Mohd Sabri Said

PENANTI, "Terima kasih Barisan Nasional (BN) kerana tidak bertanding di Penanti kerana ia memberi laluan mudah untuk Parti keadilan Rakyat (KeADILan) mempertahankan kerusi di situ, " ujar Ketua Perhubungan KeADILan Pulau Pinang, Dato' Zahrin Hashim.

Beliau ketika ditemui di hari penamaan calon pekarangan Institut Kemahiran Belia Negara (IKBM), Penanti menambah, pengunduran diri Barisan Nasional (BN) bukan sahaja memudahkan kempen bahkan terbukti kegawatan BN makin parah.

Jelasnya lagi, namun walaupun laluan agak mudah tetapi penerangan kepada rakyat tetap di teruskan ke kampung-kampung atau taman bagi tujuan menyedarkan mereka tentang kepentingan pilihan raya yang diadakan.

Katanya,Pakatan Rakyat mahukan rakyat dilatih dengan sistem demokrasi yang sah maka kemasukan dalam pilihanraya boleh meningkatkan lagi pengaruh parti yang menyertainya.

"Insya-Allah bila menang nanti kita akan teruskan kerja kerajaan yang kian banyak maklumlah kita mempunyai kerajaan yang seimbang dan telus, " jelasnya.

Tambahnya, untuk mencapai hasrat itu bukan sahaja memerlukan gabungan tenaga bersama bahkan memerlukan kesatuan fikiran.

posted by admin

Tahniah Pak Teh Aris

Saya mewakili sahabat-sahabat semua mengucapkan tahniah kepada Tuan Haji Aris bin Awang yang kami mesra dengan panggilan Pak Teh Aris. Beliau menang tanpa bertanding untuk jawatan Timbalan Pengerusi Tetap Dewan Pemuda PAS Pusat sesi 2009 – 2011.


Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Muktamar PAS kali ke-55,Dato' Mustafa Ali telah mengumumkan senarai akhir calon yang akan bertanding bagi jawatan dalam PAS di peringkat Pusat dan Dewan-dewan. Pengumuman itu dibuat di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut.


Di peringkat DPP Pusat juga tiga jawatan teratas tidak dipertandingkan dan diputuskan melalui syura’. Ketua Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi, Timbalan Ketua Ustaz Azman Shapawi Abd Rani, Naib Ketua Sdr. Ahmad Sabki Yusof.


Semoga di atas perlantikan ini Muktamar Pemuda Pusat akan lebih ceria, bergaya dengan celoteh serta pengalaman beliau mengendalikan perwakilan yang semakin hebat dan matang. Tambahan kelibat pengerusi Tetap Pemuda kali ini ialah Ustaz Misbahul Munir Masduki.

posted by admin

Orang UMNO masuk UMNO di Kuala Kedah.


Sinar Harian melaporkan 20 ahli Pas K Kedah sertai UMNO ! Saya pun terus hubungi PAS Cawangan di kawasan berkenaan untuk bertanyakan perkara tersebut. Mereka di cawangan itu menafikan ada ahli PAS yang menyertai UMNO dalam majlis yang diadakan di sebuah surau di situ. Saya masih tidak berpuas hati. Saya pun minta mereka rujuk gambar yang disiarkan Sinar Harian. Jawabannya serupa. Kata mereka mana ada ahli PAS dalam gambar yang disiarkan, yang sedang menyerahkan borang pun difahamkan pemegang jawatan yang dilantik UMNO. Walaupun banyak yang pakai pelikat dan kopiah putih semua tu ahli UMNO kata mereka.


Nampaknya masih seperti dulu. Orang UMNO masuk UMNO. Serupa juga dengan PRK di Penanti, tak nak masuk pilihanraya kononnya pilihanraya tu permainan PR. Sepatutnya inilah peluang untuk BN buktikan perjuangan mereka kepada rakyat. Pilhanraya medan untuk bawa agenda perjuangan. Ada pilihanraya masuklah, itu tempatnya untuk sebuah parti politik. Beri rakyat buat pilihan bukan bila ada peluang menang baru nak bertanding. Di Perak pun sama. Kenapa sanggup gadai masa depan rakyat, buatlah pilihanraya tak perlu biar krisis yang tidak berkesudahan itu berpanjangan.


Semoga benda-benda palsu dan murahan ini tidak terus diamalkan.


posted by YB Mohd Nasir Bin Mustafa

posted by admin

SUNGAI PETANI, 17 Mei: Tanaman nanas merupakan bidang dan sektor pilihan dalam hala tuju pembangunan pertanian negeri Kedah Darul Aman 2008-2015 di mana nanas yang telah dicuba penanamannya di Daeraj Kota Setar dan Kuala Muda telah menunjukkan prestasi yang baik.
Di bawah hala tuju pembangunan pertanian, sebanyak 10,000 ekar tanah akan dimajukan dengan tanaman nanas di negeri ini.

Pengerusi Jawatankuasa Industri dan Pelaburan, Pertanian dan Industri Asas Tani, Bioteknologi dan Penerangan, YB. Dato’ Ir. Haji Amiruddin Hamzah berkata, hala tuju pembangunan pertanian ini juga mencadangkan nanas ditanam di bahagian selatan Kedah iaitu di Daerah Kuala Muda, Bandar Baharu, Baling, Sik dan Kulim.

"Kita ingin menjadikan negeri Kedah sebagai salah sebuah negeri pengeluar utama nanas di negara ini di samping membolehkan pengusaha di kalangan usahawan dan petani memperolehi pendapatan melebihi RM3,000 sebulan," jelasnya.

Sebagai syarikat milik Kerajaan Negeri, katanya, Kedah Agro Holdings Berhad (KAHB) menerusi anak syarikatnya iaitu Kedah Agro Cashcrop Sdn. Bhd. (KACSB) akan memainkan peranan bagi menyokong semua agensi dan institusi yang berkaitan dengan pembangunan industri tanaman nanas di negeri ini.


Beliau berkata demikian pada majlis perasmian Seminar Penanam-Penanam Nenas Negeri Kedah di Sungai Petani Inn, di sini.


Menurutnya, untuk itu, Kedah Agro akan terlibat secara langsung dalam pembukaan ladang nanas sama ada dilakukan secara usahasama dengan mana-mana pihak dari dalam atau pun luar negeri Kedah.


Beliau menjelaskan, Jabatan Pertanian Negeri Kedah juga bersedia untuk membuka ruang kepada pekebun-pekebun kecil nanas menanam tanaman itu di mana-mana tanah Kerajaan Negeri Kedah yang telah diberikan hak penggunaan kepada Jabatan Pertanian Negeri Kedah.


"Misalnya KAHB menerusi anak syarikatnya, Kedah Agro Plantations Sdn Bhd (KAPSB) telah memperolehi tanah seluas 5,000 hektar di atas kompatmen 4,5,6,7,8,9 dan 10 di Daerah Baling untuk dimajukan sebagai Projek Ladang Hutan Tani," ujarnya.


YB. Dato' Ir. Haji Amiruddin Hamzah berkata, tanah yang akan mula dibangunkan semula dengan tanaman 'Latex Timber Clone' mulai tahun 2009 boleh dijadikan Pusat Tanaman Nanas berskala besar untuk selama beberapa tahun ketika penanaman semula.


Tambahnya, Kedah Agro sedia mempertimbangkan syarikat-syarikat yang mempunyai modal dan teknologi dapat mengusahakan tanaman nanas di sini dan bersedia memberi peluang yang sama kepada pekebun-pekebun kecil lain.


Turut hadir ialah Pegawai Pertanian Daerah Kuala Muda, Encik Mohamed Abdul Rahman dan Pengarah Urusan Kedah Agro Holding Bhd, Tuan Haji Mohd. Anuar Tahir.


Muktamar Ke 55- Coretan 1

BEBERAPA hari lalu seluruh rakyat di Malaysia, terutamanya ahli dan penyokong PAS sudah mengetahui siapa yang layak bertanding pada pemilihan menentukan kepimpinan PAS Pusat bagi sesi Muktamar Agung kali ke – 55 yang akan di adakan pada 4 hingga 7 Jun nanti. Badan Perhubungan PAS Selangor bersiap sedia menanti hampir 10 ribu pengunjung yang terdiri dari perwakilan dan pemerhati untuk Muktamar Penuh PAS Pusat, Dewan Pemuda, Muslimat dan Ulamak.

Seperti yang dijangkakan awal-awal lagi YB Dato' Seri Tuan Guru Hj Abd Hadi Awang mengekalkan jawatan Presiden Parti Islam Se-Malaysia setelah 136 daripada 137 kawasan telah mencalonkan beliau untuk jawatan tersebut. Tahniah!!! Tuan Guru di atas amanah ini.

Seramai 2 orang calon pengerusi tetap, 6 orang calon timbalan pengerusi tetap, 5 orang calon timbalan Presiden, 16 orang orang calon naib Presiden, 86 orang calon ahli jawatankuasa kerja, dan 6 orang calon pemeriksa kira-kira yang layak bertanding dalam pemilihan kali ini.

Jawatan yang menjadi tumpuan pada kali ini ialah perebutan jawatan Timbalan Presiden iaitu seramai lima calon yang layak bertanding iaitu YB Ustaz Nasharuddin Mat Isa (Penyandang/MP Bachok), YAB Dato’ Seri Ustaz Azizan Abd Razak (MB Kedah / Pesuruhjaya PAS Kedah), Dato' Dr. Haron Din (Timbalan Mursyidul Am PAS), YB Dato’ Paduka Haji Husam Musa (Naib Presiden / EXCO Kelantan) dan Haji Mohamad Sabu (Naib Presiden).

Manakala tak kurang hebatnya bagi jawatan Naib Presiden pula seramai 16 orang calon layak bertanding iaitu Ustaz Haji Ahmad Awang, YAB Dato’ Seri Ustaz Azizan Abd Razak, YB Dato’ Ustaz Haji Harun Taib, YB Dato' Dr Hj. Hassan Mohd Ali, YB Dato’ Haji Husam Musa, Ustaz Haji Idris Haji Ahmad, YB Dato’ Kamarudin Jaffar, YB Dato' Haji Mahfuz Omar, Haji Mohamad Sabu, YB Ustaz Mohd Amar Abdullah, YB Dr. Mujahid Haji Yusof Rawa, YB Ustaz Haji Nasharudin Mat Isa, YAB Dato' Seri Ir Nizar Jamaluddin, YB Salahuddin Ayub, YB Ustaz Haji Taib Azamuddin Md Taib dan Dato’ Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man. Selanjutnya, sila rujuk di sini http://muktamar55.pas.org.my/index.php?option=com_content&view=article&id=91:senarai-calon-yang-layak-bertanding-dalam-pemilihan-muktamar-tahunan-pas-ke-55&catid=50:berita-sebelum-muktamar&Itemid=7255&catid=50:berita-sebelum-muktamar&Itemid=72

Inilah nama-nama yang akar umbi, PAS Kawasan-kawasan ketengahkan bagi mengangkat pemimpin yang dikira layak menyandang jawatan-jawatan yang perlu diisi bagi setiap dua tahun sekali sebagaimana yang diperuntukan di dalam Jabatan Pendaftar Pertubuhan Malaysia (ROS). Jawatan-jawatan ini dibolehkan bertanding setelah mereka melepasi kelayakannya.

Walaubagaimanapun, kesemua senarai calon yang layak bertanding boleh menolak pencalonan tersebut dan calon yang tidak memberikan jawapan pula dianggap menolak pencalonan tersebut.

TERIKINI… Kelmarin YAB Dato’ Seri Ustaz Azizan Abdul Razak, Menteri Besar Kedah melalui kenyataan media oleh Setiausaha Akhbarnya Mohd Helmi Mohd Khalid telah mengumumkan menarik diri dari bertanding jawatan Timbalan Presiden dan Naib Presiden PAS. Beliau hanya akan bertanding untuk jawatan AJK Kerja PAS Pusat yang disandangnya kini. Beliau yang pernah menjadi Naib Presiden PAS itu juga ingin menumpukan perhatian untuk memperkemaskan jentera pentadbiran Kerajaan Negeri Kedah dan parti di peringkat negeri. Kenyataan itu dipetik sebagai berkata pihaknya amat menghargai PAS Kawasan-kawasan yang telah membuat pencalonan untuk pertandingan kedua-dua jawatan itu.


Ustaz Azizan antara lima orang yang dicalonkan bertanding, melepaskan peluang jawatan tersebut kepada mereka yang lebih layak dan lebih muda untuk memimpin PAS di peringkat nasional

Manakala dalam perkembangan yang sama, Naib Presiden PAS, Mohamad Sabu telah mengesahkan akan bertanding jawatan tersebut.

Semoga niat suci murni YAB Menteri kita itu akan memberikannya lebih keyakinan dalam semua urusan parti termasuklah hal berkaitan kerajaan negeri. YAB Menteri Besar Kedah juga berkata beliau akan bertanding mempertahankan jawatan anggota jawatankuasa kerja pusat yang disandangnya sejak lebih 10 tahun. "Saya telah lama dalam parti dan jika ada orang lain yang lebih layak dan lebih muda, berilah peluang kepada mereka untuk memimpin PAS di peringkat nasional", katanya.

Penulis mengambil kesempatan ini untuk mengingatkan semua perwakilan yang bakal membuat pemilihan, pemerhati, agen calon, ahli-ahli parti di semua peringkat supaya janganlah menggunakan ruang yang ada ini untuk berkempen secara tidak sihat. Memburukkan calon-calon yang bertanding kerana untuk mempastikan calon pilihan masing-masing mendapat undi adalah sesuatu yang tidak bermoral lari dari ciri sebuah parti Islam. Perwakilan kini bijak membuat pilihan siapa yang layak untuk diisi pada jawatan Timbalan, Naib dan AJK Kerja.

Semua calon-calon yang layak ini ada latarbelakang masing-masing. Ada yang mewakili Ulamak, ada yang mewakili Intelek dan professional, ada yang mewakili akar umbi. Dari mana datangnya mereka ini yang penting sekali perjuangan PAS perlu dipertahankan dan janganlah dengan sedikit ujian ini kita sanggup menyembunyikan dasar perjuangan kita.

Saya juga menasihatkan semua sahabat-sahabat di luar sana supaya janganlah banyak melawak dalam soal ini. Kadang-kadang benda lawak boleh jadi sungguh. Contoh satu pagi di kedai kopi apabila saya singgah untuk minum. Saya jemput kawan minum bersama apabila melihat dia bangun disebabkan nak teruskan tugasnya di pasar. “Nak pi mana, mai minum dulu”, saya menegurnya. Lantas dia menjawab, “Maaf aku orang Husam”. Cakapnya itu memang melawak. Saya tahu dia bukan pun perwakilan, saya pun bukannya perwakilan. Pi kat situ pun bukan apa, singgah minum je. Jadi jemput minum kopi, pi jawab macam tu, pelik juga kita. Nak melawak pun tengok la tempat. Memang ahli PAS amat prihatin dengan isu pemilihan ini. Nak pemimpin yang terbaik. Bukan macam Umno nak menang kena ikut banyak mana pelaburan yang dibuat. Kekadang ayat-ayat melawak itu apabila didengari pihak yang tak bertanggungjawab dilihat sebagai sesuatu yang sungguh-sungguh.

Semakin kuat iman mereka, maka semakin besarlah ujian yang dihadapi. Sabda Rasulullah SAW bermaksud: “Manusia yang paling getir menghadapi ujian ialah para nabi, kemudian orang-orang soleh, kemudian orang seumpamanya, seseorang lelaki diuji mengikut tahap Agamanya (Iman).” Kehidupan di dunia yang sementara ini bukanlah perhentian akhir dalam perjalanan hidup manusia. Ia merupakan jambatan untuk sampai ke akhirat. Hidup di dunia adalah suatu ujian. Setiap manusia tidak akan terlepas dari ujian Allah samada ujian kesusahan atau kesenangan.

Bercakaplah sesuatu itu dengan terbaik dan dalam keadaan sempurna iman. Ingat!!! Ujian getir paling dahsyat sedia menunggu di depan sana. Selamat Berjuang, selamat bekerja, selamat bermuktamar, selamat membuat pembaharuan. Allahu Akbar!!!



posted by admin

Masalah Sosial Kawasan

Pertama sekali saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pengunjung blog ini. Terima kasih yang tak terhingga juga saya ucapkan kepada semua yang memberi komen, cadangan, kritikan yang membina dan sebagainya. Merujuk kepada soalan yang hangat yang diperkatakan dalam blog ini ialah mengenai isu gejala sosial yang berleluasa seperti mat rempit dan pembukaan karaoke dan siber kafe dan sebagainya.


Untuk pengetahuan semua, selaku ADUN Kubang Rotan saya telah pun mengambil beberapa tindakan untuk menangani masalah yang berlaku di kawasan ini. Saya juga telah menyuarakan tentang masalah ini melalui soalan di dalam DUN dan juga agensi-agensi yang terlibat seperti Polis Di Raja Malaysia (PDRM), Pejabat Agama Daerah dan yang berkaitan untuk memantau dan mengambil tindakan terhadap masalah tersebut.


Atas rasa tanggungjawab dan keharmonian bersama, kami menyeru kepada anda semua orang ramai yang amat perihatin di atas isu-isu ini untuk sama-sama membanteras gejala yang berlaku di kawasan kita ini. Demi menyelamatkan kawasan kita, kami menjemput dan mengalu-alukan saudara dan saudari untuk mengambil tindakan seperti berikut:


1- Sila daftar sebagai sukarelawan PKWR Kubang Rotan (dengan cara email nama, alamat dan no. H/P anda) kepada kami di kubangrotan@gmail.com) atau SMS (Taip Sukarelawan PKWR, nama, no H/P) ke no 012-584 0880.


2- Sila hantar aduan secara terperinci dengan perkara-perkara berkenaan kepada PKWR. Di Alamat Pusat Khidmat Wakil Rakyat (PKWR). ADUN Kubang Rotan, 265-A Lorong Peremba 3, Taman Anggerik 2, 05050 Alor Setar, Kedah Darul Aman.


Saya telahpun berbincang dengan YB. Dr. Haji Hamdan bin Mohamed Khalib, selaku Exco Jawatankuasa Belian Dan Sukan, Kesenian Dan Warisan, Kebudayaan berkaitan dengan hal ini bagi membawa sebuah NGO yang aktif dalam hal ini iaitu Urusetia Menangani Gejala Sosial Negeri Kedah Darul Aman http://urusetialandas.blogspot.com/ (Landas) ke DUN Kubang Rotan.


Dalam masa terdekat ini juga, PKWR bersama LANDAS akan turun untuk membuat tinjauan ke atas pusat-pusat berkenaan untuk ambil tindakan lanjut. Terima kasih atas nasihat anda.


SAYA BERSAMA ANDA


MOHD NASIR MUSTAFA – ADUN Kubang Rotan

Posted by admin

Minta MBAS Baiki Segera Padang Awam

Kuala Kedah – Perkumpulan Anak-Anak Nelayan Kuala Kedah menganjurkan pertandingan bola sepak lapan sebelah untuk menarik perhatian pihak Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) membaiki segera padang awam Taman Seri Putra di sini.

Wakil biro sukan kumpulan itu, Ezaham Yahya berkata, pertandingan bola sepak lapan sebelah itu diadakan selama dua hari pada 1 dan 2 Mei lalu di padang awam di sini.

Menurutnya, pertandingan yang dianjurkan Perkumpulan Anak-Anak Nelayan Kuala Kedah itu diadakan untuk mendapatkan perhatian MBAS agar membaiki atau menaik taraf keadaan padang awam berkenaan.

“Kami ingin meminta MBAS turun melihat sendiri keadaan padang awam Taman Sri Putra di sini yang tidak begitu sempurna keadaannya”. Apabila musim hujan air akan bertakung di atas permukaan tanah merah ini. Dalam keadaan seperti itu, bagaimana kami hendak menggunakannya,” katanya kepada Sinar Harian disini.

Peserta pertandingan bola sepak bermain dalam keadaan padang awam yang tidak sempurna dan air bertakung.



Katanya selain mengadakan pertandingan bola sepak lapan sebelah, mereka turut menyerahkan kain rentang meminta PBT membaik pulih padang awam itu yang telah ditanda tangani penduduk ditaman ini.

Wakil penduduk Taman Sri Putra menyerahkan sepanduk yang telah ditanda tangani untuk memohon MBAS baik pulih padang kepada ADUN Kubang Rotan, Mohd Nasir Mustafa (dua dari kiri). Turut mengiringi beliau En. Hamaid Bahari (Kiri), Pengerusi PNK Kuala Kedah yang juga Ahli Majlis Bandaraya.


“Penyerahan banner itu diserahkan kapada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kubang Rotan, Mohd Nasir Mustafa.”

“Kami mohon tindakan segera untuk baik pulih padang awam ini memandangkan penduduk taman ini terutama anak muda sering bermain disini. Apabila hujan air bertakung atas permukaan dan kami tidak dapat menggunkan padang ini” katanya.

Ezaham berkata, dengan penyerahan sepanduk itu, diharap MBAS mengambil tindakan segera dengan membaiki keadaan padang itu yang agak teruk.

“Penduduk di taman ini benar-benar memohon jasa baik MBAS mempercepatkan proses pembaikan padang awam Taman Sri Putra ini.”katanya.

petikan dari Sinar Harian




Kerajaan Negeri Kedah melalui PKNK telah menyerahkanbangunan restoran yang tidak diduduki semenjak 7 tahun lalu. Restoran ini dibina di zaman Dato’ Seri Syed Razak. Restoran yang dinamakan Restoran Bahtera Nelayan (RBN) kerana senibina tapaknya berbentuk sebuah kapal.

Persatuan Nelayan Kawasan Kuala Kedah telah diberi kepercayaan oleh Kerajaan Pakatan Rakyat untuk mengendalikan perniagaan ini walaupun sudah 5 tahun membuat permohonan kepada kerajaan terdahulu. Atas pengalaman PNK Kuala Kedah yang mempunyai dua cawangan, persatuan ini dilihat mampu menguruskan sebuah lagi restoran.

Berkonsepkan restoran di dalam hutan bakau di pesisir Sungai Kedah, RBN mampu menjadi satu produk baru di DUN Kubang Rotan khasnya dan di Negeri Kedah amnya. Restoran yang dibina dengan kos hampir RM6 juta oleh Seri Temin Develeopment Corporation Sdn. Bhd sebuah syarikat GLC Kedah menyajikan hidangan istimewa beraneka jenis masakan kari. Kari Kepala Ikan, Kari Sembilang, Tenggiri, Jenahak serta Mee Udang.

Majlis Pembukaan dimulakan dengan bacaan Yaasin oleh lebih 50 orang kanak-kanak yang dikelolakan oleh Paklong Mat dari Kuala Kedah. Beberapa orang Ahli Lembaga Pengarah termasuk Abdul Hamid Bahari, Pengerusi PNK Kuala Kedah turut hadir pada Sabtu, 02 Mei 2009 lalu.

ADUN Kubang Rotan, YB Mohd Nasir sudi hadir menjamu selera pada jam 5 petang, 03 Mei 2009. Kedatangan beliau disambut salah seorang ALP PNK Kuala Kedah, En. Ahmad Ruddin bin Husain, Penolong Pengurus PNK Kuala Kedah, En. Mohd Syam, En. Azizan Endut, ALP PNK serta beberapa orang kakitangan pejabat. Mee Udang Istimewa menjadi pilihan beliau pada petang tersebut.

Diberitakan pada 16 Mei ini, YAB MB Kedah, Dato’ Seri Ustaz Azizan serta beberapa orang Exco akan hadir untuk makan tengahari di RBN.


Sebelum rombongan kami pulang, tak putus-putus pengunjung tiba bagi mencuba hidangan yang disediakan di RBN ini. Antara yang baru tiba ialah Pengarah LKIM Perlis,

En. N.Hashim bin Ab. Rahman. Beliau yang juga Bekas Pengarah LKIM Kedah datang

bersama keluarga. Kelihatan beliau dan YB sempat meluangkan masa hampir 15 minit berbual mengenai nelayan.
Kami berharap semua pengunjung blog ini dapat mencuba masakan di RBN ini. Lokasinya yang menarik iaitu di Kg. Kelonchor, Kubang Rotan. Pastikan anda melalui Tandop Ikan Kubang Rotan kemudian bergerak ke Kompleks Baru LKIM di situ dan hanya 1 KM dari situ.

Untuk tempahan anda bolehlah menghubungi En. Syam (019-4181389), Pejabat PNK (04-7621389)

posted by admin

Marilah Munajat Bersama

Marilah kita sama-sama bermunajat kepada Allah S.W.T agar Raja Nazrin mengistiharkan pembubaran DUN Perak dengan segera. Keadaan sekarang kecoh yang agak keterlaluan disamping 2 Menteri Besar, 2 Barisan Exco. Sekarang sudah ada 2 speaker dan 2 persidangan DUN yang bersidang apabila BN membuat sidang haram walaupun persidangan belum dirasmikan oleh Raja Nazrin.

posted by admin

DUN Perak kecoh, BN-PR bertegang

Persidangan DUN Perak yang dinanti-nantikan - menentukan hidup mati pentadbiran menteri besar Pakatan Rakyat, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin dan kestabilan kerajaan pencabarnya Datuk Zambry Abd Kadir - bermula seawal menjelang subuh hari ini apabila sekumpulan penyokong PAS mengadakan solat hajat di Manjoi, beberapa kilometer dari pusat bandar Ipoh.

Berikut perkembangan terkini di Perak:
11.22am V Sivakumar, speaker Pakatan, memulakan semula persidangan DUN walaupun R Ganesan, speaker BN, menangguhkannya sebentar tadi.

Walaupun tanpa mikrofon, Sivakumar tetap meneruskan arahannya yang awal agar tujuh ADUN BN termasuk menteri besar mereka Zambry dan tiga wakil bebas meninggalkan dewan.


Jika mereka enggan berbuat demikian, beliau enggan memulakan persidangan tersebut.


Kedua-dua pihak bertikam lidah sekali lagi dari tempat duduk masing-masing, tidak seperti tadi.

Wakil-wakil rakyat Pakatan berkumpul di sekeliling menteri besar mereka Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin dan berbincang dengan mereka tindakan selanjutnya.Kedua-dua pihak masih bertegang leher tetapi tidak sehangat tadi.


11.13am Zambry membawa usul agar persidangan dewan ditangguhkan dan ia diluluskan. Persidangan dewan ditangguhkan, kata Ganesan.


Pemangku Raja Perak, Raja Nazrin Shah yang dijadualkan membuka secara rasmi persidangan hari pertama belum boleh memasuki dewan.


11.01am Wakil-wakil BN berdiri mengelilingi timbalan Speaker, Hee Yit Fong dan menteri besar mereka Zambry.


Mikrofon Speaker kini dimatikan tetapi mikrofon depan Hee dan Zambry masih berfungsi walaupun telah dimatikan sebelumnya.
Dengan perlindungan kumpulan ADUN BN itu, Hee mengumumkan beliau kini sebagai pemangku Speaker dan mengarahkan pengawal keselamatan dewan menghalau V Sivakumar daripada kerusi Speaker.

Mereka bagaimanapun tidak bertindak mematuhi arah tersebut.

Kemudian Zambry mengusulkan Sivakumar digugurkan sebagai Speaker dengan sokongan tangan semua ADUN BN. Zambry kemudian membawa usul melatikan R Ganesan sebagai Speaker baru.
Dengan cepat Ganesan datang dan menerima pakaian rasmi Speaker, memakainya, mengangkat sumpah dan menandatangani beberapa dokumen berkaitan di tempat ADUN BN.

Sivakumar masih duduk bertahan di kerusinya, sambil menjerit "Speaker (Ganesan) ini haram", "selagi Speaker ada di sini, Speaker ini (Ganesan) adalah haram" dan "Perak ada Speaker haram."

Ganesan kini cuba mengambil alih perjalanan dewan dan wakil-wakil BN membawa beberapa usul lagi.

Sivakumar kemudian bangun semula dan mengumumkan - tanpa mikrofon - semua usul yang dibawa sebentar tadi ditolak oleh beliau sebagai Speaker.

ADUN Pakatan bersorak gembira. Kumpulan wakil rakyat BN mengabaikan arahan Sivakumar, dan meneruskan dengan usul bahawa perhimpunan di bawah pokok, pada awal Mac, anjuran Pakatan Rakyat sebagai tidak sah.

10.35am Kedua-dua kumpulan wakil rakyat BN dan Pakatan terus bertegang. Speaker terus mengulangi bahawa usul yang dibawa Zambry untuk menggantikan beliau terbatal dan tidak sah, sementara menteri besar BN itu tetap bertegas Speaker itu telah diganti.


Speaker mengarahkan pengawal keselamatan dewan menghalau keluar tujuh wakil rakyat BN, termasuk Zambry, dan tiga bebas. Pengawal bagaimanapun enggan berbuat demikian.


Kedua-dua pihak berkerumun di kerusi menteri besar di dalam dewan dan terus bertikam lidah. Setiausaha dewan cuba campur tangan tetapi ADUN Pakatan mengawalnya, sementara Speaker tidak melayannya.


Zambry cuba mengumumkan Speaker telah ditukar tetapi tetapi semua mikrofon ADUN telah dimatikan kecuali di depan Speaker. Setiap kali Zambry cuba bersuara, ADUN Pakatan Rakyat membuat bising.

Suasana tegang berlanjutan.

Pemangku Raja Perak, Raja Nazrin Shah yang dijadualkan membuka secara rasmi persidangan tersebut belum boleh memasuki dewan akibat ketegangan tersebut.

10.20am Suasana kecoh di dalam dewan apabila kedua-dua kumpulan wakil rakyat BN dan Pakatan Rakyat masing-masing bangun untuk campur tangan keputusan Speaker, V Sivakumar.

Sekumpulan ADUN Pakatan menghalang setiausaha dewan Abdullah Antung - yang juga digantung tugasnya - duduk di depan Speaker untuk memulakan persidangan.
Mereka menggesa Abdullah agar tidak campur tangan dengan alasan beliau hanya seorang kakitangan kerajaan.

Tindakan itu mendorong wakil-wakil rakyat BN bangun dan turut berhujah. Kedua-dua pihak saling bertengkar dan menjerit-jerit. Suasana dewan menjadi tidak tentu hala.

Bagaimanapun tiada pergaduhan fizikal berlaku.

Menteri besar BN Datuk Zambry Abd Kadir cuba berkata sesuatu tetapi Speaker menjawab bahawa beliau enggan mendengarnya. ADUN-ADUN Pakatan juga cuba menghalang Zambry bercakap.

Menteri besar BN cuba membawa usul menggantikan Speaker tetapi ditolak.


10.19am Dua ahli parlimen Pakatan Rakyat ditahan polis berdekatan DUN Perak kerana memasuki kawasan larangan polis 500 meter dari bangunan tersebut.

Wakil rakyat PAS bagi Parit Buntar, Mujahid Yusof Rawa dan wakil PSM bagi Sungai Siput, D Jeyakumar antara ADUN dan ahli parlimen pembangkang yang telah ditahan.

9.55am Speaker DUN V Sivakumar mengarahkan Menteri besar BN Datuk Zambry Abd Kadir dan enam exconya - yang digantung oleh jawatankuasa khas dewan tersebut - keluar.

Beliau enggan memulakan persidangan jika ketujuh-tujuh itu enggan mematuhi arahannya. Wakil-wakil Pakatan Rakyat menepuk meja sebagai tanda sokongan

Tindakan tersebut bermakna Speaker - yang mempunyai kuasa tersendiri dalam cabang legislatif - tidak mengiktiraf keputusan mahkamah yang telah membatalkan penggantungan yang dibuat oleh DUN

Sivakumar, yang mengetuai jawatankuasa hak dan kebebasan DUN Perak, juga mengarahkan tiga ADUN bebas meninggalkan dewan.

Ketiga-tiganya dianggap telah meletakkan jawatan awal Februari lalu, sebelum rampasan kuasa BN.

Wakil-wakil Pakatan Rakyat menepuk meja dan menjerit "keluar" ke arah 10 ADUN tersebut, tetapi mereka masih berdegil.

ADUN Pakatan dan BN masing-masing menjerit ke arah satu sama lain.

Speaker DUN terus mengarahkan 10 ADUN itu meninggalkan dewan. Kedua-dua pihak BN dan Pakatan masih saling jerit-menjerit ke arah satu sama lain.

9.45am Ketua Pemuda PAS Salahuddin Ayub, yang juga ahli parlimen Kubang Kerian, ditahan polis di belakang bangunan utama pentadbiran Perak - yang menempatkan DUN.

9.30am Raja Muda Perak, Raja Nazrin Shah tiba untuk memeriksa perbarisan di luar dewan DUN.

Kedatangan baginda disambut dengan rasa hormat semua ADUN Pakatan Rakyat, mereka semua berdiri, tidak seperti sikap mereka terhadap Menteri besar BN Datuk Zambry Abd Kadir yang tidak menerima penghormatan itu.


9.24am Menteri besar BN Datuk Zambry Abd Kadir tiba untuk memeriksa perbarisan di luar dewan DUN sebelum pembukaan rasmi sidang. Beliau berjabat tangan dengan Speaker DUN V Sivakumar, juga seorang ADUN DAP bagi Tronoh.
9.23am Bilangan anggota polis yang kebanyakan berpakaian biasa - dalam vest kuning bertulisan "polis" - semakin ramai di bangunan Umno.

Suasana tenang, helikopter kelihatan mengawal dari udara.

9.00am Ahli parlimen PKR-Ampang, Zuraida Kamaruddin [foto, serba hitam] dan ADUN Ayer Keroh (Melaka) Khoo Poay Tiong - yang ditahan - dibawa di dalam trak polis.

Mereka menjerit "1Black Malaysia", "bubar DUN" dan "reformasi."
8.50am Sekurang-kurangnya 11 orang ditahan polis, termasuk ahli parlimen PKR-Ampang, Zuraida Kamaruddin, ADUN Teratai (Selangor) Janice Lee [foto, tersenyum] dan ADUN Ayer Keroh (Melaka) Khoo Poay Tiong
8.40am Semua lebih kurang berada di perkarangan lobi bangunan Umno Perak, beberapa kilometer dari bangunan DUN. Sepanduk yang direntang berbunyi, antaranya, "kami anti penderhaka, pertahankan hak rakyat, biarkan DUN bersidang dengan aman."
Mereka juga melaungkan "daulat tuanku."

8.35am Mohamad Nizar dan semua ADUN Pakatan masuk ke Bangunan Perak Darul Ridzuan. Semua pengawal peribadi mereka disekat masuk di pintu utama. Pemandu dibenarkan masuk.

8.30am Semua ADUN Barisan Nasional tiba di Bangunan Perak Darul Ridzuan dalam sebuah bas. Mereka disambut oleh sekumpulan penunjuk perasaan yang berpakaian hitam di luar bangunan tersebut - yang menempatkan DUN Perak.Tiga orang ditahan polis, termasuk ADUN Ayer Keroh (Melaka) Khoo Poay Tiong.

7.55am Kira-kira 100 penyokong BN berkumpul di bangunan Umno, beberapa kilometer dari bangunan DUN Perak.

7.45am Kawalan keselamatan ketat di Bangunan Perak Darul Ridzuan - yang menempatkan DUN Perak - bagi menghadapi sebarang kemungkinan pada hari pertama persidangan yang akan dibuka secara rasmi oleh Raja Muda Perak.



KUALA LUMPUR, 6 Mei (Hrkh) - Naib Presiden PAS, Mohamad Sabu ditangkap polis jam 3.10 petang tadi di hadapan Restoran Haslam, Jalan Pahang Barat dekat sini.

Sekumpulan anggota polis di percayai Speciah Branch, dengan tiga buah kenderaan, menyerbu beliau, sebaik sahaja Naib Presiden PAS itu keluar dari restoran berkenaan.

Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Salahuddin Ayub yang berada di tempat kejadian, menyelar tindakan polis yang dianggap beliau tidak bertamadun itu.

"Tangkapan dibuat secara kasar dan tidak bertamadun, mereka (polis) menyerbu dengan menangkap beliau tanpa mengemukakan waran.

"Saya dan beberapa rakan lain cuba membantu abang Mat (Mohamad Sabu) tetapi dihalang anggota yang ramai," ujarnya kesal.

Dipercayai penangkapan terhadap Naib Presiden PAS ini dibuat ada kaitan dengan perhimpunan munajat yang akan dianjurkan subuh esok (7 Mei), bersempena persidangan Dewan Undangan Negeri Perak.

Ianya berkemungkinan susulan daripada penahanan aktivis Bersih, Wong Chin Huat dirumahnya semalam.

"Ke mana Mohamad Sabu dibawa, apa tujuan mereka tidak diberitahu," kata Salahuddin.

Berita lanjut menyusul.

Pemilik ni asal orang Kbg Rotan, jiran YB

D'Ceri Rai Anak-Anak Yatim

LUNAS - Berikutan kegawatan ekonomi global, seorang pengusaha bas, Samad Ismail bertekad melabur hampir RM 30 ribu untuk membuka mini esplanade dengan nama “D’ Ceri” di Taman Selasih.

Samad Ismail yang juga dikenali dengan nama Pak Lang berkata, sebagai memenuhi tanggungjawab khidmat sosial, D’ Ceri menawarkan 10 tapak gerai makanan dan minuman kepada warga tempatan Taman Selasih.Peniaga-peniaga berkenaan dikecualikan daripada membayar sewa tapak setiap bulan sebaliknya mereka hanya perlu menjelaskan bil air dan elektrik di gerai masing-masing sahaja.

Ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan Kulim Hi-Tech yang juga Pengerusi Rukun Tetangga Taman Selasih Zon 2, Haji Elias Saad berkata, “Di awal kalam, kita menjemput anak-anak yatim yang disayangi Rasulullah untuk meraikan D’Ceri agar usaha-usaha ini mendapat keberkatan.” “Apabila ruang siber disediakan, lebih mudahlah orang-orang dewasa di sini mengawaselia pergerakan anak-anak muda daripada terjerumus ke dalam aktiviti-aktiviti yang tidak berfaedah.” kata Haji Elias.

Sementara itu, Ketua Komuniti Taman Selasih, Haji Halim Haji Ismail berkata, “saya gembira mini esplanade segera dilancarkan kerana di tepi bukit D’ Ceri inilah anak-anak muda sering melepak untuk membuang masa dengan menghisap dadah dan menghidu gam.”

Pada majlis pelancaran D’ Ceri itu seramai 60 orang anak-anak yatim daripada Rumah Anak Yatim BEDAYA, Kulim dan Pertubuhan Pembangunan Anak-anak Yatim Bekas Perajurit Malaysia Daerah Kulim (di Kelang Lama) menyertai majlis bacaan Yassin.

Pemilik D'Ceri ini, Abdul Samad Bin Ismail asalnya orang Kbg Rotan, jiran dan kawan dengan YB. Kat kampung lebih mesra dengan Mat Not Hj. Aishah

Menara Umno Penang

1. Berlakunya harta wakaf dijadikan hak politik. Menara UMNO Pulau Pinang di Jalan MaCalister di dirikan atas sebidang tanah wakaf. UMNO menempatkan pejabatnya di situ dan dua tingkat di menara itu disewakan kepada Majlis Agama Islam Pulau Pinang.


2. Pada asalnya, tanah di Jalan Macalister di mana tersergamnya Menara UMNO Pulau Pinang telah di wakafkan kepada wakil UMNO dengan syarat di bangunkan sebuah bangunan tidak melebihi lima tingkat dan hanya boleh digunakan untuk aktiviti politik serta masyarakat umum.


3. Antara tahun 1954 – 1972, UMNO telah gagal melangsaikan cukai tanah / pintu keatas tanah serta bangunan tersebut berjumlah RM14,000.00. Walahal, menurut perjanjian wakaf UMNO seharusnya bertanggungjawab terhadap segala pembayaran cukai keatas tanah tersebut.


4. Tanah itu telah di sita oleh kerajaan negeri pada tahun 1973 dan telah di letakkan dibawah Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP). MAIPP telah membangunkan Menara UMNO dibawah program pembangunan tanah wakaf.


5. Pada akhir tahun 2005 Syarikat JKP Sendirian Berhad, sebuah syarikat bawah Finance Ministry Incorporated telah memperolehi Menara UMNO daripada Amanah Capital Berhad.


6. Mengapa satu harta benda yang dimiliki oleh pihak kerajaan ataupun anak-anak syarikat berkaitan kerajaan masih dianggap sebagai Menara UMNO Pulau Pinang? Mengapa bangunan ini yang sepatutnya dimiliki oleh JKP Sendirian Berhad masih dikenali sebagai Menara UMNO? Di sudut bangunan ini terdapat pusara lama yang cuba disembunyikan dengan penanaman pokok sekelilingnya.
Menurut sejarah, pusara lama ini telah cuba dipindahkan semasa pembinaan bangunan tersebut tetapi dengan terjadinya beberapa perkara aneh saperti kerosakan jentera termasuk kematian pekerja, usaha itu telah dihentikan dan kubur itu ada di tapak tersebut hingga ke hari ini.

Di sudut bangunan ini terdapat pusara lama yang cuba disembunyikan dengan penanaman pokok sekelilingnya.

7. Beberapa percubaan telah dibuat oleh waris untuk menuntut hak milik atau pampasan kerana ternyata UMNO telah melanggar syarat yang ditetapkan dalam perjanjian wakaf. Namun pelbagai alasan diberi, termasuk UMNO yang diwakafkan tanah tersebut telah diharamkan, Menara UMNO itu sebenarnya bukan milik UMNO Pulau Pinang dan berbagai bagai lagi.


8. Usaha untuk berbincang dengan ketua ketua UMNO cuma di balas dengan tawaran jawatan dalam UMNO Pulau Pinang. Antara ketua ketua UMNO pada masa itu yang dihampiri untuk membincangkan perkara itu termasuk Dato Seri Anwar, Dato Ibrahim Saad, Tun Abdullah dan juga Dato Helmi.
"Artikel yang kami terima melalui email untuk renungan rakyat Malaysia"


posted by admin

Tahniah Kepimpinan Ulamak

Berusahalah mengenali kebenaran.....

Sejak 1982 bermulalah konsep kepimpinan ulamak di dalam PAS yang ada tempias dari Revolusi Islam Iran (sejarah yang tidak dapat dinafikan). Sebelum itu PAS di pandu oleh ulamak melalui Dewan Ulamaknya jika ada perkara berbangkit yang tidak dapat diselesaikan oleh Jawatankuasa PAS Pusat terutama dalam soal syariat Islam.

Untuk memantapkan konsep kepimpinan ulamak maka Perlembagaan PAS telah dipinda melalui muktamar khas dan selepas itu diterima oleh Pendaftaran Pertubuhan Malaysia dengan memasukkan Fasal 7 - Hukum, Kekuasaan dan 'MAJLIS SYURA ULAMAK' yang telah memperincikan syarat-syarat kelayakan minima untuk menjawat jawatan sebagai Ahli Majlis Syuraa Ulamak.

Secara ringkas dapat difahami bahawa Majlis Syura Ulamak adalah badan tertinggi yang akan mengawal hala tuju PAS agar tidak terpesong dari landasan Islam yang diperjuangkan. Konsep ini telah diterima dengan baik oleh seluruh ahli PAS dan inilah perbezaan dan kelebihan PAS dari semua parti politik dan NGO Islam yang ada di Malaysia ini.

Alhamdulillah, hasil dari memahami konsep kepimpinan ulamak ini, maka tuan-tuan guru PAS di segenap cerok rantau Malaysia ini telah turun tanpa jemu mengadakan kuliah umum, ceramah, usrah, tamrin, muqayyam, kuliah tafaquh, qiamullail, khemah ibadah, Ilham dan sebagainya dan seterusnya program mereka ini dirakam dan di hebahkan melalui kaset, tulisan, kertas kerja, video, CD, VCD, internet untuk mendidik seluruh ahli-ahli PAS menjiwai perjuangan Islam dengan sebenar-benarnya.

Alhamdulillah hasil usaha mereka ini sejak tahun 1982 yang nama mereka terlalu banyak untuk disenaraikan seperti nama-nama besar iaitu Al-Marhum Tuan Guru Hj Yusuf Rawa, Tuan Guru Hj Nik Abd Aziz Nik Mat, Al-Marhum Ustaz Hj Fadzil Noor, Tuan Guru Hj Abd Hadi Awang, Ustaz Hassan Shukri, Ustaz Hj Harun Taib, Al-Marhum Ustaz Azahari Abd Razak, Allahyarham Tuan Guru Hj Yahaya Junid, Dr. Daeng Sanusi Daeng Mariok, Tuan Guru Hj Mohd Ariff, Allahyarham Pak Yazid dan nama-nama kecil di Kedah seperti Ustaz Awang Lanai, Tuan Guru Hj Abd Rahim, Pak Long Sheikh Mohammad, Allahyarham Ustaz Ahmad Yusof, Tuan Guru Hj Yusuf, Tuan Guru Hj Abdullah Samah dan banyak lagi.....

Usaha ulamak-ulamak ini tidak sia-sia, usaha mereka berhasil, anak-anak muda ketika tahun 1982 yang masih terawang-awang tanpa hala tuju yang jelas telah muncul sebagai tokoh yang mampu memimpin perjuangan Islam melalui wadah PAS ini walaupun mereka bukan mempunyai ijazah kedoktoran atau master dalam bidang keagamaan seperti Dr. Mashitah, Dr. Hamid Othman, Dr. Yusuf Noor dan tidak pernah makan gaji kerana mengajar di universiti-universiti, tetapi mereka telah di pasak kukuh dengan aqidah perjuangan, memahami secara teori dan praktik segala selok belok kehidupan di maya pada ini, sedia menempuh berbagai menah dan tribulasi dan telah sekian lama menjadi murabbitun kepada perjuangan menegakkan Islam yang suci.

Sekali lagi sekalung taniah kepada ulamak besar dan kecil PAS yang telah berjaya melahir kepimpinan berkaliber melalui Universiti Islam Terbuka pertama di Malaysia oleh PAS sejak 1982. Hasil graduan yang kamu telah lahirkan adalah insan yang hebat walau mereka tidak pernah duduk dikerusi pengajian Islam secara khusus. Antara ribuan graduan dari Universiti Islam Terbuka PAS sejak 1982 yang layak diberi segulung ijazah kedoktoran ialah Dr. Hj Mustaffa Ali (Terengganu), Dr. Hj Mohamad Sabu (Penang), Dr. Hj Husam Musa (Kelantan), Dr. Subky Latiff (Wilayah), Dr. Hj Mahfuz Omar(Kedah), Dr. Hj Solahudin Ayub (Johor), Dr. Syed Azman Syed Nawawi (Terengganu), Dr. Wan Mutalib Embong (Terengganu), Dr. Mazlan Aliman (Johor), Dr. Sidek Noor(Perak), Dr. Ir. Hj Phahrolrazi Zawawi (Kedah), Dr. Hj Yusuf Husin (Pak Cop Memali), Dr. Hj Khalid Samad, Dr. Takiyudin Hassan, Dr. Cikgu Husin (Terengganu), Dr. Hj Zulkifli Mamat (Kelantan), Dr. Ariffin Deraman (Terengganu), Dr. Hanifa Maideen, Dr. Wan Nik Yusof (Kelantan), Dr. Hj Sobri Awang (Kedah)........... yang muslimat pun ramai telah layak untuk diberi gelaran doktor sejak yang dididik sejak awal konsep kepimpinan ulamak diperkenalkan tahun 1982 dulu... aduh lengoh jari untuk di masukkan nama-nama mereka yang telah layak untuk di beri gelaran doktor.

Persoalannya? Siapakah yang akan mengiktiraf graduan yang telah berjaya dikeluarkan oleh Universiti Islam Terbuka PAS hasil kerahan keringat, tenaga, masa, hatta nyawa oleh ulamak-ulamak besar dan kecil di dalam PAS ini, jika kita sendiri tidak mengiktirafnya.

Bagi saya mereka yang tersebut di atas cukup mampu untuk menggalas amanah kepimpinan dimana sahaja tanggungjawab yang diberikan kepada mereka. Percaya dan yakinlah dengan produk kita sendiri, insyaAllah kita tidak akan jadi seperti Tipah.

SELAMAT BERMUKTAMAR DENGAN TEMA "BERSAMA MENUJU KE ALAM BAQA' "

petikan dari http://arisawang.blogspot.com/

Munajat Perdana Di Ipoh

Assalamualaikum warahmatulLAH
Muslimin dan muslimat ahli dan penyokong PAS seluruh Malaysia di jemput dengan segala hormatnya, meninggalkan sekejap keselesaan berada di atas tilam empuk dalam rumah masing-masing diwaktu dingin hujung malam, diketika manusia lain enak dibuai mimpi indah dan ngeri.
Kita sebagai pejuang Islam, pejuang kebenaran, pejuang keadilan, pejuang rakyat, pejuang kemanusiaan marilah bingkas bangun pada jam 4.00 pagi 7 Mei 2009 sama-sama menyucikan diri dengan siap berwudhuk, membawa mineral water sebagai persiapan kecemasan jika terbatal wudhuk, membawa sejadah atau tikar, berbaju hitam sepekat malam tanpa bintang, beristighfar memohon keampunan kepada yang Esa dengan penuh tawajuh dan seterusnya bersedia di lokasi menanti pimpinan memulakan acara Munajat Perdana yang akan berlangsung seperti maklumat di bawah:-
Tujuan Munajat: Memohon DUN Perak Dibubarkan dan Memberi Keamanan Kepada Seluruh Rakyat Negeri Perak.
Lokasi: Masjid Al-Ittihadiah, Kampung Tengku Husin Baru, Manjoi, Ipoh, Perak.
Tarikh: 7 Mei 2009/ 12 Jamadilawal 1430
Hari: Khamis
Masa: Jam 5.00 pagi
Pakaian: Menutup Aurat, berbaju hitam simbolik 'One Black Malaysia'
Perhatian:
1. Kalangan bukan Islam dari kaum Tionghua, India, Sikh, Siam, Iban dan sebagainya juga dijemput untuk sama-sama berkumpul ditempat khas yang disediakan di lokasi munajat.
2. Tolong jemput atau kejutkan kawan-kawan yang sedang lena untuk sama-sama mengadap Allah yang Esa di rumahNya pada pagi tersebut.
Tiada lagi tempat kami mengadu melainkan kepada Mu Ya Allah..... terimalah doa kami Ya Allah.... hak kami sebagai rakyat telah dicerobohi Ya Allah..... Ya Allah kami berhimpun dipagi yang dingin ini tidak lain semata-mata untuk memohon kepada Mu berilah petunjuk kepada kami.... bebaskanlah kami dari penindasan mereka yang menindas.... lembutkanlah hati mereka Ya Allah.... teguhkanlah pendirian kami Ya Allah...... perbaikilah amalan kami Ya Allah.... berikanlah keampunan kepada kami, kedua ibu bapa kami, seluruh pejuang Islam dan berikanlah hidayah kepada mereka yang bersama kami untuk sama-sama mendaulatkan Agama Mu Ya Allah.... Ameen Ya Rabbal A'lameen.
Sebarang maklumat tambahan hubungi PAS Pusat, Dewan Pemuda PAS Pusat dan Dewan Muslimat PAS Pusat, Badan Perhubungan PAS Perak serta PAS Kawasan seluruh Malaysia.

PKWR mengucapkan terima kasih kepada seluruh petugas yang bertungkus lumus berganding tenaga menjayakan Program Motivasi Rakyat bagi siri ke-5 yang diadakan pada 01 Mei 2009, Jumaat Jam 9.30 Mlm di Dewan Orang Ramai Tongkang Yard.

Motivasi ini berbentuk kuliah bertajuk Mencari Kebenaran. Hebatnya program kali ini selain dihadiri hampir 800 orang, di buat bersebelahan flat Tongkang Yard yang dihuni oleh kaum Melayu, Cina dan India. Tentulah corong-corong kita dihalakan ke flat ini turut didengari oleh penghuni di situ. Dari segi mesej kepada penduduk setempat amatlah berhasil sekali. Terima kasih kepada Bob, Firdaus, Naim, Mat Setia, Abu Hasan, Bang Ji Nasi Malaysia dan ramai lagi kawan-kawan di Tongkang Yard tu. Inilah kepimpinan di situ yang terhasil selepas PRU12.

Ramai bangsa-bangsa selain Melayu hadir pada malam itu. YB Nasir, Pakteh Aris selaku Pengarah PKWR dan Penceramah sendiri diraut wajah mereka terlihat kegembiraan dengan kejayaan ini. Kita harap Allah SWT memberkati semua usaha yang telah dilakukan demi keranaNya…….. Allahuakbar!!!! Dulu janganlah harap bendera nak boleh dipasang di Tongkang Yard, Alhamdulillah…. Malam tu dah boleh buat Mercu Tanda PAS Cawangan dengan menggunakan Tayar. Seumur Hidup Mat Sabu tu baru mai ceramah di situ.


Kaum Muslimat juga hadir melihat program anjuran PAS kali pertama di usia mereka yang diadakan di Tongkang Yard

Petugas mengawal lalulintas. Syok tengok petugas ada melayu, Cina

Walaupun konsep kuliah bersantai ini ada pendekatan baru, peniaga juga turut tidak melepaskan peluang berdagang di situ. Kehadiran mereka memeriahkan lagi suasana malam itu

Wakil Peribadi YB Nasir, Ah Kang pun mai sekali. dok dengar tepi Pakya Hindustan dan Cikgu Aji.

Toke PA System, Mat Ed letih sampai tertidur

Sifu dok depan sekali bersama dengan rakyat Tongkang Yard. Tahniah Pak Teh, bulan depan nak buat situ lagi ke

Khusyuk ka, mengantuk ka.... Inilah yang dikatakan bersantai.

Kehadiran pada malam itu amat baik sekali yang melibatkan penduduk setempat dari berbilang kaum

Hj Mohamad Sabu bersama YB Nasir serta rakan-rakan PKWR bergambar di depan papan tanda cawangan yang dibuat dari tayar terpakai. Beliau merasmikannya sebaik selesai ceramahnya.

Haji Mohd Sabu, Timbalan (Ops silap) Naib Presiden PAS sedang menyampaikan ucapan

Alee (Lee Hok Seng) tak terlepas peluang untuk mengikuti Motivasi Rakyat bagi Siri Ke-5 ini.


posted by admin