oleh: shukri_msr@yahoo.com

KUALA TERENGGANU, 7 Jan – Ketua Kontijen Jentera Pilihanraya PAS Kedah, YB Mohd Nasir bin Mustaffa optimis pengundi Cina di dalam Parlimen Kuala Terengganu kini sudah pun bersedia membuat perubahan pada pilihanraya kecil P036. Rata-rata pendundi yang ditemui beliau telah menyatakan sokongan ini seterusnya berjanji bagi mempastikan kemenangan kepada Calon PAS.

Pilihanraya Kecil ini menyaksikan pertandingan 3 penjuru iaitu Calon PAS, Mohd. Abdul Wahid Endut yang ditentang Calon Barisan Nasional, Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh dan Calon Bebas, Azharudin Mamat @ Adam.

“Kontijen Kedah seramai 300 orang kini sedang bertugas di tujuh Unit Peti Undi dalam DUN Wakaf Mempelam yang terdiri dari Muslimin, Muslimat serta Pemuda dari seluruh PAS Kawasan di Negeri Kedah,” tambahnya. Beliau turut melahirkan rasa syukur kerana semua gerakkerja kini berjalan dengan lancar dan mendapat kerjasama yang baik dari penduduk setempat.

Ketika dihubungi, Mohd Nasir yang juga ADUN Kubang Rotan memberitahu bahawa UMNO/BN telah menggunakan taktik yang sama seperti Pilihanraya Kecil Ijok dengan menurunkan Putrajaya ke Kuala Terengganu. Projek-projek yang dilaksanakan di kawasan ini dengan tujuan untuk menarik perhatian pengundi. Projek dari Kementerian-kementerian berlaku dengan segera di sini.

Kelihatan sebahagian dari 20,000 penyokong yang hadir pada hari penamaan calon

“Kebanjiran pasukan Polis yang terlalu ramai dikerah ke sini juga sedikit sebanyak memberikan kesusahan kepada masyarakat sekeliling dan memberi gambaran seolah-olah sesuatu yang tidak baik akan berlaku. Ini memberi sedikit advantage kepada pihak lawan.” Tambah beliau.

“Saya yakin dan optimis, peluang PAS kali ini cukup cerah,” ujuarnya penuh yakin. Rakyat kini sedar dengan taktik lama UMNO/BN bagi memancing undi. Setiap petugas kita mestilah bekerja keras mengekang taktik kotor mereka ini. Beliau turut menyeru kepada seluruh sukarelawan Kedah agar turun ke Kuala Terengganu membantu memenangkan Pakatan Rakyat. Mereka yang sampai di sini perlu mendaftarkan diri di Bilik Gerakan PAS Kedah supaya dapat diberikan tugas di Tujuh UPU yang dipertanggungjawabkan kepada Kontijen Kedah.



Program Rawatan Kesihatan Percuma turut mendapat sambutan

Mohd Nasir turut ditanya mengenai kenyataan Pengerusi DAP, YB Lim Kit Siang yang menjangkakan bahawa akan berlaku pertukaran kerusi daripada BN kepada PAS pada pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu pada 17 Januari akan datang, beliau berkata kehadiran tokoh-tokoh dan pemimpin-pemimpin politik masyarakat Cina dari seluruh Negara menampakkan kesungguhan mereka dalam mempastikan kemenangan kepada calon kita.

0 comments: