Kerajaan Negeri Kedah melalui PKNK telah menyerahkanbangunan restoran yang tidak diduduki semenjak 7 tahun lalu. Restoran ini dibina di zaman Dato’ Seri Syed Razak. Restoran yang dinamakan Restoran Bahtera Nelayan (RBN) kerana senibina tapaknya berbentuk sebuah kapal.

Persatuan Nelayan Kawasan Kuala Kedah telah diberi kepercayaan oleh Kerajaan Pakatan Rakyat untuk mengendalikan perniagaan ini walaupun sudah 5 tahun membuat permohonan kepada kerajaan terdahulu. Atas pengalaman PNK Kuala Kedah yang mempunyai dua cawangan, persatuan ini dilihat mampu menguruskan sebuah lagi restoran.

Berkonsepkan restoran di dalam hutan bakau di pesisir Sungai Kedah, RBN mampu menjadi satu produk baru di DUN Kubang Rotan khasnya dan di Negeri Kedah amnya. Restoran yang dibina dengan kos hampir RM6 juta oleh Seri Temin Develeopment Corporation Sdn. Bhd sebuah syarikat GLC Kedah menyajikan hidangan istimewa beraneka jenis masakan kari. Kari Kepala Ikan, Kari Sembilang, Tenggiri, Jenahak serta Mee Udang.

Majlis Pembukaan dimulakan dengan bacaan Yaasin oleh lebih 50 orang kanak-kanak yang dikelolakan oleh Paklong Mat dari Kuala Kedah. Beberapa orang Ahli Lembaga Pengarah termasuk Abdul Hamid Bahari, Pengerusi PNK Kuala Kedah turut hadir pada Sabtu, 02 Mei 2009 lalu.

ADUN Kubang Rotan, YB Mohd Nasir sudi hadir menjamu selera pada jam 5 petang, 03 Mei 2009. Kedatangan beliau disambut salah seorang ALP PNK Kuala Kedah, En. Ahmad Ruddin bin Husain, Penolong Pengurus PNK Kuala Kedah, En. Mohd Syam, En. Azizan Endut, ALP PNK serta beberapa orang kakitangan pejabat. Mee Udang Istimewa menjadi pilihan beliau pada petang tersebut.

Diberitakan pada 16 Mei ini, YAB MB Kedah, Dato’ Seri Ustaz Azizan serta beberapa orang Exco akan hadir untuk makan tengahari di RBN.


Sebelum rombongan kami pulang, tak putus-putus pengunjung tiba bagi mencuba hidangan yang disediakan di RBN ini. Antara yang baru tiba ialah Pengarah LKIM Perlis,

En. N.Hashim bin Ab. Rahman. Beliau yang juga Bekas Pengarah LKIM Kedah datang

bersama keluarga. Kelihatan beliau dan YB sempat meluangkan masa hampir 15 minit berbual mengenai nelayan.
Kami berharap semua pengunjung blog ini dapat mencuba masakan di RBN ini. Lokasinya yang menarik iaitu di Kg. Kelonchor, Kubang Rotan. Pastikan anda melalui Tandop Ikan Kubang Rotan kemudian bergerak ke Kompleks Baru LKIM di situ dan hanya 1 KM dari situ.

Untuk tempahan anda bolehlah menghubungi En. Syam (019-4181389), Pejabat PNK (04-7621389)

posted by admin

0 comments: