Kawasan yang terbakar dibersihkan bersama.
Gambar kecil Abdul Razak Osman dan Mazhar Yusuf
Kuala Kedah - nasib malang yang meninpa enam keluarga dikampung Alai, Lorong Madrasah, disini setelah rumah mereka hangus dijilat api dalam satu kebakaran 21 Disember lalu terus mendapat perhatian pelbagai pihak.


Lebih 100 induvidu yang terdiri daripada tujuh unit iaitu dari Majlis Ketua Kampung (MKK) Majlis Bandaraya Alor Star (MBAS), Pasukan Bomba Sukarela, Kelab Penyokong Pas, Unit Amal Kedah, Pusat Khidmat Wakil Rakyat (PKWR) Kubang Rotan dan Pertahanan Awam berganding bahu membersihkan kawasan tapak kebakaran berkenaan.


Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), Kubang Rotan, Mohd Nasir Mustafa ketika ditemui berkata, gotong-royong tersebut dilakukan bagi membantu kedua-dua keluarga terutama dalam membersihkan sisa-sisa kebakaran yang masih ada.


"Kalau nak diharapkan mereka (mangsa) sendiri yang bersihkan, mungkin memerlukan masa yang lama."


"Sebab itulah sebagai tanda prihatin dengan apa yang menimpa mereka, kami ambil keputusan untuk sama-sama membantu memebersihan tapak rumah mereka agar pembinaan rumah baru untuk mereka dapat dilakukan dengan segera," katanya kepada Sinar Harian disini, kelmarin.


Semantara itu, mangsa kebakaran, Zakaria Md Rejab, 70, berkata, dia amat bersyukur diatas bantuan dihulurkan pihak terbabit terutama dalam kerja gotong-royong membersihakn sisa kebakaran yang masih ada.


"Saya sangat berterima kasih kepada semua pihak yang terlibat kerana prihatin dengan masalah yang dihadapi oleh kami di sini."


"Untuk membina semula rumah ini menjadi seperti sedia kala mungkin memerlukan masa yang panjang tetapi apabila tapak rumah ini sudah dibersihkan untuk memulakan pembinaan rumah secara berperingkat boleh dilakukan dengan segera."


Di samping itu, salah seorang sukarelawan, Mazhar Yusuf,39, berkata dia yang simpati dengan nasib malang yang menimpa enam keluarga berkenaan merasa dengan melibatkan diri dalam gotong-royong berkenaan dapat meringankan sedikit yang terpaksa ditanggung oleh mereka.


"Untuk membantu dari segi kewangan mungkin agar sukar tetapi dengan melibatkan diri didalam gotong-royong pada kali ia mungkin memberi makna besar pada kami semua apabila dapat menyumbangkan sedikit pertolongan kepada mereka"katanya.

0 comments: