lagi.

"Pihak kerajaaan akan segera memberi bantuan dari masa ke semasa kepadamangsa kebakaran agar mereka dapat menjalankan kehidupan dengan sempurnaseperti biasa memandangkan kebanyakan mereka kehilangan harta benda semasakebakaran itu.

"Bantuan kewangan juga akan diberikan secepat mungkin bagi membantu mangsakebakaran meringankan beban, lebih-lebih lagi musim persekolah akan tibadan bantuan diperlukan bagi membeli keperluan persekolahan anak-anakmereka," katanya.
Ujarnya lagi, adalah menjadi tanggungjawab kita bersama untuk membantumangsa kebakaran dan memastikan mereka mendapat pembelaan sewajarnya.

Tujuh Pihak Ganding Bahu Bersih Kawasan Kebakaran

Kawasan yang terbakar dibersihkan bersama.
Gambar kecil Abdul Razak Osman dan Mazhar Yusuf
Kuala Kedah - nasib malang yang meninpa enam keluarga dikampung Alai, Lorong Madrasah, disini setelah rumah mereka hangus dijilat api dalam satu kebakaran 21 Disember lalu terus mendapat perhatian pelbagai pihak.


Lebih 100 induvidu yang terdiri daripada tujuh unit iaitu dari Majlis Ketua Kampung (MKK) Majlis Bandaraya Alor Star (MBAS), Pasukan Bomba Sukarela, Kelab Penyokong Pas, Unit Amal Kedah, Pusat Khidmat Wakil Rakyat (PKWR) Kubang Rotan dan Pertahanan Awam berganding bahu membersihkan kawasan tapak kebakaran berkenaan.


Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), Kubang Rotan, Mohd Nasir Mustafa ketika ditemui berkata, gotong-royong tersebut dilakukan bagi membantu kedua-dua keluarga terutama dalam membersihkan sisa-sisa kebakaran yang masih ada.


"Kalau nak diharapkan mereka (mangsa) sendiri yang bersihkan, mungkin memerlukan masa yang lama."


"Sebab itulah sebagai tanda prihatin dengan apa yang menimpa mereka, kami ambil keputusan untuk sama-sama membantu memebersihan tapak rumah mereka agar pembinaan rumah baru untuk mereka dapat dilakukan dengan segera," katanya kepada Sinar Harian disini, kelmarin.


Semantara itu, mangsa kebakaran, Zakaria Md Rejab, 70, berkata, dia amat bersyukur diatas bantuan dihulurkan pihak terbabit terutama dalam kerja gotong-royong membersihakn sisa kebakaran yang masih ada.


"Saya sangat berterima kasih kepada semua pihak yang terlibat kerana prihatin dengan masalah yang dihadapi oleh kami di sini."


"Untuk membina semula rumah ini menjadi seperti sedia kala mungkin memerlukan masa yang panjang tetapi apabila tapak rumah ini sudah dibersihkan untuk memulakan pembinaan rumah secara berperingkat boleh dilakukan dengan segera."


Di samping itu, salah seorang sukarelawan, Mazhar Yusuf,39, berkata dia yang simpati dengan nasib malang yang menimpa enam keluarga berkenaan merasa dengan melibatkan diri dalam gotong-royong berkenaan dapat meringankan sedikit yang terpaksa ditanggung oleh mereka.


"Untuk membantu dari segi kewangan mungkin agar sukar tetapi dengan melibatkan diri didalam gotong-royong pada kali ia mungkin memberi makna besar pada kami semua apabila dapat menyumbangkan sedikit pertolongan kepada mereka"katanya.

KUBANG ROTAN – Enam keluarga yang rumah mereka terlibat dalam kebakaran di Kampung Balai, Lorong Madrasah, Kuala Kedah 21 Disember lalu, kini menarik nafas lega apabila kerajaan memberikan mereka rumah sewa beli milik penuh bayaran secara ansuran.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), Kubang Rotan, Mohd Nasir Musatafa berkata, kerajaan mengambil masa lebih daripada seminggu untuk memberi rumah yang terbaik kepada mangsa kebakaran berkenaan dengan tidak memberi rumah penempatan sementara.
Katanya, ia memperlihatkan kerajaan negeri tidak pernah mengabaikan tanggungjawab dengan menjaga kebajikan rakyatnya memberikan rumah sewa beli berkenaan dan tidak perlu membayar sewa bulanan pada enam bulan akan datang.
“Kerajaan negeri sangat prihatin dengan masalah yang dihadapi oleh mangsa-mangsa kebakaran berkenaan kerana tidak memberi rumah penempatan sementara malah menawarkan rumah sewa beli yang hanya perlu membayar RM70 sebulan pada enam bulan akan datang.
"Kerajaan negeri tidak pernah mengabaikan kebajikan rakyatnya yang ditimpa musibah tetapi adalah perlu sebelum mengambil sebarang keputusan dan tindakan ia memerlukan masa dalam menyediakan yang terbaik untuk rakyatnya," katanya kepada sidang media di sini, kelmarin.
Sementara itu, Mohd Nasir berkata, selain memberikan rumah sewa beli berkenaan kepada mangsa kebakaran, pihaknya juga telah berusaha membantu mereka untuk mendapatkan bantuan zakat daripada Pejabat Zakat Kedah untuk meringankan beban dalam memulakan kehidupan seharian kelak.
“Hari ini (semalam) saya telah menghantar surat kepada pihak berkenaan dengan memohon bantuan zakat bagi mangsa kebakaran berkenaan.
"Saya merasakan bantuan ini perlu bagi mereka kerana seperti yang sedia maklum harta benda hangus di dalam kebakaran berkenaan dan sekiranya mereka memperoleh bantuan zakat, pastinya ia dapat meringankan beban ditanggung mereka," katanya.
Sementara itu, Zakaria Jalaludin, 34, berkata, dia sangat bersyukur dan berterima kasih kepada kerajaan negeri serta semua pihak yang terlibat dalam membantu mereka sekeluarga mendapatkan rumah sewa beli berkenaan.
"Kami sekeluarga berasa terharu dengan pemberian rumah sewa beli berkenaan kerana bukan sahaja tidak perlu membayar bayaran ansuran rumah pada enam bulan akan datang, tetapi bayaran yang dikenakan sangat berpatutan.
"Selain itu, kami sekeluarga merasakan bertuah kerana mempunyai sebuah kerajaan yang mengambil berat mengenai kebajikan rakyat, tambahan pula ketika kami yang sedang dilanda musibah ini," katanya. Seorang lagi mangsa, Zainun Senawi, 65, berkata, sebelum ini rumah didiaminya bersama tiga ahli keluarga termasuk anak dan menantunya, tetapi kerajaan negeri bermurah hati memberikan tiga rumah sewa beli berkenaan.
"Saya bersyukur kerana kami dahulunya berkongsi rumah kerana mahu berjimat, tetapi kerajaan negeri bermurah hati dengan memberikan tiga rumah tersebut untuk satu keluarga satu rumah, ia seperti ibarat 'bulan jatuh ke riba' kepada keluarga kami.
“Saya mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada kerajaan negeri dan pihak yang terlibat dengan memberikan rumah sewa beli berkenaan serta membantu kami dalam usaha menjaga kebajikan kami semua yang ditimpa kesusahan dan musibah," katanya.